Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, December 18, 2011

Cerita Katak Dan Menara Alor Setar

4:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Päk Läng



Maka tersebutlah kisah, berduyun-duyun katak keluar ke bandar Alor Setar sehingga sesak dibuatnya. Dengar kata ada yang mati dilenyek kereta kerana terlalu banyak hingga melimpah ruah ke atas jalan raya. Tujuannya cuma lah satu iaitu mengambil bahagian dalam satu pertandingan. Dikhabarkan bahawa raja katak telah menganjurkan satu pertandingan iaitu melompat ke puncak menara Alor Setar dan sudah tentulah para peserta dilarang sama sekali menggunankan lif yang sedia ada.

Maka berpusu-pusu lah para katak sekalian ke tempat pertandingan di perkarangan menara Alor Setar. Mereka pun beratur panjang untuk mengisi borang penyertaan. Dua hari dua malam lamanya menunggu kesemua peserta mengisi borang penyertaan. Ramai sungguh yang datang untuk sama-sama mengambil bahagian dalam acara melompat ke puncak menara Alor Setar itu. 


Sebenarnya masing-masing tertarik dengan hadiah yang di tawarkan iaitu, barang sesiapa di antara katak katak itu berjaya dalam cabaran tersebut maka akan dikahwinkan dengan seorang puteri yang tidak diketahui asal usulnya. Puteri itu bukan dikalangan para katak tetapi seorang manusia. Punya rupa paras yang jelita, potongan badan ala-ala model dan pewaris takhta kerajaan negeri antah berantah yang juga tidak diketahui lokasinya. Tak sangka pula para katak teringin juga memperisterikan perempuan cantik. Mungkin ada juga yang ingin bergelar putera setelah berkahwin dengan puteri tersebut. Dan sudah tentulah para peserta yang mengambil bahagian itu terdiri daripada katak jantan. Walaubagaimanapun ada juga segelintir katak betina yang turut mengambil bahagian. Kata mereka cinta tak mengira jantina dan kesamarataan itu untuk semua.

Tiba lah hari pertandingan, sesudah subuh acara dimulakan. Melompat lah seekor demi seekor katak menuju ke puncak menara Alor Setar. Mengikut logik akal, amat mustahilah bagi seekor katak melompat dari bawah sampai ke puncak menara yang berketinggian 165.5 meter itu. Stamina yang tinggi, pergi gim setiap malam dan mahir akrobatik pun belum tentu boleh melompat sampai ke puncak menara itu, ini kan pulak hanya kudrat seekor katak biasa. Maka seluruh orang bandar Alor Setar pun bergelak ketawa menyaksikan kejadian itu. Mereka lantang memaki dan menghina katak katak yang bodoh itu kerana cuba melompat ke puncak menara. "Apa ke bangang hangpa semua ni, tak mungkin lah katak dapat melompat ke puncak menara melainkan perkara ini hanya dianggap bodoh dan tak bertamadun... kah... kah... kah", kata seorang manusia di kalang orang bandar Alor Setar itu. Kata-kata itu disambut dengan hilai tawa yang gegak gempita bergema sampai ke Sungai Petani kuatnya. "Sudah sudah lah memperbodohkan diri sendiri!" laung manusia yang lain pula. Orang orang bandar Alor Setar terus ketawa berdekah dekah sambil memperbodoh bodohkan para katak yang bertanding."Hoi tak padan dengan katak, ada hati nak kahwin dengan puteri cantik!" mereka terus menghina dan memandang jelak pada para katak yang sedang melompat ke puncak menara itu.

Akibat tak tertahan menanggung kata kata dan makian dari orang orang bandar Alor Setar, ada dikalangan katak yang mula menarik diri daripada bertanding. Ada juga yang melompat pulang kerana tak tertanggung lagi akan celaan orang orang di situ. Tak kurang juga, ada yang membunuh diri akibat tertekan dan merasakan diri terlalu hina. Dalam pada kekalutan dan keriuhan itu tiba tiba raja kata menjerit, "Tengok atas sana!". Jeritan raja katak itu amat lah luar biasa kuatnya. Kalau tadi suara orang bergelak tawa dengar sampai ke Sungai Petani kali ini gemanya sampai ke Butterworth menyebabkan orang yang terlena menunggu feri habis terkejut dan sedikit terlompat. 


Maka seluruh katak dan orang bandar Alor Setar pun terdiam dan memandang ke atas puncak menara Alor Setar. Dan di saat itu terlopong lah mulut sekalian katak dan orang yag ada di situ. Ada yang ternganga sampai meleleh leleh air liur, ada yang jatuh pengsan. Tak kurang juga yang menggelupur sawan sampai berbuih mulut. Rupa rupanya dalam banyak banyak katak tadi ada seekor katak sudah berjaya sampai ke puncak menara! Katak tersebut tersenyum dan melambai lambai tangannya seolah olah tiada apa yang berlaku dan ia sedikit tercungap cungap kepenatan. Kejayaan katak itu telah membisukan seluruh warga bandar Alor Setar. Kini hanya raja katak yang ketawa sambil menepuk nepuk tangan. Akan tetapi ia tersangat hairan bagaimana katak itu boleh melompat sampai ke puncak menara?

