Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, November 3, 2012

Kau Selalu Di Hati @Episod 1

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Malam itu sepi tanpa bulan. Langit juga mendung. Seakan hujan bakalan turun . Di dalam kamar, Dalila sedang berbaring di katil sambil bermain handphone. SMS dari Fikri setia menemani. 

- Kau buat apa? 
- Guling-guling. Kau dah makan Fik? 
- Belum. Aku tunggu kau suap. Heeee! 
- Ngader! Aku debik kang. 
- I miss you Lila. Kau rindu aku tak? 
- TAK! 

Setiap malam, itulah aktiviti Dalila. BerSMS dengan Fikri hingga tertidur. Fikri yang dikenali sewaktu zaman sekolah menengah dan berlanjutan hingga ke zaman universiti. Persahabatan mereka terjalin sudah hampir 10 tahun. Masing-masing sudah berkerjaya. Dalila bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka sementara Fikri di sebuah syarikat minyak yang tersohor di Malaysia. Pantang ada masa terluang, pasti dihabiskan masa bersama. Masing-masing masih single dan belum punya seseorag yang istimewa. Bila kawan-kawan rapat mereka bertanya, jawapan yang diberikan, belum ada jodoh. Bila diusik berpacaran berdua, mereka menafikan. 

" Lila ni macam singa! Taknak aku bercinta dengan dia. 3 bulan kahwin, mati kene baham aku! " 
" Kau ingat aku hadap sangat dengan kau? Heh! Banyak lelaki lain! " 

Kedua orang tua mereka juga tahu tentang persahabatan mereka. Ibu Dalila ada juga menyuarakan perasaannya yang ingin bermenantukan Fikri. Fikri yang memang sedia mesra dengan ayah dan ibu Dalila sudah dianggap seperti anak sendiri. 

Suatu hari, waktu sedang melepak di Star Bucks Pavillion sambil melihat manusia yang sibuk mengejar masa, Fikri bertanya tentang sesuatu. Sesuatu yang buat Dalila terdiam. Kelu. Kaku. 

" Lila, aku ada benda nak beri tahu kau," ucap Fikri. Rambut yang panjang separas bahu ditolak ke belakang. 

" Apanya? Tetiba plak nak serius ngan aku. Kau demam eh? " 

Belakang tangan diletakkan ke dahi Fikri sambil mulutnya sibuk menyedut minuman kegemarannya, Java Chips. Fikri segera mencapai tangan Dalila lalu dibawa ke dadanya. Dalila yang terkejut, segara menarik tangannya. 

" Pahal kau ni? " 
" Aku rasa, aku dah jatuh cinta." 
" Yeah! Dengan siapa? Baguslah. Lepas ni, weekend macam ini aku tak payah teman kau. Pergi sana, pergi sini. Nak makan pun kadang-kadang call aku ajak teman. Aku pun banyak kerja nak buat. Tu, kerja kat ofis.." 

" Dengan kau. " 

Gulp! Dalila telan liur. Dia pegang muka Fikri. Goyang-goyangkan tangan dia depan muka Fikri. Tampar-tampar sikit. 

" Kau demam teruk ni. Jom aku bawak kau pergi klinik. " 

Dalila capai tas tangannya kemudian ditarik tangan Fikri agar bangun. Fikri hanya menurut. Sampai di parkir kereta, Dalila mengambil tempat duduk pemandu dan Fikri duduk di kerusi penumpang depan. Dalila hidupkan enjin kereta. Tas tangan diletakkan di atas riba Fikri. Hand-break diturunkan, gear diletakkan di P, dan kereta terus meluncur laju. Dalam kepala Dalila dia cuma nampak Klinik Rahman. Doktor yang selalu merawatnya kalau dia sakit pening. 

Saat kereta membelok masuk ke simpang yang menuju ke klinik tersebut, Fikri membegang tangan Dalila. Disuruhnya berhenti dibahu jalan. Ada sesuatu yang perlu dibincangkan. 

" Lila. Aku tak demam . Aku sihat. Please." 
" Ala, bukan aku tak tahu kau takut jumpa doktor. Dah. Jom. " Debar di dada ditahan. 
" Lila. Please. " Rayu Fikri 

Dalila mengeluh perlahan. Tangannya erat memaut strereng. Disembamkan wajahnya di situ. Esakkannya kedengaran. 

" Lila? " Fikri menyentuh lembut bahu Dalila. 
" Fik. Kenapa kau buat aku macam ni? " 
" Aku buat apa? " 

Dalila bersandar di kerusi. Wajahnya diraup berkali-kali. 

" Maaf Fik. Aku tak boleh. Aku betul-betul tak boleh. " 
" Tapi kenapa? Aku single, kau single. Takde masalahkan? " 
" Aku tak boleh Fik. Carilah orang lain. Aku hantar kau balik. " 
" Tapi... " 
" Aku hantar kau balik! " 

Enjin kereta dihidupkan. Sepanjang perjalanan mereka berdua cuma menyepi. Lagu-lagu dari Suria.FM yang setia menemani. Sampai sahaja di hadapan rumah Fikri, Dalila memberhentikan keretanya. Fikri yang berat hati ingin melepaskan Dalila pulang dalam keadaan seperti ini menawarkan diri untuk menghantarnya. Dia merasa tidak sedap hati. 

