Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, December 18, 2011

Cinta Tersimpul Rapi

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Deruman kereta kedengaran dari luar rumah. Suamiku telah pulang dan aku masih kaku di tepi tangga. Sungguh peristiwa malam itutakkan dapat aku lupakan. Aku takut. Tapi aku berdiri tanpa berbuat apa-apa. Aku pasti suamiku akan membelasahku lagi. Seperti semalam. Ya, semalam yang perit. Hanya Allah S.W.T yang tahu betapa deritanya.

Gedegang!!!!

Bunyi pintu dihempas. Aku melihat suamiku dengan mata yang kabur dek air mata yang telah bertakung. Hanya menanti masa untuk meletus. Aku memandangnya dengan sayu. Hatiku berbisik. Tidakkah suamiku lupa tentang peristiwa mengaibkan semalam? Kenapa pandangannya begitu.

Suamiku pandang semula. Matanya redup. Mata itulah menarik hatiku mendekati dan menerima dia pada malam pernikahan. Mata redup bak Zul Huzaimy membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama kepada bakal suamiku. Sudah tuga bulan kami melayari bahtera perkahwinan. Hidup kami sederhana. Kami bahagia. Mungkin aku sahaja yang bahagia kalau bahagia pasti peristiwa semalam tak berlaku lagi. Sungguh aku malu dan takut.

“Aaa.. bang…” tegurku kerana terlalu lama sang pemilik mata redup memerhatikan aku. Aku takut.

Seakan suamiku tersedar dari lamunan. Sungguh aku hairan. Dia terus berlari mendapatkan tubuhku yang kecil molek ini. Lantas didakapnya dengan penuh rasa sayang. Aku sukakan pelukan sebegini. Aku menangis teresak di dadanya. Suamiku yang aku cintai walaupun bukan pilihanku sejak awal lagi.

“Maafkan Jiha, bang,” suaraku kelam dek esakanku yang kuat. Aku menangis lagi. terasa tubuhku ditolak kedepan dengan perlahan. Saat itu mata kami bertentangan. Debar di dada makin terasa. Aku hairan dengan perubahan ini. Sebelum ini belum pernah dia memelukku bersendirian. Selalu hanya lakonan semata. untuk mengaburkan mata-mata yang memandang. keluarga yang prihatin dan jiran tetangga yang sentiasa menjadi SPY.

“Abang yang patut minta maaf pada Jiha, Jiha isteri yang baik. Abang yang…” aku mendiamkan suamiku. Jari ini kuletak di bibirnya. Aku hanya menggeleng. Jika ini takdirnya, aku terima dan redha Tuhanku. Pelukan itu kembali bertaut sehingga fajar terbit esok hari. Bahagia milik kami.

Aku terjaga. Aku tidur berbantalkan lengan suamiku. Aku sangat gembira. Inilah saat-saat yang ku tunggu-tunggu. Bukan wang dan emas yang menjadi utama tapi kasih suci dari suami tercinta. Benarlah kata orang cinta boleh dipupuk. Aku tersenyum bahagia.

Aku menyiapkan sarapan istimewa kerana kami akhirnya bergelar suami isteri dalam istilah sebenar. Sebagai isteri aku mula sedar tanggungjawab yang perlu aku laksanakan. Aku teringat ceramah Ustaz Kazim Elias tentang kelebihan bagi isteri yang taat suami. "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, dan menjaga kemaluannya drpd melakukan perkara yg haram dan toat pula ia pada suaminya, maka akan dipersilakan ia masuk ke syurga dari mana mana pintu yang ia kehendaki"- HR Ahmad dan Thabrani. Aku bukanlah hamba yang jahil namun bukan pula yang warak. Jadi segala ilmu yang aku dapat, aku jadikan pedoman hidup.

Suamiku tiba. Tubuhku ditarik dan dipeluk dari belakang. Aku suka. Aku bahagia. Tipulah kalau aku kata tidak. Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku hairan. Kenapa tiba-tiba suamiku berubah laku? Sungguh aku tak mengerti. 

