Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, December 22, 2011

Mak, Amin Nak Kahwin

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

"Amin, cepatlah pakai baju sekolah tu! Dah lewat ni." Teriak Mak Leha yang sibuk menyiapkan sarapan di dapur. Amin satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Amin lah racun, Amin jugalah penawar. Amin menyarungkan uniform sekolahnya. Perlahan. "Amin,cepatlah siap tu. Sarapan pastu pergi sekolah!". Mak Leha berteriak lagi.


Amin terkocoh-kocoh keluar dari biliknya dah terus menyambar beg sekolahnya di atas meja tulis. Mak Leha sudah duduk di meja makan. "kamu ni kenapa dari jauh dah sengih-sengih? Ada la benda yang kamu nak kan kalau dah sengih semacam ni." Amin menggaru kepalanya yang tak gatal mendengar telahan Mak Leha. "mana ada mak. Amin senyum pun salah?". Amin menyuapkan nasi goreng ke mulut. Dia menghirup air Nescafe kegemarannya. "Amin nak pergi dulu lah mak." Amin cepat-cepat mencapai tangan Mak Leha dan terus mencium tangannya. "hati-hati pergi sekolah tu" pesan Mak Leha.


Amin sampai awal ke sekolah seperti biasa. Dia tak masuk ke kelas sebaliknya duduk di pondok depan pagar sekolah. Dua minit, lima minit dan sekarang sudah sepuluh minit Amin duduk dipondok itu. Amin bergegas masuk ke kelas. Dia hampa. Apa yang ditunggunya tak kunjung tiba. "dia tak sihat ke?".


"Esok pasti dia ada". Amin memujuk hatinya sendiri. Hari itu proses pembelajaran di dalam kelas berjalan seperti biasa. Namun fikiran Amin terus melayang memikirkan dia. Dia seorang yang biasa-biasa. Tapi wajah comel milik dia buat Amin jatuh suka. Bukan sahaja jatuh suka, jatuh cinta barangkali. Waktu rehat tiba, Amin bergegas ke kantin bersama teman baiknya Johari. "ada nampak dia tak pagi tadi?" Amin memulakan bicara. Hanya Johari yang tahu kegilaan Amin pada si dia yang comel itu. "ada. Kenapa?".
Amin senyum. Masih ada sinar untuknya.

Waktu persekolahan sudah tamat. Amin bergegas keluar dari kelasnya. Dia menunggu di luar pagar sekolah. Si dia yang comel berjalan seorang diri. Amin menegur. Si dia tersenyum. "Boleh saya jalan-jalan dengan awak?". Si dia mencuka. Amin terkesima. Muka mencuka sekalipun si dia tetap comel di mata Amin. Amin memang betul-betul sudah gila bayang. "Kaki awak, ikut suka awak la nak jalan kat mana. Bukan kaki kite pun". Si dia bersuara. Amin hanya membatu. "Alah comelnya suara dia." Getus hati Amin.


Si dia berjalan ke depan sedikit. "Kenapa jalan cepat sangat? Macam lah rumah awak tu lari". Amin cuba mengusik. Si dia mempercepatkan langkah. Si dia buat muka garang. Amin tak endah. Amin mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sekeping kertas yang dan 3 biji Cloud 9. Amin menarik menarik tali beg Si dia yg berjuntai. Sekali lagi Si Dia buat muka garang. "Nah, ambil ni. Untuk awak. Bye". Amin meletakkan sekeping kertas dan 3 biji Cloud 9 ke tapak tangan Si Dia dan terus meninggalkan Si dia. Si dia terpinga-pinga.


Amin berjalan pantas untuk balik ke rumahnya. Mak Leha sudah menunggu di kaki tangga. Setiap hari Mak Leha akan menunggu anak kesayangannya di situ. "Kenapa kamu lambat balik hari ni?". Amin menanggalkan kasutnya. Terus mencium tangan maknya. "Amin ada hal tadi mak". Amin menjawab ringkas. "Dah, cepat naik. Kita makan sama-sama. Mak masak ayam masak merah dengan sayur kangkung goreng belacan kegemaran kamu.". Amin senyum.


"Kenapa tak makan lagi?Kamu tak lapar ke?". Mak Leha kehairanan dengan tingkah Amin. Memang sejak akhir-akhir ni Amin selalu mengelamun. Amin senyum. "Eh, senyum pulak?". Mak Leha makin hairan. Mak Leha menghulurkan pinggan yang berisi nasi, ayam merah dan sayur kangkung goreng belacan kepada Amin. Amin senyum lagi. Mak Leha tidak mengendahkan senyuman Amin. "Mak, Amin nak cakap sesuatu.". Amin bersuara. Mak Leha meneruskan suapan. "Mak, Amin nak kahwin dengan dia.". Tersembur nasi yang baru Mak Leha telan sebentar tadi. Mak Leha cepat-cepat meneguk air sirap di sebelah pinggannya. Mak Leha terkejut. "aaa apa kamu cakap tadi?!". "Amin nak kahwin dengan dia mak..". Mak Leha memandang muka Amin. Amin tenang. "Amin, kamu baru berumur 11 tahun. 11 tahun tahu tak?". Amin terdiam. "Salah ke aku kahwin dengan dia walaupun umur aku baru 11 tahun? Salah ke? Aku cintakan dia. Aku sukakan dia." getus hati Amin.


Tamat-

14 comments

December 22, 2011 at 10:42 AM

owh crush kanak2 yg sgt2 inesen :D

December 22, 2011 at 10:44 AM

Bdk2 mmg inesen

pngsan emknye huhu

December 22, 2011 at 11:01 AM

hahaha..terbaik..sweet je..


penat membayangkan amin ni budak form 5..upanya darjah 5..kena reset balik gambaran..hehehe..



p/s:amin,belajar rajin-rajin dulu ye.baru pikir soal kawen.. :)

December 22, 2011 at 11:54 AM

oh amin...

dill.

December 22, 2011 at 11:58 AM

Hihi..bestnya kalau dapat jumpa Amin, mesti dia budak yang special, over mature!

December 22, 2011 at 11:59 AM

kekekeke
x salaaahhh naaaakkkk
mak pahaammm
darah mudaaaaa :))

December 22, 2011 at 1:08 PM

Mujur amin duduk dalam tulisan ni aja. Kalau kat sebelah akak, dah lama akak basuh Amin... Rugi woooo kat U nanti awek genit2 seksi-meksi banyak woooo...

December 22, 2011 at 3:35 PM

aku nak tanya satu je, amin tu dah bersunat ke belum?

khairul antasha
December 22, 2011 at 5:17 PM

hai semua...

Terima kasih baca. Sebenarnya ini cubaan pertama untuk menulis seperti ini. Tak tahu menjadi ke tak..

Mega senja - dia baru 3 bulan lepas bersunat.. :p

December 22, 2011 at 7:49 PM

haha sweet!

December 22, 2011 at 9:01 PM

best bila baca:
"Tersembur nasi yang baru Mak Leha telan sebentar tadi. Mak Leha cepat-cepat meneguk air sirap di sebelah pinggannya."

December 22, 2011 at 9:33 PM

KA...hahaha belum sembuh lagi tu weii!

Anonymous
December 22, 2011 at 10:13 PM

Dak Amin ni bahaya juga kalau dibiarkan , takut kurang kasih sayang . Ahahaha !

-HEROICzero

December 24, 2011 at 1:27 AM

Bahaya amin tuk.. mok disunatnya kali hehe..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...