Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]
Lecturer terus duduk di kerusi lecturer, nama lecturer ni ialah Yusron Sajo Sajo. Ya memang aneh namanya tapi itulah info yang aku dapat dari FB beliau. Subject
pagi ni adalah Managing Customer Knowledge. Eh betul ke? Aku pun tak pasti. Haram
jadah. Nama subject pun aku tak berapa ingat camana aku nak lulus paper ni.
Encik lecturer pun memulakan syarahannya. Serius aku hanya mampu fokus untuk 10 minit yg
pertama. Masuk minit ke-11, mata aku sudah mula pejam. Awek berjilbab di sebelah aku perasan akan keadaan aku, lantas dia menghulurkan satu gula-gula kopiko. Aku mengambilnya
sambil menahan mata yang hendak tertutup.
"Haram jadah, dia bagi kopiko lak, aku mana makan coklat kopiko ni" Dengus
aku di dalam hati.
Demi menjaga hati, aku telan juga la coklat kopiko tu. Walaupun aku tau, benda itu
akan merumitkan lagi masalah aku. Tak lama selepas menelan coklat kopiko, kepala aku mula berdenyut-denyut. Memang inilah yang akan terjadi bila aku makan coklat kopiko. Aku cukup alah dengan coklat kopiko sama macam cicak cukup alah dengan gelang getah. Tanpa
membuang masa, aku terus sembamkan muka aku di atas meja dan perjalanan ke alam
lainpun bermula.
Hampir setengah jam aku terlelap, aku dikejutkan oleh Kudi.
"Pul, jom kuar, lecturer bagi rehat 10 minit" Kudi mengejutkan aku.
"Ok bro, ko gi dulu" Jawab aku ringkas.
Aku memegang bibir aku, fuhh nasib baik takda air liur yang terkeluar. Aku terus bergegas
ke tandas untuk mencuci muka. Kudi mengajak aku pergi bawah fakulti untuk beli gula-gula. Walaupun aku tau gula-gula tak elok untuk gigi, namun aku turutkan juga.
Pintu lif terbuka. Aku dah pun berada di groundfloor. Aku melangkah keluar dan
ketika sedang menyusun langkah, aku terpandang satu susuk tubuh yang membuatkan
mata aku segar bugar. Beliau perasan aku sedang memerhatikannya dan beliau sempat
melemparkan senyuman yang mampu membuatkan lelaki setampan Ashraff Muslim pun
cair.
"Fuyoo,cantiknya. Tapi sape ek, rasa cam pernah tengok" Aku tertanya-tanya dalam
hati.
"Oowh, demm!! Tu Fatin Suhana. Macamana aku boleh lupa yang dia dah pindah
puncak"
Selesai membeli roti(eh tadi aku tulis beli gula-gula ek), akupun naik semula ke atas
dan masuk ke kls.ak lihat awek berjilbab tu masih di tempat duduknya. Aku pun duduk
di tempat duduk aku, takan duduk atas meja plak.
"Awak nak gula-gula...?" Sapa aku kepada dia.
"Takpela awak, saya dah ada gula-gula, thanks emoticon gambar senyum" Jawab dia ringkas.
Lecturer pun menyambung semula syarahan. Haram jadah, bila la nak habis benda boring
ni. Lecturer bersungguh-sungguh menerangkan slide di depan. Kelihatan beberapa
student yang tak pernah miss dapat DL menganggukkan kepala tanda setuju walaupun aku berani kerat jari yang diorang tu tak paham apa pun, saje je angguk-angguk geleng-geleng untuk ambil hati lecturer tu. Sementara aku pula cuba menggunakan kedua-dua jari telunjuk aku untuk
menongkat mata aku dari tertutup.
Sedang konsentrasi aku terhadap apa benda yang diajar kat depan tinggal 20% je. Aku dikejutkan dengan panggilan oleh Encik Lecturer.
"Saiful Zamir, datang ke depan" Yusron Sajo Sajo memanggil aku.
"Ciss, macamana dia tau nama aku, nama dalam ic lak tu" Bentak aku dalam hati.
"Ada apa encik panggil saya ke depan ni encik, saya tak tido pun tadi" Soal
aku kepada Encik Lecturer.
"Cuba kamu terangkan jenis-jenis customer" Soalan maut dari Encik Lecturer.
"Hah, ada ke dia terangkan tadi?? Aku takda dengar pun" Aku dah mula panik.
"Err...err...err, customer ni terbahagi kepada beberapa jenis, yang pertama
ialah...................."
Mata aku mula terpejam dan kepala mula berpusing-pusing dan...........
Pek-pek!!! Tangan aku diketuk.
"Along, bangun mak suruh angkat baju, hari dah nak hujan" Adik aku mengejutkan aku dari tidur.
"Haaaaa ok-ok, jap lagi" Jawab aku ringkas.
Aku bingkas bangun dan menoleh ke arah jam dinding Tiny Toon di dalam bilik aku. Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.
"Demm!! Selama ni aku bermimpi je rupanya" Keluh aku di dalam hati.
- Bersambung -
Akan datang #Episod 3
7 comments
Ala anti klimaks tau dia ni...mana citer awek jilbab tu?
bersama2lah kita tunggu adik..
Hihi...tak sabar tau cik angel...
alaaaaaaaaaahai semangat jo den baco haa!
ada sambung lagi ke..adoyaiii.....
awek jilbab, cian...