Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

10:45:00 PM | Best Blogger Tips

Pembaca Yang Budiman,
d/a: http://secret7writer.blogspot.com/

Salam. Kami, barisan penulis Secret 7 Writer(Bidadari Syurga/HEROICzero/EL MARIACHI/ghost writer/bila blog bercerita/Khairul Antasha) ingin mengucapkan terima kasih kerana menyokong kami selama ini. Sokongan anda dari segi ‘like’, follow blog dan komen dalam setiap karya kami adalah sangat kami hargai. 

Sepanjang baru kurang lebih dua bulan kami di sini, lebih 8,700 page-view telah kami terima, lebih 1000 komen terkumpul dan lebih 100 followers.

Kami juga ingin berterima kasih kerana sudi sama-sama berkarya dengan kami dengan menghantarkan karya anda untuk dikongsikan bersama. Kepada yang sudah tersiar, tahniah. Kepada yang masih belum tersiar, kami akan usaha siarkan secepat yang mungkin, bergantung pada slot yang kosong.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012, dan teruskan menyokong projek-projek kami yang akan datang, insyaAllah! Terima kasih!

Yang Menjalankan Tugas,
HEROICzero

Thursday, December 29, 2011

Nenek #Part 2 (Akhir)

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Aku pergi kerja seperti biasa. Sejak balik dari kampung aku seakan fobia mendengar deringan bunyi telefon bimbitku. Ada saja perkara buruk bermain difikiran aku. Seperti yang mak bagitahu, tak banyak yang berubah kat nenek sejak kami balik. Perubahan pada diri nenek ketika kami balik untuk kerja hari itu hanya sementara.Hanya doa mampu aku panjatkan pada yang Maha Esa agar nenek dikurniakan kesihatan yang baik. Hari ini hari kedua aku balik dari kampung. Aku melakukan tugasan harian seperti biasa. Sesekali aku memandang telefon bimbit yang berada di atas meja. Satu hari suntuk telefon ku tidak berbunyi. Terasa pelik di situ. Dan biasanya aku menghubungi mak sebelah malam. Kerana sebelah siang mak sibuk mengurus kerja rumah di samping melayan jiran datang menziarahi nenek. Aku mencapai beg di atas meja. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama 'mak'. Aku cepat menjawab. "Mak! kenapa?". Kedengaran suara mak yang ditahan-tahan. "ngah, tadi nenek tiba-tiba tak sedarkan diri." Mak menangis. Aku dengar bacaan Surah Yassin sayup-sayup kedengaran di hujung talian. "nenek ok tak mak?". Mak masih tak mampu menahan perasaan. "angah balik lah. sementara nenek masih ada ni.". "Esok pagi Angah balik."

Sepanjang perjalanan balik ke rumah Along perasaanku bercampur-baur. Telefon bimbitku dari tadi ada isyarat bunyi 'sms' masuk. Aku biarkan. Beberapa 'sms' dari sepupu. 'Sms' dari adik-adik yang berada jauh diperantauan. Aku sampai di rumah Along. Senyap. Aku dengar Along membaca Surah Yassin. Anak-anak duduk disebelahnya. Aku sebak. Aku mendail nombor mak. Tidak berjawab. Aku mendail nombor makcik. Juga tidak berjawab. Aku mandi untuk membersihkan diri untuk solat. Selesai solat Maghbrib aku membaca Surah Yassin. Berulang-ulang kali. Aku percaya satu perkara. Tapi tak mampu untuk luahkan pada siapa-siapa. Apa yang makcik sarankan dua hari lepas buat aku berfikir. Apa yang aku lakukan pada nenek seminggu sebelumnya ada rasionalnya. Apa yang nenek luahkan pada aku sebelum dia jatuh sakit ada sebabnya. Semuanya bersebab. Cuma akal kita manusia tak mampu untuk mencapainya dan mungkin juga tak mahu mengiakannya.

Pintu bilik ku di ketuk. Kelihatan Along dengan wajah tenangnya. Aku faham perasaan Along. Dia merupakan cucu nenek yang paling rapat dengan nenek. Sehinggakan Along memanggil nenek, 'mak'. Bukannya dengan panggilan nenek. "Kita balik lepas subuh." Aku mengangguk. "Angah call mak tapi tak berjawab". "mak tak dengar kot.". Aku cuba memujuk hati. Kali ini aku betul-betul tak dapat menahan sebak. Aku cuba untuk menenangkan hati.Aku baring di katil. Berlegar-legar segala kenangan bersama nenek. Sejak kecil sehinggalah aku dewasa. Nenek memang cukup baik dengan aku dan adik beradik. Kami antara cucu yang paling rapat dengan dia. Nenek tak pernah menyakiti kami. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kurniakanlah kesihatan yang baik kepada nenek.. Aku terlena.

Along mengejutkan aku. Entah berapa lama aku terlelap aku tidak pasti. "Ngah, nenek dak tak ada.". Suara Along tenang. Aku duduk di birai katil. Aku kelu. Aku tengok jam di dinding. Pukul 1.56 pagi. Bersamaan 14 Safar 1432 Hijrah. Nenek sudah pergi meninggalkan kami. Aku ke bilik air. Untuk membersihkan diri. Aku sucikan diri. Aku cuba untuk menenangkan hati. Aku mulakan baca Surah Al-Fatihah. Diteruskan dengan Surah Yassin. Tenang. Tenang. Tenang. Wajah nenek berlegar di ruang mataku. Senyuman nenek bermain-main di segenap ruang fikiranku. Akhirnya airmata ku jatuh jua.

Aku cuba menghantar satu pesanan ringkas kepada kawan baik yang berada di kampung. "Nenek dah tak ada. sedih sangat2. Nak peluk kawan2. suma jauh. ". Aku tahu menghantar 'sms' di waktu sebegitu pasti tidak akan mendapat balasannya. Aku membiarkan telefon bimbit di sebelah bantal. Ada satu 'sms' masuk. Dari kawan baik. "Innalillahiwainnalihirajiun.. sabar sayang. Kat kampung hujan. Nanti balik kan?Aku jumpa kau kat umah. Sabar sayang.". Satu 'sms' dari teman rapat sedikit sebanyak menguatkan aku. Aku dengar Along sudah bersiap-siap mengemas pakaian. Kami perlu bertolak selepas subuh. Mesti sampai sebelum jenazah nenek dikebumikan. Ya, arwah nenek. Nenek dah tak ada. Itu hakikat yang harus kami semua terima.

Sepanjang perjalanan balik ke kampung suasana di dalam kereta sepi. Anak-anak buah seolah-olah mengerti. Sesekali abang ipar cuba membangkitkan suasana. Tapi malangnya fikiran aku dan along menerawang lebih jauh. Segala kenangan bersama nenek berputar-putar. Along memang cukup tenang menghadapi kehilangan. Pasti apa yang dia rasa lebih jauh lebih sakit. Halaman rumah nenek nampak tenang. Ramai jiran yang berada di halaman rumah. Tiada siapa yang aku kenal. Akhirnya aku nampak kelibat ayah dan paksu. Aku cium tangan mereka berdua. "masuklah dulu ngah.." Paksu menyuruh aku masuk. Aku mengekori paksu. Along juga sama. Mendapatkan mak yang berada di depan pintu bilik kami. Bilik aku dan arwah nenek. Wajah Mak tenang. Wajah makcik juga tenang. Aku sempat melihat Along. Akhirnya dia menangis jua di dalam pelukan mak. Aku mencium wajah nenek berulang kali. Untuk kali yang terakhir aku menatap wajah nenek. Wajahnya tenang. Seolah-olah tersenyum. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin.

*Al Fatihah*

Wednesday, December 28, 2011

Nenek #Part 1

9:32:00 AM | | | Best Blogger Tips

Panggilan telefon daripada Mak tadi membuatkan aku tak senang duduk. Nenek jatuh ketika ingin ke bilik air. Nenek bagi aku seorang wanita yang kuat dan tabah. Cuma sejak akhir-akhir ini dia sering tak sihat badan. Walaupun tak sihat, tapi nenek masih mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa. Penglihatannya masih terang. Dia seorang tukang masak yang hebat. Selalu dijemput oleh orang kampung untuk memasak kenduri kahwin semasa dia masih sihat. Aku rapat dengan nenek. Walaupun aku jarang menceritakan masalah aku padanya. Tapi dia seolah-olah faham dengan apa yang aku rasa. Masih ingat lagi ketika aku memasuki universiti. Dia juga selalu memberikan aku wang saku setiap kali balik semula ke kampus selepas habis cuti semester. Pasti ada wang saku diselitkannya ditangan aku ketika aku mencium tangannya.

