Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, December 4, 2011

Kasih Tak Sampai #Episod 1

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

delarocha


Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, seperti biasa atas tuntutan kerja, jam 2 hingga 3 petang Irwan perlu ke kaunter hadapan bertugas sebagai greeter di bank tempat dia bekerja. Mengganti tugas greeter yang keluar rehat. Rutin itu menjadi kebiasaan seharian. Selain melancarkan perkhidmatan kaunter, Irwan dapat mempromosi produk kad kredit kepada pelanggan. Dapat juga menambah pendapatan dengan insentif RM50 bagi setiap satu kad yang di ‘approve’ dan digunakan oleh pelanggan. Segalanya berjalan seperti biasa.

‘Assalamualaikum, saya nak tukar kad ATM, kad saya rosak’ seorang pelanggan mengadu masalah.

Masa seakan berhenti, debar jantung tiba tiba deras. Entah mengapa kali ini…. terpaku seketika. Melihat kepada gadis ini membuat Irwan sukar menafsir perasaannya. Borang berkaitan diberi, segala urusan diurus sebaiknya, seperti biasa. Dari awal hingga akhir. Alhamdulillah semuanya selesai. Tapi debaran hati masih belum terhenti, perasaan yang ada belum selesai ditafsir. Borang pertukaran kad baru disemak, NAMA: NUR AMNI

*******

Malam itu Irwan tidak keruan. Rasa ingin mengenali gadis tadi amat menebal. Entah mengapa gadis ini memberi impak yang besar dalam perasaannya. Gadis cantik, ayu, ranggi, semuanya sudah lali dilihat ketika bertugas di kaunter hadapan. Tapi ada apa dengan gadis yang ini? Buat kali pertama Irwan berdebar apabila berdepan seorang gadis. Adakah ini ‘crush’? atau adakah ini yang selama ini ditunggu tunggu? Raut wajah gadis itu memberikan sesuatu dalam naluri Irwan. Ya, raut wajahnya, bukan kecantikannya. Tapi raut wajahnya.

Hari demi hari berlalu, tepat pada masanya Irwan ke kaunter hadapan dengan satu harapan. Agar Amni datang lagi berurusan, agar dapat dimulakan langkah seterusnya. Tapi hampa…….. Bagai pungguk rindukan bulan, hati mula tak keruan. Jangan ditanya mengapa. Apa aura yang dibawa oleh Amni sehingga Irwan jadi begini. Segalanya serba tak kena.

Akhirnya kesabaran sampai ke puncaknya. Hanya ada satu sahaja caranya. Bilik stor diselongkar dan akhirnya borang kelmarin ditemui kembali. Biarlah apa yang akan Amni kata nanti, Irwan sudah tidak peduli. Biar gagal mencuba daripada gagal melakukan apa apa. Nombor HP Amni di salin.

Debaran yang dirasai suatu ketika dahulu kembali dirasai kini tatkala SMS pertama dihantar. Memohon maaf kerana mengambil nombor HP tanpa izin dan melafazkan hajat ingin mengenali dengan lebih dekat. 

Menunggu balasan….
2 jam kemudian....

‘Siapa ni?’  Itulah jawapan yang diterima, SMS kembali untuk memperkenalkan diri.

Alhamdulillah, respon yang diterima baik baik sahaja. SMS selanjutnya nyata positif. Irwan dan Amni bertukar tukar serba sedikit maklumat diri. Segalanya membahagiakan dan indah bagi Irwan, dapat mengenali gadis seperti Amni adalah sesuatu yang indah. Walaupun sekadar ber SMS.

Panasnya tidak sampai ke petang. Beberapa minggu lepas itu Amni senyap seribu bahasa, SMS dihantar tiada jawapan. Cuba untuk berfikiran positif. Amni, seorang pelajar perubatan dalam tahun akhir. Sibuk dengan praktikal dan exam semester akhir. Mungkin Amni sibuk.

