Freya. Ada sesuatu yang buat aku tertarik dengan
gadis ini. Entah apa dia. Mungkin kerna namanya yang klasik. Nama yang pasti
cocok jika dijadikan judul lagu untuk grup Inggeris punk rock lewat 80-an.
Sesuatu, bukan? Atau mungkin juga kerna muka kacukan milikan dia yang senantiasa
buat hati terus berkocak apabila terfikirkan.
Dengan
sedikit (atau banyak, terpulang pada justifikasi kau sendiri) usaha, akhirnya
aku dapat memiliki Freya. Oh, itu bukan ceritanya. Dalam usaha tika detik perkenalan, ada sesuatu tentang Freya yang
bikin aku sedikit terganggu- kegilaannya kepada Kpop. Band, musik, tarian dan
semua berkaitan. Bukan aku anti dengan Kpop atau apa, cumanya aku tidak dapat
menerima konsep beberapa manusia terutama laki-laki di dalam satu kumpulan yang
menari seperti pokok kepatahan ranting sambil buat muka konon comel beserta
gerakan dada yang beralun dan diikuti dengan gaya tangan seakan letupan bunga api. Pom Pom
Pom, kalau mahu disertakan dengan bunyinya sekali.
“Fan-what?”
“Fangirl, peminat perempuan. You tak nak jadi fanboy?”
I love you, Baby I'm not a monster!
***
Kegilaan Freya terhadap Kpop
sangat… menggila. Aku sudah tidak bisa kawal atau halang. Jadi aku biarkan. Selagi
ianya tidak menyusahkan aku, tak apa. Aku sudah letakkan syarat yang aku takkan
ikut serta menemani dia untuk ke konsert Kpop kalau-kalau ada dilangsungkan di
Ibu Kota atau di mana-mana. Pernah sekali dia mengajak aku ke Manila
semata-mata untuk mengikut konsert kembara kumpulan Kpop yang paling dia gilai.
Tidak mungkin.
Selain
daripada itu, kami sepertinya serasi. Akhirnya pada suatu malam, ketika kami
sedang asyik berlawan siapa paling nakal di ranjang, dia akhirnya duduk di atas
dada aku, tersenyum sambil mengusap mesra rambut aku.
Aku selesa diperlakukan begitu.
Entah
tidak semena-mena, dia menyisir rambut aku ke tepi, dan diselitkan diantara dua
jari, seperti ikatan tocang dan berkata, “Kalau rambut you ikat macam ni,
seiras sangat dengan ________ (entah siapa namanya aku lupa, tapi seorang ahli
grup Kpop). Comel sangat!”
Aku bingkas bangun dan terus
mengenakan pakaian semula.
Dan di saat itu juga aku terus
putus dengannya.
.END.
6 comments
Kehkehkeh....kau memang kejam! Kpop itu kau jadikan alasan! Ceh!
=p
tak dpt terima hakikat muka jambu..?
oohh.. macam tu..
okey. aku suka cara penceritaan ini.. gaya ini aku suka! sangat suka!!
faraherda.razalan, bukan itu alasan terbaik? Haha!
missSenget, jambu sangat ke ai ni, yu?
asip, emmmmmmmmmm....
Nong Andy, terima kasih ! =)
wow fantastic baby...