Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Admin. Show all posts
Showing posts with label Admin. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Kispen Tema Julai 2012

9:06:00 PM | Best Blogger Tips
KISPEN TEMA JULAI 2012 KEMBALI LAGI
-: Bermula 16hb - 22hb :-


Kistot(kisah kontot) atau Kispen(kisah pendek) atau puisi harus berdasarkan gambar di atas ini... Ayuh....! Ke semua Naskah atau karya atau nukilan yang anda curahkan di kotak komen ini kelak akan bersiaran di dalam blog ini dan kelak akan bersatu di bawah label GUEST WRITER... Satu lagi cara kami menghargai sokongan kamu...

Wednesday, June 6, 2012

Kispen Tema Jun 2012

3:57:00 PM | Best Blogger Tips
...KISPEN TEMA 1:7 KEMBALI LAGI...
AKAN BERMULA PADA 18 - 24HB JUN 2012

Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahagian, Jom Hantar Karya. Kispen berdasarkan gambar yang disediakan. 


Thursday, May 10, 2012

Kispen Tema Mei 2012

4:38:00 PM | Best Blogger Tips
-[KISPEN TEMA: BERMULA 14HB - 20HB MAY 2012]-

Kispen TEMA? Akan datang...
Semua para penulis kami diwajibkan menulis kispen atau apa jua bentuk penceritaan diterima walaupun berbentuk doodles atau kisah sinikal berdasarkan apa yang mereka faham tentang gambar di atas. Dan mana-mana bloggers yang ingin mengambil bahagian amat digalakkan yang kelak akan bernaung di bawah label Guest Writer.

CARA nak buat kispennya cenggana? Mudah...
Garapkan seberapa ringkas kispen berdasarkan apa yang korang faham pasal gambar ni. Duduk kedai kopi sambil sembang pasal Palestin pun ok wat... Kispen berfakta? Ok... Imaginasi adalah satu perjudian minda. 

Kispen Guest Writer tu nanti UP hari apa ya...? Simple...
Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad @ 9 pm...(Tertakluk kepada jumlah kispen yang kami terima. Jika tidak Sabtu dan Ahad adalah siaran tetapnya.)

JOM hantar karya. Kispen ini akan bersiaran di label 'KISPEN TEMA'

ps: Apa? Tak faham? Ok... Tampak jelas aku kekurangan idea kerana aku tidak menyertakan Kispen contoh dengan baik. Pape hal kalau nak faham lagi. sila tanya EL MARIACHI... di facebook atau di kotak komen.

-----Kispen Contoh berdasarkan gambar di atas-----------------------------------------------

Cikgu Halimah merenung Azri yang tunduk usai loceng sekolah berbunyi. "Hah, kamu Azri, tanak balik ke? Tu ayah kamu dah tunggu dah tu...?"

"Cikgu, kalau kita belajar pandai-pandai boleh tolong orang kan cikgu...?"
"Mestilah... Dah besar nanti, Azri nak jadi apa?" Azri hanya diam sambil menunjukkan gambar yang diambilnya dari kedai mamak awal pagi tadi; derma untuk kanak-kanak Palestin. Dimasukkan 50sen duit belanjanya makan tengahari kerana dia sedih, dia masih punya ibu, ayah dan masih mampu pergi sekolah. 

"Tadi pagi, saya nampak tabung derma duit untuk orang Palestin. Palestin tu apa cikgu? Kenapa saya tengok, dalam gambar tu ada budak-budak pegang pistol? Ada baby kena tembak, ada balut kat kepala? Mak dorang tak marah ke main pistol. Kan salah? Kitakan kecil lagi?" Azri bercakap dan bercakap tak henti-henti. Cikgu Halimah kebuntuan idea untuk menjawab semua petah katanya.

"Dah, kesat air mata kamu. Cikgu tahu kamu masih kecil lagi. Palestin tu adalah satu negara yang telah lama merdeka - tetapi masih lagi diceroboh oleh rakyat negara Jiran dengan sesuka hati..." Halimah lihat Azri masih lagi binggung. 

"Janganlah sedih, sebetulnya tuhan dan sediakan setiap manusia itu bahagian masing-masing... Satu aja soalan cikgu buat kamu... Bila dah besar nanti Azri nak jadi apa?"

