Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, November 10, 2012

Bukan Seperti Kamu! #Episod Awal

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



Melihat bas sampai, hati terus jadi tenang. Ya, menunggu 15 minit yang tertangguh ini sendiri sudah seperti terlalu lama untuk hati yang kerinduan. Ah, mana tahu, kalau ditangguh lagi, kemudian memilih untuk membatal saja perjalanan ini, mahu saja Imah yang berbunga menanti lihat pada apa yang terbayang sepurnama lamanya bisa berkecai dengan derai air mata. Bab hati mana bisa ada limitasi, bisa saja ada kejutan. Ya, kejutan.

“Imah, tunggu!” terasa luggage bag terhenti dari bergerak, dan berpaling.
“Eh”, oh ok, ‘dia’ yang tahan beg aku! Dengus hati Imah.
“Ha’a” dan dia menjawab untuk entah soalan yang mana. Yang pasti, belum ada soalan yang terlontar. Atau, mana tahu dia bisa mencari soalan dari wajah yang terkedu dengan momen yang tak terfikir ini.

“Awak, tunggu. Maaf. Tunggu sekejap ya, boleh?” sambil dia lepas pegangnya pada luggage beg dan berdiri dari bongkoknya yang sekejap tadi. Berdiri kemas dengan jean lusuh yang selalu dilihat menjadi pilihan dia ke kelas, dan roundneck yang sama untuk kelas semalam. Eh, kelas semalam? Recyle guna barangkali. Ah, dah asal namanya bujang, berjimat *baca bermalas* lah kan?

“Saya Tuah” ya, bukan bujang. Nama dia Tuah.
“Ya Azizul. Kita kan sekelas. Takkan la saya tak kenal awak; budak bising!” ucap sambil menggeleng kepala jujur. Ya, Azizul sekelas dengan Imah. Cuma dikalangan khalayak dipanggil Tuah, hanya kerana dia sering diherdik ‘berTuah punya budak’. Budak bising kelas yang selalu datang masa pensyarah baru masuk, tapi bijak. Dan nakal. Imah sahaja yang tak ambil kisah sangat; asalkan tak mengganggu hal belajar dia, itu sudah baik. Nak dilayan nanti, mahu menjadi-jadi nakal budak-budak ini.

“Oh. Ha’a. Sekelas. Ingat Imah tak perasan”
“Budak bising macam hang memang la saya perasan.”
“Bising? He he”
“Ha awat?”
“Nak balik kampung dah? Tak tunggu program esok?” Esok? Oh, yang itu.
“Tak. Saya tak minat bab lagu-lagu ni sangat. Balik awai sehari pun ada kenduri”
“Kenduri kahwin?”
“Akikah adik”
“Oho” dan sekejap pause.
“Eh, saya lewat dah nih, ni awat datang ni? Tanya tu ja ka”
“Eh, tak. Tak eh. Tak” dah bunyi kedah pulak budak Azizul ni. Dah la bunyi kalut!
“Nak pesan jaga diri” menggatal! Sah ada yang tak kena. Imah hanya menggeleng.
“Oklah, saya balik dulu. Assalamualaikum” Imah terus berpusing, dan bergerak lurus tanpa tunggu jawapan salam dari Azizul. Budak lelaki ni kalau diberi masa, lagi lama. Mahu karang jadi apa-apa yang tak terjangka dek akal karang lagi payah.

“Imah!” terhenti lagi. Kali ini tangan imah yang kosong dari pegang apa-apa itu ditangkap Azizul. Ah, tiba-tiba pipi putih gebu Imah bertukar kemerahan. Barangkali, bahang panas enjin bas yang beratur penuh di platform pelepasan dan sesak penuh ramai orang membuatkan pipi itu kemerahan tanpa sebab. Tanpa sebab?

“Saya sukakan Imah!” ucap Azizul penuh semangat, sambil menghulurkan sebuah bungkusan merah jambu kecil dari kocek lusuh jean birunya. Ah, jangan dibuatnya dia melutut seperti manusia barat sudah. Ini bukan sebuah cerita tontonan ramai.

Dan segera Imah meloloskan lengannya dari pegangan Azizul. Dia keterjutan tadi, dan dia hanya mampu tergamam beku buat seketika. Dan sekarang baru dia mampu menafsir keadaan. Dan Azizul masih memandang dia dengan sekuntum manis senyuman yang tak tergambar manisnya. Penuh harapan barangkali. Dan Imah?

“Pang!” seliang.
“Azizul! Ini bukan main-main!” dan Imah makin merah, pipinya. Marah?
“Dan saya tak main-main Fatimah. Saya sukakan awak!” dan tolong semua yang lain pandang lain, boleh? Ini bukan cerita rakaman, ok!

“Cukup!” dan berlalu. Malu. Diperlakukan sedemikian, biarpun apa punca alasannya.
“Gila apa mengorat macam ini. Gila!” mendengus Imah sambil berlari anak terus naik dengan luggage begnya ke atas bas di platform.

Lantakkan saja pada Azizul ke, budak berTuah ke, si gila ke, asal sudah selamat naik bagi Imah, sudah cukup baik. Dia mencari tempat duduknya. No 17. Ya, 17!

Waktu itu Azizul tak bergerak lagi. Masih di tempat yang membuatnya terkedu sejenak, ditampar anak gadis yang dia lemparkan kata suka tadi. Sedang mengira pecah hati yang hancur barangkali. Masih ada peluang untuk disembuh luka kah?, sambil memandang pada kilas cermin bas.

***

Imah dah duduk. Betul-betul di kerusi 17. Luggage beg yang beroda itu sudah pun dibiarkan di ruang sebelah pemandu. Malas mahu turun lagi.

“Gila!” dengus Imah sambil memandang Azizul yang seperti memandang dia sama. Memanglah budak Azizul itu manis dengan hitam manisnya, dan menarik juga untuk dibuat teman berbicara. Tapi, apakah gila cara demikian, siap pegang apa segala! Gila! Taubatlah Imah nak turun dari bas ini selagi Azizul ada di bawah. Itu janji Imah. Takkan turun. Tidak akan turun langsung!!

“Eh, cik, ni tiket bas sebelah ni. Platform 13. Sini nak ke Kuala Lumpur punya bas, platform 12” Salah bas? Dan bas sebelah yang dia tunggu-tunggu tadi dah nak bergerak juga selepas dua tiga kali hon dibunyikan.

Ah, gila!

***

[Azizul loser? Atau Imah yang Menggila? #Episod Akhir]

4 comments

November 11, 2012 at 2:20 AM

tulah suka-suka tampar orang, nak tuhan bayar cash? siap silap platform gitu... hahahaha

November 11, 2012 at 2:28 PM

Ha turun segera, turun segera dan sambung ceritanya !

November 11, 2012 at 3:09 PM

aduyai...nak balik utagha ka Imah?

November 12, 2012 at 8:39 AM

BS
itu balasan pada yang suka-suka pegang, suka-suka langgar, dan suka-suka buat apa yang dia suka.
ingat ini citer omputeh ka?
hehe/

myHERO
gila nak turun? Karang Azizul lempang balas apa jadi?
hehe

bro EL
oghang utagha la tu. dah kelam kelibut. mampuih.
nak tughun pun dah kecut.
log-lak la..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...