...sekadar hiasan... |
Ceritanya bermula dengan...
Alan melangkah menuju ke depan. Bersemangat untuk berkongsi cerita.
“ Ini kisah tentang anjing. Kenapa anjing? Hah... Sebabnya saya takut dengan anjing. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu saya jalan kaki seorang diri ke kedai. Laluan dari rumah saya ke kedai tu mesti kena lalu sebuah rumah cina yang bela tiga ekor anjing yang besar-besar gaban saiz dia. Semasa saya menuju ke kedai, semuanya berjalan dengan lancar sebab semua anjing tu masih lagi dalam pagar. Saya pun macam, ‘fuhhh...selamat aku...’. Tapi... Hah, tang nak balik tu yang tak lepas! Saya nampak tiga ekor anjing yang besar-besar tu dok asyik mundar-mandir depan rumah tuan dia. Langkah saya terus termati bila melihat anjing-anjing tersebut sedang memandang ke arah saya. Mungkin ia dapat menghidu bau ayam mentah yang telah saya beli di kedai sebentar tadi. Saya pun apa lagi, selangkah demi selangkah saya menapak kaki ke belakang. Entah bagaimana, ketiga-tiga anjing itu terus mengejar saya. Saya terus mencampakkan bungkusan ayam yang saya telah beli tadi dan lari sepantas Ussin Bolt.”
Alan berhenti sejenak. Memandang satu persatu wajah teman-temannya yang sedang khusyuk mendengar. Masing-masing bagaikan memintanya untuk meneruskan cerita yang selanjutnya. cerita diteruskan selepas satu helaan nafas panjang dihembuskan.
“Tapi itu bukan cerita yang sebenarnya pun... ekeh ekeh ekeh, ceritanya begini... bila anjing tu dah nampak saya melangkah ke belakang, ia terus berlari ke arah saya. Apa yang hendak ditakutkan, ilmu silat sudah penuh di dada. Kemudian, saya letakkan bungkusan ayam ke atas jalan. Kaki sudah pun saya pasangkan kuda-kuda. Menanti ketibaan tiga ekor anjing tadi dengan sedikit debaran yang kian terasa. Bimbang juga sekiranya langkah silat yang bakal dibuka sumbang jadinya. Namun, sayang... Itu semua hanyalah khayalan saya sahaja.”
Sesaat, Alan berhenti untuk mengambil nafas kembali. Senyum. Lucu benar tika dia melihat wajah teman-teman yang merasakan mereka sudah terkena.
“Rupa-rupanya, cerita yang sebetulnya macam ni. Kan saya dah takut bila Nampak tiga ekor anjing yang besar tu kan, saya pun berhenti dari terus melangkah. Cuba mematungkan diri. Bila saya tengok anjing tu mula melangkah ke arah saya, saya dengan penuh berhemahnya mengundurkan diri setapak demi setapak. Saya berhenti bila melihat anjing itu turut berhenti. Kemudian, saya terdengar satu suara, ‘Laiii...Lai...Laiii... Peter, Balack, Jack, Laiiii....’. tuan empunya anjing telah pun memanggil anjing-anjingnya untuk masuk ke rumah. Dan saya, terus berjalan pulang dengan selamat bertemankan bungkusan ayam mentah yang di pesan oleh mak. Ok, itulah kisah saya dan anjing”.
4 comments
cis..cis..cis.. sebagaimana kawan-kawan si Alan. gitulah juga aku di perbodohkan ahahahahaha
nice one!!
ada 3 version rupanya...mana satu yang betul ni..hahaha..
lai lai lai lai...
Terkena semorang!