delarocha
Lokasi : Di Bangku Taman Riadah Hospital
Dr Amni : Assalamualaikum, jauh menung...
Irwan : Waalaikumsalam, takde apa... saja berehat kat sini kejap...
Dr Amni : Boleh saya tumpang duduk? Atau saya menganggu ke ni?
Irwan : Silakan, tak ganggu pun :-)
Dr Amni : Dah selesai rawatan dengan doktor Ashraf?
Irwan : Dah... (senyum tawar)
Dr Amni : Dah berapa lama Wan tau pasal penyakit ni?
Irwan : 10 bulan yang lepas
Dr Amni : Wan... saya nak minta maaf
Irwan : Untuk apa? Saya belum nak mati lagi doktor..
Dr Amni : Untuk apa yang telah berlaku antara kita dulu.
Irwan : Doktor tak perlu minta maaf.
Dr Amni : Just call me Amy.
Irwan : Benda dah lepas, biarlah... jangan dikenang, tak perlu ada rasa bersalah
Dr Amni : Saya tak patut diam macam tu je, saya tak patut buat macam tu, saya just... ntah la, tak tahu nak buat apa
Irwan : Its ok Amy, saya tak kisah pun... saya sekadar mencuba. Tak salah mencuba kan?
Dr Amni : (sekadar mengangguk)
Suasana hening beberapa minit...
Dr Amni : Wan......
Irwan : Apa dia?
Dr Amni : Eermmmm... takde apa, nothing...
Gundah gulana, serba tak kena... sunyi sepi
Dr Amni : Wan.....
Irwan : Amy, saya pernah mencintai seorang gadis, dan saya tidak meluahkannya... akhirnya saya menyesal.
Dr Amni : Ermmmm... boleh kita mula semula?
***
Assalamualaikum
Kepada Amni,
Maaf kerana tidak menyerahkan warkah ini terus kepada kamu. Sebaliknya, saya menyerahkan warkah ini kepada Dr Ashraf, di amanahkan untuk disampaikan pada kamu apabila sudah tiba waktunya.
Maaf kerana tiada jawapan atas apa yang kamu lafazkan pada pertemuan kita suatu ketika dahulu. Maaf kerana lidah kelu untuk berkata-kata. Maaf kerana ini sudah takdir kita.
Memang benar saya pernah menyukai kamu. Memang benar kamulah yang saya inginkan dalam hidup ini. Memang benar saya sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki kamu. Namun itu cerita masa lampau, saya tak mampu melawan takdir.
Setelah mengetahui saya menderita penyakit itu, setelah mengetahui saya tidak mempunyai masa yang panjang. Saya korbankan keinginan hati. Walaupun keinginan itu sangat kuat. Sekuat itu juga saya cuba lontar jauh jauh cinta itu.
Mana mungkin saya memiliki kamu. Walhal saya tahu saya akan meninggalkan kamu. Niat hati ingin membahagiakan kamu. Mana mungkin datangnya bahagia andai tahu waktu yang ada sesingkat ini. Mungkin benar, cinta tak semestinya memiliki. Saya lepaskan kamu, untuk melihat kamu bahagia bersama insan yang pasti lebih berhak membahagiakan kamu. Selama lamanya.
Amni,
terima kasih kerana pernah singgah dalam hidup saya. Walaupun hanya sebentar. Kenangan manisnya saya kenang hingga ke nafas terakhir ini.
Amni,
Jika benar sayang itu pernah singgah dalam hati kamu. Sayang yang ikhlas tanpa simpati dan ehsan. Abadikanlah nama saya dalam kehidupan indah kamu nanti. Abadikanlah ia....
Wassalam.
***
Masa : 3 tahun Selepas Itu
Lokasi : Wad Bersalin, Hospital Serdang
Amni kelihatan keletihan setelah bertarung nyawa melahirkan zuriat pertamanya, Indah sungguh pengalaman itu. Disebalik kesakitan, hadir kegembiraan dan rasa syukur apabila mendengar tangisan bayi pertamanya. Pengalaman pertama yang indah.
Termenung jauh, dalam gembira dan syukur ada sedikit kesayuan. Bergenang air mata di kelopak mata tapi enggan ditumpahkan. Bingung atas nama apa ditumpahkan air mata ini, antara kesyukuran yang teramat atas selamatnya bayi ini melihat dunia ataupun kesayuan masa silam yang masih menebal di naluri. Amni pasrah.
"Assalamualaikum" Kelihatan Razman, suaminya melangkah dalam senyum penuh bahagia. Menyambut kehadiran cahaya mata pertama. Mungkin baru lepas mengazankan bayi sulungnya itu.
"Waalaikumsalam" Amni menjawab salam dan cuba mengukir senyuman dalam hati yang gundah gulana.
"Terima kasih sayang, kerana melahirkan baby lelaki yang comel" Suaminya memula bicara, Amni tersenyum.
"Sayang dah ada nama ke untuk baby kita ni?" Soal Razman. Suasana hening seketika, Amni mendiamkan diri dalam senyumnya.
"Abang tak kisah ke nama apa yang Amni nak beri?" Soal Amni meminta kepastian.
"Up to you... abang tak kisah, Amni suka nama apa?" Razman memberi jaminan.
"Ada satu nama yang Amni teringin sangat nak berikan pada baby kita, harap-harap abang setuju" Balas Amni.
"Apa dia sayang?" Razman memberi laluan untuk isteri tercintanya membuat keputusan.
Hela nafas ditarik panjang dan satu nama dilafazkan Amni. "Irwan"
~Tamat~
12 comments
owhhh...sungguh touching dan menyayat hati citer ni...tapi cube berlagak macho tanak nanes...
BEST STORY EVER..TQ DELAROCHA'S...
muchas gracias...
damn....lu buat wa touching la bro.
Del, scrip ko ni kalu dapat kat David Teoh, nanges oo..pecah panggung! Meletsss!
terbaik!
kasih atau kasihan
terharu bila tau ada insan yang tak begitu dikenali mencintai kita dalam diam
-blacknwhite-
a touching story!
aduh..
yee..cinta tak mungkin memiliki...
aduhh...sedih cerita nii...
aku rasa amni tu bertuah sebab dpt recover perasaan dia dengan hadirnya seseorang... mungkin tertulisnya kisah seseorang di luh mahfuz tidak perlu dibahaskan....
ps: 1st time baca rasa ketidak seimbangan keadilan tu mesti tercetuk di minda.. guest what. asam garam kehidupan.....
tqvm kerana membaca dan komen hasil nukilan saya :-)
:(.. sedih :(..
btl.. cinta x semestinye memiliki..
insan yg bercinta pasti inginkan kebahagian pd yg tersayang..
:( :( :(
seyes bes