Aku berpaling kepadanya. Riak wajahnya berubah. Aku tarik tangan suamiku ke ruang tamu. Kami perlu berbincang. Itulah yang perlu kami buat ketika ini. Wajahnya masam mencuka. Aku tak faham reaksi suamiku itu. Namun, aku kuatkan semangat. Cerita kelmarin aku rungkaikan satu persatu. Dia mula tak senang duduk. Aku nampak segalanya. Aku sebagai isteri ada hak. Aku bukan hamba abdi yang tak ada hak langsung. Sebagai wanita islam aku perlu bangkitkan diri dari tersu dibelenggu dengan beribu persoalan. 

“Jiha nak abang berterus terang dengan Jiha. Kenapa malam itu abang mencabul hak Jiha. Kenapa abang tak minta dengan elok? Kenapa abang???” Aku mula menangis. Terasa begitu rendah martabatku sebagai isteri.

“Jiha, maafkanlah abang…” kata-kata suamiku terhenti. Aku mendongak. Linangan air mata tak mampu aku hentikan. Hilang segala ego yang ada pada diri. Kali ini aku lemah di hadapannya. 

Pagi damai itu menjadi saksi. Segala telah terungkai. Aku kini dapat senyum dengan tenang. Hatiku jauh lebih bahagia. Rahimku telah terisi. Hampir enam bulan sahaja lagi akan ku bergelar seorang ummi kepada anakku. Aku sungguh bersyukur.

Diariku yang disayangi,
Aku terkejut sebentar tadi. Rasa mahu melompat. Aku dilamar oleh suamiku sendiri. cintanya yang ku damba telahpun menjadi milikku. Aku bersyukur sangat. Rupanya sebelum malam itu suamiku terlihat aku berbual dengan rakan sekerjaku dengan mesra. Kemudian timbullah gossip yang tak enak didengar. Rakan sekerjaku pula pernah meminati aku sebelum ini. Hati siapa yang mampu menahan gelora amarah jika isteri sendiri curang. Malam itu aku telah menjadi mangsa amarahnya. Dalam terang aku dinodai seorang lelaki yang amat ku cintai. Seorang lelaki yang bergelar suami. Namun, aku redha. Aku tak pula menyimpan dendam bahkan aku menganggap segala yang terjadi ini hikmah dan rahmat ALLAH S.W.T. kepada keluarga kami. Insyaallah, benih halal ini akan menjadi anak yang soleh kelak. Aku gembira tak terkata. Buat suami, sambutlah kasihku ini kerana kasihku padamu takkan pernah luput dan cintaku kepada tetap utuh bersandarkan agamaku. Salam sayang diari. Aku mahu melelapkan mata. Suamiku telah lama berdengkur menantiku berada disisinya. Good night!

12 comments

Anonymous
December 18, 2011 at 12:06 PM

Dulu ostad gua kata ,

"Redha is the key of happiness , the key of life,"


Mungkin betul . =)


-HEROICzero malas nk log in

December 18, 2011 at 12:21 PM

hmmmm...isteri yang taat pada suami, balasannya adalah syurga.

December 18, 2011 at 12:35 PM

ada campuran erotis + islamik

tp ayat yg menghairahkan : Mata redup bak Zul Huzaimy

hahhaha :D

December 18, 2011 at 1:14 PM

...hmm walaupun dah halal tapi kalau wujud elemen paksa, kira macam rape ya??

December 18, 2011 at 1:45 PM

rela hati...

December 18, 2011 at 1:59 PM

kalau kita redha hati pun tenang n bahagia...;)

December 18, 2011 at 5:27 PM

cara beza untuk adaptasi cinta dan sayang... barangkali mood 'Kasih Yang Suci' or 'Ombak Rindu'... memang digemari rupanya yeak...

ps: satu kispen yang disuntik jiwa di dalamnya. menarik tulisan kamu...

Anonymous
December 18, 2011 at 6:55 PM

happy ending..best..

kesabaran yang berbalas.. :)




~marcella~

December 18, 2011 at 8:44 PM

ahahhh...redup sinar mata?terus membawa aku ke pinggir sungai sambil makan kuih pau...

khairul antasha
December 19, 2011 at 7:38 AM

komen abg El...hahaha..

Apa pun cite ni menarik

December 19, 2011 at 2:50 PM

wahhh..
nice story..:)

March 4, 2012 at 7:00 PM

tp kesian la kena 'paksa' ngn suami dia..nasib la die penyabar

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...