Kali pertama aku bekerja sebaik sahaja tamat belajar dan mengajar di sekolah pedalaman, dia jugalah orang yang membantu aku dari segi kewangan selain daripada mak dan ayah. Walaupun nilainya kecil,tapi terlalu bermakna bagi aku. Pada dia juga aku bertanya tentang sekolah di kawasan pedalaman tempat aku bakal mengajar. "oh.masa nenek muda-muda dulu nenek dan keluarga pernah ke situ. jangan risau. kat tempat orang kena jaga diri, jaga adab." Sampai sekarang aku ingat pesan nenek. Dulu, masa nenek masih sihat aku selalu tolong dia masak. Aku selalu perhatikan dia masak. "nek, angah nak rasa sikit?". Itulah yang sering aku ucap setiap kali nenek selesai memasak.

Ah.. apa sahaja kenangan bersama nenek semuanya berlegar di fikiran ku kini. Minggu lepas aku balik ke kampung. Bicaranya lain. Terserlah wajahnya yang kurang sihat. Aku duduk di bilik bersama nenek. "Nenek rindu kat Paksu" katanya. Aku diam. Cuba mencari jawapan yang mampu buat dia tersenyum. "Angah ada telefon paksu? Paksu ada telefon angah?". Bertubi-tubi soalannya. "Paksu tak call pun. Tapi hari tu dia ada bagitahu angah dia outstation. Nanti paksu balik la jumpa nenek." Nenek senyum. Aku senyum. "Hari tu paksu ada balik kejap.Paksu lain. Dia tak cium nenek sebelum dia balik hari tu." Nenek bersuara. Aku sebak mendengar. "Lain macam mana nek?". Nenek senyap. "kat angah je nenek selalu bercerita pasal anak-anak nenek. kat angah je nenek meluah apa yang nenek rasa.". Aku mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut nenek. Aku tahu dia rindukan anak-anaknya. "Ala nek, mak kan ada.". Aku cuba memujuk nenek. "Mak angah sibuk. banyak dia nak kena uruskan. kerja-kerja rumah lagi. Mak Angah pun selalu tak sihat sebab jaga nenek. Mak angah banyak korban untuk nenek. Nenek tak nak tambah bebab mak angah.". Panjang lebar nenek meluah. Ya, aku faham. Sehari sebelum aku balik, nenek memangil aku. Dia minta aku memotong kuku kaki dan tangannya. Aku tak banyak bicara. "Kuku masih pendek ni nek". "Angah potong je. bersihkan kuku nenek sekali.Orang tengok pun tak kotor nanti.". Aku menurut. Ketika itu perasaan ku lain. Mak yang tika itu mengemop lantai dapur memandang aku. Mataku tiba-tiba berkaca. Esok paginya aku balik kerana aku perlu kembali bekerja. Nenek bangun awal. Dia tahu aku akan bertolak awal. Aku cium tangan mak dan ayah. Aku cium tangan nenek. Dia cium pipi aku. Aku cium dahi nenek. "nanti angah balik lagi ya". Aku angguk. Sebak.

Telefon bimbitku sekali lagi berdering. Mengejutkan aku dari terkenang saat bersama dengan nenek. "Angah nanti balik ya." Kedengaran suara mak dihujung talian. "Nenek jatuh terus tak dapat bangun dah.". Suara mak lain. "Mak tak sihat ke ni?". "Mak selsema dua hari lepas. Tapi sekarang ni macam nak demam. Risau kat nenek.". Kasihan mak. Dia antara anak nenek yang menjaga nenek dari dulu sehingga kini. "Mak, esok angah balik ok. Mak jangan risau. Sampaikan salam angah kat nenek.". Kalau boleh sekarang juga aku ingin terbang ke kampung.Ketika aku balik hari tu nenek masih sihat. Masih mampu berjalan. Sekarang nenek tak mampu nak bangun disebabkan terjatuh hari tu. Hari ini aku dan ayah menghantar adik lelaki ke airport untuk mengikuti kursus latihan polis. Selesai menghantar aku dan ayah bergegas balik ke kampung. Aku diam sepanjang perjalanan balik ke kampung. Hanya wajah nenek terbayang-bayang di mataku. Sesampainya di rumah. Aku lihat ramai jiran yang baru keluar dari rumah. Mungkin baru lepas melawat nenek agaknya. Aku masuk. Terus mendapatkan mak. Mak muram. "Angah masuk la bilik nenek. nenek ada tu.". Aku masuk ke bilik nenek. Bilik kami sebenarnya. Bilik aku dan nenek. Nenek terbaring. Mukanya pucat. Aku cium tangan nenek. Aku cium dahi nenek. "nek, angah dah balik dah..". Dia mengangguk lesu. Dia senyum. "Along tak balik sekali ke ngah?Paksu tak balik ke ngah?". Sekali lagi aku diserang soalan bertubi-tubi dari nenek. "Along balik la nanti. Paksu masih outstation. Esok lusa ada la paksu". Dia mengangguk. Mak duduk di sebelah aku. Mata mak sembab. "Mak tak sangka sebab jatuh pagi tu nenek terus tak dapat bangun.dah bawa ke klinik. Doktor cakap tak ada apa-apa. Nenek dah tua,lemah, sebab tu dia tak dapat bangun macam dulu". Aku hanya mampu mengangguk.

Makcik muncul di muka pintu bilik. Dia membawa semangkuk kecil bubur. Katanya nenek tak lalu nak makan dah sejak jatuh hari tu. Aku mengangkat tubuh nenek supaya dia dalam keadaan menyandar. Aku suapkan perlahan-lahan nasi bubur ke mulutnya. Dia mengunyah perlahan. Dia senyum. "Nenek dah takda selera ngah". Mataku berkaca. Aku sebak. "Makan sikit nek." Nenek angguk. "Nenek nak buah laici dan buah hitam tu". Mak cepat-cepat bangun untuk mengambil buah laici dan buah hitam kegemaran nenek. "suruhlah paksu balik. Suruh along balik juga. Lama dah nenek tak jumpa anak-anak along." Nenek bersuara lagi. Aku angguk.

Aku cuti selama beberapa hari untuk membantu mak menguruskan segala kerja rumah disamping menjaga nenek. Akhirnya paksu balik juga. Terserlah gembira wajah nenek. Anak-anak nenek yang lain sudah berkumpul di rumah nenek. Aku dan along terpaksa balik kerana cuti yang di pohon sudah habis. Aku berjanji akan balik semula selepas dua hari. Kerana banyak kerja yang perlu aku selesaikan. Sebelum balik aku cium tangan nenek. Aku renung wajah dia puas-puas. Makcik berbisik ke telinga aku. Makcik menyarankan aku supaya tak balik dulu. Tunggu selepas tiga hari baru balik kerja semula. Tapi, tuntutan tugas membantutkan aku dari mengikut saranan nenek. Aku menangis ketika mencium dahi nenek. Along juga begitu. Cepat-cepat aku bangkit. Aku perlu kuat. Aku doakan nenek akan baik seperti biasa. Hanya itu. Aku rela menanggung semua kesakitan nenek daripada melihat nenek terbaring tanpa dapat bergerak dan berbuat apa-apa. Sekurang-kurangnya ada perubahan sikit pada diri nenek. Dia boleh duduk menyandar. Dia masih lagi mampu tersenyum. Masih lagi kenal wajah-wajah kami. Itu sedikit sebanyak melegakan aku untuk meninggalkan dia untuk menyelesaikan tugasku.

-bersambung-


Monday, December 26, 2011

Gula Gula Hacks

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
Aku bermonolog lagi.....

Dah habis dah kau skodeng blog dia? Bukan main lamaaaaa je aku tengok kau baca lepas satu-satu...
Entah... Hati aku rasa sesuatu sebab tu aku terpaksa bersabar bila aku baca one by one entry dia... Walaupun aku punya desktop ni lembab nak mampos... Aku sabar sebab aku rasa aku dah temui apa yang aku cari...
Apa yang kau jumpa kat blog dia tu?
Aku jumpa rindu dan aku jumpa hukuman...
Pelik kau ni lah....
So?
Aku jumpa rindu... Aku rasa rindu tetiba...
Ni entry apa ni? Kau bermonolog lagi ye....
Kenapa dia kejam pada dirinya sendiri... Itu andaian aku dan dia sedang menjalani hukumannya... Kesepian...

