Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, December 12, 2011

Aku Seorang Penipu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Monolog - apa lagi aku nak tulis ni. Rasa macam nak tulis entry di awang-awangan khayalan tingkat tinggi macam Lady Boss dan macam Ghost. Tapi aku tak cukup berani nak bermain di awangan. Gayat aku der. Aku lebih suka lepak kat bawah je dan entry aku macam ni lah. Benda-benda yang kat bawah saja. Kakakaaka. Tengoklah picture tu ada jambatan, ada orang menyeberang tapi apa yang tak de? Yang takda air sungai... so... jambatan ni tipuuuu saja.

"Diorang ingat kita ada affair Johan..."

Aku hanya diam. Dalam hati aku asyik berperang. Perang nafsu. Antara kawan dan sayang. Mana aku nak letak hati dan perasaan ni. Umpama tenggelam dalam laut aku makin tak boleh bernafas. Aku makin tenggelam dan tenggelam dengan perasaan aku sendiri. Aku makin hanyut. Hanyut ke tengah lautan. Tak siapa boleh tolong aku. Aku harapkan ombak ini akan reda. Lantas membawa aku ke tepian.

"Jom aku temankan kau ke rumah kenduri kahwin Lyana tu... kau kata kau segan nak pegi sorang..."

"Dengan kau lagi aku segan..."

"Jom kita buktikan kat diorang kita takde apa apa..." Kalau kau dengar isi hati kau dan bisikan jiwa kau yang kesepian tu sebenarnya memang ada Ira. Memang ada. Tapi sebab kau awek kawan aku terpaksa aku buang jauh- jauh perasaan aku tu. Lagipun kawan aku tu berada di seberang laut. Menimba ilmu nak settle down dengan kau bila dia dah genggam kejayaan nanti.

"Camne pendapat kau Johan?"

"Tentang apa?"

"Long distance affair ni antara aku dan Haniff..."

"Okey je... jangan terpengaruh dengan hasutan sudah..."

"Tapi..." Aisehhh. Ada tapi-tapi yang aku takut sangat ni karang mesti keluar soalan membuka semua yang aku pendamkan nanti.

"Kau camner? Sejak putus dengan kau takder pengganti..."

"Ohhh... ada... banyak... lelaki macam aku kan... mana leh single lama lama..."

"Ye ke... aku dah agak dah... hahahaha..." Owh... Aku terpaksa reka-reka jawapan pulak demi satu hubungan yang suci. Demi matlamat mereka. Aku akan pastikan takda penghalang hubungan mereka walaupun ianya diri aku sendiri pun.

"Aku... kalau Haniff tu main kayu tiga kat UK sana aku couple dengan kau sajalah..."

"Iishhh.. sorry ye... kau bukan taste aku lah Ira... hahaha.." Tengok tu aku menipu lagi. Kau memang gadis idaman aku Ira dari dulu lagi dan mungkin sebab cemburu sebab aku rapat dengan kau ex-gf aku minta putus.

"Kalau aku suka kat kau macam mana?"

"Aku tak suka ngan perempuan mulut macam murai cam kau le... aku suka pendiam dan selamba..."

"Apa kau kata aku mulut murai...???? Kau bodohlah... aku offer kat kau kau tak nak..."

"Ohhh... aku sedang mengenali seorang awek ni lagi cun dari kau Ira..." Menipu, menipu dan menipu. Hari hari aku menipu diri sendiri. Sampailah ke hari Haniff balik dari oversea bercuti.

"Johan... betulkah pilihan aku ni? Aku rasa macam Ira berubah hati... aku rasa Ira bukan yang dulu?"

"Bukan yang dulu? Apa maksud kau... aku dah faham sangat dengan kau Haniff... kau tu yang dah ada girlfriend baru kan?"

"Huhhh!!! Kau memang faham hati aku Johan... aku memang tak silap berkawankan engkau..."

"Aku rasa Ira tu tak dapat perhatian kau je Haniff... orang perempuan biasalah..."

"Ye lah... tapi kalau kau yang boleh beri banyak perhatian kau sahajalah ambik dia... aku rela lepaskan Ira kalau kau yang jadi pengganti aku... sebab dengan kau aku tahu dia bahagia..."

"Kau dah gila ke apa? Aku tak minat kat pompuan macam Ira tu... kasar... cakap main ikut sedap mulut je..."

"Kalau kau dah cakap macam tu...takpelah..." Apa yang engkau buat ni Johan. Dah ada offer pun kau masih nak menafikan? Apa semua ni aduhhh!!!. Ohhh mungkin ini namanya pengorbanan. Walau orang tak suka berkorban. Aku rela berkorban perasaan demi dua orang sahabat aku ni. Tentang diri aku ni... huhhhh!!! Aku berserah je. Berbaloi ke tak ini ujian bagi aku. Kalau bukan masa ni aku kena uji dengan dugaan macam ni lambat laun Allah uji juga. Masa ni iman aku kuat okeylah buatnya masa tu iman aku tak kuat camne.

"Takkan terbukti kekuatan keimanan seseorang jika belum teruji..." Bisik hati Johan bernafas dalam kelegaan.

Macam biasa dan hari hari biasa di kampus kuliah Johan melepak sorang sorang kat kedai kopi favorite dia. Nampak Ira sedang menuju ke arahnya. Matanya merah macam baru lepas menangis tapi wajahnya tersenyum memandang Johan.

"Kau nanes ke Ira? Apasal?" Melihat muka Ira yang ada iras-iras Lisdawati menangis dalam televideo Aku Cinta PadaMu.

"Aku dengan Haniff dah putus..."

