Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, December 19, 2011

Rindu Pada Ira...

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Kata Norma "Orang pompuan yang cakap dia banyak kawan tu sebenarnya takder kawan..."

Kata Suhaini "Kita jangan cerita masalah cinta kat orang... kita ingat diorang simpati sebenarnya mengutuk kita"

Kata Rani "Be a gentleman lah kalau nak mengorat pun..."

Kata Effa "Kau terlalu mudah jatuh cinta dan terlalu mudah terluka"

Kata Jaja "Penantian dan kesabaran tu akan membuahkan sesuatu yang manis..."

Kata Adnan "Cinta itu murah sangat kat KL ni beb...."

Kata Azhar "Kita cinta kat orang yang sayang kita saja... jangan membazir cinta kat orang yang tak suka kita"

Kata Mamat Zamri "Semua orang suka kat kau... cuma kau yang tak suka pada diri kau sendiri..."

Kata Mas "Seronok sangat ke mempermainkan hati dan perasaan orang?"

Kata Pak Tam "Aku takkan biarkan orang pompuan tu suruh aku jilat tapak kakinya... tapi aku sayang dia Seth"

Kata Romzie "Pompuan gunakan cinta untuk dapatkan kesenangan..."

*******


Aku tahulah aku ni PENCINTA WANITA...
So dengan senang hati je korang bagi nasihat kat aku ye?
Korang semua tahu tak...
Aku sekarang rindu kat dia?
Kat IRA?
Aku tak tahu mana dia sekarang
Dia hilang macam tu saja
Fandi kata dia dah kerja kat Terengganu...
Aku ada tanya Faiz... Dia adalah jumpa masa IRA datang KONVO dulu

Cuma aku takut...
Takut kalau IRA dah nak kahwin...
Aku simpan lagi hadiah kat Ira...
Aku tak bagi lagi buku Novel ni...
Novel?
Novel "Tenggelamnya Kapal Van Der Vicht"

Hari tu masa last day dia praktikal
Bukan main seksi lagi dressing dia
Masa mula masuk tu berbaju kebaya bagai...

Terus tak jadi aku nak bagi hadiah kat dia...
Terus kau rasa aku tak urban lansung
Terus aku raba janggut kat dagu dah beruban

Terus aku tenung perut aku yang boroi ni
Harap muka je macam Johnny Depp tapi obes...
Sedar aku semua tu
Nasib baik cepat sedar kan...

Tapi...
Rindu pada IRA...
Tengok dIANA aMIR tukar imej bertudung teringat pada IRA
Kalau tengok kucing pakai tudung pun teringat kat IRA
Semua artist pakai tudung pun macam Ira...
Entah-entah ini namanya INTUITION?
Mana aku tahu silap silap aku boleh jadi gila bayang...

Namun kedatangan kunjungan yang tak di duga dari kawan IRA di kantor

"Apa abang ni namanya Farizal.. saya kawan IRA..."

"Ye... boleh saya tolong... apa nak bagi kad undangan kahwin IRA ke" Aku tersenyum kelat. Aku dah agak dah. Dia mesti hilang sebab dah nak kahwin punya.

"Maaf abang...maaf... saya nak bagi tahu IRA sudah tak ada... dia terkorban sewaktu nahas kemalangan semasa balik dari majlis perkahwinan sepupunya di utara..." Tersekat kata-kata pemberitahu itu.

"Ya Allah..." Itu je yang mampu tercetus dari bibirku.

"Sebelum IRA habis praktikal kat sini... IRA ada pesan bagi satu nota kat abang... maaf saya pun sibuk... sepatutnya saya dah lama bagi dah... maaf abang..." Tangannya menghulur satu sampul.

"Terimakasih... semoga roh IRA dicucuri rahmat olehNya..." Ucapku dengan sebak di dada menahan airmata dari di lihat orang.

*******

IRA's NOTE...

"Hi there abang Farizal... my favorite bro'...
I just can’t avoid my self to write a few lines to you...
I just want to say thanks to you while I'm doing practical here
And you're such a helping hand to me and I always ask you everything...
But I feel a little unhappy when my last day here you are so cold to me...
I kept asking my self why...
and later I know abang Farizal...
I feel the way you feel...
I also same as you...
I really don’t like goodbye either..."

IRA...

Dan sudah 4 bulan berlalu masuk lagi budak praktikal dalam unit pengiklanan aku. Tidak sanggup aku meneruskan status PLAYBOY aku itu lagi. Aku begitu terpukul dengan pemergian IRA. Aku masih lagi rindu pada IRA dan bila aku ingat padanya aku panjatkan doa untuknya terima kasih kerana kau telah mengubah diri aku IRA.

"Farizal.. ni Zaty Bayani... budak praktikal kat sini 3 bulan. Kau ajar dia pasal nature of work kat sini ye..." Ujar Puan Rozita penolong pegawai HR padaku.

