Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, December 21, 2011

Puisi Cinta Buatmu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Aishah duduk seorang diri di atas titi. Pemandangan kampung yang mendamaikan tidak sedikitpun dapat mengubati hati. Saat itu, Aishah redha dengan segala yang bakal terjadi. Dia kian mengerti, suaminya kini berubah hati. Berubah dengan mencari pengganti untuk mendapatkan zuriat yang diharapkannya selama ini. Hampir tujuh tahun mereka mendirikan rumahtangga namun masih belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata. Segala macam jenis usaha telah mereka berdua lakukan bersama. Daripada ubatan secara tradisional hinggalah kaedah rawatan IVF ( In Vitro Fertilisation ), namun keputusan yang diterima tetap serupa. Hampa. Ingin dikatakan Aishah mandul, tiada pula dalam salasilah keluarganya yang sedemikian. Doktor juga telah mengesahkan tahap kesuburannya normal. Tetapi entah mengapa, sehingga kini dia masih tidak berpeluang berbadan dua. Hanya kerana perkara tersebut, Firdaus kini semakin dingin tiap kali bersamanya.

**********************

Pagi itu, 3hb April 2010. Aishah terkejut melihat tingkahlaku suaminya yang tidak semena-mena menjadi gelabah tika dia membuka pintu masuk ke bilik. Dan satu yang Aishah perasan, Firdaus cuba menyembunyikan telefon bimbit yang dipegangnya ke dalam kocek seluar. Arghhh… mulalah perasaan curiga menyelinap dalam dirinya pabila syaitan sudah membisik ke telinga.

Selama perkenalan mereka berdua, Aishah tidak pernah sekalipun menggodek telefon bimbit milik Firdaus meskipun mereka telah berumahtangga. Email Firdaus juga tidak pernah dibukanya atas rasa hormat akan privacy suaminya itu. Ternyata dia percayakan Firdaus dengan sepenuh hati. Namun tidak kali ini. Entah mana datangnya bisikan yang menyuruh Aishah untuk melihat email  Firdaus. Mujur Firdaus pernah memberitahu email beserta password kepadanya semasa mereka bercinta dahulu. Email dibuka. Mata tertumpu pada kotak inbox. Di’klik’nya pada nama, Hanim.

U dah bincang dengan your wife ke tentang perkara ni? I tak nak lah bila I dah prepare semuanya, tiba-tiba U cancel. Kalau boleh, biarlah hubungan kita ni dapat restu dari isteri U. Jangan sebab I, rumahtangga U porak-peranda, kacau-bilau jadinya. Lagipun bukan I yang cari U. U yang datang cari I. I sikit pun tak kesah kalau U tak nak kahwin dengan I sebab I tahu, banyak lagi lelaki kat luar tu yang tergila-gilakan I. Apa yang U dah pernah rasa masa dengan I, tak pernah luak. I tak pernah menyesal.

Astaghfirulahhal’azim…!!!
Kelopak mata mula digenangi air. Menunggu masa mengalir ke pipi, menanti detik membanjiri bumi. Dengan sisa semangat yang masih berbaki, di’klik’nya pula pada sent items. Email yang dihantar kepada Hanim dibaca dengan debar di dada.

Next week I akan outstation di Kedah. I nak U ikut I. After kerja I settle, kita nikah kat Thailand. Lepas nikah, baru I explain everything to my wife. I harap U boleh faham keadaan I. I sayangkan U. Lagipun kita pernah bersama. Kehangatan tubuh U, until now I tak boleh lupa. Dan atas dasar tanggungjawab, I nak U jadi isteri I. Isteri kedua I. I tahu U boleh beri apa yang I tak dapat dari isteri I selama ni.

Akhirnya airmata yang bertakung mengalir deras. Segalanya terjawab sudah. Dia tidak perlukan sebarang penjelasan yang hanya bakal menciptakan 1001 alasan. Mulai detik itu, Aishah cuba menjauhkan dirinya dari Firdaus. Aishah yang dahulunya seringkali meminta Firdaus untuk dibelai manja ketika mereka berdua menonton televisyen, kini lebih gemar menghabiskan waktu malamnya di bilik bacaan. Namun begitu, makan pakai suaminya tetap dijaga. Semua itu berlanjutan sehinggalah Firdaus berangkat ke Kedah.

**********************

Lima hari berlalu. Firdaus kembali pulang ke rumah bersama buah tangan yang dibawanya. Niat di hati ingin membuat kejutan kepada sang isteri nyata terkubur pabila melihat rumahnya sunyi tiada penghuni. Puas dipanggil, dijerit nama Aishah, tetapi tiada jawapan. Tiada sahutan. Sunyi. Sepi. Sesepi hatinya dikala ditinggalkan Hanim. Pintu bilik bacaan dibuka, Aishah tiada. Pintu bilik utama dikuak, Firdaus mula cuak. Aishah tidak pernah keluar rumah tanpa meminta keizinan darinya. Kemana pula perginya Aishah? Tiba-tiba Firdaus terpana. Mata menangkap sekeping sampul surat yang diletakkan di atas meja solek. Biru… Aishah masih ingat warna kegemarannya.

