Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Kasih Tak Sampai. Show all posts
Showing posts with label Kasih Tak Sampai. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Kasih Tak Sampai #Episod Akhir

12:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

delarocha


Lokasi : Di Bangku Taman Riadah Hospital

Dr Amni  : Assalamualaikum, jauh menung...
Irwan      : Waalaikumsalam, takde apa... saja berehat kat sini kejap...
Dr Amni : Boleh saya tumpang duduk? Atau saya menganggu ke ni?
Irwan     : Silakan, tak ganggu pun :-)

Dr Amni  : Dah selesai rawatan dengan doktor Ashraf?
Irwan      : Dah... (senyum tawar)

Dr Amni  : Dah berapa lama Wan tau pasal penyakit ni?
Irwan      : 10 bulan yang lepas

Dr Amni  : Wan... saya nak minta maaf
Irwan      : Untuk apa? Saya belum nak mati lagi doktor..

Dr Amni  : Untuk apa yang telah berlaku antara kita dulu.
Irwan      : Doktor tak perlu minta maaf.

Dr Amni  : Just call me Amy.
Irwan      : Benda dah lepas, biarlah... jangan dikenang, tak perlu ada rasa bersalah

Dr Amni  : Saya tak patut diam macam tu je, saya tak patut buat macam tu, saya just... ntah la, tak tahu nak buat apa
Irwan      : Its ok Amy, saya tak kisah pun... saya sekadar mencuba. Tak salah mencuba kan?
Dr Amni  : (sekadar mengangguk)

Suasana hening beberapa minit...

Dr Amni : Wan......
Irwan     : Apa dia?
Dr Amni : Eermmmm... takde apa, nothing...

Gundah gulana, serba tak kena... sunyi sepi

Dr Amni : Wan.....
Irwan     : Amy, saya pernah mencintai seorang gadis, dan saya tidak meluahkannya... akhirnya saya menyesal.
Dr Amni : Ermmmm... boleh kita mula semula?

***

Assalamualaikum

Kepada Amni,
Maaf kerana tidak menyerahkan warkah ini terus kepada kamu. Sebaliknya, saya menyerahkan warkah ini kepada Dr Ashraf, di amanahkan untuk disampaikan pada kamu apabila sudah tiba waktunya.

Maaf kerana tiada jawapan atas apa yang kamu lafazkan pada pertemuan kita suatu ketika dahulu. Maaf kerana lidah kelu untuk berkata-kata. Maaf kerana ini sudah takdir kita.

Memang benar saya pernah menyukai kamu. Memang benar kamulah yang saya inginkan dalam hidup ini. Memang benar saya sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki kamu. Namun itu cerita masa lampau, saya tak mampu melawan takdir.

Setelah mengetahui saya menderita penyakit itu, setelah mengetahui saya tidak mempunyai masa yang panjang. Saya korbankan keinginan hati. Walaupun keinginan itu sangat kuat. Sekuat itu juga saya cuba lontar jauh jauh cinta itu.

Mana mungkin saya memiliki kamu. Walhal saya tahu saya akan meninggalkan kamu. Niat hati ingin membahagiakan kamu. Mana mungkin datangnya bahagia andai tahu waktu yang ada sesingkat ini. Mungkin benar, cinta tak semestinya memiliki. Saya lepaskan kamu, untuk melihat kamu bahagia bersama insan yang pasti lebih berhak membahagiakan kamu. Selama lamanya.

Amni,
terima kasih kerana pernah singgah dalam hidup saya. Walaupun hanya sebentar. Kenangan manisnya saya kenang hingga ke nafas terakhir ini.

Amni,
Jika benar sayang itu pernah singgah dalam hati kamu. Sayang yang ikhlas tanpa simpati dan ehsan. Abadikanlah nama saya dalam kehidupan indah kamu nanti. Abadikanlah ia....

Wassalam.

***

Masa   : 3 tahun Selepas Itu
Lokasi : Wad Bersalin, Hospital Serdang

Amni kelihatan keletihan setelah bertarung nyawa melahirkan zuriat pertamanya, Indah sungguh pengalaman itu. Disebalik kesakitan, hadir kegembiraan dan rasa syukur apabila mendengar tangisan bayi pertamanya. Pengalaman pertama yang indah.

Termenung jauh, dalam gembira dan syukur ada sedikit kesayuan. Bergenang air mata di kelopak mata tapi enggan ditumpahkan. Bingung atas nama apa ditumpahkan air mata ini, antara kesyukuran yang teramat atas selamatnya bayi ini melihat dunia ataupun kesayuan masa silam yang masih menebal di naluri. Amni pasrah.

"Assalamualaikum" Kelihatan Razman, suaminya melangkah dalam senyum penuh bahagia. Menyambut kehadiran cahaya mata pertama. Mungkin baru lepas mengazankan bayi sulungnya itu.

"Waalaikumsalam" Amni menjawab salam dan cuba mengukir senyuman dalam hati yang gundah gulana.