" Aku boleh drive sendiri. Kau jangan risau. Cepatlah. Dah petang ni. " 
" Hati-hati. Sampai mesej aku. Aku tunggu. " 
" Ok." 

Dalila menarik keluar sebuah kotak dari bawah katilnya. Habuk yang melekat di sapu bersih. Kemudian, tutup kotak dibuka dan isinya dilonggokan di atas katil. Surat, kuntum mawar merah yang dah kering, kad-kad comel, cincin, dan sebuah buku nota. 

Dalila capai buku nota berwarna biru. Diselak kulit buku tersebut, di baca perlahan, 

Dalila, 
Wajahmu ayu mempesona, 
Suaramu lunak mendamaikan, 
Sentuhanmu lembut mengasyikkan. 
Semoga Tuhan menulis yang kamu itu untuk aku. 


Yang benar, 
Azri. 

Dalila selak muka surat pertama. 

5 Julai 2003 
Aku nampak dia. Duduk di bangku kantin. Comel. Rambut ekor kuda dia beralun setiap kali dia menoleh. Siapa dia? Aku mesti cari apa-apa pasal dia. 

13 Julai 2003 
Dalila An-Nisa. Mujur aku rapat dengan senior. Sedapkan nama dia? Haish. Comel. Nama sedap. 

13 Ogos 2003 
Yeah! Tadi aku tegur dia dekat kantin. Rupanya dia sebaya aku. Cuma kelas dia di blok lain.. Dia janji, esok dia tunggu aku dekat kantin. Dia suruh aku teman dia rehat. Dalila tunggu abang ya sayang! Awww! 

Dalila menutup semula buku nota itu. Air mata nya diseka perlahan. Azri. Lelaki gila. Dia masih ingat saat pertama kali Azri menegur dia. Waktu itu dia sedang menikmati sarapan pagi. Memandangkan pada waktu rehat, kantin selalu penuh, lalu dia cuma duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak kantin. Tiba-tiba seorang budak lelaki datang menegurnya. Bukan mengeur. Menerjah. 

" Hai awak! " Azri yang entah datang dari mana duduk di sebelahnya. 
" Errrrr. " Dalila yang terkejut, tidak tahu untuk beriaksi. 
" Saya suka awaklah! " 

Cawan sirap dipegang Dalila terlepas dari tangan. Mujur tidak terkena uniform sekolah. Matanya mebulat memandang Azri. Tidak berkedip. Azri pula hanya tersengih melihat Dalila. 

" Gila!" Dalila ingin bangun dan segera beredar. 
" Dalila An-Nisa, saya sukakan awak! " 

Dalila pantas berpaling. Dia memandang sekeliling. Semua mata tepat memandangnya. Pipinya berubah warna. Marah, malu semuanya bersatu. Dicapai tangan Azri ditarik dia ke tepi kantin. 

" Awak ni kenapa? Semua tengok saya! Malu tau tak! " 
" Saya suka awak. Dari hari pertama saya nampak awak makan kat situ, saya dah suka awak. " 
" Mengarut! " 
" Dalila, saya suka awak. Saya suka awak. " 
" Dah. Saya nak balik kelas. Bye! " 

Dalila terus berjalan ke kelasnya. Azri cuba menahan. 

" Esok saya nak jumpa awak lagi! " 
" Saya tunggu di kantin! " 

Dalila terus berlari ke kelasnya. Di bibirnya terukir senyuman. Siapa lelaki tadi? Macam mana dia tahu nama aku? Dan persoalannya mati apa bila guru sejarah, Puan Hasliza masuk ke kelas. 


Hak Cipta: Mellyana Sara
Twitter @AmaliaMasrom

10 comments

November 4, 2012 at 2:14 AM

ohh azri si lelaki gila...
dikau membuatku terpana..


haha^^



**friendzone erh?

November 4, 2012 at 9:03 AM

owh catatan diari yang buat Dalila tak nak bercinta?kita follow lagi ...

November 4, 2012 at 10:14 AM

lama tak baca cerita macam ni.. nak tunggu sambungan.. tapi risau BS tikam hati ku nanti.. hehe..

November 4, 2012 at 5:29 PM

@Nong Andy
haha... tu kena tanya tuan punya cerita.... Mell Yana Sara lah nong... hik hik hik...

November 5, 2012 at 11:26 PM

Thanks sebab suka. :)

November 5, 2012 at 11:44 PM

Menarik...
Wilma akan follow cerita nie :-)

November 6, 2012 at 9:01 AM

kuat betul penangan Azri. :)




November 6, 2012 at 12:28 PM

@Dunia Wilmatunggu sambungannya eh. :D hehehehe! Thanks ya!

November 6, 2012 at 12:28 PM

@Khairul Antasha:) hikhikhik!

November 6, 2012 at 12:58 PM

er... ye ke.. aku silap tgk ke hari tu???

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...