Syirah memandang Zafran di kejauhan. Sungguh… Meskipun dia tumpang gembira dengan kebahagiaan Zafran bersama kekasihnya, namun jauh di lubuk hati terpalit secebis kelukaan yang amat memedihkan tangkai hati wanitanya.
Suatu tika dulu…
Ketika itu mereka masih dibangku tadika. Syirah, anak kecil yang berisi badannya ditambah pula dengan tona kulit yang gelap seringkali menjadi mangsa buli dan bahan ejekan teman sebaya. Lumrah manusia, hanya menyukai pada paras rupa yang indah semata. Namun tidak bagi Zafran. Saat Syirah menangis keseorangan setelah dibuli, hanya Zafran yang sudi mendekati untuk memujuk hati. Huluran gula-gula dari Zafran diterima Syirah dengan mata yang masih lagi bergenangan tangisan. Mulai detik itulah, Zafran ibarat pelindung bagi Syirah. Segala aktiviti yang dilakukan di tadika, mereka sentiasa bersama. Tidak kiralah sama ada waktu makan, melukis mahupun mewarna, mereka bagaikan hidup dalam dunia mereka berdua sahaja. Dan Syirah, yang suatu tika dulu sering berduka kini bertukar menjadi puteri kecil yang ceria dan begitu gembira.
Matanya masih lagi tertancap pada sepasang anak muda yang sedang enak berkasih-kasihan. Saat ini, Syirah benar-benar rasa keseorangan. Lelaki yang dia bergantung harap sebagai pelindung selama berbelas tahun lamanya kini semakin pergi bersama kekasih hati.
Suatu tika dulu…
Setelah sebulan menjalani alam persekolahan sebagai pelajar tingkatan empat, Syirah mendapat tawaran untuk meneruskan pelajaran di salah sebuah sekolah menengah teknik di luar bandar. Namun begitu, surat tawaran tersebut hanya dibiarkan saja oleh Syirah tersadai di ruang meja sudut kamarnya. Entah mengapa, Syirah bagaikan takut untuk berjauhan dengan Zafran. Bimbang sekiranya dia kembali menjadi mangsa buli tanpa pelindung di sisi meskipun waktu itu, usia sudah menginjak ke alam remaja. Dan Zafran, begitu berat hati untuk melepaskan Syirah pergi jauh darinya. Saat Syirah mengatakan bahawa dia tidak menerima tawaran tersebut, hanya senyuman mekar yang mampu menjelaskan segala-galanya antara mereka.
Semakin lama dipandang, semakin terluka hatinya. Tetapi tidak pula Syirah mengangkat kaki pergi ke lain destinasi. Mungkin, rindu yang terpendam selama ini terhadap Zafran terubat dengan menatap wajah lelaki tersebut meskipun dari seberang jalan cuma.
Suatu tika dulu…
Alangkah gembiranya mereka berdua tatkala mendapat tawaran menyambung pengajian di universiti yang sama. Perbezaan kursus antara Syirah dan Zafran tidak sedikitpun menggoyahkan keakraban hubungan mereka. Justeru, tidak mustahil jika ada yang menganggap mereka berdua sebagai pasangan kekasih yang sedang hangat di lamun cinta. Namun ternyata, yang indah itu hanya sementara. Saat freshie mula menjejakkan kaki mereka di universiti tersebut, Zafran sedikit demi sedikit berubah menjadi lelaki yang taksub dalam memburu cinta. Memburu cinta sehingga cita-cita yang diimpikan, didambakannya selama ini kian terabai. Dan Syirah, tiap kali gadis itu memberikan nasihat kepada teman sang pelindung hati, tiap kali itu jugalah kata-kata perlian yang dilemparkan Zafran kepada dirinya. Pada pandangan Zafran, Syirah tidak boleh menerima hakikat dan cemburu apabila dia punyai kekasih kelak.
Kini…
Syirah kembali menyendiri. Sepi dalam menjalani hari-hari yang dilalui. Pelindung yang dikasihi selama ini telah bahagia pergi bersama kekasih hati. Andai masa bisa diputarkan kembali, sudah pasti Syirah inginkan masa itu terhenti. Terhenti saat mereka berdua hidup gembira bagai di alam fantasi. Tapi dia mengerti, kebarangkalian untuk mimpi menjadi realiti amat tipis sekali. Jauh di dasar hati, Syirah masih mengharapkan Zafran yang dikenalinya dulu kembali disisi.
“Zafran…sukarkah untuk kau mengerti?”.
14 comments
rasanya hargai org yg pandang kamu syirah. yg tak pandang biarkan sahaja..
ps: jom ngeteh...
hemmm...Syirah kena belajar berdiri atas kaki sendiri dan tak harapkan berdiri atas kaki orang lain...sesudah tahu berdiri boleh belajar menari....
syirah. dah la tu. g cari orang lain. ok sayang? :)
zafran seolah sengaja untuk tidak mau mengerti.mungkin zafran bukan lagi untuk dia.
sedihnye la
hati xsdie bace cter sad ending
syirah memendam rasa. lelaki tidak akan faham jika kita hanya berdiam diri.
hanaahmad :akhirnya kau tau juga konsepnya kan..haha
'Syirah' perlu mula belajar berdiri sendiri . meh sini , abang bantu ?
-HEROICzero malas log in
kau bukan untukku.
-syirah cakap-
kesimpulannya, kalau suka cakap je, kang dah melepas geget jari...
:D
syirah, letakkan cinta pd tempat yang betul
thanx utk semua yg sudi komen...
syirah.. aku mengerti perasaanmu itu..
huhuhuhuhuhu..
usah menanti pada yg xsudi..
pergi lah mencari cinta yg sejati..
berikan hati pada yg sudi..
bahagia pasti menanti..=)
"ahihafrahman"