Aimie Amalina
Antara
permata, berlian dan kaca, yang mana selalu menjadi idaman puncak hati? Susah
sekali mahu melihat kaca menjadi pilihan kan?
Permata
bernakhodakan mahkota disisipi tiara, bersalutkan emas perak itulah menjadi
kegilaan sekalian manusia. Sungguh ketaksuban dunia menutupi ruang kornea mata
yang sudah kejadiannya kecil itu azalinya.
“Kaca,
kenapa mereka tidak memandang engkau, sedangkan engkau banyak kegunaanya?” Bisikan penuh dengan perlian daripada si permata.
“Jangan
ditanya kenapa pada diriku, kelahiran aku bukan terus kembang dari perut
bumi. Semua pilihan daripada manusia itu, yang enak menciptakan diriku.
Tanyalah kepada mereka!" Bentak si kaca dengan nada kecewa.
“Persis
kau memang kecewa bukan?” sindir permata lagi.
“Sekali
lagi ku katakan. Jangan tanya kepada diriku. Aku hanya sepertimu. Cuma aku
bukan permata, aku hanya kaca!" Tegas si kaca, berlalu meninggalkan permata.
"Sakitnya bahu ini. Daripada
pagi sehingga sore, mahu sahaja patah relah urat bagai yang melekat di tubuhku ini.
Aduhai, kenapa nasib ku begini. Kenapa tidak seperti mereka yang lain" Berkata Tanggang
sendirian.
Keluhan
si Tanggang yang bersuara dari sehari ke sehari. Makin tak tertanggung dengan
kesusahan yang menimpanya. Hanya mengharapkan ikan di lautan. Jika Tuhan
mengarahkan ikan keluar dari gua lautan, maka terisilah perutnya hari itu.
Jika tidak, pucuk ubi menjadi santapan di kala siang dan malam.
Perut
sudah alah bisa tegal biasa. Walau berhari tidak makan, berbekalkan air yang
menyusuri tekak, masih lagi mampu berdiri teguh kalah badang yang hanya makan
muntah untuk kekal segar. Begitulah. Kalau sudah susah apa-apa pun jadi
perkasa.
Sementara
sedang sibuk mengemas jala yang terkoyak yang belum dirawat itu. Sesekali,
pandangan terus menjunam ke dasat lautan itu.
“Hoitttt!
Menung jauh! Jatuh dalam laut sat gi, tak mau aku selamatkan hang aih...” Sergah Wira yang menyentuh
bahunya dari belakang.
“Uishhh!
Hang ni, kalau ya pun nak aku mati awai, tok sah lagu ni, senak jantung aih,
betoi-betoi junam dalam laut sat gi baru hang taw... nangis tak lagu la hang,”
balas Tanggang menutup segala renungan hampa tadi.
“Hehe,
awat hang ni, aku tengok sejak akhir-akhir ni jauh sangat menungnya, awat..? Melur tolak cinta hang ka” Wira terus menduga Tanggang dalam diam.
“Tak dak lain ka hang nak pikiaq? Dok aih, aku dengan Melur pun kawan ja aih,
bukan nya apa-apa pun, baik aku pikiaq, kenapa aku hidup tak penah nak senang,
asyik lagu ni ja. Awat ha?” jawab Tanggang sambil tangan ligat mengemas perkakas
di sampan sebelum sampai di darat.
“Itulah hang, dulu aku suruh hang ikot Pak Jako, hang tak mau, sekarang siapa
susah. Dah la weh" Berlalu Wira meninggalkan Tanggang dalam keadaan
termangu-mangu itu.
Pak Jako. Kenapa aku lupa tentang itu? Bermain-main nama itu di benak Tanggang.
Kenapa aku masih merasa aku
kurang sesuatu? Aihhhh... susah sangat susah, tapi kalau senang, lagi susah,
kenapa niiii?
Bentak hati si Tanggang seperti seakan sedang memijak bara api yang sedang
hangit membakar tubuhnya.
