Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, December 7, 2011

Kebetulan Yang Ditakdirkan

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
...Benarkah cinta kau dan aku telah termaktub menjadi satu...

4.00 pagi. Iskandar menjeling jam loceng yang diletakkan di birai katil sejurus meraup mukanya dengan kedua belah telapak tangan. Niat untuk menyambung tidur yang terganggu lenyap sekelip mata. Lantas dia bangun duduk termangu memikirkan siapakah gerangan bayangan yang sentisasa menghantui alam mimpinya. Mana mungkin dia bisa tidur dengan lena sekiranya bayangan tersebut menjelma tika dia mula ingin memejamkan mata. Jika sekali dua, mungkin dia masih boleh terima dengan menganggap bayangan tersebut hanyalah mainan mimpi semata. Tetapi kali ini nyata berbeda. Sudah hampir tiga minggu dia alami mimpi yang serupa. Mungkinkah ini yang dinamakan sebagai mimpi suatu petanda?

**************

“Engkau sudah jatuh cinta bukan? Mengaku sajalah... engkau sebenarnya telah tertewas dengan gelodak perasaan”.

“Mana mungkin aku jatuh cinta. Pada dasarnya, kami tidak pernah saling mengenali di dunia nyata. Justeru, tiada sebab untuk aku membiarkan hatiku jatuh dilamun cinta kepadanya”.

**************

Perebutan haruman kereta di supermarket antara Iskandar dan Afifah nyata meninggalkan impak yang besar terhadap lelaki tersebut. Masakan tidak, wajah Afifah nyata serupa saling tak tumpah dengan bayangan yang sering menghantui tidur malamnya. Arghhh... Ironik sungguh kehidupan. Bagi Iskandar, tiada istilah kebetulan dalam kehidupan tetapi apa yang terjadi telahpun ditakdirkan. Afifah pula, nyata gementar setelah menjadi mangsa tenungan Iskandar yang ketika itu, langsung tidak mengerdipkan mata. Siapakah gerangan gadis tersebut? Dan, mengapakah lelaki itu menatapnya bagai melihat alien yang turun menyinggah di muka bumi? Seribu satu persoalan bermain di benak pemikiran mereka.

“Semoga ada lagi kesempatan untuk kita bertemu”. Iskandar membisik perlahan dan berlalu meninggalkan Afifah yang berdiri dalam keadaan termangu-mangu.

Tiga bulan kemudian...

Iskandar mencari-cari pakaian yang bersesuaian untuk dipakai ke majlis rumah terbuka majikannya, Datuk Hamdan. Sebagai seorang bujang yang mementingkan keselesaan, Iskandar memilih jeans dan t-shirt putih yang jelas menampakkan kegantangan susuk tubuhnya sebagai seorang lelaki maskulin. Setelah puas membelek-belek dan yakin dengan penampilan dirinya, Iskandar bergegas ke menuju ke destinasi.

RUMAH DATO’ HAMDAN...

Kedatangan Iskandar disambut mesra oleh keluarga Dato’ Hamdan. Mana tidaknya, kepatuhan dan ketaatan Iskandar terhadap majikannya itu menjadikan dia pekerja yang sangat bernilai di pandangan mata Dato’ Hamdan.

“Mari Iskandar. Let me introduce you to someone”, pelawa Dato’ Hamdan sambil menepuk-nepuk bahu Iskandar. Iskandar tidak mengerti adakah itu satu arahan ataupun permintaan namun diturutinya juga atur langkah Dato’ Hamdan lantas jalan beriringan. Dilihatnya sesusuk tubuh wanita yang lengkap berbaju kebaya semakin dihampiri oleh mereka.

“Hana, mari. Papa kenalkan kamu dengan Iskandar. He’s the best employees in my company. Dan Iskandar, please be a gentleman with my daughter. Saya dah kenalkan awak dengan anak buah kesayangan saya. The next step is up to you, men...”, senyum Dato’ Hamdan penuh makna lalu melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

Kaku... masing-masing diam membisu. Entah mengapa lidah mereka bagaikan terkelu untuk membuah bicara. Nyata Iskandar tidak seperti lelaki lain yang bijak dalam menyusun kata-kata manis saat berhadapan dengan seorang gadis. Begitu sukar bagi dirinya mengatur rentak untuk memulakan perbualan. Hana pula, terasa amat janggal dengan keadaan mereka yang sebegitu. Masakan tidak, selama ini tidak pernah pula dia dibiarkan bersendirian bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

“Dah lama kerja dengan papa?”. Hana membuka mulut memecah sepi.

