Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Iman Nur Aima. Show all posts
Showing posts with label Iman Nur Aima. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Anjing

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Cantik aku letak kereta hari ini. Kemas terletak dalam tapaknya. Enjin kereta aku matikan. Aku keluar dari kereta. Aku buka pintu penumpang belakang lalu mengambil bag laptop dan seplastik kuih karipap ayam yang aku beli di cafeteria campus tadi. Aku berjalan dengan ayu sekali sebab aku pakai kasut tumit tinggi hari ini. Entah makhluk apa yang sampuk aku. Aku terlebih melawa hari ini. Mungkin kerana bulan sedang mengambang.

“Oopocoott!! Mak kaauuuu!!”

Ya Allah! Gugur jantung aku. Entah dari mana datang. Tiba-tiba ada dua ekor anjing menyalak di sebelah kiri jalan aku. 

“Adooii…ekau ni anjing… kalau tak buat den tekojot boleh tak? Cubo kok den ado sakit jantong, tak ko den mati katak kek sini haa!” aku mengomel seakan anjing-anjing itu faham dengan kata-kata aku.

Dua ekor anjing itu merenung aku. Aku senyum. Isk! Gila aku ni, bercakap dengan anjing pula. Aku renung anjing itu. Kesian. Anjing jalanan tak bertuan mungkin. Terbiar dan berkeliaran. Ada kutu di telinga. Ada kesan calar dan luka jelas. Sekali lagi, entah makhluk apa yang sampuk aku. Aku jadi terlebih berani pula. Perlahan-lahan aku keluarkan dua biji karipap ayam lalu aku lempar pada anjing-anjing tersebut. 2, 3, 4 saat - anjing-anjing tersebut cuma merenung aku. “Alahai… ekau tak makan karipap ko? Ghugi yo den boghi karipap tu kek kau” getus hati aku.

Saat aku mahu berlalu pergi, anak mata aku dapat menangkap yang anjing-anjing itu makan karipap yang dilemparkan tadi. Aku tersenyum.

Dah cukup 4 hari anjing-anjing tu aku bagi makan ala kadar setiap petang. Ya Allah, tak salahkan apa yang aku buat ni. Tapi anjing-anjing itu seakan-akan menunggu kepulangan aku setiap petang. Sepertinya mereka juga telah tahu mana satu kereta aku dan sepertinya mereka seakan mengawasi kereta aku setiap malam tanda terima kasih kerana memberi makan pada waktu petang. Adakah mereka menganggap aku tuan mereka? Hati aku berbolak-balik. Macam mana kalau mereka anggap aku tuan mereka? Aduhh… masalah nanti. 

Cuma aku tak sampai hati. Kesian. Beberapa kali aku perhati. Jelas kelihatan kesedihan dan kepedihan pada mata anjing-anjing itu. Mungkin mereka selalu sahaja kelaparan. Selalu sahaja di halau. Selalu sahaja kena pukul. Siapalah mereka. Cuma anjing kurap yang terbiar dijalanan. 

Hari ini hari ke-5, pakcik tua yang duduk di rumah tingkat bawah tiba-tiba sahaja menegur aku “aiyoo… amoii! Kenapa kasi itu anjing makan? Itu anjing banyak kotor ooo.. Nanti itu anjing tarak mahu pergi tempat lain ooo..”. Aku cuma senyum dengan pak cik itu. Aku balas “saya kesian sama itu anjing la uncle”.

Dah dua minggu berlalu. Rutin aku masih kekal memberi makan kepada anjing-anjing tersebut setiap petang. Kadang-kadang aku simpan saki baki makanan tengahari aku supaya petang aku boleh kasi kepada mereka. Pernah sekali itu aku terlalu sibuk dan kalut. Aku tak bawa balik apa-apa makanan. Dan anjing-anjing itu menunggu aku. Ya Allah! Sebaknya hati aku melihatkan mereka seperti berharap padaku. Meminta-minta belas supaya diberi makan. Ada bunyi dengusan-dengusan kecil dari anjing-anjing itu. Aku bersuara “Alahaiii anjing… den mintak maaf ni haa… den tak ado bawak makanan tuk ekau niee… shh...shh…”. Dua ekor anjing itu berlegar-legar tidak jauh dari aku seakan memahami bahawa tiada rezeki untuk mereka petang itu. 

