Hai… nama aku
Milah. Budak kampung? Ya, tapi itu dulu. Sekarang aku menetap di Kuala Lumpur.
Kota yang penuh dengan warna-warna noda. Orang panggil aku Melly. Baru mencecah
21 tahun. Aku joint group menulis ni pun sekadar nak berkongsi kisah benar kehidupan
aku. Yelah… Gadis kampung yang berhijrah ke bandar, mestilah culture shock kan. Dan aku salah satu
daripadanya.
Aku anak sulung.
Punya seorang adik lelaki. Mak aku dah pergi
masa umur aku 12 tahun. Bapak aku penoreh getah. Sejak mak aku meninggal,
akulah yang jaga makan pakai bapak aku. Bapak aku baik orangnya. Warak. Pandai
arwah mak aku pilih suami. Cukup segala ilmu fardhu ‘ain bapak aku ajarkan.
Solat lima waktu aku tak tinggal. Puasa bulan Ramadhan sempurna aku laksanakan.
Semuanya berlaku dengan elok pada awalnya sehinggalah umur aku mencecah 17
tahun.
Waktu itu aku
rasa diri aku dah besar betul. Matang kononnya. Aku dah pandai nak main cinta
dengan hero kampung. Bapak aku beri nasihat pun aku dah pandai nak membidas.
Aku cakap bapak aku kolot. Arghhh… anak jenis apa aku ni?
Zakuan, lebih dikenali
sebagai Zack. Hero kampung kerana terkenal dengan kehebatannya bermain
bola sepak dan bersilat. Suzie, rakan sekelas ku bertindak sebagai orang tengah
dalam perhubungan aku dan Zack. Suzie bilang, aku cocok benar digandingkan
dengan hero kampung itu. Aku hanya senyum. Bunga mekar di dasar hati. Lama juga
aku dan Zack menjadi teman tapi mesra.
Suatu hari
setelah tamat SPM, Zack mengajak aku dan Suzie bertandang ke rumahnya. Saja,
sebagai meraikan kemerdekaan kami daripada jajahan SPM kononnya. Aku enggan
namun Suzie beriya benar mahu ke rumah Zack. Akhirnya, aku turutkan saja.
Sesampai di
rumah Zack, sunyi. Tiada kelibat orang tua. Bila aku tanya, Zack bilang
bapaknya bekerja di pekan sedang maknya pula bertindak sebagai kerani di estet.
Sungguh, Zack pandai melayan tetamu. Dihidangkan air sirap dan keropok sebagai
jamuan ringan. Sebentar, Zack hilang. Entah kemana, aku sendiri tidak pasti.
Lima belas minit berlalu, Zack kembali dengan pakaian yang lebih santai. Berbaju
T dan berseluar tiga suku. Segar penampilannya. Kelihatan seperti baru usai
mandi. Lantas, dia mengambil tempat untuk duduk di sebelahku. Rapat. Aduhhh… Haruman
pewangi jantannya membuat aku sedikit resah. Gelabah.
Zack
mendepangkan sebelah tangannya di belakangku. Cuba memeluk bahu. Aku? Hanya
diam membisu. Tiada penolakan yang berlaku. Dan Suzie, lagaknya biasa seperti
selalu. Hanya duduk mengunyah keropok sambil membutakan mata. “Aku sayang kau
Ila”, Zack membisik lembut di cuping telingaku. Rapat benar jarak kami tika itu
sehinggakan aku bisa terasa hembus nafasnya. “Kau sayang aku?”. Aku hanya mampu
memberi jawapan dengan anggukan. Ternyata Zack orang yang paling gembira saat
itu. Semakin berani tangannya menjalar ke bahagian tubuh montokku. Dasar jantan
bernafsu kuda.
“Mari…”. Zack
bangun menarik tanganku agar mengikutinya. Tetapi gadis kampung macam aku mana
biasa dengan keadaan sebegitu. Rasa takut yang kian menular dan dalam waktu
yang sama keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru merasuki ruang hatiku.
“Sue…”, aku cuba untuk mendapatkan kepastian dari Suzie. “Terpulang pada kau…
Aku ada kat sini…”. Kata-kata dari Suzie tidak sedikit pun membantu pada
dasarnya. Zack kian menarik. Dan aku akhirnya, hanyut dibuai nafsu…
Sejak hari tu,
boleh dikatakan seminggu sekali aku dan Zack melakukan perbuatan terkutuk tu.
