Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, December 1, 2012

Semerbak Semangat Remaja

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Siap siaga untuk bertempur
Di sana kita membawa teman
Saat tewas itu berbunga manis
Dan tewas itu diadakan sengaja
Di seberang sedang mendabik dada
Bergenang mata simpati pada bodoh disana
Tanya pada jiwa,
Berapa rendah harga diri?
Betapa tinggi bodoh sendiri?
Kegelapan membutakan mata,
Yang nampak hitam itu tak bahaya,
Di sini aku berdiri,
Dan kau tikam aku mati,
Bodoh di kepala berjangkit dijiwa,
di sini aku berdiri,
dan kau tikam aku mati,
Kerana hitam dan putih,
Kerana putih dan putih,
Kerana warna itu bermerah yang sama,
Lalu aku terhanyut disanggah mereka,
Aku jahil pada hidup aku yang berotak,
Rahmat tuhan itu aku rasa,
Kerana bodoh diri tak hanyutkan aku,
Aku dan kamu untuk hamba padaNya,
Dan moga kita bertuanNya sehingga dikambus mereka,
Tanya pada jiwa,
Berapa rendah harga diri?
Betapa tinggi bodoh sendiri?
Bodoh diri buat aku lupa,
Apa pentingnya aku dapat merasa,
Hadirnya dalam payah,
Dan mencarinya juga susah,
Tetapi bodoh ini mentuli mata,
Buat jiwa hina ditopengkan raja,
Tanya pada jiwa,
Berapa rendah harga diri?
Betapa tinggi bodoh sendiri?
Jangan diri diselimut dusta,
Yang ditiup dingin bodoh dunia,

~nirvana: SMELLS LIKE TEEN SPIRIT


Hak Cipta: lipan paya

2 comments

December 1, 2012 at 9:42 PM

lagu Nirvana rupanya...

December 4, 2012 at 9:26 AM

lagu nirvana ke?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...