Sedih! Aku tak sampai hati. Aku cepat-cepat naik ke rumah. Aku selongkar makanan yang ada. Aku turun semula ke tempat letak kereta. “Anjing…ooo anjing…” aku panggil-panggil mereka. Tak ada. Mungkin mereka merajuk. Aku berkira-kira untuk pergi. Dua tiga langkah aku ambil. Aku terdengar salakkan. “Ada pun” getus hati aku.

Malam itu aku terdengar salakkan-salakkan anjing. Kuat. Mengganggu konsentrasi tidur aku. Tapi aku letih. Aku lena juga biarpun di luar salakkan anjing jalanan mana entah semakin kuat. 

Kecoh pagi ini! Kak Zainab jiran depan rumah aku ligat bercerita tatkala aku keluar membuang sampah. Rumah flat tingkat bawah sekali kena rompak! Rumah yang dihuni warga tua itu memang mudah untuk menjadi sasaran. Setelah aku menghadam segala maklumat dari Kak Zainab. Aku tahu bahawa perompak tersebut berjaya melarikan barang-barang berharga, berjaya meloloskan diri tetapi cedera digigit anjing, dan anjing tersebut ditemui berlumuran darah dipercayai dihentak senjata tajam seakan parang.

Anjing!! Anjing!! Hati aku mula tak keruan. Aku masuk ke rumah. Aku capai helaian tudung. Aku berlari menuruni anak tangga. Jantung aku berdegup kencang. Pantas seakan mahu terkeluar dari sangkar tulang yang meliputinya. Takkan lah dua ekor anjing itu kot. 

Sampai di tempat letak kereta berdekatan dengan lokasi rompakan. Aku lihat ramai jiran-jiran yang prihatin menziarah. Mungkin ada juga yang sekadar ingin tahu. Ada juga polis. Ada juga orang-orang dari majlis perbandaran.

Aku terlihat dua ekor anjing. Ya, itu anjing aku. “Anjing aku?” getus hati aku. Aku panggil mereka – anjing aku – aku terpana. Air mata aku berderaian. Tak dapat di tahan-tahan. Laju umpama hujan. Seekor sedang terbaring berlumuran darah. Seekor lagi menjila-jilat sahabatnya. Sayu. Kelihatan benih-benih airmata menitis. Yang terbaring kelihatan tenat sekali. Luka parah. Nyawa-nyawa ikan. Kedua-dua anjing itu merenung aku. Aku renung mereka kembali. Tangisan aku sudah tidak boleh di bendung lagi. Airmata ini meluncur laju. Kami cuma saling memerhati. Diam tanpa bersuara seolah-olah memahami. Mungkin inilah kali terakhir kita bertemu wahai anjing. Aku minta maaf jika aku berbuat salah. 

Anjing-anjing itu masukkan ke dalam lori. Aku tahu. Mereka akan tidur. Mereka takkan berkeliaran lagi. Mereka tak akan menunggu aku pulang pada waktu petang lagi. Kereta aku tidak akan diawasi lagi. Airmata kian laju. Lori tersebut bergerak perlahan. Dan aku masih berdiri memerhatikan anjing-anjing itu. Aku menangis. Dan aku tak hiraukan orang sekeliling aku. Mungkin cuma pak cik cina yang menegur aku itu sahaja yang faham akan perasaan aku. Air mata mengalir lagi, deras dan panas seiring dengan pergerakan lori yang membawa anjing-anjing aku. Selamat tinggal. Aku takkan lupakan kalian.

Hak Cipta Iman Nur Aima

Sunday, December 25, 2011

I Love You, Idiot!

