Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label unEdited. Show all posts
Showing posts with label unEdited. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Gila!

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



Mesyuarat hari ini lambat. Lambat mula, habisnya juga makin lewat. Izan dah makin penat. Perkara paling direbutkan sekarang adalah rehat. Kalau boleh dijual ‘rehat’ itu, bisa jadi kapitalis kaya.

Tangan masih tak habis menulis dari apa yang telinga dengar. Orang besar ni kalau bermesyuarat bukan ikut agenda sangat. Main sebut. Bersimpang-simpang hala tuju, mana sampai dulu, mana penting dulu; semua dah tak kira. Sebagai urus setia, Izan dah tak kisah. Salin saja. Karang baru tapis.

Dan orang sebelah hanya tahu makan. Oh. Dia juga tahu senyum sumbang, dan ber’chap’-‘chap’ dengan makanan yang masih di mulut. Sungguh tidak sopan. Sudahlah datang mesyuarat berlenggang dan sepatah haram pun tak bercakap, siap sempat membunuh ‘khinzir-khinzir’ moden dengan TNT di hujung jemari lagi.

Dan yang lain hanya mengangguk dengar. Membelek jam untuk tunggu mesyuarat sudah.

Ok, terima kasih” sudah!

Lega.

Semua lekas angkat pungggung dari kerusi empuk yang dah berjam dipanaskan. Kertas-kertas kerja yang dibekal berselerak dengan hanya seorang dua yang bawa pulang. Yang lain? Semua hadir cukupkan kuorum tanpa ada niat menyumbang dan ambil kisah.

Orang-orang besar semua dah beredar.
Yang tinggal hanya Izan dan seorang dua. Mengemas dan mengutip apa yang perlu, karang bilik ini adalah lagi yang mahu.

Dan terduduk.
Penat.
5 minit, untuk rehat; sebelum bangun dan jadi gila semula.

Dan ada satu terkepit dalam banyak.
Sekeping nota, untuk urus setia.
Izan la tuh


Hey si manis,

Harus kamu bertongkat dagu.
Jangan bertongkat dengan hidungmu.
Kan aku geram dengan keagungan dari Tuhan diwajahmu
Sedang, pandang ini sendiri haram.

*senyum*

Mahu dihalalkan pandang ini wahai si manis?’


Aha! Gila!
Izan pula yang senyum. Telinga di balik tudung pelangi tiga lapis yang warna bagai-bagai itu barangkali juga semerah jambu pipinya yang gebu.
Sekurangnya ada yang mencuit hati.
Rasa mahu mati tadi di tarik semula.
Mana tahu, ada bahagia untuk dia yang tak pernah ada masa ini?

Tangan lekas meraba kocek di kurungnya.
Nokia versi lama dikeluarkan.

OPEN Menu
Message
Compose

‘Wei, tak payah nak prank aku la.
Tau la hang sayang aku!
Nota untuk urus setia konon! Bluek!

SENT

Trut.. Trut..

OPEN

Bukan aku la wei.

Aik?

Belum sempat reply, sms baru masuk lagi.

OPEN

Aji Kay!


Ha? Menyirap badan. Muka terasa bahang malu.

Izan?” lembut suara itu mengejutkan Izan. Dato Keirulamin datang. Menyentuh lembut bahu Izan yang masih terpelusuk dek duduknya di kerusi.

Penat ya, jom saya belanja makan? Tanda terima kasih uruskan semua ini ya” dan senyum lagi. Kali ini giginya yang jauh-jauh dan boleh dikira jumlahnya juga dari jauh itu jelas nampak. Putih. Tapi belum tentu hatinya putih.

Saya siapkan berkemas dulu ya Dato” bergegas bangun dan mengemas. Gila, bos dia ni memang lain macam. Dialah Aji Kay. Berbini empat, itu pun kalau dikira sekali dengan pembantu peribadi yang dikawin lari dan pembantu rumah yang dikawin sunyi-sunyi.

Orang tua tu masih senyum manja-manja. Oh, ok, ini baru gila. Mana Izan nak lari kalau dah datang pun sekereta dari pejabat?

Izan ok?” bahunya disentuh.

DANG!

Oh maaf Dato’. Maaf! terkejut Izan.

Semuanya spontan. Dia tak sengaja. Kelangkang bosnya dah diterajangkan dengan lututnya. Aduh. Memang tak sengaja! Kalau ditanya bagaimanapun Izan tak tahu mahu ulang tayangkan. Semuanya spontan!

Bodoh!

Keluar! Keluar la bodoh!” dan Izan masih terkejut. Sebelum kemudiannya beredar. Masih pusing-pusing.

Erk, paling tidak, aku tak jadi makanan dia” bisik Izan, dalam gaul terkejut, takut dan lega.

Lekas. Lekas keluar.
Trut. Trut.

OPEN

Yalah, aku hantar. Saja nak chill hang. Jangan marah sayang! Malam kang aku belanja hang makan. Nak pi report bos aku jap!