Azri menggeleng. Dilihatnya ayahnya masih tersenyum tunggu di basikal tua sambil menghisap rokok daun. Berlari Azri mendapatkan ayahnya. Dipertengahan jalan, dia memandang Cikgu Halimah sambil tersenyum dan berkata...

"Saya tak tahu saya nak jadi apa...! Janji kerja saya tu boleh tolong Palestin yang dah merdeka tu dari terus dibuli orang jahat. Satu hari nanti, saya akan beritahu cikgu saya nak jadi apa... Saya janji cikgu. Terima kasih cikgu sebab ajar saya ilmu baru hari ini. Semoga Allah swt limpahkan dan permudahkan urusan cikgu dunia akhirat.

Cikgu Halimah tersenyum. Inilah kali pertama dia mendapat pujian sebegini hebat dari kanak-kanak yang hanya berusia 9 tahun. Dan subjek Bahasa English adalah kegemaran Azri. Satu bahasa dunia yang mesti dimiliki selain mengagungkan bahasa ibundanya; Bahasa Malaysia.

"Aaarghhh, budak ni tertinggal buku dia rupanya..." Halimah tidak pernah lupa. Dipeluknya kemas-kemas nota Azri.

Palestin tu apa? Kenapa dalam gambar tu banyak budak-budak kecil aku darah sana sini, mati tepi jalan dan kotor? Aku mesti tanya Cikgu Halimah. Dia baik. Dia cantik. Aku suka dia... - Petikan catatan Azri di dalam buku nota yang tetinggal


Lebih kurang 9 tahun kemudian...
Hari ini seperti biasa, setiap pagi dia akan membuka email. Halimah terkejut dia mendapat email dari seseorang. 

Buat Cikguku Sayang...
Alhamdulillah, saya harap cikgu masih kenal saya. Nama saya Azri bin Abdullah. Anak murid yang pernah mendengar cerita tentang negara Palestin yang merdeka 9 tahun lalu, Cikgu pernah soal saya, bila dah besar nanti saya nak jadi apakan? Saya berhutang jawapan dengan cikgu. Saya nak jadi Doktor. Saya tak pasti sama ada peranan saya mampu memerdekakan rakyat Palestin keseluruhannya - tetapi cukuplah saya mulakan diri saya dengan membantu kanak-kanak yang tidak berdosa, agar mereka dapat hidup lebih lama dari sebelumnya, dapat membesar dan berlawan sehabis baik untuk tanah air mereka. 

Anak muridmu yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di Mesir dalam Jurusan Perubatan. Terima kasih cikgu dan Selamat Hari Guru...

ps: Cikgu mesti nak tahukan kenapa saya pilih Mesir? Satu ja jawapan saya... Mesir adalah jiran kepada Palestin. Setiap hari, tatkala azan bergema, semangat saya untuk belajar memuncak... Bila lihat langit Mesir, saya berdoa satu hari nanti, saya berdiri sambil memandang langit indah di bumi Palestin. Assalamualaikum...
------------Okey melampau panjang. Sila marah aku------------------------------

ps: memandangkan akunya kispen contoh agak panjang. makanya aku tak payah joinlah kan...? kah kah kah.... siapa undi saya tak payah buat kispen lagi sila kata 'ya'

Wednesday, April 18, 2012

Kispen Tema 'Poetry' April 2012

10:00:00 AM | Best Blogger Tips
-[KISPEN TEMA: BERMULA 23HB - 29HB APRIL 2012]-

Kispen TEMA kembali lagi...
Bakal mempertaruhkan 7 kispen dari setiap para penulis kami dan terbuka kepada 5 Kispen(tambah 3 lagi Kispen) daripada Guest Writer YANG INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN. Kalau sudilah....

CARA nak buat kispennya cenggana? Mudah...
Fahamkan betul-betul makna 'Poetry' dan hasilkan Kispen berdasarkan makna Poetry itu sendiri. Abaikan sejenak gambar; latarbelakang gambar sepasang burung di atas, kerana point utama kami adalah untuk mengupas makna 'Poetry' itu sendiri.

Kispen Guest Writer tu nanti UP hari apa ya...? Simple...
Sabtu dan Ahad @ 9 pm...

