Aku
tak boleh teruskan hidup sebegini.Aku tak boleh terus terusan asyik termenung sahaja...pagi petang siang malam apa yang aku fikirkan
hanya tentang Yati...Sehingga aku tak mampu lagi mengingati tentang hal
lain...begitu sarat sekali apa yang kutanggung...akhirnya aku gagahkan diriku untuk mencoret surat untuk Yati...surat yang terakhir...Ya... yang terakhir kerana aku rasa aku perlu berdiri di atas realiti. Di atas dunia yang nyata. Bukan angan angan lagi.
Tiba
satu ketika aku merasakan yang aku tidak mengenali apa sebenar kemahuan
diriku atau Yati...Di manakah destinasi hubungan kami berdua...Aku
telah berfikir sewajar wajarnya dan membuat pertimbangan dengan
berkali kali...Bahawa jika seseorang itu tidak mahu memberi khabar berita pada
seseorang yang mahu tahu khabar beritanya..maka tentulah secara logiknya
orang itu mahu melupakan orang tersebut...
Setelah yakin dengan
keputusan itu aku membuat satu lagi langkah wajar dengan bertanya pada
orang ketiga yang boleh di percayai...Mana mana orang yang boleh
dipercayai di dalam hidupku...Hanyalah seorang despatch di sekolah itu
yang selalu menghantar surat suratku ke pejabat pos...Kerana pernah juga
despatch itu bertanya kepada aku...siapa orang yang selalu dikirimkan
surat tu...
"Must be special lah ini sarikei...yang kau hantar surat ni brader..."kata Arul seorang despatch di sekolah tersebut.
"Mestilah...kau sorang je tahu pasal ni Arul...than you must keep this as a secret..."
*******************************************
"Arul I have to ask you la brader..."
"Whats that la macha?Kau nampak serius je...Ada surat kau nak mintak aku tolong kirim ke?"
"Yes...And maybe this is the last surat aku kasi kau kirim...""Why like that la macha?"
"I think she wants a break of our relationshiplah Arul"
"Kau sure?"
"Yes sure...dah 99 hari dah aku tunggu dia balas surat aku..."
"Kau tipu dey...baru je sebulan..aku tahu lah aku yang kirim ke pejabat pos..."
"Saja aku nak tambah cerita la dey...hahaha..."
"Well, frankly speakinglah brader...I think you do the right thing..."
"Thank you Arul..." lantas aku hulurkan surat yang terakhir buat Yati...surat memaklumkan bahawa tiada lagi ikatan seperti dahulu antara aku dan dia.
*******************************************
Surat kepada Yati yang terakhir...
Yati yang di sayangi...
Mizi
harap Yati berbahagia hendaknya di sana...tentang diri Mizi memang
tiada lagi musim indah seperti mana masa lalu...yang ada hanyalah
keperitan hidup seorang sahabat yang dilupakan...tidak berniat Mizi
menyindir Yati jika itu yang Yati fikirkan...
maafkan Mizi
Yati...jika Yati tersinggung dengan kata kata Mizi dalam surat
ini...dalam surat ini tak ada yang lain kecuali perasaan hati seorang
sahabat untuk sahabatnya yang pernah di sayangi dan di rindui...atas
sebab itu juga Mizi tak sanggup lagi berdolak dalih lagi akan perasaan
Mizi sekian lama...
mungkin Yati mempunyai alasan tertentu untuk
tidak lagi mengutus surat buat Mizi...sebagai manusia yang menyedari
hakikat kehidupan ini...tentang hati manusia bila bila boleh berubah
Mizi faham akan tindakkan Yati pada Mizi...
untuk tidak
memanjangkan lagi kandungan surat ini dengan kata kata yang
menyesakkankan perasaan antara kita berdua...maka dengan kehadiran surat
ini adalah yang terakhir dari Mizi...
Mizi harap Yati berbahagia
selamanya tanpa Mizi...Mizi tidak meminta apa apa dari Yati sebab
cukuplah apa yang Yati beri pada Mizi selama ini...
dan Mizi rela
mengundur diri dari hidup Yati maksudnya selepas ni kita tidak ada apa
apa hubungan lagi.semua kenangan manis itu akan Mizi simpan dan abadikan
dalam kenangan...
selamat tinggal Yati ku sayang...
selamat berbahagia di masa hadapan mu...
Mizi
13 comments
ldr memang payah, byk org terkandas, tapi tak mustahil suatu hari nanti, bila otak dorang dah matan n berfikir, serta kuasa tuhan tu kan...? memang jodoh.
ps: kispen ini harus ada penamatnya. sebab lama tunggu, sampai aku baca draft sesiap... hak hak hak.... weeeeeeeee...
[BS]
ye boss..tunggu aje ye kesudahannya...susah nak mantain Long Distance ni kan...
hubungan jauh ni kalau tak ada usaha dari keduanya memang payah nak kekal. salute lah pada pasangan yg mampu bertahan..
Abg Bro.. bestlah baca perbualan Arul dgn Mizi tu... aku baca siap dgn intonasi lagi ekekekkeke
ada ke pasangan yang mampu bertahan?hemmm..pengorbanan cinta namanya..
memang abang bro pun terikut gak dialog Arul tu..rasa nak spin off watak dia aje next kispen ...hahaha...
Nice. Akhirnya ada penggerak.
Cerita ni best tapi dua episod belakangan ni semacam tersekat. Tak bergerak. Mungkin juga sebab watak mizi otu sendiri sedang berperang dengan emosi.
Apa2 pun, terbaik. Harapnya lancar :)
-HZ-
hehe...memang mizi berperang dengan diri dia sendiri bro...tq baca and komen..
cepatlah abg el habiskan..hahaha. nak tahu apa lah sebenarnya jadi kat Yati tu..Mizi tu setia..pass kat sy je la.. :P
k.a - aiseyyy...abang bro pun tak sabar jugak ni nak tahu kesudahannya..hahaha..tq baca dan komen..
pernah ada long distance relationship... sakit cuma diri dan Allah yang tahu... perlu ada commitment dari kedua pihak... jika seorang sahaja yang commit... memang hati terluka... jiwa merana...
*hanya mampu sabar ketika itu... :)
- gorie -
Anonymus - nasib baik dah tak kena mengalaminya lagi kan..bayangkan sekarang bukan setakat cinta saja..kalau menuntut tanggungjawap macamana? kena posting jauh jauh ke?memeng satu pengorbanan...
alhamdullillah... dah mend balik all the broken pieces... :)
jika kena posting jauh2... memang kena duduk berbincang dari hati ke hati... sanggup ikut atau sanggup tunggu... either one... :)
jika masih berdua... maybe boleh minta cuti tanpa gaji... berhenti kerja... apa2 pilihan yang sesuai dengan situasi... :)
jika dah ada anak... yang dah sekolah... kena fikir sama kebajikan anak tu kan... :)
itu cuma opinions saya sahaja... :)
*for greater good... :)
- gorie -
Anonymus @ gorie - seronok lak bila kispen ni jadi pembuka minda kita semua kan?camtulah realitinya...huh!!!tq baca and komen...
Erm, kebanyakan cerita pasal cinta. Penulisan memang pasal cinta ke?