****

Lewat malam minggu Hendra@Hans mengikuti pelawaan Imrul ke sebuah pusat hiburan di ibu kota. Memang Hendra sengaja menerima pelawaan Imrul itu kerana mahu tahu akan hidup NIGHT LIFE di kota besar yang hanya di dengarnya dari kawan kawan. Imrul pula berbangsa mix Arabic sket. Namun Imrul sangat menggemari gadis gadis Melayu. Dia memang banyak duit. Lantaran keluarganya tinggal jauh darinya dan hanya duit yang dikirimkan buat Imrul dan pelajar sepertinya tak perlu fikir pasal kerja sedangkan Hendra tetap mahu bangun setiap pagi untuk memastikan menjanjikan gaji dibayar tiap bulan demi meneruskan kelansungan hidup...

Sampai di sebuah banggunan di tepi sungai di kotaraya mereka masuk ke dalam muzik mula membingitkan telinga. Hendra terus melabuhkan punggungnya di kerusi empuk. Seorang waiter menghantar minuman. Ada coke dan ada juga Jack Daniel. Coke untuk dirinya mungkin Jack Daniel untuk Imrul dalam kegelapan itu minuman tu kelihatan serupa macam teh O' sahaja dan datang pula seorang gadis tinggi lampai duduk di sebelahnya. Awek ni mesti mabuklah tu dengan selamba gadis itu meneguk air tadi.. Gulp... gulp... Macam meneguk air Big Gulp yang di jual di 7 Eleven. Hendra menyeluk poketnya... mengeluarkan gula gula Hacksnya...

Abang kawan Imrul ye...
Abang tak menari ke?
Tak pandai...
Diorang bukan pandai pun... Macam ayam kena sembelih ada le... Melemparkan pandangan pada Imrul di dalam keramaian... Imrul sudah jumpa apa yang di carinya malam itu...

Baru 19 tahun? Saya ingatkan Jannah sudah 21 tahun...
Saya dan Imrul satu tempat pengajian bang... Matrikulasi...
Apa pekerjaan yang abang buat?

Saya pemuzik bekerja di hotel setiap malam...
Pandai menipu jugak Hendra...

Abang cari perempuan ke?
Haahhh...
Sedikit pelik Hendra di situ... Jarang sungguh orang mencampuri urusan peribadinya...
Begitu berani gadis manis ini berbahasa pertama kalinya dengan nya....
Aahhh aku bosan jugak... Baik aku layan je awek mabuk ni...

Maaf abang... Hidup abang selama ini... Saya tahu... Kalau abang cari perempuan kat sini apa yang abang dapat hanya 'sisa' aje bang..
Haaa...
Semakin pelik pula perasaan Hendra
Kalau begini pelik sikap gadis itu biarlah dia melupakan sahaja niat untuk berkenalan...

Tiba-tiba sahaja si gadis muntah di hadapan Hendra. Habis terhambur semua isi perutnya mengenai pakaian Hendra. Selepas tu gadis itu pening-pening... Dia buat hal sudahhh...

"Jannah... teruk kau ni...minum sikit sudah muntah...lain kali jangan minum aku punya Jack Daniel... Hans tolong hantarkan dia balik... Nah kunci kereta..." Di balingnya kunci kat aku. Dia duduk kat Vista Kondo Pantai mungkin kenal rapat dengan Imrul mungkin Imrul biasa ke situ.

Aku ada tugas pulak nak menghantar gadis ni balik... Hemmm... Aku tak terfikir apa-apa. Terus membawanya ke kereta di luar...dia masih boleh berjalan namun badan aku berbau muntah hantu...kalau hantu air aku boleh mintak jadi kuat macam Badang...

Kondo Pantai... Sampai tingkat 20 kondo tu memang sunyi. Memang tak ada siapa ambik tahu urusan siapa siapa kecuali guard. Guard tu pun kat bawah bangsa Nepal pulak tu. Dalam rumah Jannah pun takda orang. Lepas aku letak Jannah kat sofa dia cakap kat aku... "Samada abang nak ambik kesempatan atas saya atau abang balik lepas cuci kotoran kat baju abang... saya tak kisah abang..."

Hendra menyeluk poketnya dan mengeluarkan gula gula Hacks. Diberinya sebiji pada Jannah. "Kenapa bang? Kalau nak hisap rokok kena makan Hacks dulu... Tapi abang tak hisap rokok pun?"

Esok lusanya Imrul menghubungi aku di pejabat... Hans... Jannah kirim salam... Dia kata kau COOL!
Hendra tersenyum ala playboy...

Sunday, December 25, 2011

Amirdihah

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
theunedited@gmail.com


“Awak marah saya?” Tidak terus dibalas soalan itu. Sedetik dua masa berlalu kosong. Ah, detik berikutnya juga kosong. Masih belum berjawab.

“Awak… masih marahkan saya?” Soal dilontar semula. Biar disusun dengan kalimah baru, agar yang kusut untuk dirungkaikan sampai tak berjawab itu mampu bisa lerai dan disambut kali ini.

Tapi masih sunyi.
Yang bertanya jadi kelat melontar soal lagi, dan yang ditanya masih belum beralihpun pandang pada lempar padang di depan. Barangkali, hijau bumi tuhan ini terlalu menghairahkan fikirnya sampai gagal susun suara Madihah menarik sedarnya walau seketika.

Waktu itu, kicau burung berlagu amat asyik. Ah, barangkali, hanya momen ini yang mampu buatkan Madihah sedar yang burung itu berkicau, dan mereka ada suara untuk didengar juga. Barangkali, selama ini dia hanya tahu yang marhaen seperti dia saja yang bijak berkomunikasi antara jiwa; selebihnya hanya kejadian tuhan yang tidak sengaja dan tidak ada apa-apa.

Barangkali, Madihah sendiri berfikirnya yang rupa-rupanya semuanya lebih besar dari apa yang dia dan golongan dia besar-besarkan selama ini gamaknya.

“Dihah” 
Oh dia boleh bersuara!

“Andai berkocakpun muka tasek, tidaklah beerti dasar dalamnya perlu terusik. Barangkali, ada jemari kaki yang tumpang mencemar pada lanjut sidai di jeti tepi. Maka, harus saja tasek itu sendiri tidak mampu sediakan apa-apa selain diam menunggu, agar riak mukanya kembali sejuk seperti dulu.”

“Cumanya, ia bukan hal sekejap masa, dan mungkin sedar-sedar kamu sudah lelah menuggu, dan kocaknya belum redha henti lagi”.

“Maksud awak, marah awak takkan pernah reda walaupun salah saya tak sebesar mana”
“Dan sudut mana bahasa saya ini yang mengatakan saya marahkan kamu Madihah?”

Mana?
Oh.
Mana-mana saja lah!

“Ya, mana-mana sajalah. Dengan riak seperti itu takkan awak masih katakan tidak pada marah untuk saya? Saya tahu saya bersalah. Saya tahu hal itu sepatutnya bukan begitu. Saya tahu saya salah” dan suara menjadi serak-serak basah akhirnya.
Benci.
Benci bila kelopak mata kurniaan Maha Esa ini terlalu longgar dari mengemas pegangnya pada jernih-jernih sebak kanta mata. Mahu juga ia tiris dan bocor melintas celah-celah bibir mata dan dibiar lihat pada si Amir muka sejuk. Sejuk yang amat, hingga bahasanya satu pun tak terjemah oleh fikir Madihah.

“Dan kali ini, sudut mana pulak saya katakan Madihah saya ini salah?” Kali ini? Bukan semua bahasanya pun menjurus kepada hal yang sama. Madihah yang bersalah. Madihah yang buatkan dia marah. Madihah yang buatkan semua ini terlalu sunyi sampai bumi lebih bising dari marhaen yang lain! Dan masih lagi Madihah yang salah?