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Iman Nur Aima



Yahoo Messenger
Iman: joooomm... gi dating?
Salleh: tak mau la... guna perkataan tu...
Iman: perkataan dating? ingat awek lama la tu...
Salleh: (-_-!)... ok... tempat biasa...

Message received 9.01pm

Sudah setahun Iman dan Salleh berkawan. Selama itu juga lah lagi terang, jelas dan nyata Iman yang mengejar cinta Salleh. Iman akur, Salleh ada faktor X yang sukar dijelaskan meskipun menggunakan bahasa yang “high end”. Salleh, masih solo biarpun usia menjangkau 30-an, lelaki yang kemas, raut wajah menyenangkan mata memandang. Orang puteh kata dia jenis “hunky”. Gaya bersahaja, berjiwa sensitif dan romantis tapi tak terlihat. Sekejap-sekejap kasar percakapannya, sekejap-sekejap lembut tingkah dan pertuturannya. Salleh! Mengapa sukar sangat untuk dibaca.

Lantas, Iman acapkali bermonolog jauh di sudut hati. Sampai bila nak menunggu!? Menunggu Salleh memahami isi hati lelakinya bahawa dia juga perlukan seorang teman hidup. Sampai kucing bertanduk!? Sampai sungai mengalir ke hulu!? Sampai bulan jatuh ke riba!? Sampai kambing rajin mandi!? Mustahil. Mungkin Salleh pernah kecewa. Sebab itu Salleh terlalu berhati-hati. Satu kemungkinan.

Manakala Iman - gadis optimis yang mengejar cinta. Ya, tipulah kalau kata Iman tidak berangankan keindahan namun dia optimis. Percaya bahawa mencintai dan dicintai itu juga satu kemungkinan. Oleh itu, dia optimis se-optimisnya. Sudah empat kali optimis diulang dalam perenggan ini. Menekankan kepercayaan Iman bahawa –
(1) Mencintai, tidak bermakna harus pengakhirannya bersama orang yang dicintai itu;
(2) Mencintai tanpa pengertian bermakna harus bertangungjawab ke atas perasaan sendiri.

Dialog selepas 10 bulan perkenalan, ketika makan malam di gerai nasi lemak yang terkenal di pinggir kota.
Iman: Andaaa....kenapa anda masih belum lagi suka kepada saya? (Ini adalah kali ketiga soalan dengan maksud yang sama diajukan oleh Iman kepada Salleh selama tempoh perkenalan)
Salleh: Sebab kamu belum lagi cukup menambat hati saya... (Penolakan buat kali ketiga berturut-turut)
Iman: Kecewa (-_-!)... tapi kenapa? (masih optimis atau sekadar melindungi hati dari tercalar)
Salleh: Tak ada sebab cuma belum lagi... niee... saya nak nasihat, kalau nak cari calon suami, cari yang jaga solat... menjaga solat itu sukar kecuali bagi orang yang sabar. (Motif?)

Dalam hati Iman berkata-kata  “Ya... saya tahu, dan saya dah jumpa orang itu dalam diri kamu tapi kamu menolak saya”.
Malam itu, Iman memujuk hati sendiri. “Tak mengapalah...well at least I tried...tak ada penyesalan”. Lama Iman menyepi. Tidak mencari dan langsung pula tidak dicari. Iman meneruskan hidup seperti biasa sahaja. Tiada emosi tanpa arah, tiada tangisan sedu sedan. Biasa-biasa saja tanpa obsesi yang jelas atau keterlaluan terhadap rasa kecintaan yang tidak kesampaian. Optimis se-optimisnya.

2 bulan 5 hari berlalu semenjak pertemuan pada malam penolakan kali ketiga itu.

Yahoo Messenger
Salleh: where are you going? what just happened?
Iman: hmm?
Salleh: baru buka fb...
Iman: I quit my job
Salleh: so pergi mana? ke mana? (Nada-nada risau akan kehilangan)
Iman: hati saya berbunga-bunga pabila kamu bertanya begini? Haha (Perasannnn lagi...)
Salleh: you’re not going far away aren’t you?
Iman: InsyaAllah tak...i’m still here
Salleh: let’s grab some dinner?
Iman: ok. anyway, you’re still on my no 1 list :)
Salleh: ingat dah padam dari senarai...
Iman: not just yet...