Cuba berfacebook, Berjaya menjejaki Amni di dunia maya ini, tapi permintaan menjadi rakan tiada respon. Cuba menjejaki rakannya, Nah Berjaya… Intan. Mengenali Intan beberapa minggu dan akhirnya kekuatan untuk bertanya mengenai Amni sudah berjaya dikumpul. Intan terkejut pada mulanya tapi akhirnya bersuara…

‘She is my best friend, I will protect her, I won’t tell everything about her to you but one thing for sure, she’s taken, waiting the right time to tie the knot’

Nah, penangan budak medic, semua benda nak speaking. Dan Irwan, belajar untuk melupakannya. Cuma soalan yang berlegar legar dalam kotak fikirannya ialah mengapa Amni tidak menjelaskannya awal-awal? Amni ada masa dan kesempatan tetapi mengapa memilih untuk terus hilang?? Dan membiarkan Irwan dalam tanda Tanya.

Irwan bukan seorang yang mudah menyukai seseorang, sekali suka pasti sangat tinggi pengharapannya. Nah Irwan, belajarlah untuk melupakannya.. Berjayakah melupakannya? Ataupun Irwan terus hidup dalam pengharapannya?

*******


Masa : Setahun selepas itu dimana kisah lalu masih menjadi pengharapan masa kini.
Tempat : Hospital Serdang
Dr Ashraf

‘Irwan, saya harap awak terima ini sebagai ujian dari Allah. Dari pemeriksaan yang telah dijalankan, awak menghidap Kanser. Sejujurnya penyakit ini sudah diperingkat akhir. Saya gusar jika awak tak mampu bertahan lama. Mungkin dalam 11 bulan. Tiada ubat untuk menyembuhkannya. Tetapi kami akan sediakan rawatan insentif yang mana ianya dapat melambatkan sel sel barah ini dari merebak. Kamu kena datang ke sini berjumpa saya setiap bulan untuk rawatan insentif ini. Saya harap kamu banyak banyak bersabar’.

Irwan bingung, apakah perasaannya jika sudah mengetahui tarikh kematiannya? Pencarian cintanya sudah tidak penting lagi, untuk apa mencari cinta itu walhal sudah tahu cinta itu akan tinggalkannya. Mana mungkin mampu melihat cinta hatinya itu kecewa. Mungkin benar, cinta tak semestinya memiliki. Berhenti mencari cinta itu, kerana pada masa ini cinta kepada Allah yang paling penting

Aktiviti bulanan Irwan berjumpa Dr Ashraf berjalan seperti biasa. Sudah 7 bulan rawatan insentif diambil. Sekalipun badan semakin lemah, tetapi keyakinan terhadap rawatan ini dan janji Allah jika hambaNya berusaha membuatkan terbit sedikit keyakinan untuk meneruskannya.

Bulan ke-8, diberitahu Dr Ashraf ‘Emergency leave’ dan rawatan insentif diambil alih Doktor lain. Ermmm, tak kisah la siapa yang ‘in charge’, rawatannya tetap sama Cuma sebenarnya Irwan lebih selesa dengan Dr Ashraf kerana beliau lebih memahami situasi dan tahap kesihatan Irwan. Maklumlah sudah merawat Irwan sejak dari mula disahkan dulu.

Pintu bilik rawatan di buka dan seakan ada kejutan yang menanti… mata Irwan lambat mengalih pandangan pada wajah Doktor pengganti itu. Doktor itu juga begitu.

Sepi, sunyi.....

‘Saya dah biasa terima rawatan dari Dr Ashraf" Irwan memecah hening bilik itu yang seketika diisi dengan rasa kejutan, teka teki dan kebingungan.
‘Its ok, saya ambil alih tugas dia untuk hari ini… shall we start?’ doktor menjawab, tersangkut sangkut nadanya.

Sesi rawatan bermula.....