Assalamualaikum…
Pertama-tama kalinya Aishah ingin memohon sejuta keampunan kerana keluar rumah tanpa keizinan dari abang.

Abang…
Pertama kali kita bertemu, masing-masing saling membisu.
Lagak abang control macho, lagak Aishah control ayu.
Niat dihati ingin beramah mesra, tapi kita sama-sama malu.
Ya, ada benarnya kata pepatah melayu dulu.
Malu-malu tapi dalam hati tersangatlah mahu.
Abang…
Saat abang hantar rombongan meminang, Aishah sungguh terharu.
Aishah yakin, bila abang kata abang cintakan Aishah,
Itu semua bukan tipu.
Setahun lepas tu, kita berdua selamat bersatu.
Tuhan saja yang tahu.
Sayang dan cintanya Aishah pada abang,
Lidah yang tajam melontarkan kata-kata juga bisa kelu.
Bermulanya saat itu, janji Aishah hanya satu.
Aishah akan taat setia kepada abang hingga ke akhir waktu.
Tapi abang…
Burung takkan mungkin lagi bisa mencapai awan tika patah sayapnya.
Layang-layang takkan mungkin selamanya berada di awangan tika putus talinya.
Dan bahtera rumahtangga takkan mungkin bisa bertahan jika kita gagal mengemudinya.
Abang…
Sekiranya Aishah tidak mampu memberikan apa yang abang mahu,
Pergilah kepadanya yang dapat memenuhi impianmu.
Tiada apa yang perlu abang jelaskan kerana Aishah sudahpun tahu.
Semoga abang bahagia bersama Hanim,
Yang kini mungkin menjadi maduku.

Salam Kasih Penuh Syahdu,
Aishah Humairah

Ya Allah…!!! Baru kini Firdaus menyesal dengan segala perbuatannya. Isteri yang setia di depan mata begitu mudah tidak diendahkannya. ‘Aishah… maafkan abang.’

13 comments

December 21, 2011 at 9:24 AM

itulah..sesal dahulu pendapatan.sesal kemudian tiada gunanya..


Aishah mengubat hatinya yang lara..


kejam sungguh firdaus tu.. :(

December 21, 2011 at 9:25 AM

Reality, lelaki mudahnya nak berbalik kasih atas alasan x ada anak!

December 21, 2011 at 9:29 AM

Membiarkan mereka bersatu dari terus bergelumang dalam benci Dia, adalah sebaik-baiknya.

bukan mengalah.
tapi mengundang jalan cerita baru dalam hidup yang penuh liku.

untuk Humairah, semoga engkau tabah.
untuk si suami, selagi belum akhir, kamu masih boleh pulang pada Dia.
untuk Hanim, belajar menghargai sayang dan sedarlah hidup penuh duga; esok, barangkali mangsanya kita.

penulisan yang cantik isinya.
ada daging.
ada blackpaper.
ada garam gula.
dan ada hidup.

ringkas tapi sampai.

cuma.
watak hanim berbolak-bolak. berbunyi kasar. tidak betul meletak sayang pada si lelaki. dan seperti insan yang tak cukup puas. barangkali pernikahan hanya untuk kertas yang menutup bunting dia dengan sesiapa saja.
tiba-tiba, dia seperti baik. yang menuntut restu dan tidak mahu kucar-kacir.
ya, aku tahu yang fitrah manusia sendiri baik, cuma, kadangnya agak kaget melihat ia wujud terlalu dekat dengan baik-buruk itu.
barangkali, ini bermakna untuk kamu.

dan aku.
hanya seorang pengkritik yang tak pandai menulis.
aku cuma suka melihat yang indah itu diperindahkan dan dipersembahkan sebaiknya; walau, aku sendiri lemas di kaki bukit biarpun sebelum memanjat.

*senyum*

salam

December 21, 2011 at 9:34 AM

suka baca komen2 AJ hanif.. :)

December 21, 2011 at 10:57 AM

Good story :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

December 21, 2011 at 11:07 AM

AJ, kau pun hebat dengan tulisanmu itu!

December 21, 2011 at 11:55 AM

Manusia memang takkan pernah puas dalam menghargai sesuatu. Hmmm

December 21, 2011 at 12:38 PM

sedihh...
seringkali lelaki tidak menghargai wanita..
hai lelaki... bilakah mahu sedar?

December 21, 2011 at 2:32 PM

menyesal skrg di tiada gunanya.....;-)

December 21, 2011 at 7:00 PM

sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi..

December 21, 2011 at 7:39 PM

lumrah manusia mmg begitu.tiada siapa dapat sangkal.




seperti ceteknya ilmu yg dangkal.

December 21, 2011 at 11:19 PM

AJ terbaik


cte ringkas tp mkne mndlm

December 21, 2011 at 11:50 PM

T_____________T

terkesan dihatii...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...