“Siti Madihah….” Suara Amir menjadi isi sekali lagi. Kali ini selepas Madihah memilih untuk esak jujurnya menjadi ‘bridge’ selepas chorusnya gagal-gagal dijawab Amir.
Oh.
Ok.
Dijawab Amir. Tapi dengan rangkap, pembayang dan tajuk yang lari jauh.
Mereka ibarat kambing dan lembu yang berbicara dalam bahasa sendiri untuk memilih siapa yang akan disembelihkan untuk aqiqah. Masih perlu mencari penyelesaikan pada suntuk masa, tapi gagal berbicara dengan frequensi suara yang bisa diterjemahkan satu sama lain.
Ya, tak ubah seperti itu.
Seperti kambing dan lembu.
Memang melembukan.

“Siti Madihah ku sayang” Kali ini baru ada nada memujuk. Barangkali, kekunci pengikat kelat pada wajah Amir sudah terlalu penat ketegangan, maka terlonggar sedikit pegangnya dan terbitlah riak risau dari wajah ‘sesejuk’ Atlantika tadi.

“Siapalah saya untuk marahkan Madihah. Tambah pula, pada Madihah yang tidak ada salah untuk saya terbitkan marahpun. Andai ada silap, sudah pun saya lupakan seterbitnya ia. Ah, kita semua marhaen yang tidak pernah mampu lari dari terseliuh itu ini. Maka, harus saja saya maafkan kamu, kerana esok, kemaafan itu saya perlukan juga dari kamu”

“Jadi kenapa begini?”
“Begini yang bagaimana?”

“Kenapa harus muka sesejuk bumi. Harus diam dari sebarang kata. Harus melempar sejauh pandang dan biar kewujudan saya ini bukan satu kepentingan”

“Oh, itu”
“Itu yang bagaimana”
“Itu bukan salah kamu”

“Dan harusnya salah siapa? Awak yang salah Amir? Kalau salah awak, kenapa saya yang dihukumkan”
“Saya tidak menghukum awak Madihah”

“Oh. Ok. Tidak menghukum saya. Tapi awak mendera saya. Awak mendera jiwa Madihah saya. Awak buatkan saya seperti layang-layang yang hilang tali pegangnya bila mana sudah awak apung tinggi-tinggi selama ini. Dan itu awak kata tidak menghukum saya”
“Maaf, andai itu yang awak mahukan Madihah”

“Dan hanya maaf cukup untuk semua ini ke awak? Hanya maaf?”
“Setidaknya untuk permulaan.”

“Dan kemudian awak kembali menjadi Amir yang lupakan maaf awak dan kembali menyeksa saya dengan kewanitaan saya”
“Tiada siapa yang harus terseksa, kerana saya tidak menghukum sesiapa”

“Action speak louder than word. Awak jangan menjadi menteri dunia yang gah berkata tinggi, tapi berpijak serendah darjat dalam tindakan. Berkata itu tetapi berini dalam tindakan. Itu bukan Amir untuk saya!”
Dan Amir senyap.

Bukan mengaku kalah, Cuma mengaku yang diam itu lebih baik.
Madihah bukan gadis yang boleh dimainkan perasaan dan sebab itu bukanlah mahu dimainkan dia sedetik pun.
Dan kali ini, biar sunyi bumi menjadi pengisi.
Biar kicau burung tadi jadi teman.
Oh.
Tak ada.
Burung sendiri sudah lari.

Barangkali, notasi mereka tadi terlalu kemerekaan, sehingga burung-burung sendiri menjadi malu untuk tumpang pasang telinga. Ah, burung-burung bukan seperti manusia lain yang pandai mencari itu ini dalam dunia sekeliling semata-mata untuk menutup itu ini dalam dunia mereka. Burung-burung tahu yang mereka sendiri tidak pernah lari dari silap, jadi tidaklah mereka menghebab khilaf lain; agar Maha Esa tutupkan khilaf mereka di Luh-Mahfus sana nanti juga.

Dan Madihah bangun.
Dia bawa lari esak tangis dia tadi bersama.
Kali ini Amir kosong.
Tiada kicau burung, mahupun esak gadis manis berlesung pipit halus di bibir kemerahan kirinya. Ya, hanya bibir kiri.
Kini dia sendiri.
Melontar memandang hijau bumi Tuhan sekali lagi.

Dan hujan turun.
Maaf.
Hanya gerimis.
Berdikit-dikit menjadi teman pada Amir yang keseorangan.

“Maaf Madihah” berbicara sendiri.
“Aku yang salah”
“Dan barangkali aku menghukum kamu tanpa aku sedar, walau yang aku hukumkan adalah aku”

Oh.
Dan semuanya tergantung begitu. Tergantung pada Madihah mencari punca. Tergantung pada Amir yang mencari kesudahan. 

Yang turun jatuh hanya gerimis pagi itu.
Dan ‘muka tasek’ kembali beriak; biarpun dia sedaya mahu untuk diam menjadi pendengar yang sunyi.

***

Marah bukan untuk disimbah. Biar lemaskan dengan sejuk hati dan sabar. Esok, bila reda, baru lagu bisa kedengaran lebih merdu dari semalam dan air bisa lebih jernih dari keruh sungai hari ini.
*senyum*

I Love You, Idiot!

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Iman Nur Aima



Yahoo Messenger
Iman: joooomm... gi dating?
Salleh: tak mau la... guna perkataan tu...
Iman: perkataan dating? ingat awek lama la tu...
Salleh: (-_-!)... ok... tempat biasa...

Message received 9.01pm

Sudah setahun Iman dan Salleh berkawan. Selama itu juga lah lagi terang, jelas dan nyata Iman yang mengejar cinta Salleh. Iman akur, Salleh ada faktor X yang sukar dijelaskan meskipun menggunakan bahasa yang “high end”. Salleh, masih solo biarpun usia menjangkau 30-an, lelaki yang kemas, raut wajah menyenangkan mata memandang. Orang puteh kata dia jenis “hunky”. Gaya bersahaja, berjiwa sensitif dan romantis tapi tak terlihat. Sekejap-sekejap kasar percakapannya, sekejap-sekejap lembut tingkah dan pertuturannya. Salleh! Mengapa sukar sangat untuk dibaca.

Lantas, Iman acapkali bermonolog jauh di sudut hati. Sampai bila nak menunggu!? Menunggu Salleh memahami isi hati lelakinya bahawa dia juga perlukan seorang teman hidup. Sampai kucing bertanduk!? Sampai sungai mengalir ke hulu!? Sampai bulan jatuh ke riba!? Sampai kambing rajin mandi!? Mustahil. Mungkin Salleh pernah kecewa. Sebab itu Salleh terlalu berhati-hati. Satu kemungkinan.

Manakala Iman - gadis optimis yang mengejar cinta. Ya, tipulah kalau kata Iman tidak berangankan keindahan namun dia optimis. Percaya bahawa mencintai dan dicintai itu juga satu kemungkinan. Oleh itu, dia optimis se-optimisnya. Sudah empat kali optimis diulang dalam perenggan ini. Menekankan kepercayaan Iman bahawa –
(1) Mencintai, tidak bermakna harus pengakhirannya bersama orang yang dicintai itu;
(2) Mencintai tanpa pengertian bermakna harus bertangungjawab ke atas perasaan sendiri.

Dialog selepas 10 bulan perkenalan, ketika makan malam di gerai nasi lemak yang terkenal di pinggir kota.
Iman: Andaaa....kenapa anda masih belum lagi suka kepada saya? (Ini adalah kali ketiga soalan dengan maksud yang sama diajukan oleh Iman kepada Salleh selama tempoh perkenalan)
Salleh: Sebab kamu belum lagi cukup menambat hati saya... (Penolakan buat kali ketiga berturut-turut)
Iman: Kecewa (-_-!)... tapi kenapa? (masih optimis atau sekadar melindungi hati dari tercalar)
Salleh: Tak ada sebab cuma belum lagi... niee... saya nak nasihat, kalau nak cari calon suami, cari yang jaga solat... menjaga solat itu sukar kecuali bagi orang yang sabar. (Motif?)

Dalam hati Iman berkata-kata  “Ya... saya tahu, dan saya dah jumpa orang itu dalam diri kamu tapi kamu menolak saya”.
Malam itu, Iman memujuk hati sendiri. “Tak mengapalah...well at least I tried...tak ada penyesalan”. Lama Iman menyepi. Tidak mencari dan langsung pula tidak dicari. Iman meneruskan hidup seperti biasa sahaja. Tiada emosi tanpa arah, tiada tangisan sedu sedan. Biasa-biasa saja tanpa obsesi yang jelas atau keterlaluan terhadap rasa kecintaan yang tidak kesampaian. Optimis se-optimisnya.

