Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, December 8, 2011

Aku Terima Nikahnya

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

“Saya sayangkan awak". Aku jadi malu mendengar ungkapan tersebut. Dia merenung aku. Aku tertunduk malu. Sungguh aku tak selesa diperhatikan sebegitu. Dia menarik tangan aku. Aku menepis. Riak wajahnya sedikit berubah. "Maafkan saya ye awak".

Aku terdiam. Dia seolah-olah dapat membaca fikiran aku. Aku tidak suka diperlakukan seperti itu. "Kita balik ye.." Ya, aku nak balik. Kalau ayah tahu mahu ayah bising. Getus hatiku.

Aku dan dia jalan bersaingan di taman rekreasi itu. Kebetulan rumah aku tak jauh dari situ.

"Saya tak sangka awak lah orangnya"
Dia memulakan bicara sekali lagi.

"Maksud awak ape?"
"Erm..tak sangka apa yang saya angankan selama ini jadi kenyataan."

"Oh..ingatkan apa tadi. Saya biasa aje"
"Kita cepatkan majlis kita ya awak."

Kali ini aku tak tahu nak jawab apa. Aku malu membincangkan perkara tersebut. Aku hanya mengenali dia sewaktu zaman persekolahan. Dia merupakan senior aku satu ketika dulu. Kami berjumpa semasa menjalani satu kursus yang dianjurkan untuk para guru lima bulan yang lepas.

"Awak datang la jumpa ayah." aku menjawab ringkas.

"Ok..dah nak sampai. Awak masuk la. Sampaikan salam saya pada mak dan ayah awak ye"

"InsyaAllah.. Assalammualaikum"

"Waalaikummusalam"


Aku sama sekali tidak menyangka dia akan menjadi bakal suamiku. Mak dan ayah setuju. Mana mungkin aku menolak kalau itu memang sudah tersurat untuk aku. Dia baik orangnya. Dan aku mengharapkan dia akan jadi suami yang bertanggungjawab.

Hari itu dia pergi ke sekolah tempat aku mengajar. Terkejut aku bila ada pakcik guard menyampaikan pesanan tersebut. Akibatnya aku menjadi bahan usikan cikgu-cikgu lain. Aku hanya membalas dengan senyuman. Cepat-cepat aku meninggalkan mereka. Dari jauh aku lihat susuk tubuh dia. Cukup sempurna. Paling aku suka kopiah hitam di kepalanya. Aku perasan, dia hanya akan berkopiah kalau mengajar. Tak mengajarkah dia hari ini? Aku bertanya sendiri.Aku memberi salam sebaik sahaja menghampirinya.

Dia tersenyum. Kali ini aku jadi gelabah bila dia memandang aku dengan senyuman sebegitu.

"Awak ponteng mengajar eh?takde kelas ke?"
"Mana ada. Mengajar la."
"Awak jumpa saya ada apa ye?"
"Nak jumpa bakal isteri sendiri takkan tak boleh. Tak rindu saya?"

"Ye la.. ye la"

Dia menghulurkan sesuatu.

"Untuk awak sayang..selamat hari lahir.."

Aku terkedu. Seingat aku, aku tak pernah beritahu pasal tarikh lahir aku. Aku jadi malu apabila melihat pakcik guard yang memerhatikan kami dari tadi. Aku menyambut kotak kecil rona putih dan merah jambu tersebut.

"Terima kasih awak..susah-susah je"
"Sama-sama. Mana ada susah."
"saya ada kelas kejap lagi."

"Ok sayang..saya pun nak gerak juga ni. Sayang jaga diri ok. Hati-hati drive masa balik sekolah nanti ye sayang"

Aku hanya tersenyum. Begitulah dia. Sangat mengambil berat. Jujur aku katakan aku terlalu bahgia sejak dia muncul dalam hidup aku. Paling mengejutkan aku apabila dia menyatakan hasrat untuk memperisterikan aku. Perkenalan kami memang masih baru. Cuma kenal semasa zaman persekolahan.

Sampai saja aku di bilik guru, aku sekali lagi di usik. Tambah-tambah lagi bila melihat kotak hadiah yang aku bawa."Bahgianya bakal pengantin kita ni". Cikgu Fauzi mengusik. Aku hanya tersenyum. Usikan Cikgu Fauzi itu disambung pula cikgu lain.