“Ah, cilaka!”

Sunday, January 29, 2012

Dah Hujan

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

unEdited
-: Kesinambungan Pesanan Buat Madihah :-


Hujan di luar renyai-renyai. Kasar-kasar gerimisnya mencucur atas zink rumah kampung ini. Sudah seperti irama berlagu bila tup-tap-tup-tap di atap itu bersulam pekik unggas malam. Beginilah hari ini, semalam dan sejak seminggu lepas. Seharipun tiada yang tertinggal tanpa basah; malah semuanya  sebasah malam ini.

Mardiah berseorangan di pinggir tingkap. Mahu disebak luas bingkai tingkap itu takut pulak dengan nyamuk yang tentu buatkan nyenyak tidurnya tersekat-sekat seperti tayangan cerita cetak rompak. Cukuplah hanya mencuri pandang pada bulan yang bersabit di angkasa sana di celah-celah bingkai tingkap yang renggang sedikit itu.

“Melayan hujan seorang ya Acik?” oh, umi. Wanita lewat 50-an berkurung lepas berkerudung ungu itu mendekati Mardiah dan duduk berselindung lengan pada belakang Mardiah.

“Acik ada hujan saja umi” dan lembut dialih kemas duduknya untuk biar bahunya menumpang tongkat bahu uminya itu, dan kemudian turun lagi; berbantalkan peha umi, sambil menumpang selesa seorang umi yang tidak pernah kurang dalam senyum-biarpun bertegas.

“Acik kan ada umi” sambil dilurut rambut anak daranya yang seorang ini. Manjanya tak tumpah seperti manja umi dengan Tok Nek ketika Allahyarham masih semuda umi dulu. Oh, Al-Fatihah untuk Tok Nek.

“Kalaupun umi bukan hujan yang lerai satu-satu untuk Acik menumpang duduk untuk basahkan tubuh Acik yang panasnya tak pernah reda; sekurang-kurangnya biarlah umi jadi dedaun keladi yang boleh Acik tampungkan gerimis-gerimis itu jadi tasek untuk Acik tumpang rehat ketika panas nanti” Mardiah hanya senyum. Dia tahu, di peha umi inilah tempat terbaik untuk dia diceramahkan tanpa pernah terbit bosan.

Umi memang seperti itu. Kalimahnya selalu tersusun lembut, tapi penuh makna. Waktu kecil dulu selalu Mardiah bisingkan yang umi berbahasa macam orang filem, tapi itu yang dia rindukan kini bila berjauhan. Bila tercampak seorang-seorang di bumi Tuhan yang lain mencari segaris pengalaman untuk dipatah-patah buat galah mengait buah haruman hidup dunia.

“Acik rindukan Angahlah umi”

Ya, Angah. Kak Mardihah. Mardihah Bt Abdul Halim. Seorang lembut jiwa yang begitu rapat dengan Mardiah. Lebih rapat dari kuku dan isi. Mereka ibarat kembar yang lahir berselang tahun. Cumanya, Allahyarhamah dah pergi dulu. Seminggu lalu. Dan sejak itu bumi kampung ini terus-terusan gerimis tak henti. Barangkali, bumi ini juga sayangkan kak Mardihah seperti Mardiah juga.

“Semua kan ketentuan Maha Kuasa, Acik” ada bunyi berat dalam kalimah ibu. Ibu tidak seperti langit ini. Dia jarang menangis sejak seminggu lalu. Barangkali ibu sudah kehabisan derai matanya untuk rutin sujud-sujud qiammulainya. Atau, ibu lebih bijak mencari sudut di bumi ini untuk lepaskan sebaknya dari Mardiah dan langit bumi. Oh.

“Hanya hujan ini yang tinggal untuk Acik, Umi”
“Umi kan ada” dan terus di angkat bahu anaknya dan dirangkul kemas.
Dan malam itu terus gerimis.

***
Roti bakar beralas mentega dan lapisan kacang sudah siap di atas meja. Tinggal air kopi ‘o’ saja yang masih digodek-godek Mardiah di meja dapur.

“Abang Ngah makan la dulu ya. Kopi Acik dan nak siap nih” pelawa Mardiah pada Amir yang baru turun ke dapur. Abang iparnya yang kemas berkemeja kelabu lengan panjang itu pelahan menarik kerusi meja makan, dan duduk dengan penuh tertib.

“Itu saja yang Acik sempat siapkan ya Abang Ngah. Ni kira ekspres la nih. Maaf ya” dan Amir hanya membalas dengan senyum pada adik ipar tunggalnya. Hanya Mardiah dan Allahyarham Madihah yang menjadi teman hidup Umi Khatijah selama ini. Ayah mertuanya hanya dikenali dari gambar-gambar pegun lama yang jelas pun tetap kabur untuk dia. Dulu dia sendiri pernah bertanya kenapa hanya ada Angah dan Acik, mana Alongnya? Rupanya, Along adalah gelaran pada janin 3 bulan yang gugur di kandungan Umi Khatijah beberapa tahun sebelum Madihah hadir.

