theunedited@gmail.com
“Awak marah saya?” Tidak terus dibalas soalan itu. Sedetik dua masa
berlalu kosong. Ah, detik berikutnya juga kosong. Masih belum berjawab.
“Awak… masih marahkan saya?” Soal dilontar semula.
Biar disusun dengan kalimah baru, agar yang kusut untuk dirungkaikan sampai tak
berjawab itu mampu bisa lerai dan disambut kali ini.
Tapi masih sunyi.
Yang bertanya jadi kelat melontar soal lagi, dan
yang ditanya masih belum beralihpun pandang pada lempar padang di depan.
Barangkali, hijau bumi tuhan ini terlalu menghairahkan fikirnya sampai gagal
susun suara Madihah menarik sedarnya walau seketika.
Waktu itu, kicau burung berlagu amat asyik. Ah,
barangkali, hanya momen ini yang mampu buatkan Madihah sedar yang burung itu
berkicau, dan mereka ada suara untuk didengar juga. Barangkali, selama ini dia
hanya tahu yang marhaen seperti dia saja yang bijak berkomunikasi antara jiwa;
selebihnya hanya kejadian tuhan yang tidak sengaja dan tidak ada apa-apa.
Barangkali, Madihah sendiri berfikirnya yang
rupa-rupanya semuanya lebih besar dari apa yang dia dan golongan dia
besar-besarkan selama ini gamaknya.
“Dihah”
Oh dia boleh bersuara!
“Andai berkocakpun muka tasek, tidaklah beerti
dasar dalamnya perlu terusik. Barangkali, ada jemari kaki yang tumpang mencemar
pada lanjut sidai di jeti tepi. Maka, harus saja tasek itu sendiri tidak mampu
sediakan apa-apa selain diam menunggu, agar riak mukanya kembali sejuk seperti
dulu.”
“Cumanya, ia bukan hal sekejap masa, dan mungkin
sedar-sedar kamu sudah lelah menuggu, dan kocaknya belum redha henti lagi”.
“Maksud awak, marah awak takkan pernah reda
walaupun salah saya tak sebesar mana”
“Dan sudut mana bahasa saya ini yang mengatakan
saya marahkan kamu Madihah?”
Mana?
Oh.
Mana-mana saja lah!
“Ya, mana-mana sajalah. Dengan riak seperti itu
takkan awak masih katakan tidak pada marah untuk saya? Saya tahu saya bersalah.
Saya tahu hal itu sepatutnya bukan begitu. Saya tahu saya salah” dan suara
menjadi serak-serak basah akhirnya.
Benci.
Benci bila kelopak mata kurniaan Maha Esa ini
terlalu longgar dari mengemas pegangnya pada jernih-jernih sebak kanta mata.
Mahu juga ia tiris dan bocor melintas celah-celah bibir mata dan dibiar lihat
pada si Amir muka sejuk. Sejuk yang amat, hingga bahasanya satu pun tak terjemah
oleh fikir Madihah.
“Dan kali ini, sudut mana pulak saya katakan
Madihah saya ini salah?” Kali ini? Bukan semua bahasanya pun menjurus kepada
hal yang sama. Madihah yang bersalah. Madihah yang buatkan dia marah. Madihah
yang buatkan semua ini terlalu sunyi sampai bumi lebih bising dari marhaen yang
lain! Dan masih lagi Madihah yang salah?
“Siti Madihah….” Suara Amir menjadi isi sekali
lagi. Kali ini selepas Madihah memilih untuk esak jujurnya menjadi ‘bridge’
selepas chorusnya gagal-gagal dijawab Amir.
Oh.
Ok.
Dijawab Amir. Tapi dengan rangkap, pembayang dan
tajuk yang lari jauh.
Mereka ibarat kambing dan lembu yang berbicara
dalam bahasa sendiri untuk memilih siapa yang akan disembelihkan untuk aqiqah.
Masih perlu mencari penyelesaikan pada suntuk masa, tapi gagal berbicara dengan
frequensi suara yang bisa diterjemahkan satu sama lain.
Ya, tak ubah seperti itu.
Seperti kambing dan lembu.
Memang melembukan.
“Siti Madihah ku sayang” Kali ini baru ada nada
memujuk. Barangkali, kekunci pengikat kelat pada wajah Amir sudah terlalu penat
ketegangan, maka terlonggar sedikit pegangnya dan terbitlah riak risau dari
wajah ‘sesejuk’ Atlantika tadi.
“Siapalah saya untuk marahkan Madihah. Tambah
pula, pada Madihah yang tidak ada salah untuk saya terbitkan marahpun. Andai
ada silap, sudah pun saya lupakan seterbitnya ia. Ah, kita semua marhaen yang
tidak pernah mampu lari dari terseliuh itu ini. Maka, harus saja saya maafkan
kamu, kerana esok, kemaafan itu saya perlukan juga dari kamu”
“Jadi kenapa begini?”
“Begini yang bagaimana?”
“Kenapa harus muka sesejuk bumi. Harus diam dari
sebarang kata. Harus melempar sejauh pandang dan biar kewujudan saya ini bukan
satu kepentingan”
“Oh, itu”
“Itu yang bagaimana”
“Itu bukan salah kamu”
“Dan harusnya salah siapa? Awak yang salah Amir?