2 bulan 5 hari berlalu semenjak pertemuan pada malam penolakan kali ketiga itu.

Yahoo Messenger
Salleh: where are you going? what just happened?
Iman: hmm?
Salleh: baru buka fb...
Iman: I quit my job
Salleh: so pergi mana? ke mana? (Nada-nada risau akan kehilangan)
Iman: hati saya berbunga-bunga pabila kamu bertanya begini? Haha (Perasannnn lagi...)
Salleh: you’re not going far away aren’t you?
Iman: InsyaAllah tak...i’m still here
Salleh: let’s grab some dinner?
Iman: ok. anyway, you’re still on my no 1 list :)
Salleh: ingat dah padam dari senarai...
Iman: not just yet...

Messages received 8.44pm

“Not just yet...” bisik Iman. Iman akan membuat percubaan keempat dan terakhir. Tapi sebelum itu, kena redha, kena pasrah, kena bersedia untuk kemungkinan. Cuma, masalah terbesar Iman ialah setiap kali dia keluar bersama Salleh, dia akan rasa berbunga-bunga. Dan jika takdir menentukan bahawa dia dan Salleh tidak menjadi pasangan yang halal, maka, sedikit kalau pun tak sebanyak, dia akan merasakan kekecewaan yang maha dalam juga walau bagaimana hebat pun sikap optimisnya. Dan jumlah kekecewaan yang sedikit itu! Count!

Malam itu...
Salleh menghantar Iman pulang ke rumah dengan kereta yang Salleh gambarkan sebagai separuh terbarai. Sakit perut Iman ketawa mendengar penerangan Salleh akan kereta miliknya itu. Cuma Iman sedikit pun tak pernah kisah. Dia percaya “money is something but it is not everything”. Manakala Salleh, ada sedikit pendapat bercanggah dan itu boleh dianggap sebagai “common”.

Sebelum melangkah keluar dari kereta, Iman menguatkan azam untuk membuat perbualan. Menyedari Iman akan menghabiskan sedikit lagi masa bersamanya di dalam kereta, Salleh tersenyum, sambil tangannya bergerak pantas meregangkan pintu kereta tempat duduk pemandu tanda hormat kepada gadis yang berada disebelahnya. Sedikit pun Iman tidak kisah malah kagum seketika.

Iman: Just picture your life for me? 30 years from now, 40 years from now? What's it look like? (Skrip filem The Notebook terpacul dari mulut Iman hasil dari pemerhatian berkali-kali filem adaptasi novel Nicholas Spark itu)
Salleh: Saya tak pandai lah benda-benda macam ni... (Muka merah seakan menanggung malu yang teramat)
Iman: Haaiissshh...tak boleh nampak ke? (Pasrah... Iman berkira-kira untuk menghadapi kekecewaan lagi)
Salleh: Saya tak tahu... (Ringkas punya jawapan)
Iman: Tak pe lah...  saya faham... (Tersenyum dan kecewa)

Iman bersedia pulang – terbayang akan dia bersugul memeluk beruang hijaunya malam ini untuk menelan kenyataan tapi Iman masih mampu tersenyum manis. Mungkin juga masih belum dapat menghadam akibat dari perbualan ini.
Pintu kereta dibuka lantas kaki diusung keluar perlahan-lahan. Sempat lagi Iman menoleh dan mengucapkan terima kasih kepada Salleh yang tidak ketahuan tingkahnya. Mungkin persoalan tadi benar-benar membebankan. Kasihan pun ada melihatkannya. Salleh membalas ucapan terima kasih Iman separa berbisik “Jumpa kamu lagi nanti...”, matanya tepat tertumpu kepada stereng kereta. Iman tersentak mendengar balasan itu. Misteri apakah lagi yang akan dihadapinya. Namun, cukuplah pergolakan emosi yang dihadapi mereka untuk malam ini. Sambung lagi kemudian. Iman perlahan-lahan menutup pintu kereta depan penumpang.

Sebelum pintu terkatup rapat, Iman sempat melepaskan keluhan yang jelas... “I love you, idiot...”. Segera Iman menjauhkan diri dari kereta. Salleh menekan pedal minyak kereta lalu bergerak pergi. Hati lelakinya berbisik “I love you too idiot...”.

Orang puteh kata “no string attaches”. Mungkin. Tak pasti. Sukar dibaca. Pelik. Misteri. Aarrgghhh!! Manusia itu sendiri... rumit!! Inikan pula perasaan. Dan cinta itu indah selama mana ia belum diungkapkan.

*imaginasi pena iman nur aima*

Kenangan Di Puncak #Episod 3

12:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]




Pagi itu aku pergi ke kelas seperti biasa. Semester baru, tapi tiada yang baru bagi aku. Melainkan jumlah gadis yg memakai shawl semakin bertambah pada pandangan aku. Aku masih melalui tangga yang sama,nampak water cooler yg sama. Masuk ke tandas yg sama dan menuju ke kelas yang sama. Masuk ke kelas seperti biasa. Kehadiran aku disambut dengan tepukan. Itulah rutin yang dialami sebagai pelajar lelaki paling macho di dalam kelas. Aku sempat menoleh ke arah gadis berjilbab.

Gadis berjilbab itu hanya tersenyum manis. Mungkin terpikat dengan gaya rambut baru aku. Arghh lupakan semua tu. Aku datang ke sini untuk belajar. Aku duduk di tempat biasa aku. Macam biasa, aku menyapa member aku di dalam kelas.

"Ika, nak tengok jadual, ada baik ka?" Tanya aku.
"Teruk ar jadual sem ni, nah ko tengok sendiri" Jawab ika.
"Haram jadah, ada kelas hari jumaat, demm!!" Dengus aku dalam hati.

Aku memang tak suka kelas hari jumaat. Tak tau lah pulak kalau ada yang suka dan sepanjang aku belajar dari Diploma sampailah ke Degree, baru skali aku ada kelas hari jumaat, itupun kelas bahasa mandarin. sungguh tak menyeronokkan, orang lain sibuk berdengkur bagai, aku duduk dalam kelas tersengguk-sengguk menahan mengantuk.

Kelas pada pagi ni ialah kelas “Human Resource”. Macam biasa, lecturer kegemaran aku masuk ke kelas. memandangkan beliau dan ajar kelas aku dari semester lepas, so takda la sesi memperkenalkan diri yang poyo tu. Tapi aku yakin, lecturer ni tak ingatpun nama aku. Biasalah, pelajar tak bermasalahlah katakan. Encik Lecturer membuka slide nya. Seperti biasa, beliau menerangkan satu persatu dengan bersungguh-bersungguh. Naik kasihan pulak aku melihatnya.

"Ok kelas, rehat 10 minit" Encik Lecturer bersuara.

Aku bangun dan menyusun langkah ke tandas. Seperti biasa, aku membasuh muka untuk memberi kesegaran dan dengan harapan mampu membuatkan aku celik untuk sejam lagi. Aku masuk semula ke dalam kelas. Aku sempat menjeling ke arah gadis berjilbab. Dia tak perasan jelingan aku, malah sibuk membelek-belek note pad hello kitty nya. Encik Lecturer menyambung semula kuliahnya. Ketika aku sedang kusyuk mendengar bebelan Encik Lecturer, pandangan aku dialihkan ke luar kelas. Kelihatan seorang gadis melintasi kelas aku.

"Fuyoo, comey nya awek tu, macam Nikita Willy ar" Bisik aku di dalam hati.

Aku menoleh ke arah Chee Bong di sebelah aku. Chee Bong hanya tersenyum, menandakan dia turut merasakan apa yg aku rasa. Kejadian tu membuatkan aku hilang fokus. Aku hanya terbayangkan apa yang aku nampak tadi.

"Sapa ek awek tu, comey betul" Bisik aku.

Khayalan aku disentak bila melihat jam sudah menunjukkan pukul 10.15 pagi. Kelas dah habss. Aku melangkah keluar dan menghampiri lif. Ketika sedang menunggu lif, aku dikejutkan dengan suara lunak datang dari arah belakang.