“Eh, Abang ngah tak makan?” oh, mengelamum pulak.
“Acik tak makan sekali” tegur Amir pada Mardiah yang sedang mengisi cawan putih Arcopal berlapik itu dengan kopi yang disediakannya tadi.
“Acik makan dengan umi nanti ya. Abang Ngah makan dulu ya” dan terus Mardiah hilang di balik gobok-gobok dapur. Yang tinggal untuk Amir waktu itu tak lebih dari kokok ayam jantan di luar, dan jam Seiko di pergelanggan tangannya.

Oh, sudah pukul 7.15!

Dihabiskan kopi yang suam panas itu dengan lekas teguk, dan dia terus hilang ke hadapan. Kerja bukan hal untuk dilewatkan. Dan dia tak pernah lewat ketika Madihah ada dulu, jadi kenapa harus lewat sekarang, kan?
Madihah.
“Sayangku Madihah” al-Fatihah.

***
“Masak asam pedas ya Ikan Kembong ni Umi?”
“Masak la. Itu kegemaran Abang Amir kamu pun”

Sibuk dua beranak itu di dapur. Berbahasa pun hanya bersahut dengar tanpa sekilas pun pandang lari dari siang ikan, dan siang sayur di depan mata. Kata orang, bercakap tanpa pandang itu tidak ikhlas. Tapi ye lah, lain padang lain belalang. Lain keluarga lain cita rasa. Pada Umi dan Mardiah, asalkan keduanya tahu apa yang nak disampaikan, sudah. Kot kalau nak cerewet pun Kak Ngah la. Kak Madihah la yang cerewet. Dan sekarang, cerewet itu yang dia rindukan. Oh.

“Kalau ada Angah, mesti dia yang masak Ikan Kembong ni kan Umi”
Umi terdiam. Pisau menyiang kangkung di tangan pun turut diam. Ah, Madihah.
“Acik pun boleh. Acik kan anak umi juga” cuba memujuk diri. Memujuk dia dan Mardiah sekali, barangkali.
“Tapi Acik bukan Angah”

***
Enam bulan dah lepas. Bumi sendiri bisa kembali hijau bila asyik bersiram gerimis barangkali. Sebak Mardiah dah mula surut. Bukan dilupakan pada yang pergi, tapi menghormati keputusan Maha Esa, dan berdikari untuk berdiri sendiri.

Pada Angah dulu dia menumpang kasih yang tak kurang. Menumpang teduh bila hati dilanda hujan bah kehidupan. Menumpang gelak bila tawa tak tertahan pecah, dan menumpang paut bila jatuhnya terlalu pedih untuk ditanggung sendiri.

Sekarang semuanya dia sendiri. Oh. Ya, Umi ada. Tapi Umi sendiri sudah terlalu terbeban dengan rindunya pada Angah, jadi biarlah dia sendiri yang menanggung hidup ini. Lagipun, sampai bila harus bergantungan, sedang timbang tara akhir nanti pasti sendiri-sendiri juga.

“Kamu tak mahu bernikah Mardiah?” itu yang disoal ibu semalam.
Soalan yang kelihatan sama dengan soalan rutin umi sejak dia berkerjaya di wilayah sesak manusia ini. Tapi, soalan Umi semalam ada lain dari biasa. Umi selitkan harapan dan impiannya. Tapi, sampai mana impian Umi itu impian dia sendiri?

Sampai sekarang Mardiah mendiam, dan diamnya jadi sebisu talifon yang sengaja dimatikan. Sedikit pun tak menguit, apatah lagi berdering.

***
“Terima sajalah Mar. Paling tidak, kamu dah kenal orangnya”
“Dan sebab kenal lah aku jadi takut” badan Mardiah di hempas penuh emosi ke perbaringan. Ruang sunyi rumahnya itu dari tadi berisi suara dia berbalah dengan Suhaila di talian. Berbalah? Oh, berbincang barangkali. Sebab dia sendiri yang memanggil Suhaila untuk mendapat kata dua, tapi rupanya dia yang berkata lebih dari Suhaila.
“He has everything my girl!”
“Cause He is everything, i always say no!”
“Tapi engkau sayangkan dia kan?”
“As in law, yes. I love him with my everything. But, beyond that; No!”
“Hang tak rampas hak sesiapa Mar. You deserved that great guy for your life too!”
“If that is yes, still no for him”
“Benci sangatkah dengan dia”
“Benci? No. I love him. But, that is it!”
“You love him the just say yes!”
“No. I cant. He is my only brother in life, i just dont want to lost him. I just want him as he is right now”
“Dan dia sendiri yang percaya hang is the best for him kan?”
“Oh, i dont know. Mungkin Umi yang trap semua ini”
“Eh, ini hal hang dengan Amir lah, kenapa Umi pulak hang drag sekali”
“Who know. Maybe Umi yang engineered all this things”
“Ok. Put the dot on that speculation. Now focus on you and him. Only you two”
“But i cant. Allahyarham Angah will always there too!”