Setelah disiasat, dikhabarkan bahawa katak yang berjaya melompat ke puncak menara itu sebenarnya seekor katak yang PEKAK! Dan dengan kejayaannya itu, maka katak pekak itu pun dapatlah berkahwin dengan puteri  jelita, potongan badan ala-ala model dan pewaris takhta kerajaan negeri antah berantah yang juga tidak diketahui lokasinya itu. Mereka pun hidup bahagia mentadbir kerajaan negeri antah berantah yang tidak diketahui lokasinya dan katak pekak tersebut telah menukar namanya kepada Rosmah walaupun nama itu adalah nama perempuan. Katanya dia amat meminati tuan punya nama itu dan terinpirasi dengan semangat wanita itu yang menabung dari kecil sehingga boleh membeli cincin berlian. 



.TAMAT.

18 comments

December 18, 2011 at 5:23 PM

untung pekak... dapt gak kahwin dengan puteri, GLAM gitu... rosmah gak dpt nama :)

ps: comel kispen... happy aja baca...

December 18, 2011 at 5:24 PM

Pak lang..well done! this is the best parody that i ever had!..hikhikhik! alahai nama katak tu shomel la...wakakaka

December 18, 2011 at 6:06 PM

memula hepi baca sebab katak sy ni gile katak..tak caya?jenguk la main second blog
http://suhasimplelife.blogspot.com/

tp nape kaitkan ngan rosmah..hampa!!!


hahaha katak terlalu comel tok dikaitkan dgn rosmah,oh pelis!

December 18, 2011 at 6:16 PM

Haha terbaik tang ending tu

Anonymous
December 18, 2011 at 6:57 PM

hahaha..katak ni berjiwa perempun apa..uh,hilang hensem kamu wahai inche katak..




~marcella~

December 18, 2011 at 8:46 PM

ye laa...lepas ni buat citer lembu dok kondo lak le....

Anonymous
December 18, 2011 at 10:04 PM

Kah kah kah cerita ni sangat nakal sebenar nya~

-HEROICzero malas nak log in .

khairul antasha
December 19, 2011 at 7:29 AM

hahahaha

cite ini best!

Tp nape perlu nama Rosmah? Xpuas hati..haha

December 19, 2011 at 9:30 AM

err...sori, cerita karut...ini lah jadinya kalau tak tidoq sampai ke pagi...hehehe

December 19, 2011 at 2:48 PM

haha...best lak cite ni..:)

December 19, 2011 at 3:00 PM

hehehe :)

December 19, 2011 at 3:04 PM

haha..

nape nama Rosmah? xpuas hati ni

December 20, 2011 at 12:42 AM

provokasi di mana-mana...hahaha

December 20, 2011 at 9:41 AM

ada berselirat dalam yang terang. bukan berkata satu itu tentunya satu, ia barangkali jadi satu ribu cerita lain.
terpulang sudut mana pembaca pandang, ada warna yang pelbagai bagi yang carinya cukup dalam.
naskah yang bersahaja, tapi ada susun cerita yang cukup menjemput bacaan.
tahniah untuk tulisan ini.
ringkas, tapi cukup ajinomotonya.

*senyum*

dimana kemuncak cerita?
terpulang pada pembaca. mereka bisa letak pada nama, mahupun moralnya.
bagi aku.
setiap pada ada cerita yang beza-beza.
dan jangan tenggelam hanya pada hujung cerita.

*senyum*

December 20, 2011 at 3:38 PM

*senyum

Anonymous
December 20, 2011 at 4:35 PM

cerita yang bagus tetapi sayang ending yang penuh provokasi yang mungkin bakal mengundang kontroversi.

sekadar nasihat/renungan:
blog ni utk cerpen, kispen atau apa saja yang sewaktu dengannya, jadi bebaskan blog ini dari sebarang provokasi yang ada kena mengena dengan unsur unsur dunia semasa yang sensitif atau sewaktu dengannya untuk mengelakkan sebarang tindakan kepada pemilik blog dari diserang suruhanjaya multimedia.

sekian terima kasih

-blacknwhite-

December 20, 2011 at 10:00 PM

-blacknwhite-

Terima kasih untuk respon anda. Kami menerima dengan hati yg terbuka, sebagaimana kami menerima entri2 mereka, juga dengan hati terbuka.

Anggap ia sekadar hiburan yang tidak mungkin menyinggung mana-mana individu atau berkumpulan.

from Admin staff

December 21, 2011 at 10:35 AM

di mana lg kita mahu bebas bekarya kalau di bloq juga 'kebebasan' tersekat? apa2 pun terima kasih pd blacknwhite untuk respon anda dan apa saja dalam cerpen aku ni anggap saja sebagai sarkasis...sekian

dan pada kak bidadari, bos mmg cool! "power to the people" hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...