Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, December 11, 2011

Hidup Tanpa Duri-Duri Semalu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Aimie Amalina



Hidup tanpa duri duri semalu, mesti malu..
Malu kerana tidak pernah maju dari dahulu sehingga kini..
Inilah duri yang membawa diri berangkat pergi menjadi khalifah di bumi.

Sungguh tenat melihat ibu. Walau luarannya tidak pernah menzahirkan kesakitan yang dirasainya, tetapi hati ini yang sakit melihat dirinya begitu.
“Ibu, kenapa kau tidak pernah sekelumit pun mengutuskan kata hati mu yang sakit itu kepada ku? Selalu ku bersendirian bertanya hal itu kepada diri ku ini.” Bicara murni sendirian.

“Murni, nanti, belajar lah elok-elok sehingga ke universiti. Ibu tidak mahu kamu nanti tiada pekerjaan bila kamu dewasa nanti. Ibu tidah mahu, anak-anak ibu menerima nasib yang serupa dengan ibu,” Lantun suara ibu yang penuh sayu.

“InsyaAllah ibu, murni akan ingat pesan ibu. Murni akan jaga ibu, walau macam mana keadaan sekalipun. Murni takkan sia-siakan kehidupan ibu. Ibu, doakan murni ya?" Murni kembali menceriakan ibunya.
“Doa ibu selalu disisi mu anak ku," balas ibu seiring dengan senyum manisnya yang lembut itu.

Dari sehari ke sehari  Murni memperkasakan jiwanya sekental jiwa ibunya. Walau keadaan ibunya kini tidak lagi sebumbung dengan ayahnya, lebih dari 10 tahun itu, walau mereka masih suami dan isteri, ibu masih segar seperti dahulu. Meneruskan perjuangannya sebagai seorang isteri untuk suaminya, untuk anak-anaknya, tetapi kalau dirinya, jauh sekali untuk dikisahkan. Itulah ibu. Tidak langsung memikirkan kebahagiaan dirinya. Apa yang terbayang di dalam rentak hidupnya Cuma lah suami dan anak-anaknya. Sungguh suci  insan yang menjadi Ibu ini.

Ayah, masih lagi menjenguk keluarga ini, di kala waktu kelapangan nya. Cuma keadaanya, berbeda dari dahulu. Dahulu mereka berempat, sekarang, keman-mana pun bertiga. Sehinggakan, orang yang sama menanyakan hal yang sama, “Mana ayahnya?". Terasa bisu bibir ini untuk meluahkan, “Dengan bini muda, apa lagi”. Ayah, sekali pun begitu, ibu tidak putus-putus ingatkan anak-anaknya, dia masih ayah yang sama, buruk baik dia, tanpa dia, tiadalah kami  di dunia ini. Perasaan marah lenyap tapi masih menjadi bara.

***

Alhamdulillah, kini aku memiliki kerjaya. Ibu tidak perlu lagi menunggu ayah di kejauhan sana. Ibu kini tinggal bersama ku, dengan adikku sekali. Walau kami bertiga, kami masih rindukan ayah.

Ya, ayah masih lagi ada. Masih lagi menjenguk kami seperti biasa. Cuma, aku terasa, suatu beban sudah terlaksana, apabila melihat ibu gembira dengan kerjaya aku sekarang. Kalau dulu, ibu terpaksa menunggu di kejauhan semata-mata mengharapkan sedikit rezeki buat dirinya dan anak-anak yang masih kecil. Kini, anaknya yang sulung ini, telah menjadi dahan buatnya berpaut dikala kesusahan kelak. Ayah masih mengirimkan wang untuk ibu. Cuma mungkin ibu lebih selesa dengan keadaan kini. Alhamdulillah. Walau tidak seperti dahulu, kami bahagia dengan cara ini, lebih damai, tiada lagi kekacauan yang mengharu-birukan hidup kami seperti dahulu.

Duri yang Dia berikan ini, menjadikan kami sekuat Aisyah, seteguh Khatijah, supaya mampu membawa diri, melawan badai yang menghakis bumi. Sungguh besar dugaan Allah s.w.t ini, tapi sungguh besar juga nikmat nya ini...

7 comments

December 11, 2011 at 9:58 AM

Andai ini adaptasi kisah benar, berbahagialah ibu mu itu Murni..

December 11, 2011 at 10:01 AM

speechless...diberikan ketabahan camni pada orang yang memerlukan...

December 11, 2011 at 12:25 PM

adaptasi wanita seumpama duri2 semalu... :) unik...

ps: ketenangan dan redha samada ibu atau kamu adik beradik sangat menarik....

December 11, 2011 at 7:41 PM

itulah seorang ibu..
harus menjadi kuat walaupun dirinya lemah..
kerana tahu.. hidupnya bukan untuk dirinya..
tetapi untuk zuriatnya..

kdg2 kita juga perlu begitu dalam menempuhi cabaran hidup.. perlu kuatkan diri walaupun tak terdaya untuk menerima..

kerana terus lemah hanya akan lebih memburukkan keadaan..

sdgkan kehidupan perlu diteruskan.. anak2 perlu disuapkan..

Anonymous
December 12, 2011 at 4:14 PM

tampak seperti ini kisah benar

kadangkala rintangan dalam sebuah perjalanan kehidupan menjadikan seseorang itu insan yang berguna walaupun begitu ada juga segelintir yg hanya menyalahkan takdir tanpa berusaha menjadi orang berguna

-blacknwhite-

December 25, 2011 at 9:11 PM

ibbbuuuuu

opah mmg berbakat

January 16, 2012 at 1:15 PM

speechless..
kak aimie... :')

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...