Dan kali ini Suhaila terdiam. Hanya dengus suaranya yang berbaki di hujung talian. Mardiah sendiri sedikit lega. Dia tegang dengan makluman Umi pagi tadi.

Masakan pernah dia berfikir yang Abang Amir akan merisik untuk meminang dia hanya pada detik genap enam bulan Kak Madihah pergi. Tak sayang kah Abang Amir pada Kak Madihah selama ini. Mana dia simpan semua sayang dia?

“Maybe he love Late Madihah too much then he spread the love to you!” suhaila beragak-agak di talian. Kali ini Mardiah hanya senyap. Dia hilang jawap. Yang bersarang di fikirnya hanya itu ini yang tiada pangkal dan hujungnya. Semuanya bersirat nak bersimpul tanpa ada punca untuk di leraikan satu persatu.

Dan malam menjadi lebih gelap dari malam yang selalu. Gerimis sendiri dah berhenti. Barangkali bumi juga sudah lupakan Kak Madihah. Umi pun dah lupakan Kak Madihah, sama macam Abang Amir. Semuanya buatkan Mardiah gila. Gila dengan dunia.

“Mardiah, are you stil there”
“Ya, I am”
“Jujurnya aku tak mahu kusutkan kamu Mardiah. Aku sayangkan kamu seperti sayang aku dengan diri sendiri” dan itu Mardiah tahu. Suhaila lebih dari seorang kawan semenjak Kak Madihah pergi. Dia dah menjadi Kak Madihah baru untuk Mardiah. Dan untuk itu, hanya sahabat yang ini dipercayainya selepas Umi dan Abang Amir. Umi dan Amir? Ah, sekarang Mardiah hanya ada Suhaila. Hujang pun sudah tidak ada. Semuanya hilang. Oh.
“Terimalah pelawaan jujurnya Diah. Allah itu Maha Tahu kan?”

Mardiah hilang kata untuk itu. Hanya seberkas air mata pecah di empang matanya, dan lerai satu persatu menjadi corak birai di pipinya. Oh, gerimis ada lagi; di sini.

***
Hari ini genap seminggu dari panggilan Umi yang lepas. Masa untuk Mardiah berfikir sudah suntuk. Janji untuk pulang memberi jawapan sudah dilangsaikan. Cuma jawapannya tak berbuah dari katanya.

Kini, ada Mardiah dengan Umi di ruang tamu, dan dua cawan kopi ‘o’ yang Mardiah buat sendiri. Kelibat Abang Amir tak ada. Walaupun sudah kehilangan Kak Madihah, Abang Amir masih duduk di kampung menjaga Umi, kerana hanya ada Umi dalam keluarga Abang Amir yang sebatang kara itu. Dan kemudian ada Mardiah. Sebagai apa?

“Acik dah buat keputusan Umi” dan senyap. Umi hanya redup memandang. Sejak dari dia sampai di kampung tadi, Abang Amir terus-terusan tidak kelihatan, dan Umi tidak sepatah pun menimbulkan hal ini. Barangkali mahu dibiarkan Mardiah untuk tidak terganggu dengan influensasi lain dari keputusan sendiri. Itu lebih baik pada fikir Mardiah. Setidaknya, biarlah dia yang dianya sendiri berdiri atas keputusan ini, dan bukan sesiapa. Untuk itu, Mardiah dan bersedia.

“Acik tolak ya, Umi” dan wajah Umi sekilas naik bertembung dengan pandang Mardiah. Dia hilang suara untuk bertanya lanjut. Pada pandang dua beranak itu hanya ada kosong. Dan kosong itu terlalu bingit dalam kesunyiannya.

Oh.

Dan pelahan ibu genggam tangan Mardiah, sebelum lekas dileraikannya dan bangkit melangkah ke kamar. Tinggallah Mardiah dan cawan-cawan kopi ‘o’ tak terusik di meja kopi; dan sunyi malam.

Oh, gerimis, malam ini kamu tak mahu lerai lagi?


ps: Kispen ini adalah yang kispen yang terakhir bersiaran untuk Slot Sunday. Mulai Februari 2012; Ke semua Kispen Guest Writer yang telah-sedia diberi tarikh akan bersiaran mulai Isnin - Jumaat@9:00 PM. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua.

Sunday, January 22, 2012

Bunga-Bunga Matahari

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

theunedited@gmail.com



“Konvo nanti, nak bunga matahari dari awak ya” Sambil membelek intai pada bunga-bunga yang berderet susun di ruang itu. Cukup indah susunnya; bagai ada bibir yang senyum penuh sopan di balik susun lesung pipit halus.

“Bunga matahari? Kenapa pulak?” Basah kata itu luncur dari bibirnya. Lembut mendayu tutur tapi tetap dengar jelas.