“Almost 9 years. Kerja mana?”. Tika itu, Iskandar benar-benar bingung. Tidak tahu dirinya mahu menggunakan kata ganti nama apa. Sesuaikah jika dia gunakan saya-awak dengan keluarga kenamaan yang punyai gelaran Dato’ @ Datin di pangkal nama mereka ataupun, selesakah Hana sekiranya dia berbahasa sekadar i-you? Sukar... Segala-galanya tampak canggung sekali.

“Lawyer firm papa di Selayang”. Jawab Hana berserta senyuman menyembunyikan kegugupan.

Sejenak, keadaan kembali sunyi. Iskandar tidak tahu bagaimana untuk meloloskan dirinya dari Hana.

“Maaf Encik Iskandar, saya minta diri dulu. Mungkin mummy perlukan bantuan di dapur”. Sengaja Hana memberi alasan untuk beredar meskipun dia sedar, alasan yang diberikannya itu kurang munasabah untuk diterima. Iskandar sekadar mengangguk dan melihat Hana mengeluarkan kad dari tas tangan lalu dihulurkan kepadanya. “My card. Anything, just call the number”, ujar Hana seraya pergi. “Err...Cik Hana!”, jerit Iskandar memanggil. Langkah yang diatur kemas oleh Hana terhenti lantas menoleh ke arah Iskandar sambil menjungkitkan kedua keningnya, penuh soal. “Glad to meet you”. Ucapan yang lahir dari bibir Iskandar dibalas dengan senyuman mesra Hana.

**************

Dua minggu setelah kejadian di rumah Dato’ Hamdan, segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah Iskandar dipanggil oleh Dato’ Hamdan untuk masuk ke biliknya.

“Iskandar, awak telahpun berkhidmat dengan saya hampir sembilan tahun. Terlalu banyak pencapaian awak sehingga berjaya memberi keuntungan yang besar terhadap syarikat ini. Meskipun awak juga tak lari dari buat kesilapan, tetapi awak tidak pernah menghampakan saya. Saya bertuah punyai pekerja seperti awak”. Tinggi pujian yang diberikan Dato’ Hamdan kepada Iskandar.

“Terima kasih, Dato’...”, balas Iskandar menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

“Maaf saya bertanya, bagaimana hubungan awak dengan Hana?”. Soalan yang tak terduga dari Dato’ Hamdan benar-benar buat Iskandar kaget.

“Hana? Errr...”. buat pertama kalinya Iskandar gugup di hadapan majikannya. Entah mengapa, dia sendiri tidak pernah memikirkan gadis tersebut setelah pertemuan mereka pada malam itu.

“Tidak mengapa Iskandar. Saya tidak marah bahkan merestuinya”, ujar Dato’ Hamdan sambil melepaskan ketawa kecil. Mungkin pada firasatnya, Iskandar tentu bimbang sekiranya beliau marah andai mengetahui mereka saling berhubungan.

“Maaf... Bukan begitu, Dato’. Sungguh, tiada apa-apa antara kami berdua. Kami hanya mengenali antara satu sama lain pada malam itu sahaja”, jujur Iskandar membuka bicara. Riak gembira di wajah Dato’ Hamdan serta-merta hilang. Barangkali kecewa mendengar pengakuan Iskandar namun raut mukanya tetap tenang. Iskandar begitu kagum dengan sifat profesionalisme yang ada dalam diri majikannya itu.

“Awak pekerja yang paling saya sayang. Dan Hana pula, dia tidak ubah seperti anak kandung saya sendiri meskipun pada hakikatnya dia sekadar anak saudara saya. Awak pun tahu kan, saya tiada anak perempuan. Dari Hana kecil, kami sekeluarga yang menjaganya... kami sekeluarga yang mendidiknya. Saya berharap sangat Hana ditemukan jodoh dengan lelaki yang bertanggungjawab dan saya rasa, awaklah lelaki tersebut. Lelaki yang layak untuk memiliki Hana”.

Dushhh...!!! segala yang berlaku pada hari itu bagaikan mimpi. Benarkah apa yang dikatakan oleh Dato’ Hamdan sebentar tadi? Iskandar tidak lagi merasa kakinya berpijak di bumi. “Arghhh...parah jika terus-terusan begini..”, desis hati kecil Iskandar.

“Iskandar, saya amat berbesar hati sekiranya awak sudi menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Tapi satu yang saya minta, usahalah selagi terdaya untuk menakluki hati Hana. Saya pasti, awak dan dia sangat serasi bersama. Okay, you can go now”.

Sesaat, Iskandar meninggalkan bilik tersebut dengan mulut yang terkunci. Segala rasa yang ingin diluahkannya bagai telah ditelan menunggu masa untuk dihadam.

