Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, December 26, 2011

Gula Gula Hacks

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
Aku bermonolog lagi.....

Dah habis dah kau skodeng blog dia? Bukan main lamaaaaa je aku tengok kau baca lepas satu-satu...
Entah... Hati aku rasa sesuatu sebab tu aku terpaksa bersabar bila aku baca one by one entry dia... Walaupun aku punya desktop ni lembab nak mampos... Aku sabar sebab aku rasa aku dah temui apa yang aku cari...
Apa yang kau jumpa kat blog dia tu?
Aku jumpa rindu dan aku jumpa hukuman...
Pelik kau ni lah....
So?
Aku jumpa rindu... Aku rasa rindu tetiba...
Ni entry apa ni? Kau bermonolog lagi ye....
Kenapa dia kejam pada dirinya sendiri... Itu andaian aku dan dia sedang menjalani hukumannya... Kesepian...

****

Lewat malam minggu Hendra@Hans mengikuti pelawaan Imrul ke sebuah pusat hiburan di ibu kota. Memang Hendra sengaja menerima pelawaan Imrul itu kerana mahu tahu akan hidup NIGHT LIFE di kota besar yang hanya di dengarnya dari kawan kawan. Imrul pula berbangsa mix Arabic sket. Namun Imrul sangat menggemari gadis gadis Melayu. Dia memang banyak duit. Lantaran keluarganya tinggal jauh darinya dan hanya duit yang dikirimkan buat Imrul dan pelajar sepertinya tak perlu fikir pasal kerja sedangkan Hendra tetap mahu bangun setiap pagi untuk memastikan menjanjikan gaji dibayar tiap bulan demi meneruskan kelansungan hidup...

Sampai di sebuah banggunan di tepi sungai di kotaraya mereka masuk ke dalam muzik mula membingitkan telinga. Hendra terus melabuhkan punggungnya di kerusi empuk. Seorang waiter menghantar minuman. Ada coke dan ada juga Jack Daniel. Coke untuk dirinya mungkin Jack Daniel untuk Imrul dalam kegelapan itu minuman tu kelihatan serupa macam teh O' sahaja dan datang pula seorang gadis tinggi lampai duduk di sebelahnya. Awek ni mesti mabuklah tu dengan selamba gadis itu meneguk air tadi.. Gulp... gulp... Macam meneguk air Big Gulp yang di jual di 7 Eleven. Hendra menyeluk poketnya... mengeluarkan gula gula Hacksnya...

Abang kawan Imrul ye...
Abang tak menari ke?
Tak pandai...
Diorang bukan pandai pun... Macam ayam kena sembelih ada le... Melemparkan pandangan pada Imrul di dalam keramaian... Imrul sudah jumpa apa yang di carinya malam itu...

Baru 19 tahun? Saya ingatkan Jannah sudah 21 tahun...
Saya dan Imrul satu tempat pengajian bang... Matrikulasi...
Apa pekerjaan yang abang buat?

Saya pemuzik bekerja di hotel setiap malam...
Pandai menipu jugak Hendra...

Abang cari perempuan ke?
Haahhh...
Sedikit pelik Hendra di situ... Jarang sungguh orang mencampuri urusan peribadinya...
Begitu berani gadis manis ini berbahasa pertama kalinya dengan nya....
Aahhh aku bosan jugak... Baik aku layan je awek mabuk ni...

Maaf abang... Hidup abang selama ini... Saya tahu... Kalau abang cari perempuan kat sini apa yang abang dapat hanya 'sisa' aje bang..
Haaa...
Semakin pelik pula perasaan Hendra
Kalau begini pelik sikap gadis itu biarlah dia melupakan sahaja niat untuk berkenalan...

Tiba-tiba sahaja si gadis muntah di hadapan Hendra. Habis terhambur semua isi perutnya mengenai pakaian Hendra. Selepas tu gadis itu pening-pening... Dia buat hal sudahhh...

"Jannah... teruk kau ni...minum sikit sudah muntah...lain kali jangan minum aku punya Jack Daniel... Hans tolong hantarkan dia balik... Nah kunci kereta..." Di balingnya kunci kat aku. Dia duduk kat Vista Kondo Pantai mungkin kenal rapat dengan Imrul mungkin Imrul biasa ke situ.