“Ah, Awak kan matahari saya?” Tersipu. Kemerahan pipi sedikit jelas kali ini dan kaca mata bersinar bagai bahagia dalam tuturnya; tersenyum.

“Kalau saya sendiri matahari awak, buat apa lagi awak idam impi sepemeluk bunga matahari yang ini lagi” Ah, dia ni kan!

“Yalah, awak tak pernah tunjukkan yang awak sayang saya. Awak tak pernah jelas terang tunjukkan yang awak benar mengasihi saya dan betul mendalami rasa cinta pada saya. Biarlah nanti ini buat galang ganti pengikat rasa yang saya alami dengan awak nanti”

“Gagal pun saya tunjuk pada awak tetap awak faham paham susun jiwa saya bagaimanakan?. Seperti juga matahari, tak perlu ada notis dan peringatan harian, tapi sampai saja waktu siang, nanti pasti matahari datang dan menyelimut bumi sepenuhnya dengan dakap mesra jalur cerianya; senantiasa. Saya sendirikan matahari, dan menghijau bumi ini sendiri awak lah. Seharusnya semua ini sudah awak dalam ertinya kan?”

“Bagaimana kalau saya sendiri salah faham. Awak bagai guru yang mendidik, dan saya seperti pelajar terbaik awak yang paling awak sayang. Dan saya sepenuh jiwanya percaya dengan sayangnya awak. Tapi, bila ada ujian segala ujian dan sekalian besar-besar datang menyelinap masuk, saya gagal lulus sepenuhnya kerna saya salah faham dengan apa yang awak didikkan. Saya betul percaya yang awak sayang kan sayang sepenuh nafas yang pernah ada didada awak, rupanya matahari awak mana tahu tidak selebih dari hanya menumpang letak senyum dan sedikit bahagia untuk saya”

“Ah, perempuan memang ada-ada. Suka berkata matahari ini terik sangat bila panas, tapi bila mendung bising-bising tak kan kering baju di ampaian, dan bila saja redup yang benar-benar redup heboh kata yang siang pun gelap sampai perlu ada lampu-lampu. Itu belum kira gerimis lagi, hujan lagi, ribut lagi. Dan bagailah. Ada-ada saja!”

“Dan kalau betul pun yang pasti saja salah itu, lelaki sendiri yang perlukan ada-ada itu untuk melengkap diri sendiri bukan? Kalau tidak, jangan kata awak mahu bercinta dengan lelaki sendiri? Dan jangan kata perempuan lain adalah lain keperempuannya dari perempuan yang lain? Dan tiba-tiba yang lain itu bukan ada-ada sudahnya.”

Tiba-tiba senyap.
Dua-dua membisu dengan perit mencuka. Ulik manja tadi hilang dalam dua tiga mata. berkerdipan Kata orang, kesilapannya dan keegoan pasanganya bisa carik-carik tenang jadi kelibut,; jadi serabut yang berseriat tanpa tahu hujung asal.

Bunga yang dibelek tadi di letak pelahan.
Hati membukam bisu.
Dan semuanya bagai mahu mati kejap-kejap itu.
Ya, mati terus; sebelum berkecai air mata ini luluh turun.

“Awak” Pelahan sayup.
“Maaf” Hanya semudah itu?

“Maaf, kerana saya bukan menari dengan gaya yang awak mahu, tapi, seadanya hati ini benar mahu menari sebagai jiwa saya sendiri dan sebolehnya terbaik untuk awak. Dan untuk ketidak sempurnaan itu hanya satu tanda kesempurnaan saya sebagai seorang insan. Maaflah, takkan ada nafas yang berbaki untuk saya kalau bukan untuk ketentuan dengan jodoh saya. Dan moga itu adalah awak kan? Boleh?” Ah, ada sedikit senyum.

***

Lepas hujan kan ada pelangi.
Cuma, pelangi itu takkan lama; hilang bila bias-bias basah itu kering dengan apa saja alasan, dan bisa hujan atau panas terik lagi.

Jadi bersedialah.

Sunday, January 15, 2012

Pesanan Buat Madihah

12:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
-: Kesinambungan Awak Suka Saya? :-


Renai jadi rutin di balik tingkap berbingkai. Ada saja mengurai turun bak rerantai mutiara dari Dia untuk disyukuri. Jadi baja untuk flora seantero yang ada; dan kadang ubah jadi musibah pada bah yang merubah. Apapun, nikmat dan duga itu, semuanya dari Dia, dan untuk hamba-Nya.

Asyik Amir mengintai jemari-jemari jernih itu berlumba turun ke bumi, tiba didatang akan dia si kekasih hati yang baru dinikahi kelmarin dulu. Berinai di tangan pun tak hilang lagi merahnya. Rasa sayang dan menyayangi pun masih mekar dan ranum bak buah masak yang tunggu dijamah rasa oleh sang Raja.