Messages received 8.44pm

“Not just yet...” bisik Iman. Iman akan membuat percubaan keempat dan terakhir. Tapi sebelum itu, kena redha, kena pasrah, kena bersedia untuk kemungkinan. Cuma, masalah terbesar Iman ialah setiap kali dia keluar bersama Salleh, dia akan rasa berbunga-bunga. Dan jika takdir menentukan bahawa dia dan Salleh tidak menjadi pasangan yang halal, maka, sedikit kalau pun tak sebanyak, dia akan merasakan kekecewaan yang maha dalam juga walau bagaimana hebat pun sikap optimisnya. Dan jumlah kekecewaan yang sedikit itu! Count!

Malam itu...
Salleh menghantar Iman pulang ke rumah dengan kereta yang Salleh gambarkan sebagai separuh terbarai. Sakit perut Iman ketawa mendengar penerangan Salleh akan kereta miliknya itu. Cuma Iman sedikit pun tak pernah kisah. Dia percaya “money is something but it is not everything”. Manakala Salleh, ada sedikit pendapat bercanggah dan itu boleh dianggap sebagai “common”.

Sebelum melangkah keluar dari kereta, Iman menguatkan azam untuk membuat perbualan. Menyedari Iman akan menghabiskan sedikit lagi masa bersamanya di dalam kereta, Salleh tersenyum, sambil tangannya bergerak pantas meregangkan pintu kereta tempat duduk pemandu tanda hormat kepada gadis yang berada disebelahnya. Sedikit pun Iman tidak kisah malah kagum seketika.

Iman: Just picture your life for me? 30 years from now, 40 years from now? What's it look like? (Skrip filem The Notebook terpacul dari mulut Iman hasil dari pemerhatian berkali-kali filem adaptasi novel Nicholas Spark itu)
Salleh: Saya tak pandai lah benda-benda macam ni... (Muka merah seakan menanggung malu yang teramat)
Iman: Haaiissshh...tak boleh nampak ke? (Pasrah... Iman berkira-kira untuk menghadapi kekecewaan lagi)
Salleh: Saya tak tahu... (Ringkas punya jawapan)
Iman: Tak pe lah...  saya faham... (Tersenyum dan kecewa)

Iman bersedia pulang – terbayang akan dia bersugul memeluk beruang hijaunya malam ini untuk menelan kenyataan tapi Iman masih mampu tersenyum manis. Mungkin juga masih belum dapat menghadam akibat dari perbualan ini.
Pintu kereta dibuka lantas kaki diusung keluar perlahan-lahan. Sempat lagi Iman menoleh dan mengucapkan terima kasih kepada Salleh yang tidak ketahuan tingkahnya. Mungkin persoalan tadi benar-benar membebankan. Kasihan pun ada melihatkannya. Salleh membalas ucapan terima kasih Iman separa berbisik “Jumpa kamu lagi nanti...”, matanya tepat tertumpu kepada stereng kereta. Iman tersentak mendengar balasan itu. Misteri apakah lagi yang akan dihadapinya. Namun, cukuplah pergolakan emosi yang dihadapi mereka untuk malam ini. Sambung lagi kemudian. Iman perlahan-lahan menutup pintu kereta depan penumpang.

Sebelum pintu terkatup rapat, Iman sempat melepaskan keluhan yang jelas... “I love you, idiot...”. Segera Iman menjauhkan diri dari kereta. Salleh menekan pedal minyak kereta lalu bergerak pergi. Hati lelakinya berbisik “I love you too idiot...”.

Orang puteh kata “no string attaches”. Mungkin. Tak pasti. Sukar dibaca. Pelik. Misteri. Aarrgghhh!! Manusia itu sendiri... rumit!! Inikan pula perasaan. Dan cinta itu indah selama mana ia belum diungkapkan.

*imaginasi pena iman nur aima*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...