Semasa di dalam kelas fikiranku sedikit melayang. Memikirkan kotak hadiah dari dia. Sejak akhir-akhir ini dia selalu memanggil aku 'sayang'. Dua minggu akan datang majlis akad nikah dan persandingan kami. Aku sangat beruntung kerana persiapan semuanya dilakukan oleh mak dan ayah serta dibantu oleh kakak-kakakku dan makcik.

Aku balik ke rumah seperti biasa. Tidak sabar-sabar untuk membuka hadiah dari bakal suami. Perlahan-lahan aku membuka kotak tersebut. Ada sebuah buku, tasbih putih dan satu frame gambar yang ada gambar dia. Buku yang bertajuk Aku Terima Nikahnya aku belek. Buku itu sangat bertepatan dengan situasi kami sekarang. Aku merenung gambar dia dalam frame tersebut. Wajah yang cukup tenang. Kali ini tidak berkopiah. Aku terus capai telefon bimbitku untuk menghubunginya.

"Assalammualaikum..sori ganggu awak."
"Waalaikumussalam..tak ganggu..kenapa sayang?"

"Terima kasih atas buku itu, terima kasih juga untuk tasbih dan gambar lelaki itu"

Kedengaran dia tergelak kecil dihujung talian.

"lelaki itu siapa ya sayang?"
"Lelaki itu tak pakai kopiah hitam."

"Suka abang pakai kopiah hitam tak?"

Tiba-tiba dia membahasakan dirinya 'abang'. Aku jadi gelabah. Kalau lah dia berada dihadapanku sekarang pasti dia dapat melihat wajahku yang kemerahan menahan malu.

"Suka.. tak pakai pun tak apa. Saya tak kisah sangat"
"Dua minggu lagi majlis kita. Abang tak sabar nak jadi suami sayang. Abang janji akan jadi suami yang terbaik.Abang akan bahgiakan sayang."

"InsyaAllah.. saya juga harap perkara yang sama. Awak torch light saya tau"
Sekali lagi dia gelak.

"Kenapa torch light? Kenapa tak lampu kalimantang?"
"Ada la sebabnya."
"Sayang, apa pun berlaku sayang kena kuat tau. Abang sentiasa ada untuk sayang. Abang akan jadi torch light sayang."
"Nanti kalau torch light tu hilang macam mana?"

"Tak hilang sayang. sentiasa di hati sayang."
Aku jadi sebak mendengar kata-kata dia. Sayang dan cinta aku pada dia semakin hari semakin menebal.


Hari yang ditunggu tiba. Majlis akad nikah akan berlansung sebentar lagi. Aku sedikit gugup semasa menunggu kedatangan pihak lelaki. Persalinan serba putih menjadi pilihan kami. Dari semalam dia tidak menghubungi aku. Cuma, aku ada terima satu kad yang cukup istimewa dari dia. Itupun kakak yang bagi kat aku.

"Rombongan lelaki dah sampai."
Aku tersentak bila mendengar kakak memberitahu rombongan lelaki dah sampai. Aku mengatur langkah. Turun ke tingkat bawah."Bertenang ya dik.. merah dah muka tu." Kakak berbisik kepadaku. Mahunya tak merah. Sungguh aku malu. Segan. Perasaan yang bercampur. Aku sempat memandang sekilas ke arah dia. Ya..dia bakal suami aku. Wajahnya tenang.

Dengan sekali lafaz. Akhirnya aku sah menjadi isteri dia. Cincin disarung ke jari manis ku. Aku mencium tangannya. Itulah kali pertama. Dingin. Dia senyum memandang aku. Dahiku di kucupnya. Sungguh syahdu. Aku menjadi sebak.

Selepas ini adalah majlis persandingan kami. Memang ini yang kami rancang iaitu Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada hari yang sama. Semasa aku dan dia berada di bilik persalinan. Dia sempat menarik tangan aku. Digenggam erat."Sayang.." dia berbisik ke telinga ku. Aku senyum. "Sayang kena tenang selalu. Jangan merah sangat muka tu. Malu ye.." Dia masih menggenggam erat tanganku. Memandang aku dengan pandangan yang sukar aku untuk aku tafsirkan. "Amboi pengantin baru ni.. romantik sungguh". Kami disergah oleh makcik. Cepat-cepat dia melepaskan tangan aku. Makcik yang perasan dengan tingkah dia terus mengusik lagi. "Benda dah halal la cikgu-cikgi". Aku tergelak kecil. Dia memandang aku dan terus mengusap kepala aku.