"Terima kasih sayang, kerana melahirkan baby lelaki yang comel" Suaminya memula bicara, Amni tersenyum.

"Sayang dah ada nama ke untuk baby kita ni?" Soal Razman. Suasana hening seketika, Amni mendiamkan diri dalam senyumnya.

"Abang tak kisah ke nama apa yang Amni nak beri?" Soal Amni meminta kepastian.

"Up to you... abang tak kisah, Amni suka nama apa?" Razman memberi jaminan.

"Ada satu nama yang Amni teringin sangat nak berikan pada baby kita, harap-harap abang setuju" Balas Amni.

"Apa dia sayang?" Razman memberi laluan untuk isteri tercintanya membuat keputusan. 

Hela nafas ditarik panjang dan satu nama dilafazkan Amni. "Irwan"

~Tamat~

Sunday, December 4, 2011

Kasih Tak Sampai #Episod 1

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

delarocha


Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, seperti biasa atas tuntutan kerja, jam 2 hingga 3 petang Irwan perlu ke kaunter hadapan bertugas sebagai greeter di bank tempat dia bekerja. Mengganti tugas greeter yang keluar rehat. Rutin itu menjadi kebiasaan seharian. Selain melancarkan perkhidmatan kaunter, Irwan dapat mempromosi produk kad kredit kepada pelanggan. Dapat juga menambah pendapatan dengan insentif RM50 bagi setiap satu kad yang di ‘approve’ dan digunakan oleh pelanggan. Segalanya berjalan seperti biasa.

‘Assalamualaikum, saya nak tukar kad ATM, kad saya rosak’ seorang pelanggan mengadu masalah.

Masa seakan berhenti, debar jantung tiba tiba deras. Entah mengapa kali ini…. terpaku seketika. Melihat kepada gadis ini membuat Irwan sukar menafsir perasaannya. Borang berkaitan diberi, segala urusan diurus sebaiknya, seperti biasa. Dari awal hingga akhir. Alhamdulillah semuanya selesai. Tapi debaran hati masih belum terhenti, perasaan yang ada belum selesai ditafsir. Borang pertukaran kad baru disemak, NAMA: NUR AMNI

*******

Malam itu Irwan tidak keruan. Rasa ingin mengenali gadis tadi amat menebal. Entah mengapa gadis ini memberi impak yang besar dalam perasaannya. Gadis cantik, ayu, ranggi, semuanya sudah lali dilihat ketika bertugas di kaunter hadapan. Tapi ada apa dengan gadis yang ini? Buat kali pertama Irwan berdebar apabila berdepan seorang gadis. Adakah ini ‘crush’? atau adakah ini yang selama ini ditunggu tunggu? Raut wajah gadis itu memberikan sesuatu dalam naluri Irwan. Ya, raut wajahnya, bukan kecantikannya. Tapi raut wajahnya.

Hari demi hari berlalu, tepat pada masanya Irwan ke kaunter hadapan dengan satu harapan. Agar Amni datang lagi berurusan, agar dapat dimulakan langkah seterusnya. Tapi hampa…….. Bagai pungguk rindukan bulan, hati mula tak keruan. Jangan ditanya mengapa. Apa aura yang dibawa oleh Amni sehingga Irwan jadi begini. Segalanya serba tak kena.

Akhirnya kesabaran sampai ke puncaknya. Hanya ada satu sahaja caranya. Bilik stor diselongkar dan akhirnya borang kelmarin ditemui kembali. Biarlah apa yang akan Amni kata nanti, Irwan sudah tidak peduli. Biar gagal mencuba daripada gagal melakukan apa apa. Nombor HP Amni di salin.

Debaran yang dirasai suatu ketika dahulu kembali dirasai kini tatkala SMS pertama dihantar. Memohon maaf kerana mengambil nombor HP tanpa izin dan melafazkan hajat ingin mengenali dengan lebih dekat. 

Menunggu balasan….
2 jam kemudian....

‘Siapa ni?’  Itulah jawapan yang diterima, SMS kembali untuk memperkenalkan diri.

Alhamdulillah, respon yang diterima baik baik sahaja. SMS selanjutnya nyata positif. Irwan dan Amni bertukar tukar serba sedikit maklumat diri. Segalanya membahagiakan dan indah bagi Irwan, dapat mengenali gadis seperti Amni adalah sesuatu yang indah. Walaupun sekadar ber SMS.

Panasnya tidak sampai ke petang. Beberapa minggu lepas itu Amni senyap seribu bahasa, SMS dihantar tiada jawapan. Cuba untuk berfikiran positif. Amni, seorang pelajar perubatan dalam tahun akhir. Sibuk dengan praktikal dan exam semester akhir. Mungkin Amni sibuk.