"Kenapa awak jeling saya tadi??" Tanya gadis berjilbab.
"Eh awak, awak tanya ape tadi, saya tak dengar" Jawab aku.
"Kenapa awak jeling saya tadi masa masuk kelas?" Soal gadis berjilbab.
"Oowh, emm kenapa, tak boleh ek?" Aku membalas.
"Bukan macam tu la ,nape awak tak tegur je saya tadi" Jawab gadis berjilbab.
"Saya kan duduk jauh dari awak tadi, so camne nak tegur awak" Ayat cover line dari aku.

Pintu lif pun terbuka, lalu menamatkan perbualan aku dengan gadis berjilbab. Aku melangkah masuk ke dalam lif lantas menekan butang tingkat 1. Aku memerhati keadaan di dalam lif. Kelihatan dua orang pelajar perempuan sedang ketawa kecil sambil memegang Blackberry Curve.

"Apa la yang bez sangat pakai bb tu" Bisik aku di dalam hati.

Pintu lif terbuka. Aku sudah sampai di tingkat 1. Aku melangkah keluar dan bergerak menuju ke parking. Ketika aku melintasi koperasi, pintu koperasi dibuka. Aku terkejut melihat siapa di pintu itu.

"OMG!!, Awek yang macam Nikita Willy tu la" Jerit aku di dalam hati.

Aku memandang tepat ke mukanya. Dia perasan akan pandangan aku itu. Aku cuba untuk membuka mulut dan menegurnya, namun perkataan semudah "Hye" pon aku tidak mampu untuk luahkan. Aku jadi kaget. Jantung berdegup kencang. Aku hanya mampu melemparkan senyuman kepadanya. Aku menanti respons darinya. Dia membalas senyuman aku dengan satu senyuman yang cukup manis dan dia berlalu pergi. Ketika aku melangkah, aku tersenyum sendirian dan tiba-tiba bait lagu ni berlegar di fikiran aku.

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

-Bersambung-
Akan Datang #Episod 4

Thursday, December 22, 2011

Mak, Amin Nak Kahwin

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

"Amin, cepatlah pakai baju sekolah tu! Dah lewat ni." Teriak Mak Leha yang sibuk menyiapkan sarapan di dapur. Amin satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Amin lah racun, Amin jugalah penawar. Amin menyarungkan uniform sekolahnya. Perlahan. "Amin,cepatlah siap tu. Sarapan pastu pergi sekolah!". Mak Leha berteriak lagi.


Amin terkocoh-kocoh keluar dari biliknya dah terus menyambar beg sekolahnya di atas meja tulis. Mak Leha sudah duduk di meja makan. "kamu ni kenapa dari jauh dah sengih-sengih? Ada la benda yang kamu nak kan kalau dah sengih semacam ni." Amin menggaru kepalanya yang tak gatal mendengar telahan Mak Leha. "mana ada mak. Amin senyum pun salah?". Amin menyuapkan nasi goreng ke mulut. Dia menghirup air Nescafe kegemarannya. "Amin nak pergi dulu lah mak." Amin cepat-cepat mencapai tangan Mak Leha dan terus mencium tangannya. "hati-hati pergi sekolah tu" pesan Mak Leha.


Amin sampai awal ke sekolah seperti biasa. Dia tak masuk ke kelas sebaliknya duduk di pondok depan pagar sekolah. Dua minit, lima minit dan sekarang sudah sepuluh minit Amin duduk dipondok itu. Amin bergegas masuk ke kelas. Dia hampa. Apa yang ditunggunya tak kunjung tiba. "dia tak sihat ke?".


"Esok pasti dia ada". Amin memujuk hatinya sendiri. Hari itu proses pembelajaran di dalam kelas berjalan seperti biasa. Namun fikiran Amin terus melayang memikirkan dia. Dia seorang yang biasa-biasa. Tapi wajah comel milik dia buat Amin jatuh suka. Bukan sahaja jatuh suka, jatuh cinta barangkali. Waktu rehat tiba, Amin bergegas ke kantin bersama teman baiknya Johari. "ada nampak dia tak pagi tadi?" Amin memulakan bicara. Hanya Johari yang tahu kegilaan Amin pada si dia yang comel itu. "ada. Kenapa?".
Amin senyum. Masih ada sinar untuknya.

Waktu persekolahan sudah tamat. Amin bergegas keluar dari kelasnya. Dia menunggu di luar pagar sekolah. Si dia yang comel berjalan seorang diri. Amin menegur. Si dia tersenyum. "Boleh saya jalan-jalan dengan awak?". Si dia mencuka. Amin terkesima. Muka mencuka sekalipun si dia tetap comel di mata Amin. Amin memang betul-betul sudah gila bayang. "Kaki awak, ikut suka awak la nak jalan kat mana. Bukan kaki kite pun". Si dia bersuara. Amin hanya membatu. "Alah comelnya suara dia." Getus hati Amin.


Si dia berjalan ke depan sedikit. "Kenapa jalan cepat sangat? Macam lah rumah awak tu lari". Amin cuba mengusik. Si dia mempercepatkan langkah. Si dia buat muka garang. Amin tak endah. Amin mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sekeping kertas yang dan 3 biji Cloud 9. Amin menarik menarik tali beg Si dia yg berjuntai. Sekali lagi Si Dia buat muka garang. "Nah, ambil ni. Untuk awak. Bye". Amin meletakkan sekeping kertas dan 3 biji Cloud 9 ke tapak tangan Si Dia dan terus meninggalkan Si dia. Si dia terpinga-pinga.


Amin berjalan pantas untuk balik ke rumahnya. Mak Leha sudah menunggu di kaki tangga. Setiap hari Mak Leha akan menunggu anak kesayangannya di situ. "Kenapa kamu lambat balik hari ni?". Amin menanggalkan kasutnya. Terus mencium tangan maknya. "Amin ada hal tadi mak". Amin menjawab ringkas. "Dah, cepat naik. Kita makan sama-sama. Mak masak ayam masak merah dengan sayur kangkung goreng belacan kegemaran kamu.". Amin senyum.


"Kenapa tak makan lagi?Kamu tak lapar ke?". Mak Leha kehairanan dengan tingkah Amin. Memang sejak akhir-akhir ni Amin selalu mengelamun. Amin senyum. "Eh, senyum pulak?". Mak Leha makin hairan. Mak Leha menghulurkan pinggan yang berisi nasi, ayam merah dan sayur kangkung goreng belacan kepada Amin. Amin senyum lagi. Mak Leha tidak mengendahkan senyuman Amin. "Mak, Amin nak cakap sesuatu.". Amin bersuara. Mak Leha meneruskan suapan. "Mak, Amin nak kahwin dengan dia.". Tersembur nasi yang baru Mak Leha telan sebentar tadi. Mak Leha cepat-cepat meneguk air sirap di sebelah pinggannya. Mak Leha terkejut. "aaa apa kamu cakap tadi?!". "Amin nak kahwin dengan dia mak..". Mak Leha memandang muka Amin. Amin tenang. "Amin, kamu baru berumur 11 tahun. 11 tahun tahu tak?". Amin terdiam. "Salah ke aku kahwin dengan dia walaupun umur aku baru 11 tahun? Salah ke? Aku cintakan dia. Aku sukakan dia." getus hati Amin.


Tamat-

Wednesday, December 21, 2011

Puisi Cinta Buatmu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Aishah duduk seorang diri di atas titi. Pemandangan kampung yang mendamaikan tidak sedikitpun dapat mengubati hati. Saat itu, Aishah redha dengan segala yang bakal terjadi. Dia kian mengerti, suaminya kini berubah hati. Berubah dengan mencari pengganti untuk mendapatkan zuriat yang diharapkannya selama ini. Hampir tujuh tahun mereka mendirikan rumahtangga namun masih belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata. Segala macam jenis usaha telah mereka berdua lakukan bersama. Daripada ubatan secara tradisional hinggalah kaedah rawatan IVF ( In Vitro Fertilisation ), namun keputusan yang diterima tetap serupa. Hampa. Ingin dikatakan Aishah mandul, tiada pula dalam salasilah keluarganya yang sedemikian. Doktor juga telah mengesahkan tahap kesuburannya normal. Tetapi entah mengapa, sehingga kini dia masih tidak berpeluang berbadan dua. Hanya kerana perkara tersebut, Firdaus kini semakin dingin tiap kali bersamanya.

