Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, December 5, 2011

Isnin Yang Biru

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


ISNIN....
Ia adalah hari pertama dalam seminggu...
Tak sempat membuangkan sisa-sisa lelap mata semalam...
Terlupa semua agenda hari ini...
Dan mula terfikir akan boss di kantor ialah si dungu yang hanya menghuru-harakan keadaan...
Lantas menyeret diri masuk ke dalam rantaian masa ini agar sempurna...

Dan entry ku adalah untuk hari Isnin yang berwarna biru. Kalau korang boleh faham, ni aku punya khayalan tinggi lima tingkat aje.

Masih tertampal lagi satu ilustrasi hati yang ku buat sendiri di dalam kamar itu untuk menggambarkan perasaan hati aku. Entah siapa pula yang akan melihatnya kecuali diri aku sendiri. Aku sendiri benci melihatnya.

I
seorang gadis berjalan lemah lembut... sungguh manis berbaju kebaya labuh berwarna biru cair bagaikan seorang puteri lagaknya tersenyum... apakah yang bermain dalam fikirannya... seorang jejaka yang hilang punca... asap rokok berkepul kepul ke udara... sekali dua kali rokok disedut bagaikan tak puas... dengan rambut yang tak berapa kemas... baju kemeja tak bergosok... kedut sana kedut sini...  dalam fikirannya hanya satu sahaja..."Bila aku nak berambus dari sini..."

Si gadis menghampiri si jejaka... si jejaka tergamam... senyuman manis tak lekang dari bibir si gadis...

"Assalamualaikum..."
"Boleh tanya bang... Saya Ira... Datang ni nak report buat practical kat sini. Kat mana Human Resources Department?"

II
Suasana di kantin pejabat di waktu tengahari... sana sini penuh. Oleh kerana tiada tempat duduk si gadis duduk bertentangan dengan jejaka. Jejaka tergamam lagi. Rokok dipadamkan serta-merta. Si gadis tersenyum manis lagi...

"Kalau kau mahu tunjukkan dirimu yang tak terurus dan selekeh itu kau tak berjaya wahai jejaka sebab bukan rupa atau sikapmu yang aku pandang..."

Senyuman dari Ira lewat siang tadi sangat berbisa dan habis berderaian jatuh kepada semua tulisan di tembok kamar aku.

...Isnin melabuhkan tirainya...
Ketika angin meniupkan desahnya pada sekumpulan burung, aku seperti melihatmu berlari lari entah apa gerangan yang kau kejar?

Pucuk beringin bagaikan meliuk lentuk mengikuti arah kakimu. Apa yang kau cari ?

Jika yang kau cari adalah cinta, ada aku di sini menjaga gerakmu. Masihkah kau dengar suara angin membawa cintaku untukmu?

Angin tetap setia bertiup mendera helaian rerambutku. Kau meninggalkan sepotong senyum di ruang tamuku dan aku menemukan cinta di antara ruang bisu dalam kamar hatiku dan lukisan cintaku yang lalu masih tergantung di sana.

Aku cuba membawa cintaku walau ke manapun aku pergi ku tunggu hadirnya dia tak mungkin datang datang lagi lalu senyumanmu jua yang menguap menantiku dari ruang tamu berganti menghantui hatiku.

Maafkan aku wahai gadis. Pada hari Isnin yang biru ini... aku jatuh terlalu dalam sebelum ini dengan luka luka di hati yang masih belum sembuh sepenuhnya dan untuk bangkit maka luluh lelah seluruh tenagaku. Udara yang ku rasa dan ku hidu juga sudah bisu warnanya. Kebas jemari ini mendodoikan kelukaan dan saat kau hadir fikiranku bercelaru dan haru biru mahu saja aku hilang ghaibkan perasaan ini tanpa kau sedari.

12 comments

December 5, 2011 at 9:09 AM

boleh tahan bold si 'Ira' ni . menarik !

December 5, 2011 at 10:38 AM

Ira ni macam ohsem
awek berani ni

:D

December 5, 2011 at 11:13 AM

agresif. kalaulah aku boleh seberani Ira.

December 5, 2011 at 11:26 AM

gua syak brother ni suka memerhati... Ira adalah salah satu daripadanya...

December 5, 2011 at 9:08 PM

@heroiczero - ye dude...bold and beautiful...

December 5, 2011 at 9:09 PM

@asrul sany ilham - boleh dikatakan awek entry saya sumer sumer pun berani gitew...

December 5, 2011 at 9:10 PM

@hanaahmad - pompuan agresif lawannya lelaki pasif...

December 5, 2011 at 9:10 PM

@boss - passive observer tu...

December 6, 2011 at 10:01 AM

sgt 'sesuatu'..

December 6, 2011 at 12:36 PM

kenapa ira tetap sukakan si jejaka yang selekeh?

:P

December 6, 2011 at 9:45 PM

@khairulkhai - ye..memang dia mencari sesuatu...

December 6, 2011 at 9:46 PM

@ladybird - entah...sebenarnya lelaki itu yang mahu menghukum dirinya sendiri...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...