JOM hantar karya bersama kami. Kispen ini akan bersiaran di label 'KISPEN TEMA'

ps: Sebarang pertanyaan tak faham ke sila msg HEROICzero sama ada di FB/Twitter atau di komen blog ini... pasalnya dia yang pilih Tema April ini. *nampak tak cara aku nak selamatkan diri dari disoal...? Hahahahahahahaha*


-----------------------------

Sunday, March 11, 2012

Kispen Tema Mac 2012

10:50:00 PM | Best Blogger Tips

Bermula Mac 2012, setiap minggu ke-3 kami S7W akan berkispen tema sekali lagi. Sebelum ini kami telah cuba Kispen Tema: Hari Kekasih dan ianya memberangsangkan imaginasi kami sendiri SECARA PERIBADI. Satu cabaran, justeru itu Kispen Tema akan menjadi trademark buat kami seterusnya setiap bulan/minggu ke 3. Bakal mempertaruhkan 7 kispen dari setiap para penulis kami dan terbuka kepada 2 Kispen dari Guest Writer sendiri YANG INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN.

CARA nak buat kispennya cenggana? Mudah...
Lihat gambar di atas... Girl kiss boykan? Okey... Kembangkan ia menjadi kispen. Genre bebas. Apa jua garapan kispen itu mestilah asli tulisan sendiri.
--------------------------------------------------------------------
contoh kispen:
Akhirnya ciuman kau milik aku selama-lamanya... Amir menimbuskan mayat Aina jauh ke dalam tanah. "Aku kenal kau lama dari si bodoh tu... Kenapa dia yang kau pilih...?" Cebisan gambar diselitkan kembali di dalam dompetnya. Amir bangun dan mengheret cangkul, keluar dari denai sambil ditemani oleh unggas dan hidupan di rimba. 'Tiada siapa akan dapat sentuh kau mulai sekarang...' Amir senyum "Kita janji dengan awak, bila kita dah besar nanti kita nak suruh mak kita pinang awak...! Ingat tau Amir...?" Tiba-tiba airmata Amir mengalir. "Kau penipu. Kau perempuan yang tidak tepati janji... Itu balasan yang terbaik buat perempuan persis kau..."
------------------------------------------------------------------------

Kispen Guest Writer tu nanti UP hari apa ya...? Simple...
Sabtu dan Ahad @ 9 pm...

JOM hantar karya anda dan enjoy bersama kami... 9 Kispen setiap bulan kelak akan dimasukkan di bawah label 'KISPEN TEMA'

Friday, February 17, 2012

Kispen: Vagentine & Catatan Sang Pecinta

5:43:00 PM | Best Blogger Tips
2 Kispen istimewa dari Guest Writer untuk Tema Hari Kekasih akan bermula jam 9.00 pm. Mana-mana yang dah baca Vagentine tu tadi pagi, kira untunglah. Kesilapan teknikal.

1. Vagentine dari M. Faiz Syahmi@9:00 pm; 18hb Februari 2012
2. Catatan Sang Pecinta dari APi@9:00 pm; 19hb Februari 2012

Kepada semua Guest Writer, yang sudah menghantar draft story korang, tengok di Schedule Kispen GW ya. Tarikh siaran ke semua kispen saya satukan di situ.

-Bidadari Syurga-

Monday, February 13, 2012

Kispen Tema 'Hari Kekasih' Feb 2012

12:00:00 AM | Best Blogger Tips
'...Aku bagi dia pilihan KLCC atau aku dowh... Dia pilih KLCC dowh... Sampai hati dia dowh...'


Sempena Hari Kekasih yang bakal menjelang, semua kispen di Secret 7 Writers akan bertemakan "Hari Kekasih" selama satu minggu. Ianya bermula dari Isnin 13hb Februari sehinggalah Ahad 19hb Februari . Ayuh raikan cinta!

*Extraordinary Kispen : Pari-Pari Kertas pada 14hb Februari 2012@9:00 pm*
*Extraordinary Kispen : Vagentine pada 18hb Februari 2012@9:00 pm *
*Extraordinary Kispen : Catatan Sang Pecinta pada 19hb Februari 2012@9:00 pm *

7 Kispen dari Secret 7 Writers + 3 Kispen dari Guest Writer


Monday, February 6, 2012

Sayembara 2012

7:00:00 AM | Best Blogger Tips

KATEGORI NOVEL
Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000

KATEGORI CERPEN
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000

KATEGORI PUISI
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur bawah 45 tahun (yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya).

Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.