Majlis persandingan berakhir sebelum Asar. Majlis yang cukup sederhana. Tapi cukup bermakna. Aku menolong mak dan kakak-kakakku serta saudara mara yang lain mengemas. Kelihatan dia sibuk mengemas kerusi untuk diangkut oleh lori. Dia memandang aku. Terus menuju ke arah aku.

"Abang nak air.. panas betul"
"Kejap ye..nak air apa?"
"Apa-apa je sayang.."


Aku terus ke dapur untuk mengambil air untuknya.

"Minum la.. "

Dia senyum lagi.

"Sayang rasa air ni" Dia menghulurkan gelas kepada aku. Aku gelabah. Ada yang tak kena ke dengan air ni. Gerutuku dalam hati. Aku minum.

"Ok je air ni. Kenapa?"
"Saja nak kongsi dengan sayang." Dia tersengih-sengih. Aku mencubit perutnya.
"Jahatnya cubit abang.."

Aku bahagia. Sangat bahagia dengan dia. Solat Maghrib dan Isyak kali ini berimamkan dia. Ada kelainan di situ. Kebiasaannya, aku solat sendiri dan kadang-kadang ayah yang menjadi imam.

Di dalam bilik kami, aku sibuk membelek hadiah. Masih belum punya waktu untuk membuka satu-satu.

"Sayang, sini kejap.."

Aku terus mendapatkan dia yang tengah baring di katil.

"Sayang..esok-esok la kemas semua tu ye."
"Memang pun. saja nak belek-belek."

"Abang dah ngantok". Dia tersengih-sengih memandang aku.
"Orang kalau mengantuk mana ada sengih-sengih macam tu."
"Itu orang.. tapi abang lain. Kalau mengantuk memang sengih-sengih". Dia gelak.

Aku jadi malu. Aku faham. Ya, ini malam pertama kami. Kenapa la aku lurus sangat. Aku meminta izin untuk ke dapur sekejap. Dia senyum lagi.

Aku masuk semula ke bilik. Kali ini aku menjadi kelam kabut bila melihat dia menahan dadanya.

"Sayang.!.sayang.!!.. dada abang sakit'

Aku gugup. Aku mengurut dadanya.

"Abang!...kenapa ni?"

Cepat-cepat aku keluar untuk mendapatkan ayah.

Aku meletakkan kepalanya di riba aku. Aku usap-usap dadanya. Airmataku tak henti mengalir. Sungguh tak tertahan melihat dia menahan kesakitkannya.

"Sayaaaang...abang cintakan sayang". Tersekat-sekat kata-kata itu keluar dari bibirnya. Aku mengucup dahinya berkali-kali.

"Abang, jangan macam ni. Kita ke hospital sekarang!"

Dia menggeleng. Lemah. Nafasnya tiba-tiba terhenti. Aku jadi gelabah. Ayah yang sibuk menghubungi mertua ku tiba-tiba merangkul tubuh suamiku. Matanya masih berkelip. Ayah membisikkan sesuatu ke telinganya. Aku mendengar dia mengucap kalimah itu. "Dia dah tak ada nak.." . Aku terus memeluk susuk tubuhnya. Aku peluk erat. Tak ingin lepaskan. Mana mungkin dia pergi meninggalkan aku secepat ini. Meninggalkan aku pada malam pertama kami. Malam pertama aku bergelar isterinya.

22 comments

December 8, 2011 at 9:06 AM

apa pasal gua baca mula2 ada sengih2, lepas tu macam dah tak sengih .

aduh sayang lah sayang ~

December 8, 2011 at 9:13 AM

HEROICzero - itu sy tak tahulah.. aduh aduh

December 8, 2011 at 10:33 AM

tajuk dengar bestt ja..

sekali ending sedihh la...

December 8, 2011 at 10:44 AM

Ila - thanks baca :D
sengaja buat ending sedih

December 8, 2011 at 10:51 AM

lelaki itu sgt sweet

lau panjangkan skit lg mesti aku nangis weh

waaaa xske sad ending

tp pape pon best pnulisannye

December 8, 2011 at 11:45 AM

alamak...ini mendatangkan fobia malam pertama...ahh...takut la nak kawen (nada mengada) hahaha

December 8, 2011 at 11:47 AM

aduh kesayangan; hampir menitis aku baca yang ini.