"Dah putus... habis tu ngapa kau senyum pulak... macam happy je? Buang tebiat ke meroyan kau ni Ira? Ke kau dah hilang ingatan?"

"Habis tu kau tak faham ke buat-buat tak faham ni...? Aku cinta kat kau lah bodoh...siyulll!" Sambil menampar muka Johan yang masih tercengang-cengang. 

Akhirnya kebahagiaan tu milik Johan dan akhirnya cerita jiwang aku ada yang Happy Ending. Akhirnya berbaloi jugak bersabar.


25 comments

December 12, 2011 at 9:43 AM

Johan, minatla kat dill. :)

sabar menanti. hihi

dill.

December 12, 2011 at 11:08 AM

perghh..sia2 je kena pelempang...awek punya pasal, settle suda..

December 12, 2011 at 11:21 AM

fuyoo..best2..bek gila johan..apa punya brengsek hanif tu..

oh,pandai johan menyembunyikan perasaan dia.cover baik punya..

suka!!

December 12, 2011 at 12:30 PM

dill - johan tu memang menghargai wanita..dia kim salam kat kamu...

December 12, 2011 at 12:30 PM

lady winsdor - ye pelempang tu nak bertujuan nak sedarkan johan dia memang di alam kenyataan...

December 12, 2011 at 12:31 PM

marcella - bercinta long distance 50 - 50...tak OK - KO...

December 12, 2011 at 1:10 PM

kalaulah aku dapat lelaki sebaik johan. haisyh.

December 12, 2011 at 1:53 PM

hana - dulu ada sekarang dah kahwin...hehehe..

December 12, 2011 at 2:13 PM

melepas la aku gini. keh3

Anonymous
December 12, 2011 at 4:02 PM

If you love two people at the same time choose the second one because if you really loved the first one you wouldnt have fallen for the second. ~Johnny Depp

tu la yg terjadi pada haniff dan ira..masing2 memilih utk bersama insan kedua

untung jadi johan..

-blacknwhite-

December 12, 2011 at 4:32 PM

black n white - ye ohsemmm....

December 12, 2011 at 7:11 PM

berbaloi dapat satu tamparan itu.peh!

December 12, 2011 at 7:40 PM

ghost - tamparan realiti namanya...hahaha...

December 12, 2011 at 10:29 PM

dulu ada ya el; dah kahwin tu sapa? huhuhuhuhu

December 12, 2011 at 11:28 PM

ye boss...dia dah kahwin dah dengan Ira...(dalam citer ni le)

December 13, 2011 at 12:39 AM

mujur jwpn pntas... bijak2 :p

December 13, 2011 at 8:27 AM

El, if it happen in a real world...what will be happen? Ada kemungkinan tak Johan tu lempang balik?

December 13, 2011 at 10:10 AM

megasenja...if it happen in real world...ada yang kena lempang laju laju kot...hahaha...

December 13, 2011 at 10:32 AM

hehehe untung jadi penipu . well , kita masing2 pernah jadi penipu juga kan . =)

December 13, 2011 at 10:37 AM

menipu pada org itu sakit..
tapi sakit lagi tipu diri sendiri..

tp kalu tipu itu untuk kebaikan..
nilainya terllau tinggi..

pasti diganti dgn yg lbh baik..

December 13, 2011 at 1:13 PM

kalau dah jodoh, tak kemana.
tapi.
kalau dah bodoh, juga tak kemana.

*senyum*

***

ada kala, jalan kita penuh liku, sebelum kita jumpa jalan lurus yang boleh buat kita lebih tenang dan tenteram.
tapi, hidup mana yang tak ada lompang-lompang, sedang kita dan alam takkan pernah sempurna.

bersakit mahupun berdikit, sedap mahupun berlimpah, yang kita harus pegang, jalan yang tak tumbang.

dan hanya ada satu jalan benar; walau ada beribu yang lihatnya seperti betul.

*senyum*

dan pada yang setia dengan sabar; ada bahagia yang dijanjikan.

dan tahniah untuk si penipu yang menjaga hati.
cuma.
kadangnya.
kamu menipu dengan kasar.
dan pasti.
ada hati yang terguris.
biarpun esok lusa berbasuh dengan kata maaf.

kan hati itu halus.
dan halus pelurunya pasti tembus; inikan yang besar.

*senyum*

sekadar pandangan aku; untuk tulisan kamu yang sebaik ini.

keseluruhannya, bijak dan menarik. cuma, aku percaya, kamu ada 'tangan' lagi untuk menarik lebih.

kan begitu?

oh.
percayalah.
mode menipu aku masih lagi off kala ini, dan dari sejak mula menulis tadi.

*senyum*

December 13, 2011 at 8:34 PM

AJ Hanif dan All ...hahaha..masa kita senyum tu lah kita menipu..dan semestinya menipu untuk kebaikan...

TQ AJ Hanif..kamu bisa jadi mentor ...komen kamu penuh semangat banyak yang dapat aku belajar...

TQ..Muchas Gracias.

December 24, 2011 at 5:09 PM

i like this so MUCH!! i like the ending much..much..

i oso like the intro so-so much... :)

what i like the most?

"Umpama tenggelam dalam laut aku makin tak boleh bernafas. Aku makin tenggelam dan tenggelam dengan perasaan aku sendiri. Aku makin hanyut. Hanyut ke tengah lautan. Tak siapa boleh tolong aku. Aku harapkan ombak ini akan reda. Lantas membawa aku ke tepian."

:)

December 27, 2011 at 7:53 AM

oh nong andy - abang bro dapat ilham masa buat water confidence seminar hari tu...kekekeke...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...