**********************

Pagi itu, 3hb April 2010. Aishah terkejut melihat tingkahlaku suaminya yang tidak semena-mena menjadi gelabah tika dia membuka pintu masuk ke bilik. Dan satu yang Aishah perasan, Firdaus cuba menyembunyikan telefon bimbit yang dipegangnya ke dalam kocek seluar. Arghhh… mulalah perasaan curiga menyelinap dalam dirinya pabila syaitan sudah membisik ke telinga.

Selama perkenalan mereka berdua, Aishah tidak pernah sekalipun menggodek telefon bimbit milik Firdaus meskipun mereka telah berumahtangga. Email Firdaus juga tidak pernah dibukanya atas rasa hormat akan privacy suaminya itu. Ternyata dia percayakan Firdaus dengan sepenuh hati. Namun tidak kali ini. Entah mana datangnya bisikan yang menyuruh Aishah untuk melihat email  Firdaus. Mujur Firdaus pernah memberitahu email beserta password kepadanya semasa mereka bercinta dahulu. Email dibuka. Mata tertumpu pada kotak inbox. Di’klik’nya pada nama, Hanim.

U dah bincang dengan your wife ke tentang perkara ni? I tak nak lah bila I dah prepare semuanya, tiba-tiba U cancel. Kalau boleh, biarlah hubungan kita ni dapat restu dari isteri U. Jangan sebab I, rumahtangga U porak-peranda, kacau-bilau jadinya. Lagipun bukan I yang cari U. U yang datang cari I. I sikit pun tak kesah kalau U tak nak kahwin dengan I sebab I tahu, banyak lagi lelaki kat luar tu yang tergila-gilakan I. Apa yang U dah pernah rasa masa dengan I, tak pernah luak. I tak pernah menyesal.

Astaghfirulahhal’azim…!!!
Kelopak mata mula digenangi air. Menunggu masa mengalir ke pipi, menanti detik membanjiri bumi. Dengan sisa semangat yang masih berbaki, di’klik’nya pula pada sent items. Email yang dihantar kepada Hanim dibaca dengan debar di dada.

Next week I akan outstation di Kedah. I nak U ikut I. After kerja I settle, kita nikah kat Thailand. Lepas nikah, baru I explain everything to my wife. I harap U boleh faham keadaan I. I sayangkan U. Lagipun kita pernah bersama. Kehangatan tubuh U, until now I tak boleh lupa. Dan atas dasar tanggungjawab, I nak U jadi isteri I. Isteri kedua I. I tahu U boleh beri apa yang I tak dapat dari isteri I selama ni.

Akhirnya airmata yang bertakung mengalir deras. Segalanya terjawab sudah. Dia tidak perlukan sebarang penjelasan yang hanya bakal menciptakan 1001 alasan. Mulai detik itu, Aishah cuba menjauhkan dirinya dari Firdaus. Aishah yang dahulunya seringkali meminta Firdaus untuk dibelai manja ketika mereka berdua menonton televisyen, kini lebih gemar menghabiskan waktu malamnya di bilik bacaan. Namun begitu, makan pakai suaminya tetap dijaga. Semua itu berlanjutan sehinggalah Firdaus berangkat ke Kedah.

**********************

Lima hari berlalu. Firdaus kembali pulang ke rumah bersama buah tangan yang dibawanya. Niat di hati ingin membuat kejutan kepada sang isteri nyata terkubur pabila melihat rumahnya sunyi tiada penghuni. Puas dipanggil, dijerit nama Aishah, tetapi tiada jawapan. Tiada sahutan. Sunyi. Sepi. Sesepi hatinya dikala ditinggalkan Hanim. Pintu bilik bacaan dibuka, Aishah tiada. Pintu bilik utama dikuak, Firdaus mula cuak. Aishah tidak pernah keluar rumah tanpa meminta keizinan darinya. Kemana pula perginya Aishah? Tiba-tiba Firdaus terpana. Mata menangkap sekeping sampul surat yang diletakkan di atas meja solek. Biru… Aishah masih ingat warna kegemarannya.

Assalamualaikum…
Pertama-tama kalinya Aishah ingin memohon sejuta keampunan kerana keluar rumah tanpa keizinan dari abang.

Abang…
Pertama kali kita bertemu, masing-masing saling membisu.
Lagak abang control macho, lagak Aishah control ayu.
Niat dihati ingin beramah mesra, tapi kita sama-sama malu.
Ya, ada benarnya kata pepatah melayu dulu.
Malu-malu tapi dalam hati tersangatlah mahu.
Abang…
Saat abang hantar rombongan meminang, Aishah sungguh terharu.
Aishah yakin, bila abang kata abang cintakan Aishah,
Itu semua bukan tipu.
Setahun lepas tu, kita berdua selamat bersatu.
Tuhan saja yang tahu.
Sayang dan cintanya Aishah pada abang,
Lidah yang tajam melontarkan kata-kata juga bisa kelu.
Bermulanya saat itu, janji Aishah hanya satu.
Aishah akan taat setia kepada abang hingga ke akhir waktu.
Tapi abang…
Burung takkan mungkin lagi bisa mencapai awan tika patah sayapnya.
Layang-layang takkan mungkin selamanya berada di awangan tika putus talinya.
Dan bahtera rumahtangga takkan mungkin bisa bertahan jika kita gagal mengemudinya.
Abang…
Sekiranya Aishah tidak mampu memberikan apa yang abang mahu,
Pergilah kepadanya yang dapat memenuhi impianmu.
Tiada apa yang perlu abang jelaskan kerana Aishah sudahpun tahu.
Semoga abang bahagia bersama Hanim,
Yang kini mungkin menjadi maduku.

Salam Kasih Penuh Syahdu,
Aishah Humairah

Ya Allah…!!! Baru kini Firdaus menyesal dengan segala perbuatannya. Isteri yang setia di depan mata begitu mudah tidak diendahkannya. ‘Aishah… maafkan abang.’

Monday, December 19, 2011

Rindu Pada Ira...

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Kata Norma "Orang pompuan yang cakap dia banyak kawan tu sebenarnya takder kawan..."

Kata Suhaini "Kita jangan cerita masalah cinta kat orang... kita ingat diorang simpati sebenarnya mengutuk kita"

Kata Rani "Be a gentleman lah kalau nak mengorat pun..."

Kata Effa "Kau terlalu mudah jatuh cinta dan terlalu mudah terluka"

Kata Jaja "Penantian dan kesabaran tu akan membuahkan sesuatu yang manis..."

Kata Adnan "Cinta itu murah sangat kat KL ni beb...."

Kata Azhar "Kita cinta kat orang yang sayang kita saja... jangan membazir cinta kat orang yang tak suka kita"

Kata Mamat Zamri "Semua orang suka kat kau... cuma kau yang tak suka pada diri kau sendiri..."

Kata Mas "Seronok sangat ke mempermainkan hati dan perasaan orang?"

Kata Pak Tam "Aku takkan biarkan orang pompuan tu suruh aku jilat tapak kakinya... tapi aku sayang dia Seth"

Kata Romzie "Pompuan gunakan cinta untuk dapatkan kesenangan..."

*******


Aku tahulah aku ni PENCINTA WANITA...
So dengan senang hati je korang bagi nasihat kat aku ye?
Korang semua tahu tak...
Aku sekarang rindu kat dia?
Kat IRA?
Aku tak tahu mana dia sekarang
Dia hilang macam tu saja
Fandi kata dia dah kerja kat Terengganu...
Aku ada tanya Faiz... Dia adalah jumpa masa IRA datang KONVO dulu

Cuma aku takut...
Takut kalau IRA dah nak kahwin...
Aku simpan lagi hadiah kat Ira...
Aku tak bagi lagi buku Novel ni...
Novel?
Novel "Tenggelamnya Kapal Van Der Vicht"

Hari tu masa last day dia praktikal
Bukan main seksi lagi dressing dia
Masa mula masuk tu berbaju kebaya bagai...

Terus tak jadi aku nak bagi hadiah kat dia...
Terus kau rasa aku tak urban lansung
Terus aku raba janggut kat dagu dah beruban

Terus aku tenung perut aku yang boroi ni
Harap muka je macam Johnny Depp tapi obes...
Sedar aku semua tu
Nasib baik cepat sedar kan...