32 comments

December 19, 2011 at 9:24 AM

Kita nak tisu baca kisah ini...sungguh!

December 19, 2011 at 9:36 AM

agak pening dgn english IRA. hehe.

December 19, 2011 at 10:15 AM

tisu...hemmm...

December 19, 2011 at 10:15 AM

IRA pakai broken English tu...

December 19, 2011 at 2:47 PM

kehilangan...
goodbye...
its hard...

December 19, 2011 at 3:02 PM

patah tumbuh hilang berganti..

December 19, 2011 at 4:38 PM

teenager - ye takkan merasakan jika tak kehilangan mereka

December 19, 2011 at 4:39 PM

mungkin tak perlu terlalu awal kot?hahaha...

December 19, 2011 at 5:49 PM

aku dari awal dah syak... farizal tu hanya cuba bermanis di hujung bibir...

ps: hahahahahaha..

December 19, 2011 at 5:53 PM

aku sokong chirpy_chummy... hik hik hik... teror nooo bdk practical ninya english...

ps: :p tak baik tahu

Anonymous
December 19, 2011 at 5:56 PM

Masuk je budak praktikal baru , dalam hati menjerit ,

NEXT !

Kah kah kah nice .


-HEROICzero malas nak log in .

December 19, 2011 at 5:58 PM

kah kah kah.. berbunga2 muka... abg bro

December 19, 2011 at 6:09 PM

tobat farizal tu seperti bersifat sementara je..hehehe..

December 19, 2011 at 7:09 PM

kesian kat Farizal...korang tak tahu dia camne susah nak melupakan IRA...dan menolak Zaty..hehehe...

December 19, 2011 at 7:45 PM

Cinta itu buta teman :)

December 19, 2011 at 7:52 PM

PA - belum sempat nak bagi tahu pon cinta tu..(dalam citer ni la hehehe...)

December 20, 2011 at 1:50 AM

bagi kat aku jela buku Tenggelamnya Kapal Van Der Vicht tu boleh? kih3

December 20, 2011 at 9:10 AM

Oh teman, maksud saya, saya pernah merasai begini, cuma mungkin berbeza seperti farizal. Perbezaan terlalu mencintai seseorang sehingga membutakan akal dan jiwa untuk memikirkan yang waras. Sungguh teman, saya tidak pernah memberitahunya dan ianya adalah 1 penyeksaan.

December 20, 2011 at 9:54 AM

Mati, mengundang henti pada apa yang difikir diri, untuk menilai semula.
paling tidak, untuk sekejap.
dan bagi yang sekejap itu, andai kita mahu terus paut pada palang sedar, kita takkan hanyut semula.
tapi.
marhaen ini bisa letih.
dan tak sekuat mana nak berpaut.
dan esok, bakal seperti semalam.
dan mati, hanya sekadar sebuah episod akhir cerita, yang bakal juga mati dengan cereka baru di layaran.

oh.
barangkali.

dan tulisan ini, seperti demikian.
mahu tidak mahu, hidup diteruskan.
seperti mana?
biar jiwa yang memilih.

ada jalan Tuhan, dan ada jalan bukan-bukan.
kan?

*senyum*

December 20, 2011 at 10:52 AM

Farizal, pasai pa la hang ni slow sangat...sampai mati la budak tu tunggu...

December 20, 2011 at 3:37 PM

Puan Rozita tu Rozita Che Wan ke?

December 20, 2011 at 9:56 PM

hana ahamad..kalau bisa...bisa aja...

December 20, 2011 at 10:00 PM

PA - lantaran seksanya menyintai itu tidak mahu di cari ubatnya kan?biar ia memedihkan hati..kadang kadang pedih itu indah...

December 20, 2011 at 10:01 PM

AJ - mati...yang di tinggalkan tetap merasa kehilangannya...

December 20, 2011 at 10:02 PM

mega senja - rasanya time sebelah IRA yang terlalu laju kot...hehehe...

December 20, 2011 at 10:02 PM

pak lang - Che Wan Rozita..mai dari pantai timur...

December 21, 2011 at 7:07 PM

innalilahiwainnailaihirojiunnn..

December 24, 2011 at 5:39 PM

ala... potong betul. apasal mati? oh.. tuhan dah jemput dia kan..

December 27, 2011 at 7:51 AM

lady bird semoga rohnyer di cucuri rahmat juge...(terkesan ke citer ni?)

December 27, 2011 at 7:52 AM

nong andy - yeah...citer ni dapat ilham masa dengar lagu Pearl Jam - Last Kiss

January 11, 2012 at 10:57 PM

tu la lmbt mulakan langkah pertama..emm..

ps: btw i'm ira ;)

January 30, 2012 at 10:47 PM

Eeera - hai Ira...so sweet

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...