Kini
Tanggang bukan lagi nelayan. Tetapi Tanggang orang kanan Pak Jako, yang
memungut hasil duit dengan cara paling hebat. Mudah lagi hebat. Minta saja sama
orang, terketar-ketar tangan menghulur kepingan merah, kepingan biru, dan kepingan warna lain lagi.
Sungguh
duit itu seperti menggunung. Mahu makan apa, cakap sahaja. Dihidangkan puluhan
hidangan di depan mata. Sehingga tidak tahu yang mana mahu dijamah dahulu.
Begitu terasingnya kehidupan dulu jauh meninggalkan kehidupan sekarang.
Kehebatannya
dalam seni bersilat, menjadikan dirinya orang kuat Pak Jako. Disegani,
ditakuti, malah digeruni sekalian binatang yang meliar sekalipun. Sebut sahaja Tanggang, pasti melutut tiada mendongak
lagi keawan biru. Bagai Tuhan seperti dianak tirikan, diganti dengan si
Tanggang yang gagah perkasa ini.
Tetapi
hakikatnya..Tanggang menderita. Tidur malam nya sering kepanasan. Sering
dicerobohi dengan usikan maya tiada jelas di pandangan mata kasar. Sungguh
terseksa, kenapa di ganggu sedemikian rupa. Bagai ada yang sedang cuba menghalang
daripada dirinya terus menjadi “Tuhan” kepada manusia kerdil yang lain.
“Awat
tuan Tanggang, kami rasa Tuan Tanggang macam gelisah semacam” dari sehari ke
sehari, Tanggang diasak dengan persoalan sedemikian. Tetapi dia sendiri tidak
mampu menjawabnya kerana diri dia sendiri tidak tahu apa jawapannya. Mulai dia
merasa dia mahu termenung kembali, seperti waktu itu. Seperti waktu dia
bersenda gurau dengan Wira, sahabat baiknya dulu. Wira? Ke mana kau?
Aku kira aku hilang
sesuatu. Aku hilang sesuatu yang pernah aku punyai dulu. Waktu aku susah
dahulu.
Tidak
semena, mata Tanggang mula berkaca. Mula melahirkan butiran mutiara asli
daripada balik corong air mata kepunyaan sepasang mata asli itu.
Aku.. aku.... aku sangat
bodoh!
Aku selalu bongkak untuk
menjadi permata yang berkilau di sana, tetapi aku lupa aku dahulu kaca. Kaca
walau tidak begitu berharga seperti permata, tetapi masih gembira menjadi hamba
Dia. Selalu merendahkan hatinya berkhidmat untuk manusia. Bukan seperti permata
yang hanya memilih untuk berada di mahkota , tidak pernah langsung mahu
menjadi hamba yang lemah disisi-Nya.
Sesungguhnya,
Dia mencintai orang yang menyedari dirinya itu lemah selemah-lemahnya..
Aku
ingin menjadi kaca! Aku nazak menjadi permata!
-TAMAT-
10 comments
pun tak gembira bila dh berjaya.... hurm...
aku juga ingin menjadi kaca boleh? hehehe :P
nice one ^^
menawan tak semestinya membahagiakan bukan. :)
ahhh...sudut pandangan yang berbeza...namun kaca tetap kaca sering melukakan sifatnya...
masing-masing ada sifatnya.
**ye dak?
sungguh mendalam wahai aimie
tapi ade sesuatu y ade
sy nk jadi diri sendiri
itu sudah ckop
kaca atau permata, masing2 punyai kelebihannya.....bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita..
suka penggunaan nama2 klasik itu
:D
menjadi kaca lebih indah drp menjadi permata..
kaca tetap ada gunanya andai ditempatkan pada tempatnya..
malah lebih diperlukan oleh manusia dalam kehidupan..
dari sudut pandangan yang berbeza..
unik dan luas maksudnya...