Peserta dibenarkan untuk menghantar penyertaan lebih daripada satu karya. Namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori yang disertai.

Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.

Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun di laman sesawang ITBM, iaitu di sini.

Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.

Kepanjangan karya sayembara:
Novel: tiada had halaman.
Cerpen: sekurang-kurangnya 10 karya.
Puisi: sekurang-kurangnya 30 karya.

Manuskrip yang telah diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.
Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.

Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh masa tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit.

Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel pada 31 Januari 2013. Manakala tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi pada 31 Julai 2012. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.

Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Sila e-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap kebuku@itbm.com.my atau buku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:

URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
(u/p: Mohd Khairulanuar Manshor)

atau

URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Rumah PENA
961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain) 

SUMBER : ITNM

Saturday, January 28, 2012

Attention: Hello 's'

3:28:00 PM | Best Blogger Tips
--: Pengumuman :--

Secret 7 Writer tanpa s
Ada orang tanya; Kesilapan grammar Secret 7 Writer tanpa 's'. 

Sejarahnya macam ni; 1st time aku bangunkan Secret Writer then penambahan 7 dicelahnya berlaku selepas blog dibangunkan. Sebarang pertukaran atau penambahan 's' pada setiapnya kelak akan menyukarkan GOOGLE SEARCH Blog kami. So...

PERUBAHAN akan berlaku hanya pada 3 bahagian; HEADER BLOG/ SIDEBAR/ ENTRY secara berperingkat-peringkat pada perkataan Secret 7 Writers itu sendiri jika digunapakai kelak. 

TIADA PERUBAHAN akan berlaku pada TITLE BLOG / LINK URL/ FB PAGES/ TWITTER/ FORUM/ CHATROOM dan EMAIL.

Harap maklum. So korang tak perlu setting balik bloglist korang sebab tak terjejas apapun.

ps:  Buat Sparrow dan Lady Windsor thanks sebab sudi bersama kami memeriahkan genre. Tunggu penampilan sulung Sparrow; Saturday dan Lady Windsor; Sunday pada FEBRUARI 2012.

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

10:45:00 PM | Best Blogger Tips

Pembaca Yang Budiman,
d/a: http://secret7writer.blogspot.com/

Salam. Kami, barisan penulis Secret 7 Writer(Bidadari Syurga/HEROICzero/EL MARIACHI/ghost writer/bila blog bercerita/Khairul Antasha) ingin mengucapkan terima kasih kerana menyokong kami selama ini. Sokongan anda dari segi ‘like’, follow blog dan komen dalam setiap karya kami adalah sangat kami hargai. 

Sepanjang baru kurang lebih dua bulan kami di sini, lebih 8,700 page-view telah kami terima, lebih 1000 komen terkumpul dan lebih 100 followers.

Kami juga ingin berterima kasih kerana sudi sama-sama berkarya dengan kami dengan menghantarkan karya anda untuk dikongsikan bersama. Kepada yang sudah tersiar, tahniah. Kepada yang masih belum tersiar, kami akan usaha siarkan secepat yang mungkin, bergantung pada slot yang kosong.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012, dan teruskan menyokong projek-projek kami yang akan datang, insyaAllah! Terima kasih!

Yang Menjalankan Tugas,
HEROICzero

Friday, December 9, 2011

Hantar Karya

1:21:00 PM | Best Blogger Tips
'...Draft story boleh di hantar ke secret7writer@yahoo.com...'

Salam... Semua blogger dan bukan blogger... Draft story yang ingin dihantar kalau boleh kita nak bahasa penuh biar semua orang mudah baca at least 70%-80%. Tolong jangan guna bahasa shotform macam dalam sms ok. Boleh ya. Kalau dalam perbualan tak kisah nak guna slanga apapun... Diterima. Terima kasih. 


Wednesday, November 30, 2011

Tulisan Dari Khairul Antasha Malam Ini

1:25:00 PM | Best Blogger Tips
#Malam Jam 9.

Gua usha... Dalam usha... Gua jumpa dia... 'Khairul Antasha'...

ps: Terima kasih kepada yang menyokong kami tanpa henti. Sebarang penulisan dari kalian amat kami alu-alukan(bersatukan di bawah Koleksi Tulisan guest writer). Tak kira. Kita semua amatur. Hebat tak hebat belakang cerita. Tulisan kita seninya beza-bezakan...? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...