Amir senyum.
Digapai Madihah pada lembut sentuh di bahu untuk biar duduk dekat. Kalau jauh nanti bisa dingin suasana membibitkan demam yang entah dari mana. Kan susah.
Dan kali ini, Madihah yang senyum.
Dan senyum lagi.

Dihah”
“Ye Abang”

Kalaupun ada esok yang Abang gaduhkan, tolong jangan lari bila Abang kucupkan dahi. Jangan longgarkan kemas kejap bila Abang merangkul tubuh dengan kasih. Tapi, merajuklah jika itu perlu untuk waktu-waktu itu

Kenapa?” sambil kali ini Madihah menjauh. Bukan marah, Cuma mencari tafsir lain dari wajah Amir. Mana tahu, seminggu yang ini masih banyak dia tidak tahu hal Amir. Bercinta dan bernikah sukat syllabus-nya berbeda. 

Pelangi itu cuma gah indah andai mata kita-kita melihatnya dengan hati. Kalau kita-kita buta dengan warna, pelangi itu kosong-kosong saja, bukan

Dan Amir pandang pada Madihah.
Madihah kusut.
Oh.

Maksudnya?” pohon penjelasan

Bila ada sedikit getar amarah yang bertandang, berduyun susun jahat hati yang halus menusuri buat fikir luar sedar kita. Tanpa di jemput, ada benih-benih tanggapan yang membusuk dalam jiwa cinta kita. Kecik salah Abang akan menjadi besar. Dan besar salah Abang akan menjadi petaka. Maka, jangan jauhkan rangkul kasih dan kucup mesra Abang; moga-moga itu mampu pejamkan busuk-busuk itu dari terus membau

Tersenyum. Seperti biasa. Amir menyelit manis senyum itu buat Madihah bernafas sehembus dua sambil berfikir. Dan seperti biasa, Amir bukan omong saja. Ada pesan dari dia.

Jangan marah itu dilayan bagai ratu yang meraja. Duga Maha Esa untuk kita-kita tempuh bersama kan? Dan bukan untuk dilarikan ia dengan tangis yang menghujan tanpa wujud pasangan disini. Takut-takut singa yang menganga di luar bisa terkam Sayang sebelum Sayang sempat membuka kelip mata yang sekejap itu” dan senyum lagi. Senyum yang ini sekejap, dan didakap tubuh isterinya merapat semula.

Barangkali, mahu Amir biarkan saja Madihah menjamah erti katanya dalam-dalam. Erti yang benar-benar dimaksudkannya. Maka, jangan ditambah bicara lagi, agar bukan kusut dicincang lerai berserabut.

Amir tahu, pasti esok ada lusa dan tulat yang dia bukan menjadi dia, dan Madihah bukan menjadi Madihah. Maka, harus diluruskan jalan-jalan antara mereka, agar nanti kalau jatuh pun, tak kelongkang mana sangat.

Dan di luar, hujan masih renyai.
Dan pada hujan yang berbaki itu, masih terus Amir lontarkan pandang. Dia tahu, hidup bukan sekadar apa yang dia Nampak, tapi lebih dari apa yang Maha Pengatur tetapkan.

Dan senyum.


Sunday, January 8, 2012

Awak Suka Saya?

12:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
-: Kesinambungan Amirdihah :-


“Awak suka saya?” soal Madihah perlahan. 

Amir tak menjawab terus. Wajah kerut sebentar. Sebelum seketika, dilontar soalan jujurnya. Kenapa dengan soalan tu?" 

"Salah?" Ah. Itu saja jawab Madihah? 

"Bukan. Cuma, kenapa bertanya?" Amir tampak makin tidak selesa. Madihah seperti sengaja bertanya itu ini nampaknya. 

"Saja. Mahu tahu. Boleh?" ringkas jawab Madihah. Dan kali ini dia senyum. Ya, senyum. Semanis senyum selalu. 

"Awak nampak macam saya ni tak suka dekat awak ke?" 

Ala. "Bencilah. Mana boleh soalan di jawab dengan soalan." Rengek Madihah. Dia tahu, lagi dilayan Amir ni, pasti tak sudah-sudah. 

Amir hanya senyum. Senyum seperti selalu. Jawabnya ringkas. "Jadi?" 

"Awak belum jawab soalan saya lagi lah!" 
"Sebab itu juga, soalan saya pun awak tak nak jawab lah ye?" 

Ah. Bertembung lagi. Barangkali, memang ego harus begitu ya? Dilawan tentang, bukan dibelai pujuk. Oh.

"Awak yang patut jawab dulu." Tegas Madihah. Atau, harus dikatakan rajuk Madihah. Senjata rajuk ini kadangnya lebih terkesan dari gaduh-gaduh, kan.

"Maksud awak, memang patutlah awak yang bertanya soal dulu ya?" Usik Amir.

Dan dua-dua diam.
Berpaling pada sudut lain.
Bibir mencari sudut darjah muncung yang lain. Biar nampak ketara.
Ah, kian muncung nampaknya.
Lagi sedikit
Ha, yang itu.
Muncung yang bagai itu. 