Kalau salah awak, kenapa saya yang dihukumkan”
“Saya tidak menghukum awak Madihah”
“Oh. Ok. Tidak menghukum saya. Tapi awak mendera
saya. Awak mendera jiwa Madihah saya. Awak buatkan saya seperti layang-layang
yang hilang tali pegangnya bila mana sudah awak apung tinggi-tinggi selama ini.
Dan itu awak kata tidak menghukum saya”
“Maaf, andai itu yang awak mahukan Madihah”
“Dan hanya maaf cukup untuk semua ini ke awak?
Hanya maaf?”
“Setidaknya untuk permulaan.”
“Dan kemudian awak kembali menjadi Amir yang
lupakan maaf awak dan kembali menyeksa saya dengan kewanitaan saya”
“Tiada siapa yang harus terseksa, kerana saya
tidak menghukum sesiapa”
“Action speak louder than word. Awak jangan
menjadi menteri dunia yang gah berkata tinggi, tapi berpijak serendah darjat
dalam tindakan. Berkata itu tetapi berini dalam tindakan. Itu bukan Amir untuk
saya!”
Dan Amir senyap.
Bukan mengaku kalah, Cuma mengaku yang diam itu
lebih baik.
Madihah bukan gadis yang boleh dimainkan perasaan dan sebab itu bukanlah mahu dimainkan dia sedetik pun.
Dan kali ini, biar sunyi bumi menjadi pengisi.
Biar kicau burung tadi jadi teman.
Oh.
Tak ada.
Burung sendiri sudah lari.
Barangkali, notasi mereka tadi terlalu kemerekaan,
sehingga burung-burung sendiri menjadi malu untuk tumpang pasang telinga. Ah,
burung-burung bukan seperti manusia lain yang pandai mencari itu ini dalam
dunia sekeliling semata-mata untuk menutup itu ini dalam dunia mereka.
Burung-burung tahu yang mereka sendiri tidak pernah lari dari silap, jadi tidaklah
mereka menghebab khilaf lain; agar Maha Esa tutupkan khilaf mereka di
Luh-Mahfus sana nanti juga.
Dan Madihah bangun.
Dia bawa lari esak tangis dia tadi bersama.
Kali ini Amir kosong.
Tiada kicau burung, mahupun esak gadis manis
berlesung pipit halus di bibir kemerahan kirinya. Ya, hanya bibir kiri.
Kini dia sendiri.
Melontar memandang hijau bumi Tuhan sekali lagi.
Dan hujan turun.
Maaf.
Hanya gerimis.
Berdikit-dikit menjadi teman pada Amir yang
keseorangan.
“Maaf Madihah” berbicara sendiri.
“Aku yang salah”
“Dan barangkali aku menghukum kamu tanpa aku
sedar, walau yang aku hukumkan adalah aku”
Oh.
Dan semuanya tergantung begitu. Tergantung pada
Madihah mencari punca. Tergantung pada Amir yang mencari kesudahan.
Yang turun jatuh hanya gerimis pagi itu.
Dan ‘muka tasek’ kembali beriak; biarpun dia
sedaya mahu untuk diam menjadi pendengar yang sunyi.
***
Marah bukan untuk disimbah. Biar lemaskan dengan
sejuk hati dan sabar. Esok, bila reda, baru lagu bisa kedengaran lebih merdu
dari semalam dan air bisa lebih jernih dari keruh sungai hari ini.
*senyum*
10 comments
...x dapat mengesan punca marah antara amir dan madihah...tapi Unedited punya gaya bahasa kita like...lain daripada kebiasaan...
bhse gempak
kagum seketike
biarkan, mungkin?
biar semua sudah tenang, dengan waras2 yang ada baru bicara semula.
=)
senyum. ;)
ase cm suweet dlm marah pulak cite ni
heeee
bes! :)
bahasa madihah, amir sj yg faham..vice versa..
abang bro pu8nya comment? IGNORANCE IS A BLISS...
Lady Windsor
Iffah Affefah
aimie amalina
hanaahmad
mega senja
EL MARIACHI
maaf kerana kispen ini terbiar bergantung. saya akan menulis dengan lebih baik nanti. Terima kasih semua yang membaca dan memberi komen.
HEROICzero
tetapi, dalam kispen, masanya terlalu pendek untuk dibiar berlalu saja tanpa kata 'ini penamatnya'. kan?
Oh.. utk pembaca 'jenis aku' ia terlalu payah untuk diproses.. Bahasanya secanggih bahasa usman awang.. dan pembaca 'jenis aku' memang tak tercapai penghayatannya.. hingga yang aku dapatkan hanyalah kebingungan hehe..
* ia kispen yang berat.. (padaku!)
Nong Andy
maaf.
sebenarnya cerita disini dibiar terbuka untuk penafsiran. atau bahasa pasarnya terbergantungan.
maka tak salahlah untuk sahabatku tak memahami sepenuhnya cerita ini.
tak apa.
ini baru permulaan.
akan ditulis yang lebih baik dan lebih terang bagi naskah yang akan datang ya.
insya'Allah