Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, November 17, 2012

Bukan Seperti Kamu! #Episod Akhir

10:52:00 AM | | Best Blogger Tips


"Wei bro, kalau aku sendiri pun aku terajang hang sekali” dan itu tidak membantu. Mus jujur dengan lafaznya barangkali, tapi masih tidak sedikitpun melegakan hati Tuah.

“Itu tindakan spontan dude. Manalah aku tahu aku nak pegang tangan dia”
“Dan dia pun spontan la piang hang kan” ya. Tak payah diingatpun, dia masih lagi terasa pelempang Imah hari itu. Sedikit pun tak hilang rasa sakit itu biarpun merah padam mukanya sudah pun pelahan-pelahan padam dari pandang. Tapi, marah kah Tuah dengan dendam padam Imah atas hal itu? Bukan salah Imah pun kan?

'Ha’a, bukan salah dia. Dia pun bukan sengaja aku rasa. Macam mana aku tak sengaja pegang tangan dia. Mungkin aku perlu minta maaf lah kot kan Mus?”

***

“Eh, takkan aku pulak nak minta maaf. Dia yang pegang tangan aku dulu. Aku bukan tak ada aurat dan peraturan okay” marah Imah pada handphone nya. Ya, pada yang di talian. Mardiah.

“La, ko tetap salah kan pi tampar dia kan”
“Tak sengaja sengaja kan?”
“Tapi tetap salah kan?” dan kali ini diam. Imah ini nampak saja seperti diam, tapi dia sebenarnya suka berbalah, terutama pada apa yang dia percaya betul.

“Tak. Tak salah” ha, kan tengok. Melawan.

Mardiah tahu, kalau dilayan sangat pun si Imah ni tak akan ada sudahnya. Imah sebagai Imah, dia harus dilentur lembut dulu dan bukan ditebang keras ucapannya. Benang basah pun kalau boleh dia nak tegakkan kalau dia percaya dia betul. Wei, kalau dah benang basah tu benang basah la kan!

“Ok, why not you are doing this just to calm thing down, and full stop.”
“But”
“Ya, ko tak salah. Tapi tetap tak salah kalau ko minta maaf je, just tanya dia ok ke tidak? Lagipun ko kan sekelas dengan dia, kang bermasam muka berdendam lagi apa segala, kan susah”

Imah dah senyap. Sekejap. Berfikir barangkali. Hatinya bukan keras mana sangat, Cuma bila amarah itu menjadi ratu jiwa, pasti ada saja yang tak kena. Dulu selalu pesan orang beristifar kalau kalut, tapi bila dah jadi hal pada diri sendiri, semua bisa lupa segala.

“Anyway, hang pun pernah cakap hang suka dia kan?”
***
“Dia kenal aku ok”
“dah korang sekelas, mestilah dia kenal. Tak ke ngok cakap dengan aku macam tuh”
“But, dia tahu aku Tuan, i mean, Azizul yang bising. Jadi, dia ada tengok aku lah kan?”
“Dan dia pun ada lempang hang kan?”
“That is another story. Itu lepas aku buat silap. Aku kan gelabah. Anyway, my point is, dia kenal aku dan barangkali dia sendiri pernah jeling-jeling aku kan?”

Mus tak jawab. Mus pun tak mengangguk. Senyap. Barangkali menghadam kata Tuah.
“Mana tau aku ada can lagi” dan waktu itu handphone dia berbunyi. Menjeling sekejap, dan kemudian biarkan saja. Nombor tak kenal sms, maknanya tak penting. Orang tengah sibuk hal hati, dia nak sms nak bunyi apa segala.

“Ko mintak maaf je lah bro. Kendian baru tau ada can ke tak ada can”
Maaf? Hmm. Kena tunggu minggu depan la nampaknya. Cuti belajar baru habis seminggu, ada lagi seminggu. Tapi, tak ada belajar apanya, sebab seminggu pun sakit di pipi tak hilang, mana nak mengadap buku lagi.

Trut Trut, Trut Trut!

Message lagi. Aiseh.

***

Pagi ini, cuaca kembali panas. Mungkin semalam hujan dah turun habis di sekeliling kampus buatkan hari ini tak ada baki titisannya untuk sejukkan cuaca. Dalam kelas tadi pun masih terasa panasnya bahang hari, bertambah bahang hangat bilamana orang yang dinanti Tuah tadi sedikit pun tak pandang. Masuk kelas terus duduk di hadapan dan pandang hadapan tanpa toleh. Terasa dua jam kelas hari ini terlalu lama untuk sebuah penantian. Lagi-lagilah kalut bila minda hanya fikirkan apa yang nak disebut ucap dan laku karang-karang nanti.

“Ok kelas, jumpa lagi lusa. Assalamualaikum” oh, dah habis. Cepat. Kelas dah habis!

***

Ah cepat. Beg dah kemas tadi lagi. Langkah terus dibuka, dan biar segera terus hilang dari kelas ni. Imah langkah lebih deras dari selalu. Nak deras lagi boleh tak!!!

“Imah,” dan kali ini folder kelas dikepit jemarinya di tarik. Ah, dia lagi. Kaki tarik ke apa nih!
“Imah, maaf” dan imah diam. Nak lari pun tak guna dah, si pengejar dah di depan mata. Budak ni memang gila, Imah bergegas rasanya dah cukup laju tadi, tapi masih dapat tangkap. Gila!

“Tak, saya tak gila. Saya Cuma hilang pertimbangan” Gila la tuh.
“Maksud saya hari tu. Hilang pertimbangan hari tu. Maaf” dan kali ini baru Tuah berdiri betul. Dah hilang lelah nafasnya tadi barangkali. Dan kali ini baru berdiri betul-betul menghadap Imah. Dan semua yang lain dah hilang. Dah seperti tinggalkan dua insan ini. Dan jadi sunyi. Seperti dibuang dari dunia yang realiti dan hanya tinggalkan mereka berdua. Dua. Dalam satu dunia. Barangkali.