Aku ada tugas pulak nak menghantar gadis ni balik... Hemmm... Aku tak terfikir apa-apa. Terus membawanya ke kereta di luar...dia masih boleh berjalan namun badan aku berbau muntah hantu...kalau hantu air aku boleh mintak jadi kuat macam Badang...

Kondo Pantai... Sampai tingkat 20 kondo tu memang sunyi. Memang tak ada siapa ambik tahu urusan siapa siapa kecuali guard. Guard tu pun kat bawah bangsa Nepal pulak tu. Dalam rumah Jannah pun takda orang. Lepas aku letak Jannah kat sofa dia cakap kat aku... "Samada abang nak ambik kesempatan atas saya atau abang balik lepas cuci kotoran kat baju abang... saya tak kisah abang..."

Hendra menyeluk poketnya dan mengeluarkan gula gula Hacks. Diberinya sebiji pada Jannah. "Kenapa bang? Kalau nak hisap rokok kena makan Hacks dulu... Tapi abang tak hisap rokok pun?"

Esok lusanya Imrul menghubungi aku di pejabat... Hans... Jannah kirim salam... Dia kata kau COOL!
Hendra tersenyum ala playboy...

28 comments

December 26, 2011 at 9:12 AM

cerita ini pun cool, mcm tuan punya cerita.

December 26, 2011 at 9:55 AM

Ya cool! 10 baris teratas...like!

December 26, 2011 at 11:42 AM

heeeeeeeeeeee.... tak tau nk kata apa... comel abg bro...

December 26, 2011 at 4:17 PM

kuat tul lelaki tu.. cool :P

December 26, 2011 at 4:41 PM

hehe.....semyum...;-)

December 26, 2011 at 8:58 PM

kenapa dengan gula-gula hacks?? tak faham...~ngeee... hehe

December 27, 2011 at 12:17 AM

perghhh
amng cool abis
aihh
kalau la ade org hulur gula2 hacks tetibe kat aku
kekekek :p

beshh!

December 27, 2011 at 3:08 AM

hans yg cool, 1 dlm sejuta mungkin!

December 27, 2011 at 7:48 AM

TQ y'all sebab menCOOL kan abang bro...hehehehe...

December 27, 2011 at 7:56 AM

de la rocha...memang kalau boleh citer selepas ni nak buat COOL COOL belaka...kamu pun COOL juga!

December 27, 2011 at 7:57 AM

ladywindsdor - COOL jangan tak COOL!

December 27, 2011 at 7:57 AM

Ladyboss - Cool kan?tak sangka ...

December 27, 2011 at 7:58 AM

Ila Bunny - Cool untuk kamu juga...

December 27, 2011 at 7:58 AM

Reean Apple - kira Hacks tu macam pengganti atau Simbol cam Batman le...agaknye kot ...

December 27, 2011 at 7:59 AM

aimie amelina - batuk tu sebab bawak hacks...tempat tu kan selalunya banyak asap?

December 27, 2011 at 8:00 AM

mega senja - tq ...Hans cool sebab kena muntah kot...hahaha...

December 27, 2011 at 4:39 PM

ala..hendra saja bajet cool..tengok,dia dah mula senyum playboy..


ish..

December 27, 2011 at 8:15 PM

hehe tak tunjuk belang lagi kot..aummm

December 27, 2011 at 8:54 PM

memetik durian...hehehehe...

December 27, 2011 at 8:55 PM

suha - betul tu belang harimau Malaya...

December 28, 2011 at 10:01 PM

memg cool..hoho

December 30, 2011 at 10:12 AM

argh tak terkata

mcm sy y dpt gule2 tu haha

December 30, 2011 at 2:41 PM

Aku biasa baca tulisan org perempuan. kali ini baca dari sudut pandangan/penulisan lelaki..

suatu kelainan..

*Ah.. hidung belang yang cool? hehe..

January 30, 2012 at 10:45 PM

tuan cimot - memang cool kan hacks tu

January 30, 2012 at 10:45 PM

iffah - sebenarnya gula gula tu ganti rokok untuk orang yang nak belajar stop smoking

January 30, 2012 at 10:46 PM

nong andy - aku pun teringin baca versi perempuan...

February 23, 2012 at 8:02 PM

haah la,,ape kene mengene ngan hacks??? adakah 'hanya aku cinta kau seorang' pelik-pelik..?? hehehe

Anonymous
March 16, 2013 at 12:20 AM

hacks=> hanya aku cinta kau seorang <3 <3

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...