“kau tahu tak, model
terkenal tu, dia kekasih bos!”
Anitha hanya terkaku
mendengarkan kata-kata Joni. “Kau tak
percaya, kan Anitha?” tambah Joni lagi, menyeringa. Anitha menjeling tajam ke arah Joni, dan sambung mengadun tepung yang tersedia di atas meja. Joni kemudiannya
tertawa, dan langsung duduk di atas meja, tepi sedikit dari tempat Anitha.
“Demo nok kenat kawe ni
deh, Joni deh?”
“Hahaha. Aku tahu, kau sukakan bos kan? Kan? Tidaklah,
Anitha. Betul ni. Aku dah kerja dengan bos tu hampir tiga tahun. Sebelum ni pun kami sama-sama kerja kat Pacific. Bila
bos buka restoran, dia terus offer aku kerja dengan dia,” Anitha tersenyum
mendengar Joni bercerita. “Ala, demo nok ghoyat demo kijo baguh, pah boh tawar la
demo kijo nga dio deh? Demo keh anok kesayange boh,” Jawab Anitha, dan menyusun
adunan tepung kemas di atas dulang.
“Hahaha, itu pun, ya
juga. Kau tahu, masa kami kerja kat Pacific dulu, dia selalu datang!”
“Putri?”
“Ya, Putri! Model tu.
Aku selalu nampak mereka berdua di lobby hotel,”
“Saing dio kot”
“Saing mende… Kawan,
dengan kekasih, gayanya berbeza, beb!”
“Demo rajin tanyo bos
dok?”
“Pernah. Ala, kau tahu je lah bos tu, mana nak
bercerita,”
“Dok eh model tu nok
nikoh dengan VIP Singapore ko?”
***
Budi duduk di atas
sofa, berhadapan sudut dinding kaca. Sengaja dia aturkan dekorasinya sebegitu.
Katanya, biar ada rasa rumah di dalam restoran. Tenang, dan selesa. Hari ini
pelanggan sedikit ramai. Bila restoran sudah ditutup, dia punya sedikit ruang
untuk melepas lelah. Kopi dihirup sedikit-dikit, sambil fikirannya melayang
entah ke mana.
“Boh, selesa doh ni
kijo dapur nu. Bahan untuk esok pong siap belako doh. Joni kelik dulu lagi boh.
Pah, sayo pong nok kelik jugok la deh? Kuci ado atah mejo tuh,”
Budi mengangguk. Cawan
kopi diletakkan perlahan di atas meja sambil memerhatikan Anitha yang bersiap
mahu pulang. Awal dulu, Anitha diperkenalkan Budi oleh Joni, katanya dia
mencari kerja kosong di bandar. Atas dasar percaya kepada Joni, dia mengambil
Anitha bekerja. Dan terbukti, dia seorang pekerja yang rajin, dan petah
bercakap. Cocok dengan Joni. Cuma bila Budi tidak berapa melayan, maka Anitha
tahu sendiri. Budi lebih selesa untuk fokus ketika bekerja, tetapi dia tidak
pernah kisah jika bagaimana cara anak-anak buahnya bekerja, asalkan tugasan siap.
“Anitha.. Kalau mahu,
biar aku hantarkan kamu pulang,”
Di dalam kereta,
keduanya diam. Budi, memang sikapnya yang pendiam, manakala Anitha pula berasa
serba salah. Dia sudah lama mengkagumi majikannya, tapi Budi jarang membalas
kata-kata Anitha. Kebiasaan Anitha untuk petah berbicara kini menjadi canggung.
Ah, kacau! coba saja!
“Bakpo boh tok kelik
awal? Sokmo sayo tengok bos lepah kijo gak, duduk kat restoren jah sore-sore,”
Diam.
“Duk ghumoh keh lagi
selesa. Abih kijo gak, kelik selalu. Mandi. Berehat. Tidur,”
Masih lagi diam.
“Kalu sayo la deh, biar
tok habih pong kijo, sayo kelik jugok. Tapi kalu sayo jadi bos la.”
Kali ini diam, tapi
berukir senyum.
“Kamu ni, banyak cakap
ya?”
“Doh boh senyap jah. Sayo
nok bui jadi suasano cerio jah,”
“Kamu bosan dengan aku?”