Kadang-kadang dekat rumah Zack, kadang-kadang dekat bilik aku sendiri. Sungguh
aku takut pada mulanya, tapi disebabkan nafsu yang bermaharajalela, segala
perasaan takut aku tolak ke tepi. Apa yang aku inginkan, hanyalah belaian kasih
dari Zack. Dan ternyata, aku puas bila bersama dengan Zack. Zack segala-galanya
bagi aku hinggakan makan pakai bapak aku sendiri kian terabai. Arghhh… Anak
jenis apa aku ni?
Meskipun aku
berasal dari keluarga yang miskin, tapi aku dikurniakan dengan otak yang bijak.
Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, aku tidak pernah mengecewakan
bapak. Begitu juga dengan keputusan SPM… Aku berjaya perolehi 6A dari sembilan
subjek yang aku duduki. Akhirnya, aku buat keputusan untuk tinggalkan bapak di
kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Sengaja aku beri alasan ingin mencari
rezeki di bandar kotaraya metropolitan demi menyejukkan hati bapak. Sebetulnya
aku mahu mengikut Zack, menjadi perempuan simpanannya yang bisa menjanjikan aku
kehidupan yang serba mewah. Ya, aku sudah menipu bapak. Arghhh… Anak jenis apa
aku ni?
Dan kini, sudah
menginjak tiga tahun lebih hidup aku bergelumang dengan dosa. Aku bukan hanya
melayan Zack, bahkan sudah bermacam-macam jenis lelaki hidung belang aku sudah
puaskan. Menyesal? Pernah juga aku rasa menyesal. Seketika cuma. Itupun hanya ketika
bapak meninggal dunia. Bapak kena serangan jantung bila saja dia tahu pekerjaan
sebenar aku di sini. Masakan tidak terkejut, duit yang selama bertahun-tahun
aku kirimkan buat bapak dan adik di kampung rupa-rupanya hasil dari mata
pencarian yang tidak halal. DUIT HARAM!!! Kesian bapak… Mati kerana sikap aku,
anaknya sendiri. Arghhh… Anak jenis apa aku ni?
Sekarang, saat
aku menulis kisah ini, aku masih lagi hidup di dalam kemurkaan Allah. AIDS…???
Siapa yang mahu kan? Aku tahu potensi aku untuk menghidap penyakit durjana
tersebut amat tinggi tapi pintu hatiku masih lagi belum terbuka untuk kembali
ke pangkal jalan. Mungkin Allah tidak sayang aku… Arghhh… Aku silap di situ.
Bukan Allah tidak sayangkan aku, tetapi aku sendiri yang tidak sayangkan
diriku. Apa yang aku harapkan buat kamu, kamu dan kamu yang mungkin tika ini
sedang membaca kisah hidupku, semoga saja kamu semua tidak tersalah dalam
memilih jalan hidup… Jangan pernah sangka lorong yang indah dengan taman bunga
yang berseri merupakan destinasi yang kamu semua ingin tujui. Mungkin saja
taman bunga yang berseri itu bakal mengeluarkan bau-bauan yang busuk yang
akhirnya melekat di pakaian kamu.
Sekian…
8 comments
Milah oh Milah..apo kono eh jang...
Aiyakkk... kisah realiti aku rasa. Selalu je berlaku.
Alahai Milah.. Alahai..
=)
aku harap melly mati supaya milah boleh kembali. :)
Sorong papan tarik papan
Buah keranji didalam perahu
suruh makan tahu melantak makan
suruh mengaji dia tak mahu
Kan dah tipis iman, serba rapuh
nafsu berkuasa, mempengaruhi diri sangatlah lemah. Tapi cerita ini sgt stereotype. Bila terlajak kembalilah sayang....
ke pangkal jalan
moga aman perjalanan pulang.
Pada perenggan pertama aku kerut dahi kerana gaya penulisan kamu seperti yang sering aku jumpa di blog cerita lucah.
Dan ia makin manjadi-jadi sehingga hampir habis walaupun tiada ayat yang boleh bangkitkan nafsu aku.
Dan agak terabur di situ. Aku fikir perenggan 10 itu sesuai diletakkan di bahagian atas-atas.
melly masih tak insaf... aku kira... tak perlu guna awalan berversi prolog untuk jelaskn apa sebenarnya yg terjadi.
teknk penceritaan yg martini cadangkn boleh juga digunapakai... dan tajuk asal sudah tdk valid...
Pengharapan pembaca agar ada keinsafan diakhirnya. Penulis bikin kelainan.