Tapi...
Rindu pada IRA...
Tengok dIANA aMIR tukar imej bertudung teringat pada IRA
Kalau tengok kucing pakai tudung pun teringat kat IRA
Semua artist pakai tudung pun macam Ira...
Entah-entah ini namanya INTUITION?
Mana aku tahu silap silap aku boleh jadi gila bayang...

Namun kedatangan kunjungan yang tak di duga dari kawan IRA di kantor

"Apa abang ni namanya Farizal.. saya kawan IRA..."

"Ye... boleh saya tolong... apa nak bagi kad undangan kahwin IRA ke" Aku tersenyum kelat. Aku dah agak dah. Dia mesti hilang sebab dah nak kahwin punya.

"Maaf abang...maaf... saya nak bagi tahu IRA sudah tak ada... dia terkorban sewaktu nahas kemalangan semasa balik dari majlis perkahwinan sepupunya di utara..." Tersekat kata-kata pemberitahu itu.

"Ya Allah..." Itu je yang mampu tercetus dari bibirku.

"Sebelum IRA habis praktikal kat sini... IRA ada pesan bagi satu nota kat abang... maaf saya pun sibuk... sepatutnya saya dah lama bagi dah... maaf abang..." Tangannya menghulur satu sampul.

"Terimakasih... semoga roh IRA dicucuri rahmat olehNya..." Ucapku dengan sebak di dada menahan airmata dari di lihat orang.

*******

IRA's NOTE...

"Hi there abang Farizal... my favorite bro'...
I just can’t avoid my self to write a few lines to you...
I just want to say thanks to you while I'm doing practical here
And you're such a helping hand to me and I always ask you everything...
But I feel a little unhappy when my last day here you are so cold to me...
I kept asking my self why...
and later I know abang Farizal...
I feel the way you feel...
I also same as you...
I really don’t like goodbye either..."

IRA...

Dan sudah 4 bulan berlalu masuk lagi budak praktikal dalam unit pengiklanan aku. Tidak sanggup aku meneruskan status PLAYBOY aku itu lagi. Aku begitu terpukul dengan pemergian IRA. Aku masih lagi rindu pada IRA dan bila aku ingat padanya aku panjatkan doa untuknya terima kasih kerana kau telah mengubah diri aku IRA.

"Farizal.. ni Zaty Bayani... budak praktikal kat sini 3 bulan. Kau ajar dia pasal nature of work kat sini ye..." Ujar Puan Rozita penolong pegawai HR padaku.

Sunday, December 18, 2011

Cerita Katak Dan Menara Alor Setar

4:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Päk Läng



Maka tersebutlah kisah, berduyun-duyun katak keluar ke bandar Alor Setar sehingga sesak dibuatnya. Dengar kata ada yang mati dilenyek kereta kerana terlalu banyak hingga melimpah ruah ke atas jalan raya. Tujuannya cuma lah satu iaitu mengambil bahagian dalam satu pertandingan. Dikhabarkan bahawa raja katak telah menganjurkan satu pertandingan iaitu melompat ke puncak menara Alor Setar dan sudah tentulah para peserta dilarang sama sekali menggunankan lif yang sedia ada.

Maka berpusu-pusu lah para katak sekalian ke tempat pertandingan di perkarangan menara Alor Setar. Mereka pun beratur panjang untuk mengisi borang penyertaan. Dua hari dua malam lamanya menunggu kesemua peserta mengisi borang penyertaan. Ramai sungguh yang datang untuk sama-sama mengambil bahagian dalam acara melompat ke puncak menara Alor Setar itu. 


Sebenarnya masing-masing tertarik dengan hadiah yang di tawarkan iaitu, barang sesiapa di antara katak katak itu berjaya dalam cabaran tersebut maka akan dikahwinkan dengan seorang puteri yang tidak diketahui asal usulnya. Puteri itu bukan dikalangan para katak tetapi seorang manusia. Punya rupa paras yang jelita, potongan badan ala-ala model dan pewaris takhta kerajaan negeri antah berantah yang juga tidak diketahui lokasinya. Tak sangka pula para katak teringin juga memperisterikan perempuan cantik. Mungkin ada juga yang ingin bergelar putera setelah berkahwin dengan puteri tersebut. Dan sudah tentulah para peserta yang mengambil bahagian itu terdiri daripada katak jantan. Walaubagaimanapun ada juga segelintir katak betina yang turut mengambil bahagian. Kata mereka cinta tak mengira jantina dan kesamarataan itu untuk semua.

Tiba lah hari pertandingan, sesudah subuh acara dimulakan. Melompat lah seekor demi seekor katak menuju ke puncak menara Alor Setar. Mengikut logik akal, amat mustahilah bagi seekor katak melompat dari bawah sampai ke puncak menara yang berketinggian 165.5 meter itu. Stamina yang tinggi, pergi gim setiap malam dan mahir akrobatik pun belum tentu boleh melompat sampai ke puncak menara itu, ini kan pulak hanya kudrat seekor katak biasa. Maka seluruh orang bandar Alor Setar pun bergelak ketawa menyaksikan kejadian itu. Mereka lantang memaki dan menghina katak katak yang bodoh itu kerana cuba melompat ke puncak menara. "Apa ke bangang hangpa semua ni, tak mungkin lah katak dapat melompat ke puncak menara melainkan perkara ini hanya dianggap bodoh dan tak bertamadun... kah... kah... kah", kata seorang manusia di kalang orang bandar Alor Setar itu. Kata-kata itu disambut dengan hilai tawa yang gegak gempita bergema sampai ke Sungai Petani kuatnya. "Sudah sudah lah memperbodohkan diri sendiri!" laung manusia yang lain pula. Orang orang bandar Alor Setar terus ketawa berdekah dekah sambil memperbodoh bodohkan para katak yang bertanding."Hoi tak padan dengan katak, ada hati nak kahwin dengan puteri cantik!" mereka terus menghina dan memandang jelak pada para katak yang sedang melompat ke puncak menara itu.

Akibat tak tertahan menanggung kata kata dan makian dari orang orang bandar Alor Setar, ada dikalangan katak yang mula menarik diri daripada bertanding. Ada juga yang melompat pulang kerana tak tertanggung lagi akan celaan orang orang di situ. Tak kurang juga, ada yang membunuh diri akibat tertekan dan merasakan diri terlalu hina. Dalam pada kekalutan dan keriuhan itu tiba tiba raja kata menjerit, "Tengok atas sana!". Jeritan raja katak itu amat lah luar biasa kuatnya. Kalau tadi suara orang bergelak tawa dengar sampai ke Sungai Petani kali ini gemanya sampai ke Butterworth menyebabkan orang yang terlena menunggu feri habis terkejut dan sedikit terlompat. 


Maka seluruh katak dan orang bandar Alor Setar pun terdiam dan memandang ke atas puncak menara Alor Setar. Dan di saat itu terlopong lah mulut sekalian katak dan orang yag ada di situ. Ada yang ternganga sampai meleleh leleh air liur, ada yang jatuh pengsan. Tak kurang juga yang menggelupur sawan sampai berbuih mulut. Rupa rupanya dalam banyak banyak katak tadi ada seekor katak sudah berjaya sampai ke puncak menara! Katak tersebut tersenyum dan melambai lambai tangannya seolah olah tiada apa yang berlaku dan ia sedikit tercungap cungap kepenatan. Kejayaan katak itu telah membisukan seluruh warga bandar Alor Setar. Kini hanya raja katak yang ketawa sambil menepuk nepuk tangan. Akan tetapi ia tersangat hairan bagaimana katak itu boleh melompat sampai ke puncak menara?

Setelah disiasat, dikhabarkan bahawa katak yang berjaya melompat ke puncak menara itu sebenarnya seekor katak yang PEKAK! Dan dengan kejayaannya itu, maka katak pekak itu pun dapatlah berkahwin dengan puteri  jelita, potongan badan ala-ala model dan pewaris takhta kerajaan negeri antah berantah yang juga tidak diketahui lokasinya itu. Mereka pun hidup bahagia mentadbir kerajaan negeri antah berantah yang tidak diketahui lokasinya dan katak pekak tersebut telah menukar namanya kepada Rosmah walaupun nama itu adalah nama perempuan. Katanya dia amat meminati tuan punya nama itu dan terinpirasi dengan semangat wanita itu yang menabung dari kecil sehingga boleh membeli cincin berlian. 



.TAMAT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...