Malam itu, aku melihat dia menari dengan gaya sebegitu indah seakannya bidadari. Ya, seakan bidadari di antara rintik renyai hujan. Kami sama-sama kebasahan, di bawah langit.
“Kamu mahu jadi penari, atau model?”
"Kenapa?”
Aku
hanya tertawa sebagai balasan pertanyaan-nya. “Kamu tak percaya yang aku bisa
juga jadi model, ya?” soalnya lagi lalu melabuhkan punggung di sisi aku.
Tangannya aku ambil, dan genggam. “Bukan aku tak percaya. Tapi kamu, tidak
cukup tinggi untuk jadi model,” jawab aku, separuh gelak. Mukanya mula memerah,
tangannya ditarik semula. “Kamu jahat!”
“Tak
ada-lah. Bercanda,” balas aku, sambil meraih semula tangannya.
“Kamu
tahu?”
“Tidak,”
“Aku
mahu jadi model, dan berada di atas pentas seluruhnya dunia. Aku mahu jadi yang
terbaik, dan… kamu juga!”
“Aku?”
“Ya,
kamu! Bukankah cita-cita kamu mahu buka sebuah restoran? Kamu bayangkan. Di
majlis pembukaan restoran kamu, Aku pula peragakan pakaian. Sepertinya, konsep
butik-cafĂ©? Kan menarik?”
“Hahaha.
Kamu fikir pelanggan aku nanti mahu makan apa? Makan baju, makan blaus?”
“Ah,
aku bersungguh ni. Aku tahu aku mampu, dan aku tahu kamu juga mampu, kasih.”
***
Selesai urusan di dapur, aku
tutup lampu. Pintu aku periksa berulang kali, takut-takut terlupakan. Paranoid.
Pernah dulu ada orang pecah masuk, habis rosak semuanya. Majalah atas meja aku
susunkan kemas-kemas. Sambil itu mata aku tertancap pada salah satu paparan
hadapan majalah, ‘Model Terkenal bakal nikahi VIP,’
Aku
hanya melempar senyum. Kamu sudah terbang tinggi, sayangku. Cuma tinggal
aku sekadar mampu melihat dari bawah langit.
.END.
11 comments
lolo kesiannnn...tapi aku melihat di balik awan...
sedihnyerrrr....
sedihnyerrrr....
yang tiada, disisihkan. Datang bila perlu, tinggal bila cukup.
yang indah itu bukan semua milik kita, tapi yang pasti semua milik kita adalah yang terindah.
iteww tak pernah auw tak ukey tulisan abang. semuanya power!
ikhlas,
peminat sewtia abam heoirzewroq.
Dari celah-celah kepedihan.. mungkin saja dia tumpang gembira buat si dia..
mungkin saja dia gembira dgn hanya melihat si gadis bahagia... walaupun bahagia gadis itu bukan dirinya..
EL MARIACHI, ada apa di balik awan?
puteri jalanan a.k.a annur, sampai dua kali sedih, pasti benar2 sedih? haha !
Pencari Allah, well said. datang bila perlu, tinggal bila cukup. =)
anonymous 2.43pm, jadi jangan lepaskan apa yang kamu milikan. ya?
Nong Andy, mungkin. kasih itu bukan bererti memiliki, kan?
arghh..mengapakah? dia bukan lagi bidadari!
Pedih.
Tapi bahagia pasti ada.
Well,suruh dia gi follow blog suha :P
#haha selalu je merasakan watak adlh real#
akhirnya... dalam byk2 kispen... aku paling suka bahasa yg kau gunakan dalam kispen ni... sangat kemas... dan semakin matang
Iman Nur Aima, percayalah. dia masih si bidadari yang sama.
suha, nanti akan aku sampaikan pesan kamu ya? p/s. dan ada sesetengahnya watak dari yang sebenar juga. mungkin? :)
Bidadari Syurga, keh3 lu rilek je. gua akan coba sebaiknya.