"Pabila bercinta dan dicintai, cari cinta, cinta mega,
biar cinta jadi fenomena" Teett.. aku tutup alarm handset aku, jam
menunjukkan pukul 6.45 pagi. Demm, nak abes subuh dah, dengan sepantas kilat aku sembahyang
Subuh, solat aku terganggu oleh bunyi yang dikeluarkan oleh Kudi(roomate).
"Takpa, lepas ni kena la ko" Bisik aku dalam hati.
Selesai saja solat, aku pun terus membuat tendangan ala-ala Torres dekat peha gebu Kudi sambil memekik.
"Bangunlahh sial!! Nak pergi kelas ke tanak??"
"Kejap lagi la, awal lagi ni" Jawab Kudi ringkas.
"Lantak ko la"
Aku pun turun ke bawah memanaskan air. Sambil menunggu air mendidih, aku naik ke
atas untuk mandi. Selesai mandi, aku mencapai baju kemeja yang dibeli dari bundle. Sudah menjadi kewajipan pada hari isnin untuk memakai baju kemeja lengkap bertali
leher juga dari bundle.
"Demm, aku lupa iron baju, emm lantak ar, bukan ada orang perasan pun"
Baju kemeja kedut seribu tu aku sarung dgn selambanya. selepas selesai sikat
rambut ala-ala Shah Jaszle, aku pun turut ke bawah untuk buat air. Aku capai sepaket
milo 3 in 1, memang sudah jadi kebiasaan aku cume minum je pagi-pagi camni, cukup la untuk
alas perut sebelum aku melantak kaw-kaw punya tengahari nanti. Habis minum segelas milo, aku pun naik semula ke atas untuk menyusun buku.
"Arghh!!, Buku tak beli lagi"
Aku tak beli buku lagi rupanya, nak tak nak, aku terpaksa duduk di sebelah awek comel yang
berjilbab tu, bukan untuk mengorat, tapi ingin berkongsi buku. Aku turun semula ke
bawah, kebanyakan housemate aku dah pun siap. Aku capai helmet dan terus menyarung
kasut kulit kesayangan aku. Tiba-tiba, terdengar bunyi seperti gorila sedang berlari-lari.
"Ciss, Kudi rupanya, haram jadah betul, cepatnya dia bersiap, mandi ke tak ni??" Aku tertanya-tanya.
"Pul, kelas hari ni kat mana?" Soalan bodoh dari Kudi.
"Kelas kat fac kita la!" Sound aku.
"Aku tau la bangang, tapi tingkat berapa??" Kudi membalas.
"Pergi je dulu, nanti ada la tu terserempak dengan budak kelas kita"
Aku pun terus start enjin motor Kriss 135 aku dan tak sampai 5 minit, aku dah pun berada
dekat simpang 4 untuk ke UiTM Puncak Alam. Aku berhenti kerana lampu sedang merah dan dengan penuh machonya aku buka bizer helmet aku dan menjeling ke arah awek yang
berada di dalam kereta di sebelah motor aku. Aku sempat melemparkan senyuman manisku
dan dia membalas, kemudian dia mula melambai-lambai.
"Eh, awek ni kenal aku ke??"
Aku melihat mulut awek itu terkumat kamit seolah-olah sedang berbicara sesuatu. Aku memalingkan muka aku ke belakang.
"Ciss, rupanya awek tu panggil member dia kat belakang aku, bukannya panggil
aku"
Lampu pun bertukar hijau, aku terus memecut laju meninggalkan Kudi dengan motor cabuknya di belakang. sampai saja di tempat parking motor, aku tengok Chee Bong, classmate
lelaki yang paling pandai dalam kelas aku dah pun sampai.
"Kelas tingkat berapa Chee Bong?"
"Kat tingkat 6" Jawab Chee Bong ringkas.
Aku pun terus menuju ke tangga. Sambil tu, sempat juga aku menjeling ke arah lif. Terlihat kelibat beberapa orang classmate aku yang setia menunggu lif dengan penuh
harapan.
"Aahh, dieorang pompuan, ok lar naik lif, aku lelaki, naik tangga baru style"
Aku pun mendaki anak tangga sehingga ke tingkat 6. Perghh boleh tahan jugak semputnya. Aku pun terus masuk ke kelas. Di dalam kelas, aku melihat awek comel berjilbab itu
masih tiada orang duduk di sebelahnya. Aku pun terus meluru laju dan duduk di
sebelahnya. Baru je aku nak membuka mulut, lecturer pun masuk.
-Bersambung-
Akan datang #Episod 2
8 comments
Baru je aku nak ada feel imejin apa scene dengan awek jilbab tu, tetiba bersambung plak...tsk!
kameja lu pakai tu cotton ke linen? kalo linen lu tak perlu iron beb..biasanya kat eropah linen akan dibiar kedut.lagi byk kedut lagi tinggi nilai baju tu..gua juga pgemar bundle...
bab2 sambung gua memang penyabar orangnya. haha.
sambung minggu depan eh, wa sabar tunggu k!
ingat kan dah abis...ada sambung ye...
dari awal lagi dah tau pasti cerita ini bersiri sbb jalan cerita sangat santai..
sambungan?
-blacknwhite-
ala.. baru je nak start feeling..
dah bersambung..
akan hadir mengikuti satu set cerita