Petang itu seperti biasa
Anis akan duduk di hujung jeti sambil melihat laut. Dia akan pergi ke sana
setiap kali hati nya berkecamuk atau pun dia ingin menyendiri. Petang itu dia
pergi ke jeti dengan perasaannya yang bercampur aduk. Dia tidak tahu apa yang
dia mahukan. Dia hanya ingin lari dari pandangan orang lain, dari semua
orang.
Di jeti dia akan
bercakap sendirian. Eh, bukan bercakap sendirian. Dia berbicara dengan Tuhan.
Bagi dia, di sana lah tempat untuk dia berbicara dengan Tuhan. Setiap apa
masalah yang dia hadapi, dia akan luahkan semuanya. Walau pun dia tidak membuka
mulut dan hanya diamkan diri, telinga Tuhan tetap dengar yang dia sedang sedih
dan sendiri.
Dia hanya duduk di situ
dan tunduk membatu. Dia mengharapkan ada seseorang datang dan menyanyikan
sebuah lagu untuknya. Menemaninya di saat dia jatuh. Dia melihat kiri dan
kanannya. Tiada siapa di sisinya. Di pandangnya pula ke arah belakang. Kosong.
Yang ada cuma pohon-pohon yang bergoyang ditiup angin petang. Sepertinya
pohon-pohon itu mahu buat dia tersenyum dengan menari-nari. Matanya mula
berkaca. Bibirnya masih terkunci.
Tiba-tiba dia terdengar
bunyi tapak kaki dari arah belakangnya. Dia menoleh ke belakang. Tiada siapa
pun di sana. Dia membiarkan sahaja bunyi tapak kaki itu. Mungkin juga itu hanya
perasaannya sahaja. Anis memejamkan matanya apabila bunyi tapak kaki itu terus
kedengaran. Bunyi tapak kaki itu semakin dekat ke arahnya. Dia dapat menghidu
sesuatu. Wangi. Bau lelaki. Dia buka matanya dan lihat ke belakang, tiada siapa. Dia
memejamkan semula matanya dan hanya duduk di jeti.
"You know, You know I love you so. You Know I love you
so."
Anis membuka matanya. Suara siapa yang dia dengar ini? Dia mencari
dari mana datang suara tadi. Hanya ada dia di jeti itu. Dia pejamkan semula
matanya. Tiba-tiba ada suara berbisik di telinganya, "Close your eyes.
I'll sing a song for you. A song that I wrote." Anis terkejut. Dia tidak
membukakan matanya, tetapi semakin rapat matanya dipejam. Dia kenal suara itu.
Itu suara Chris Martin, vokalis utama kumpulan Coldplay. Anis menarik nafas
dalam-dalam dan menjawab, "Sing me a song... I'll keep my eyes
close." Anis tersenyum.
Anis dengar bunyi gitar. Sepertinya Tuhan mendengar doanya dan
menghantar Chris Martin untuk menemaninya petang itu. Atau mungkin Tuhan
sendiri yang datang kepadanya petang itu sebagai Chris Martin. "This is
called, Yellow." Anis tersenyum. Itu adalah lagu kegemarannya. Chris
Martin duduk di tepinya dan mula menyanyikan lagu kegemaran Anis itu.
"Look at the stars,
Look
how they shine for you,
And everything you do,
Yeah, they were all yellow.
I came along,
I wrote a song for you,
And all the things you do,
And it was called "Yellow".
So then I took my turn,
Oh what a thing to have done,
And it was all "Yellow."
Your skin,
Oh yeah your skin and bones,
Turn into something beautiful,
You know, you know I love you so,
You know I love you so.
I swam across,
I jumped across for you,
Oh what a thing to do.
Cos you were all "Yellow",
I drew a line,
I drew a line for you,
Oh what a thing to do,
And it was all "Yellow."
Your skin,
Oh yeah your skin and bones,
Turn into something beautiful,
And you know,
For you I'd bleed myself dry,
For you I'd bleed myself dry.
It's true,
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look how they shine for,
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look how they shine.
Look at the stars,
Look how they shine for you,
And all the things that you do."
Chris
terus mengulang ayat "You know I love you so...". Chris menggenggam tangan Anis. Anis dapat
rasakan air matanya mula jatuh dan membasahi pipinya. Anis tersenyum apabila
Chris menyapu air mata yang meleleh itu. Secara diam-diam, Chris mencium dahi
Anis dan berbisik di telinganya, "Keep smiling. Look at the stars. Look how they shine for you. "
Ayat itu terngiang-ngiang di telinga Anis.
Genggaman
tangan Chris mula longgar. Anis masih tersenyum. Chris mencium dahi Anis sekali
lagi dan beredar pergi dari situ. Anis masih diam tidak berkata-kata. Anis rasa
sangat tenang petang itu. Hatinya yang sunyi dan sendiri, diterangi oleh
sinaran bintang. Dia tersenyum kerana Tuhan mendengar permintaannya petang itu.
Dia membuka matanya dan terlihat ada bintang kecil yang diperbuat daripada
kertas di atas pehanya berserta kad.
"I'll
always be here for you. Just close your eyes, and I'll come. Keep
smiling."
Anis
tersenyum membaca kad itu. Sayangnya dia tidak sempat mengucapkan terima kasih
kepada Chris Martin. Dia akan datang lagi ke jeti ini petang esok dan menyanyi
bersama Chris sekali lagi.
Hak Cipta: Ariff Masrom
Twitter: @ariffmasrom
2 comments
lagu Yellow rupanya..nice...
lagu fave nih..hihihi..