Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, November 14, 2012

Alahai Tasha - 2

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
*sambungan Alahai Tasha.





"Aku suka kau, Sha." bisik Kojek dalam hati.

Kojek tahu tak mungkin Tasha akan suka padanya. Dari dulu lagi Tasha selalu menjadi mangsanya. Mana mungkin Tasha akan melupakan semua itu. 

"Eiii! Aku benci kau Kojek! Kenapa kau selalu usik aku? Kenapa kau suka sorok barang-barang aku? Aku tak pernah pun ganggu kau!" Tasha marah. Kemarahan yang tak dapat dibendung apabila Kojek tidak pernah jemu mengganggu dia. Kojek buat muka selamba. Tasha makin geram. Kojek mendekati Tasha, ditariknya tudung putih yang tersarung di kepala Tasha dari belakang. Tasha terundur ke belakang dan hampir-hampir jatuh terduduk. Nasib baik Tasha dapat menstabilkan kedudukan badannya. "Sha, suka hati aku lah nak buat apa!" marah Kojek. Tasha yang tidak tahan melayan karenah Kojek terus keluar dari kelas dan menuju ke bilik guru. Kali ini Tasha berjumpa dengan Cikgu Mokhtar iaitu guru disiplin. Kojek di panggil. Semasa masuk ke dalam bilik guru disiplin, Kojek sempat menjeling tajam ke arah Tasha yang nangis teresak-esak. "Apa lagi masalah kamu?" soalan pertama yang keluar dari mulut cikgu Mokhtar. Kojek diam. "Kenapa kamu ganggu Tasha? Rasanya dah banyak kali saya dapat aduan dari Tasha. Hari tu cikgu Nordin pun ada cakap pasal ni." Kojek kehilangan kata. "Saya sukakan Tasha cikgu.." bisik hati Kojek. Selepas sessi soal jawab tersebut Kojek menerima habuannya. Habuan yang tak mungkin dia lupakan. Habuan yang akan menguatkan lagi perasaannya pada Tasha. Kojek telah di hukum mencabut rumput dengan tangan tanpa menggunakan sebarang peralatan di antara blok kelas dan blok bilik guru. Sejak peristiwa itu, Kojek dan Tasha diasingkan. Mereka duduk di kelas yang berlainan dan semestinya peluang Kojek tak berpeluang untuk mengusik Tasha seperti sebelumnya. Sejak itu juga, Tasha semakin jauh dan semakin membenci Kojek. 

Sehinggalah pertemuan di dalam van sewa petang tadi. "Tasha semakin cantik. Masih pemalu macam dulu. Cuma, bezanya sekarang dia dah berani melawan cakap aku." Kojek bercakap sendiri. Kojek senyum. Pagi itu Kojek bangun awal. Dia bercadang untuk menemui Tasha. Kojek mendapatkan maknya dia dapur. "Mak, orang nak pegi rumah Sha ni. Nak jumpa Sha." Mak Imah yang sedang menggoreng pisang mengecilkan api dapur bagi mengelakkan pisang yang digorengnya hangus. "Eh, nak buat apa jumpa Sha? Kamu jangan nak kacau anak dara orang." suara Mak Imah sedikit keras. "Laaa. Orang nak jumpa Sha. Ni ha nak bagi keropok lekor dan kain batik yang orang beli kat Sha. Bukannya nak mengacau anak dara orang." Kojek mencubit sedikit goreng pisang yang masih panas di atas meja. "Oh.. Kalau macam tu kamu bawa sekali goreng pisang ni untuk Sha dan mak ayah dia." arah Mak Imah sambil meletakkan goreng pisang ke dalam bekas. "Mak nak bagi menantu mak ke?" Kojek senyum nakal. 

Kojek mematikan enjin motosikalnya setelah sampai dihadapan pagar rumah Tasha. Kojek memberi salam dan salam disambut oleh satu suara yang Kojek kenal. Tasha muncul dengan wajah segar pagi itu. Kojek senyum bahagia melihat Tasha sudah berada di hadapannya.

"Hai..tak bagi aku masuk ke Sha?"
"Eh! nak buat apa? Berdiri je kat luar pagar tu. Ada apa ni pepagi dah merayap kat rumah orang ni?"
"Amboi Sha! Ganasnya. Ni ha, mak suruh hantarkan goreng pisang. yang ni pulak keropok lekor dan dot dot dot untuk Sha."
Kojek menghulurkan bungkusan dan bekas goreng pisang kepada Sha. Sha senyum.
"Terima kasih. Susah-susah je"
"Tak ada susahnya. Sha, minta nombor telefon boleh tak?"
"Eh kau ni bagi semua ni sebab nak nombor telefon ke?"
"Isk! mana ada. Nak bagi ke tak?"
"Tak!"
Kojek sedikit kecewa. Tapi, Kojek takkan cepat mengalah.
"Okay lah kalau macam tu. Tak nak bagi takpe. Balik dulu lah."
"Okay. Sila lah"
Tasha sengaja mengusik Kojek. Sementara Kojek mengharapkan Tasha akan bersimpati dengan dia. Kojek menghidupkan enjin motosikalnya dan terus meninggalkan Tasha yang sudah masuk ke dalam rumah. "Alahai Tasha...jual mahal betul!"

Tasha membuka bungkusan yang berbalut dengan kertas berwarna merah jambu berbunga kecil pemberian Kojek. Ada 5 helai kain batik berlainan warna dan corak. Ada satu nota yang terselit di dalam bungkusan tersebut. 

"Nak nombor telefon boleh tak Sha? Ni nombor aku 013-2266912. Kalau rindu, sms/call aku."

Tasha melipat nota kecil tersebut dan menyimpannya ke dalam dompet. "Amboi kau Kojek, tak cukup minta guna mulut, siap tulis nota lagi." 

-bersambung--


6 comments

November 14, 2012 at 9:53 AM

takda masalah untuk apapun, tulisan kamu sudah semakin bagus. dan boleh mula manuskrip... cari genre yg kamu selesa

kojek? hahaha sambung rupanya, minggu depan ada lagi kan?

November 14, 2012 at 10:02 AM

Big boss - hehe. sedang tulis kak. InsyaAllah minggu depan ada sambungannya. hehehe..

November 14, 2012 at 10:03 AM

@Khairul Antasha
;)

Anonymous
November 14, 2012 at 10:28 AM

Ah sambung ! Sambung !

Ah rasanya tak ke mana tasha tu. :)

-HZ-

November 15, 2012 at 9:34 AM

tak kesempatan nak menghayati ni..nanti datang baca lagi...

November 15, 2012 at 5:02 PM

eh.. ada lagi si kojek ni rupanya :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...