“Maaf” sepatah, selepas lama Tuah mendiam diri sambil melihat Imah yang tunduk, dan menkuis-kuis hujung folder kerja yang ditarik ke kepitannya semula. Ah, seperti pandang selalu, dan pandangan ini yang Tuah suka. Paling suka.

“Maaf untuk hari itu. Betul-betul maaf” sekali lagi ucap Tuah. Imah masih senyap. Dan Tuah makin kaku. Tak cukup tatabahasa lagi untuk diucap. Ah gila. Bila dah nak masuk bab hati semua bisa mati. Tapi, dah masuk ke belum ni bab hati?

“Belum. Maksud saya belum cukup” pendek, tapi tegas. Dan Imah turun balik pada pandang lantainya. Ah, dia sendiri tidak tahu mahu berucap apa barangkali.

“Maafkan saya Imah. That was an accident. Saya tak berniat nak pegang tangan awak”
“Tapi awak dah pegang kan?”
“Dan awak sendiri dah lempang saya kan?” dan kali ini Imah terangkat mukanya sekejap, dan tertawa manis halus. Ah, lesung pipit tu pun nak keluar macam tak nak keluar. Ah, gila. Ini yang menggilakan seorang lelaki barangkali. Atau, setan dah datang bertenggok dekat pipi dia dah, tu sebab Tuah dah nampak semua manis dah menggoda. Gila!

“Saya maafkan” dan lega. Itu sudah cukup buat Tuah tersenyum kembali. Ah, senyum sikit pun dah cukup banyak buat waktu ini.

“Tapi saya betul sukakan awak Imah” spontan.
“Stop!” ah, marah balik?
“Saya baru maafkan awak, tapi belum terima awak” dan kali ini senyum tadi hilang. Imah kembali tegas.
“Belum terima bermaksud belum menolak sama kan?” dan Imah terdiam. Hilang kosa kata sekejap, dan merah padam mukanya. Ah, hal hati mana boleh berkata ‘never’, kerana kita tidak pernah tahu kan.

Waktu itu wajah Imah sudah sedikit bangkit. Matanya sudah berani mencari sudut lain dari hanya tegak mengadap lantai. Tapi memandang Tuah betul-betul memang bukan kerja dia. Dan seketika masa menjadi terlalu lama antara mereka. Masa juga berhenti sejenak memandang mereka barangkali.

“Kita kawan?” lontar Tuah. Dan wajah imah berpaling memandang Tuah. Dia senyum, dan kemudian angguk, pelahan. Dan terus melangkah pergi.

Dan waktu itu dunia kembali berbunyi, bising. Dan Manusia berkeliaran mula kelihatan, kerana Imah dah mula hilang dalam kebanyakan.

Tuah? Masih di tempat sama. Dan tersenyum. Kali ini manis. Lebih manis dari senyum Imah yang akhir tadi. Ya, lebih manis dari itu.

Trut Trut! Trut Trut!

Ah, message lagi. Memang selalu anti kemuncak macam ni ya, ada bunyi-bunyi handphone segala?

“Ah, no tak kenal ni lagi” dan click buka.

[Mana ada orang yang reply sms orang yang dia suka dengan ‘siapa nih?’. Tak cukup suka la kot? – Kawan Awak]

“Siapa nih?” berkerut. Dahi. Kemudian senyum. Kali ini lagi manis. Dan nampak gigi. Yang ini baru macam orang gila. Gila!

[END]

***

{BEGIN SUBPLOT}
Lepas mandi, Tuah kembali ke handphone yang berbunyi tadi. Waktu itu Mus dah balik. Duduk lama-lama pun bukan dia nak hidang makan minum untuk si Mus tuh. Rumah bujang kan?
Peti Pesanan. Buka. Baca.

[Sorry]
“Sapa pulak nih? No 011 ni mana aku ada” dan laju ibu jari berlari pada papan keyboard untuk menjawab [siapa nih?] dan sent.
No tak kenal ni jangan dilayan sangat, kat?

{END SUBPLOT}



3 comments

Anonymous
November 17, 2012 at 4:05 PM

"Belum terima bermaksud belum menolak sama kan?" Ai aii... kemaiin lagi ayat dia. Hahahaha. Aku suka ni. Dan, aku suka ada subplot tu.

*cara penulisan kamu benar2 lain kali ini. Aku sudah cakapkan duli. Tapi keduanya aku suka. :)

-HZ-

November 18, 2012 at 7:28 PM

Ahhhh comel!

November 19, 2012 at 8:51 AM

HeroicZ
salam bro, semua deposit kispen aku dah selesai di labuhkan di s7w nih.
insya'Allah aku akan menulis lagi dan akan menyumbang lagi dikesempatan yang bernanti-nanti.

dan barangkali, tulisan aku beralih gaya lagi.

hehe.

barangkali, huruf-huruf yang aku susun pun beralih mengikut cuaca dan suasana.

dan Alhamdulillah jika ada yang suka seperti kamu ini.
itu sudah cukup mengujakan.

terima kasih.


The PinPin
*Senyum*
terima kasih untuk membaca dan menggemarinya.
ya, si penulis cuba untuk bermanis muka dan buat sebuah penulisan yang comel, dan Alhamdulillah ada yang menyudahkan bacaan untuk ini.
terima kasih.
dan sokongan dari kalian ini berikan aku kesempatan untuk mencari ruang bagi menulis lagi.
terima kasih.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...