Cuba berfacebook, Berjaya menjejaki Amni di dunia maya ini, tapi permintaan menjadi rakan tiada respon. Cuba menjejaki rakannya, Nah Berjaya… Intan. Mengenali Intan beberapa minggu dan akhirnya kekuatan untuk bertanya mengenai Amni sudah berjaya dikumpul. Intan terkejut pada mulanya tapi akhirnya bersuara…

‘She is my best friend, I will protect her, I won’t tell everything about her to you but one thing for sure, she’s taken, waiting the right time to tie the knot’

Nah, penangan budak medic, semua benda nak speaking. Dan Irwan, belajar untuk melupakannya. Cuma soalan yang berlegar legar dalam kotak fikirannya ialah mengapa Amni tidak menjelaskannya awal-awal? Amni ada masa dan kesempatan tetapi mengapa memilih untuk terus hilang?? Dan membiarkan Irwan dalam tanda Tanya.

Irwan bukan seorang yang mudah menyukai seseorang, sekali suka pasti sangat tinggi pengharapannya. Nah Irwan, belajarlah untuk melupakannya.. Berjayakah melupakannya? Ataupun Irwan terus hidup dalam pengharapannya?

*******


Masa : Setahun selepas itu dimana kisah lalu masih menjadi pengharapan masa kini.
Tempat : Hospital Serdang
Dr Ashraf

‘Irwan, saya harap awak terima ini sebagai ujian dari Allah. Dari pemeriksaan yang telah dijalankan, awak menghidap Kanser. Sejujurnya penyakit ini sudah diperingkat akhir. Saya gusar jika awak tak mampu bertahan lama. Mungkin dalam 11 bulan. Tiada ubat untuk menyembuhkannya. Tetapi kami akan sediakan rawatan insentif yang mana ianya dapat melambatkan sel sel barah ini dari merebak. Kamu kena datang ke sini berjumpa saya setiap bulan untuk rawatan insentif ini. Saya harap kamu banyak banyak bersabar’.

Irwan bingung, apakah perasaannya jika sudah mengetahui tarikh kematiannya? Pencarian cintanya sudah tidak penting lagi, untuk apa mencari cinta itu walhal sudah tahu cinta itu akan tinggalkannya. Mana mungkin mampu melihat cinta hatinya itu kecewa. Mungkin benar, cinta tak semestinya memiliki. Berhenti mencari cinta itu, kerana pada masa ini cinta kepada Allah yang paling penting

Aktiviti bulanan Irwan berjumpa Dr Ashraf berjalan seperti biasa. Sudah 7 bulan rawatan insentif diambil. Sekalipun badan semakin lemah, tetapi keyakinan terhadap rawatan ini dan janji Allah jika hambaNya berusaha membuatkan terbit sedikit keyakinan untuk meneruskannya.

Bulan ke-8, diberitahu Dr Ashraf ‘Emergency leave’ dan rawatan insentif diambil alih Doktor lain. Ermmm, tak kisah la siapa yang ‘in charge’, rawatannya tetap sama Cuma sebenarnya Irwan lebih selesa dengan Dr Ashraf kerana beliau lebih memahami situasi dan tahap kesihatan Irwan. Maklumlah sudah merawat Irwan sejak dari mula disahkan dulu.

Pintu bilik rawatan di buka dan seakan ada kejutan yang menanti… mata Irwan lambat mengalih pandangan pada wajah Doktor pengganti itu. Doktor itu juga begitu.

Sepi, sunyi.....

‘Saya dah biasa terima rawatan dari Dr Ashraf" Irwan memecah hening bilik itu yang seketika diisi dengan rasa kejutan, teka teki dan kebingungan.
‘Its ok, saya ambil alih tugas dia untuk hari ini… shall we start?’ doktor menjawab, tersangkut sangkut nadanya.

Sesi rawatan bermula.....

Keadaan serba tak kena dan seakan akan ada sesuatu ingin dilafazkan oleh Irwan dan mungkin juga doktor itu, tetapi tak mampu diluahkan. Segala galanya berjalan penuh kejanggalan. Selesai rawatan, agak cepat dari biasa. Tiada bersoal jawab seperti selalu. Irwan hanya diam mendengar khidmat nasihat dari doktor tersebut yang juga seakan akan mahu semuanya selesai seawal mungkin.

‘Walaupun awak patient Dr. Ashraf, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk bantu awak hadapi semua ini, jangka masa yang diberi doktor tak semestinya betul, ajal maut di tangan Tuhan, kita kena berusaha dan sentiasa positif dan rawatan yang awak jalani sekarang adalah langkah terbaik untuk melambatkan proses itu’ antara tutur kata doctor itu. Ada nada sayu dalam suaranya.

Sebelum beredar, Tag nama diatas meja dijeling …. Dr Nur Amni.

Malam itu….gelisah,
Mengapa perlu ditemukan dengan insan ini pada ketika ini?
Pada ketika memori duka itu hampir dilupakan,
Saat jatuh yang amat sukar berdiri kembali,
Pada ketika pencarian itu sudah dihentikan,
Pada ketika hari hari dihitung dengan hampirnya ajal.


-Bersambung-
Akan datang Episod Akhir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...