“Buke gitu. Tapi gak,
bos bekeng sangat. Pah, suko duk sore-sore pulok tu,”
“Ada baiknya jika aku tidak hantarkan kamu
pulang. Elok jika aku bawakan kamu pulang ke rumah aku, langsung aku letakkan
kamu di dalam peti kaca. Biar kamu cakap terus tidak henti. Paling tidak, rumah
aku tidak akan jadi sebegitu sunyi dengan adanya kamu,”
“Bos takdok gewe ko?” soal
Anitha, sambil tertawa.
Diam semula.
Saat ini, mahu saja
Anitha menanyakan soal Putri, tetapi dia juga ikut diam. Mungkin lain hari.
Sekarang sudah sempurna. Mungkin tembok yang memisahkan mereka berdua,
semakinnya merekah. “Sudah sampai. Kamu mahu aku hantarkan sampai depan rumah?”
“takpo bos, tok perlu.
Tok perlu. Cukup sapa sini jah. Kalu masuk pah dale nuh gak, susoh la nok
tubik. Terimo kasih deh!”
“Sudahlah kalau begitu. Hati-hati. Selamat
malam,”
Usai hantar, Budi terus
bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia mula tersenyum. Fikirannya sekarang
berkisarkan tentang Anitha. Boleh tahan petah budaknya. Orangnya juga elok.
Mudah bawa bicara, malahan juga rajin bekerja. Dan senyuman Budi terus kekal
sehingga ke hujung malam.
***
Di hujung pintu rumah,
Anitha terlihatkan seseorang. Dari jauh, Anitha sudah cukup kenal susuk
tersebut. Anitha tersengih, dan mendekati dia. “Joni, Joni… demo buat gapo depe
rumoh kawe male-male gini?”
Joni ikut sama
tersengih, sambil tangannya memegang sekuntum bunga mawar merah.
.END.
10 comments
saja bagi pending kan?
ke ada 2nd episod?
apapun, cobaan yang baik dengan loghat kelantan. bagus untuk itu.
penceritaan juga dilihat kemas.
cuma, open ending itu memang mengundang pertanyaan, dan terpulanglah untuk penulis menamatkannya di situ atau adakan penamatnya di episod lain.
tapi, kalu boh bekeng sangak, wakpo anitha kecek derah ja? patut dok dier ja, takut-takut dengan boh kan?
boh dio ni sek-sek gokipa kebangsaei ka?
hehe
Setan ! Suka benar buat cerita gaya gini . Pengakhiran boleh diibaratkan 'haa .. Akhir dia ikut hati engkorang letak sendri jadi mcm mana . Mcm tu kau fikir , mcm tulah akhirnya' . Dasar betul .
Mu sungguh la buak dialog dale kelate , abe hero ? Kawe respek samo abe sungguh ni .
hi adil.. gua komen dulu.. esok gua baca.. kah3
sebelum sayo komen izinkan saya suko dulu deh.
kahkahkahkah !
dah berapa kali saya kabor deh dengan dih tue ada beza. tapi sebab abang heroiczewroq punya pasal saya print jugaklah cerita ni tampal kat dinding. kakakaka.
yang benar,
peminat abang power !
AJ Nismihan, cerita ni sebenarnya kesinambungan cerita sebelum ni, Bawah Langit . Ada kena mengena. Kalau dibaca, dapat la tangkap. Berkaitan pengakhiran; sengaja begitu. Kalau ada kesempatan, akan disambung. Kalau tiada, baik juga begitu. :)
hafiz, hahaha ini nama nya sesi berdialog 1Malaysia. Amacam?
Asip, k asip k.
Anonymous 12:22 pm , ala sama je deh ko dih ko sek2 dio jugo deh. Ha print banyak2 sikit.
-HZ-
Ya, cerita kisah yang tak sudah, dan redho untuk kebahagian orang kan?
dah.
dan aku suka penulisan kamu dalam 'Bawah Langit'
cuma, barangkali aku tak hidu habis kesinambungannya; yang barangkali terganggu dengan loghat kelantan yang juga satu pembaharuan dalam penulisan kamu.
*senyum*
kawan, mana mampu aku tak baca tulisan kamu kalau ada di sini, kan?
*senyum*
dah baca beberapa hari lepas tapi masa tu tak drop komen sebab curi tulang di pejabat saja.. tulang sapalah yg hilang tu ye hehehe..
mohon translator sebab banyak yg aku tak faham.. jadi aku baca buat-buat faham sajalah hehehehehe..
Dih denge deh tokleh tukar. makno diyo laeing. Supo letok sabdu denge tok letok sabdu, kalu kecek klate parok laa tukar makno. hahaha
Anitha ni oghe Melayu ko oghe Sie?
ganah demo kecek klate.. banggo nih...