“Engkau tahu bukan apa yang aku
cuba sampaikan?”. Soal Lemon.
“Ya, aku mengerti. Tapi kau juga
harus fahami, hati ini telah ku kunci hanya untuk Ceri...”. – Kedondong.
“Arghhh... Lagi-lagi Ceri.
Mengapa kemana sahaja aku pergi, hanya nama Ceri yang aku dengari?”. Suara
Lemon kian meninggi.
“Ceri tak sama seperti yang lain.
Dia puya segala cirri yang aku ingini...”. kedondong cuba berlaku jujur.
“Ouwhhh... Jadi engkau mahu
katakana yang aku tidak miliki semua ciri yang engkau ingini? Begitu? Apa
kurangnya aku dan apa lebihnya Ceri?”. Lemon mengesat tubir mata yang telah
digenangi air, sedang Kedondong hanya sekadar memerhati. Masak benar dia dengan
perangai Lemon. ‘Huhhh... Dasar drama
queen...’.
“Sudahlah Lemon... Aku tak mahu
jejaskan hubungan persahabatan kita selama ini hanya kerana aku tidak dapat
membalas perasaan kau. Maaf...”. ujar kedondong lantas berlalu.
******************************
“Terima kasih, saya hargainya.
Tapi, saya tak mampu untuk membalas perasaan awak tu. Maaf...”. ceri menunduk.
Terasa bersalah untuk terus menatap enungan mata Kedondong. Ceri yakin,
Kedondong pasti sedih kini.
“Tapi mengapa, Ceri? Adakah saya
tidak cukup baik untuk bergandingan dengan awak?”. Kedondong terus-terusan
menjamah wajah comel Ceri. Menanti penjelasan yang dia sendiri pasti apa yang
bakal didengarinya kelak akan mengguris tangkai hati.
“Bukan begitu... Awak baik,
Kedondong. Saya senang berkawan dengan awak”.
“Jadi apa masalahnya, Ceri?”.
Pintas kedondong.
“Saya... Saya... Saya sudah punya
Durian. Maafkan saya...”. – Ceri.
“Ouwhhh... Durian... Kerana
itulah awak tidak memilih saya bukan? Kerana saya tidak mampu melindungi awak
sepertimana kemampuan Durian. Saya juga tidak seperti Durian yang menjadi
rebutan ramai. Saya hanya Kedondong, bukan Durian... Terima kasih Ceri kerana menyedarkan
saya dari terus bermimpi. Semoga kebahagiaan sentiasa untuk awak bersama
Durian. Saya doakan agar Durian tidak menyakiti dan melukai hati awak
sebagaimana dia telah melakukannya terhadap Strawberri dan juga Laici...”. ujar
Kedondong sebelum melangkah pergi.
7 comments
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. huhuhu. =)
haha... best juga baca citer macam ni..
meleleh pula iar liur nak makan buah tu semua.. Anggur takde ke?
aku memang suka strawberri...
durian the RAJA..
alaaahai sampai kesudah tak dpt sapa2..
sekali durian bergolek terus hancur ceri.. sob3x..
dah macam komik Le Gardenia je.. =)
ohsem!
kalau aku jadi Ceri, aku takkan pilih durian..aku pilih kedondong.hihihi