"Maaf" Bisik Amir dalam dengar dan tidak. 

Pelahan di rangkul kemas tubuh tersayang dalam jiwanya. Biar rapat-rapat penuh. 

"Maaf andai saya bukan seromantis yang awak damba pintakan dan untuk yang hal tadi, pada saya hanya ada awak sahaja yang mampu jawabkan. Awak lebih faham itu kan sayang? Boleh?." Dan hanya dijawab dia dengan angguk pelahan.

Memujuk isteri tak sesusah mana rupanya. Harus lebih sedikit usahanya saja. Oh, barangkalilah.

*** 
Yang mahu pada mereka bukan semata-mata rasa-rasa, tapi kepastian.
Yang keluar dari madah dan laku kita lebih kepada janji, dan mereka pegang itu; kuat-kuat.
Ucapkan lah selagi kamu mampu, sebab esok belum tentu ada.
Jangan tangis yang lepas-lepas sudah, itu pasti bukan untuk kamu; paling-paling pun bukan untuk sedetik ini.
Dan siapa yang mula tak pernah ada peraturannya.
Cuma.
Peraturan itu ada bila berjodohan. 
Dan yang didakap itu biar halal. Sebab haram yang ini bukan boleh samak-samak; sampai bila-bila.
Yang itu, pasti.

Sunday, December 25, 2011

Amirdihah

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
theunedited@gmail.com


“Awak marah saya?” Tidak terus dibalas soalan itu. Sedetik dua masa berlalu kosong. Ah, detik berikutnya juga kosong. Masih belum berjawab.

“Awak… masih marahkan saya?” Soal dilontar semula. Biar disusun dengan kalimah baru, agar yang kusut untuk dirungkaikan sampai tak berjawab itu mampu bisa lerai dan disambut kali ini.

Tapi masih sunyi.
Yang bertanya jadi kelat melontar soal lagi, dan yang ditanya masih belum beralihpun pandang pada lempar padang di depan. Barangkali, hijau bumi tuhan ini terlalu menghairahkan fikirnya sampai gagal susun suara Madihah menarik sedarnya walau seketika.

Waktu itu, kicau burung berlagu amat asyik. Ah, barangkali, hanya momen ini yang mampu buatkan Madihah sedar yang burung itu berkicau, dan mereka ada suara untuk didengar juga. Barangkali, selama ini dia hanya tahu yang marhaen seperti dia saja yang bijak berkomunikasi antara jiwa; selebihnya hanya kejadian tuhan yang tidak sengaja dan tidak ada apa-apa.

Barangkali, Madihah sendiri berfikirnya yang rupa-rupanya semuanya lebih besar dari apa yang dia dan golongan dia besar-besarkan selama ini gamaknya.

“Dihah” 
Oh dia boleh bersuara!

“Andai berkocakpun muka tasek, tidaklah beerti dasar dalamnya perlu terusik. Barangkali, ada jemari kaki yang tumpang mencemar pada lanjut sidai di jeti tepi. Maka, harus saja tasek itu sendiri tidak mampu sediakan apa-apa selain diam menunggu, agar riak mukanya kembali sejuk seperti dulu.”

“Cumanya, ia bukan hal sekejap masa, dan mungkin sedar-sedar kamu sudah lelah menuggu, dan kocaknya belum redha henti lagi”.

“Maksud awak, marah awak takkan pernah reda walaupun salah saya tak sebesar mana”
“Dan sudut mana bahasa saya ini yang mengatakan saya marahkan kamu Madihah?”

Mana?
Oh.
Mana-mana saja lah!

“Ya, mana-mana sajalah. Dengan riak seperti itu takkan awak masih katakan tidak pada marah untuk saya? Saya tahu saya bersalah. Saya tahu hal itu sepatutnya bukan begitu. Saya tahu saya salah” dan suara menjadi serak-serak basah akhirnya.
Benci.
Benci bila kelopak mata kurniaan Maha Esa ini terlalu longgar dari mengemas pegangnya pada jernih-jernih sebak kanta mata. Mahu juga ia tiris dan bocor melintas celah-celah bibir mata dan dibiar lihat pada si Amir muka sejuk. Sejuk yang amat, hingga bahasanya satu pun tak terjemah oleh fikir Madihah.

“Dan kali ini, sudut mana pulak saya katakan Madihah saya ini salah?” Kali ini? Bukan semua bahasanya pun menjurus kepada hal yang sama. Madihah yang bersalah. Madihah yang buatkan dia marah. Madihah yang buatkan semua ini terlalu sunyi sampai bumi lebih bising dari marhaen yang lain! Dan masih lagi Madihah yang salah?

