Sedangkan aku hanya bertemankan kesepian dan ternanti nanti akan kehadiran surat dari Yati...Hari demi hari...Minggu demi minggu...Bulan berganti bulan...Apa yang akan terjadi kalau berterusan begini?
Hari berganti hari...minggu berganti minggu...Aku masih menanti surat surat dari Yati...Namun tak kunjung tiba mungkin Yati di landa kesibukan dan tanggungjawapnya sebagai pelajar...Ke mana sahaja aku pergi dibawanya surat surat Yati...gambar Yati...Di kala sendiri aku membaca kembali surat surat tersebut...Aku selalu menyendiri...termenung ...Rakan rakan memang sudah faham sikap aku..dan tak pernah mempersoalkan apa yang aku lakukan...
"Takder orang duduk sini?"
"Takder..."
"Boleh saya duduk sini..."
"Duduklah.."
Itu sahaja perkenalan antara aku dan budak baru yang masuk ke kelas 3 Teknik 2...Setelah diperkenalkan tadi oleh guru puan Fauziah...Nama budak baru itu ialah Farah Nadia Begum Binti Mohammad... Dan oleh kerana aku duduk dihadapan dan tiada siapa yang mahu duduk sedekat itu dengan meja guru maka tempat di sebelahku memang kosong...
"Orang kata awak suka termenung...kenapa?"
"Eehhh..awak dah siasat pasal saya pulak ke?"
"Ye saya dah siasat pasal awak sebab saya duduk sebelah awak...awak seorang pendiam,tak banyak cakap,awak pandai dalam matapelajaran Lukisan dan English...awak juga selalu dapat markah tertinggi dalam sejarah dan geografi..."
"Wahhhh...awak boleh jadi detektif kalau macam ni...apa lagi yang awak tahu?'
"Ini surat siapa?"
"Sibuklah!!!bagi balik surat tu Farah...!!!"
"Surat girlfriend ye?"
"Maaf...surat ni terjatuh masa awak bangun ambk beg tadi...saya tak baca pon..."
"Aahhh..sudahlah..."
"Mizi..saya minta maaf...saya cuma bergurau saja"
"Awak nak apa lagi Farah?Awak nak malukan pulak saya kat kantin ni...depan semua orang?"
"Maaflah Mizie...awak tahu tak awak sudah banyak bercakap hari ni sebab saya usik awak..."
"Hemmmm...Okey saya pun minta maaf sebab keterlaluan tadi...Harap awak hormat pada barang barang kepunyaan saya..Okey"
"Okey...lain kali saya tak sibuk lagi...hahahha.."
Manis juga gadis yang benama Farah itu pada pandanganku...Iyalah bukankah dia keturunan anak mami Penang...Hidung mancung,kulit putih bersih,matanya bulat bercahaya... Rambutnya panjang dan ikal berombak ombak...
"Aduhhhh...kenapa aku ni...tetapkan lah hati aku...aku hanya ada Yati dalam hidupku...tapi kenapa dia sudah lama tak mengirim surat buat aku?Yati..Kau bagaikan ombak...aku bagaikan pantai dan dia bagaikan karang di lautan sepi... "
6 comments
Mizi, tetaplah setia. Yati, jgn senyap je. huhuhuhu...
Khairul Antasha - Mizi..dengarlah keluh kesah Mizi tu...rasanya camner haha..tq baca...
Gua syak Mizi dah goyang dah tuuuu
HZ - hahaha tanya sama pokok apa sebab goyang...
hahaha...
habislah...
hati dah goncang....
rasa yang dah datang..
memang sukar di halang...
sis NA - macam mana nak buat dah depan mata kan?