Keadaan serba tak kena dan seakan akan ada sesuatu ingin dilafazkan oleh Irwan dan mungkin juga doktor itu, tetapi tak mampu diluahkan. Segala galanya berjalan penuh kejanggalan. Selesai rawatan, agak cepat dari biasa. Tiada bersoal jawab seperti selalu. Irwan hanya diam mendengar khidmat nasihat dari doktor tersebut yang juga seakan akan mahu semuanya selesai seawal mungkin.

‘Walaupun awak patient Dr. Ashraf, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk bantu awak hadapi semua ini, jangka masa yang diberi doktor tak semestinya betul, ajal maut di tangan Tuhan, kita kena berusaha dan sentiasa positif dan rawatan yang awak jalani sekarang adalah langkah terbaik untuk melambatkan proses itu’ antara tutur kata doctor itu. Ada nada sayu dalam suaranya.

Sebelum beredar, Tag nama diatas meja dijeling …. Dr Nur Amni.

Malam itu….gelisah,
Mengapa perlu ditemukan dengan insan ini pada ketika ini?
Pada ketika memori duka itu hampir dilupakan,
Saat jatuh yang amat sukar berdiri kembali,
Pada ketika pencarian itu sudah dihentikan,
Pada ketika hari hari dihitung dengan hampirnya ajal.


-Bersambung-
Akan datang Episod Akhir

16 comments

December 4, 2011 at 10:28 AM

kadangkala kita tak dpt tangkap... yg terakhir itu sempurna untuk tutup bicara hati yg tak pernah nak seimbangkan apa yg akal cuma kembangkan...

December 4, 2011 at 10:35 AM

tak sabar nak tahu ending nya macam mana...

December 4, 2011 at 11:16 AM

crush kat tempat kerja ye...oh tidak tidak...nanti member lain anggap playboi...

December 4, 2011 at 11:35 AM

mudahnya jatuh cinta kan? aku rasa sukar untuk aku jatuh sebegitu. tapi orang kata, ada jodoh tak ke mana walau ajal semakin menghampir. Tuhan itu berkuasa segalanya.

December 4, 2011 at 12:13 PM

owh cerita.cepatla ending.





**hati pandai berkata-kata tapi hakikatnya tuhan saja yg tau.

December 4, 2011 at 1:06 PM

hana...diam diam usya sampai gi stor tu LOL...macam pernah baca je kisah ni..real kah?

December 4, 2011 at 1:27 PM

nice...

December 4, 2011 at 1:59 PM

kisah realiti kah?

Anonymous
December 4, 2011 at 3:25 PM

Kenapa sadis sangat jalan cerita nya . Aduh . Menunggu ending !


-HEROICzero tak pernah la rajin nak log in !

December 4, 2011 at 7:26 PM

SERIOUSLY untuk komen peribadi aku...

"CERITA INI SANGAT BEST!!!EXCELENTE!!INTERNATIONALE!!!
BRAVO DELAROCHA..."

December 4, 2011 at 9:40 PM

tqvm kerana membaca nukilan saya.

@el mariachi - saya sgt menghargainya. tq

December 4, 2011 at 10:21 PM

delarocha - TQ for this masterpiece of work...ia berjaya menTOUCHING perasaan,jiwa dan hati saya...

muchas gracias...

December 5, 2011 at 1:45 AM

menarikkk....waiting 4 the next episode...

December 5, 2011 at 10:40 AM

skali bersambung daaa... cepat2...

baideway, Ashraf ada gak ek? muahahaha

December 6, 2011 at 12:44 PM

sedihnye :(..

betullah.. cinta tidak bermakna memiliki..

tetapi andai si dia sanggup memberi.. tidak salah untuk kita mencuba..

ade dr yang sanggup berkahwin dgn patientnya..

December 6, 2011 at 2:59 PM

sedap citer nie...xtak sabar nak baca kisah akhir citer nie

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...