Anonymous
December 8, 2011 at 11:52 AM

hahaha. dah agak dah.

bila cerita mempunyai permulaan yang happy sudah tentu akhirnya akan sedih

sejak mula saya dah dapat agak salah seorang mungkin mati

sangat suka cerita ni

-blacknwhite-

December 8, 2011 at 11:59 AM

Iffah - thanks :D
mmg disengajakan endingnya sedih..lelaki sweet itu ada disekitar anda..haha


Pak Lang - haha..apa la pak lang ni..tu pun nak takut.. :p


Hanahmad - anda tenggelam dlm cerita ini.. sedihnya terasa..


blacknwhite - ohh..itu kan kehidupan. setiap yg suka pasti ada dukanya. begitulah sebaliknya. Thanks sbb suka.. :)

December 8, 2011 at 12:36 PM

kalau dapat bersama ngan org yg terchenta walaupun sekejap amat bermakna dri ngan org yg menyampah tp hidup 100 tahun

nice job

December 8, 2011 at 2:37 PM

tabah

tabah

pasrah

pasrah

December 8, 2011 at 2:43 PM

Penulis berjaya menggerakkan meter emosi. Yang manis kelihatan manis, yang mesra nampak mesranya, yang sedih nampak kalutnya.

untuk itu, tahniah.

hidup yang gumbira pasti ada sedihnya?
oh.
mungkin aku pandang lain.
cerita ini lengkap duduknya. ada suka, debar dan kecewa; tapi hidup tak berakhir di situ kan.

*senyum*

pasti kalau ada sequel nanti ada kegembiraan yang bisa dicicah rasa orang watak wanita akhirnya.

*senyum*

apapun, tahniah untuk penulisan ini ya.
dan, pasti yang ditunggu nanti lebih baik.
insya'Allah kamu bisa boleh.

p/s:
sempurna ketidaksempurnaan pada lelaki itu berjaya dicipta anda. kenapa? yelah, sedangkan guru berkopiah memanjang pun mahu berbimbit tangan dengan pujaan hati dia, inikan kita-kita yang bukan guru dan bukan berkopiah semanjang kan?

oh.

*senyum*

December 8, 2011 at 3:31 PM

laah.. sedihnyer.. urm..

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

December 8, 2011 at 10:10 PM

tengok tajuk ingat citer orang kahwin lebih dari satu..kakakaka...

December 8, 2011 at 10:44 PM

aiseymennn...tak nyempat pon lagi...
abang nii pon...sayang masuk bilik lambat sikit jep abang dah sakit dada...pastu terus tinggalkan sayang...abang ni betul laaa...torchlight yang tiada bateri... :)

December 9, 2011 at 12:34 AM

sedih :(

December 9, 2011 at 1:25 PM

Asrul - terima kasih Asrul! :D


Ghost - pasrah lambang wanita tabah.. :D


AJ Hanif - terima kasih atas komen. Tulisan yg biasa2 je sebenarnya.. di tulis secara spontan..


L - sedih ye.. thanks sbb sudi baca..


El - haha..ingat kawen lebih dr satu je yee... :p


BBB - torchlight ini tetap di simpan walaupun xde bateri..nilai dia tetap ada walaupun xde bateri..chewahhhhh


Suha - thanks baca.. jgn sedih2..

December 9, 2011 at 6:57 PM

* kalau buat cerita macam ni kat panggung di India, harus panggung pecah sebab penonton di sana sangat fanatik terhadap filem cinta dan tak suka ending sedey tau dik..

* tapi sesetengah pengarang berkata ending dengan kesedihan akan membuatkan pembaca teringat2 kisah itu..

* simpati dengan watak 'sayang' tu...ada sekuel ke?

December 11, 2011 at 12:36 PM

sebetulnya akak tak gagah untuk baca kispen kamu... kalau 'abang' hadiahkan torchlight untuk 'sayang' means akak faham kenapa 'UP' diperkemaskan untuk akak...

ps: syabur jalah ya dak...?

December 11, 2011 at 7:51 PM

sebab ape sedih :(..

x best... sebab xnak sedih..

January 1, 2012 at 7:21 AM

Kejam sungguh cerita ni.....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...