**************

Usai solat Isyak, Iskandar duduk di birai katil sambil membelek-belek business card yang diberikan oleh Hana tempoh hari.

“My card. Anything, just call the number”. Teringat dia kata-kata Hana pada malam itu. Tanpa disedari, senyuman kecil hadir di bibir.

“Hana Afifah... peguambela dan peguamcara”. Iskandar membaca nama yang tertera pada kad yang dipegangnya. “Raut wajah kau mirip wanita yang aku jumpa di supermarket beberapa bulan yang lepas. Senyuman yang kau lemparkan sama seperti bayangan gadis yang sering menjelma dalam igauan. Apakah ini yang dinamakan sebagai suatu kebetulan yang telah ditakdirkan?”.

Namun, lain pula ceritanya di pihak sebelah sana.

Hana Afifah sentiasa menanti panggilan dari Iskandar. Walau hanya sekali mereka berpeluang untuk berbicara berdua, hatinya benar-benar terpaut pada keperibadian lelaki itu. Dia yakin, Iskandar lah lelaki yang merenung dirinya tanpa berkedip saat mereka berebutkan haruman kereta suatu masa dulu. Dan, Iskandar jugalah jelmaan yang hadir menemani tidur malamnya selama ini.

Ringtone lagu Lighters dendangan Bruno Mars membuat Hana tersentak dari lamunan. Telefon bimbit dicapai. Dilihatnya nombor yang tidak dikenali membuat panggilan.

“Assalamualaikum... Cik Hana Afifah?”, kedengaran suara lelaki di sebelah sana.

“Waalaikumsalam... Ya, saya Hana Afifah. Boleh saya tahu, siapa di sana?”. Soal gadis itu menginginkan jawapan. Debaran di jiwa kian terasa.

“Iskandar... Adam Iskandar. Masih ingat?”.

Sejak detik itu, bermulalah cerita cinta antara Adam Iskandar dan Hana Afifah.

12 comments

December 7, 2011 at 9:27 AM

untung ni untung , kebetulan yang menguntungkan ! hehe.

bukan sekadar suka sama suka, dapat green-light lagi ~!

December 7, 2011 at 11:12 AM

haha. aku nak like komen HEROICzero.

lagi untung kalau itu Hana Ahmad. kah3. ok. berangan.

Anonymous
December 7, 2011 at 12:03 PM

kebetulan yang mungkin takkan berlaku.. dan hampir mustahil...

really like this story... ada sambungan tak?

-blacknwhite-

December 7, 2011 at 1:04 PM

terbaekkk lah

December 7, 2011 at 3:06 PM

hehe..pernah ada pengalaman mcm ni..cuma bezanya, tak pernah tahu nama, tak pernah berbicara..

December 7, 2011 at 4:58 PM

wau . bukan senang dua-dua nak syok sama sendiri .

mgkin boleh buat drama . hee .

*sedaplah ringtone Hana . :D

December 7, 2011 at 10:46 PM

deja vu....I dont really believe it...tapi saya macam pernah jumpa Hana yang lagi satu...tapi di mana ya? mungkin ressemblance of someone I know...

December 8, 2011 at 12:54 AM

heroiczero n hanaahmad : :)

cik/incik anon aka blacknwhite : sampai situ jep kisahnyee...

laici kang ais : thanx..

khairul antasha: waaa...mimpi yaa..??

ika : hehe..

el mariachi : heee..toksah percaya lau tak nak..ape de hal~~ :)

December 8, 2011 at 3:27 PM

*senyum*

kebetulan itu susunan hidup yang kita tidak sedar sebenarnya.
oh.
aku jer tak sedar.
orang lain, sedar kott.

*senyum*

keseluruhan menarik, dan ada plot yang agak tersusun. Cumanya, cerita seperti baru mencapai pra kemuncak. Penulisan tentutentu boleh membiarkan cerita ini berlari lagi dan terjun dengan kesudahan.

oh.
dah habis.

*senyum*

apapun, terima kasih untuk kisah ini.

*senyum*

p/s:
sesetengah golongan sukakan cerita hindustan kerana disana banyak lagu, sedangkan dalam dunia kita yang berlagu hanya perut dan kosong. kan.
*senyum*

December 9, 2011 at 12:41 AM

senyum.

December 11, 2011 at 7:56 PM

bestnye andai cintaku begini...

tp nanti jgn sambung pengakhiran kisah yg sedih yer..

hehehe~

December 18, 2011 at 7:50 AM

Erm jln cte okey. Cume dialog xbnyk
ending tllu cpt. Xsempt nk feeling haha

btw sgt best lau de kbtuln gni

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...