“Siti Madihah….” Suara Amir menjadi isi sekali lagi. Kali ini selepas Madihah memilih untuk esak jujurnya menjadi ‘bridge’ selepas chorusnya gagal-gagal dijawab Amir.
Oh.
Ok.
Dijawab Amir. Tapi dengan rangkap, pembayang dan tajuk yang lari jauh.
Mereka ibarat kambing dan lembu yang berbicara dalam bahasa sendiri untuk memilih siapa yang akan disembelihkan untuk aqiqah. Masih perlu mencari penyelesaikan pada suntuk masa, tapi gagal berbicara dengan frequensi suara yang bisa diterjemahkan satu sama lain.
Ya, tak ubah seperti itu.
Seperti kambing dan lembu.
Memang melembukan.

“Siti Madihah ku sayang” Kali ini baru ada nada memujuk. Barangkali, kekunci pengikat kelat pada wajah Amir sudah terlalu penat ketegangan, maka terlonggar sedikit pegangnya dan terbitlah riak risau dari wajah ‘sesejuk’ Atlantika tadi.

“Siapalah saya untuk marahkan Madihah. Tambah pula, pada Madihah yang tidak ada salah untuk saya terbitkan marahpun. Andai ada silap, sudah pun saya lupakan seterbitnya ia. Ah, kita semua marhaen yang tidak pernah mampu lari dari terseliuh itu ini. Maka, harus saja saya maafkan kamu, kerana esok, kemaafan itu saya perlukan juga dari kamu”

“Jadi kenapa begini?”
“Begini yang bagaimana?”

“Kenapa harus muka sesejuk bumi. Harus diam dari sebarang kata. Harus melempar sejauh pandang dan biar kewujudan saya ini bukan satu kepentingan”

“Oh, itu”
“Itu yang bagaimana”
“Itu bukan salah kamu”

“Dan harusnya salah siapa? Awak yang salah Amir? Kalau salah awak, kenapa saya yang dihukumkan”
“Saya tidak menghukum awak Madihah”

“Oh. Ok. Tidak menghukum saya. Tapi awak mendera saya. Awak mendera jiwa Madihah saya. Awak buatkan saya seperti layang-layang yang hilang tali pegangnya bila mana sudah awak apung tinggi-tinggi selama ini. Dan itu awak kata tidak menghukum saya”
“Maaf, andai itu yang awak mahukan Madihah”

“Dan hanya maaf cukup untuk semua ini ke awak? Hanya maaf?”
“Setidaknya untuk permulaan.”

“Dan kemudian awak kembali menjadi Amir yang lupakan maaf awak dan kembali menyeksa saya dengan kewanitaan saya”
“Tiada siapa yang harus terseksa, kerana saya tidak menghukum sesiapa”

“Action speak louder than word. Awak jangan menjadi menteri dunia yang gah berkata tinggi, tapi berpijak serendah darjat dalam tindakan. Berkata itu tetapi berini dalam tindakan. Itu bukan Amir untuk saya!”
Dan Amir senyap.

Bukan mengaku kalah, Cuma mengaku yang diam itu lebih baik.
Madihah bukan gadis yang boleh dimainkan perasaan dan sebab itu bukanlah mahu dimainkan dia sedetik pun.
Dan kali ini, biar sunyi bumi menjadi pengisi.
Biar kicau burung tadi jadi teman.
Oh.
Tak ada.
Burung sendiri sudah lari.

Barangkali, notasi mereka tadi terlalu kemerekaan, sehingga burung-burung sendiri menjadi malu untuk tumpang pasang telinga. Ah, burung-burung bukan seperti manusia lain yang pandai mencari itu ini dalam dunia sekeliling semata-mata untuk menutup itu ini dalam dunia mereka. Burung-burung tahu yang mereka sendiri tidak pernah lari dari silap, jadi tidaklah mereka menghebab khilaf lain; agar Maha Esa tutupkan khilaf mereka di Luh-Mahfus sana nanti juga.

Dan Madihah bangun.
Dia bawa lari esak tangis dia tadi bersama.
Kali ini Amir kosong.
Tiada kicau burung, mahupun esak gadis manis berlesung pipit halus di bibir kemerahan kirinya. Ya, hanya bibir kiri.
Kini dia sendiri.
Melontar memandang hijau bumi Tuhan sekali lagi.

Dan hujan turun.
Maaf.
Hanya gerimis.
Berdikit-dikit menjadi teman pada Amir yang keseorangan.

“Maaf Madihah” berbicara sendiri.
“Aku yang salah”
“Dan barangkali aku menghukum kamu tanpa aku sedar, walau yang aku hukumkan adalah aku”

Oh.
Dan semuanya tergantung begitu. Tergantung pada Madihah mencari punca. Tergantung pada Amir yang mencari kesudahan. 

Yang turun jatuh hanya gerimis pagi itu.
Dan ‘muka tasek’ kembali beriak; biarpun dia sedaya mahu untuk diam menjadi pendengar yang sunyi.

***

Marah bukan untuk disimbah. Biar lemaskan dengan sejuk hati dan sabar. Esok, bila reda, baru lagu bisa kedengaran lebih merdu dari semalam dan air bisa lebih jernih dari keruh sungai hari ini.
*senyum*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...