Susahnya aku nak pertahankan long distance relationship ini...Namun kalau
hati tu dah setia memang tak ada apa halangannya...jarak?jauh?masa? Semua
itu tak menjadi bebanan pun pada orang yang asyik antara satu sama
lain....Aku akui memang banyak dugaannya...sama macam yang aku hadapi
sekarang..Aku terpaksa berkorban perasaan bila Yati sudah tidak mengutus
surat padaku lagi...namun aku tetap setia dan entah sampai bila...Aku
masih berharap Yati kembali ke pangkuanku seperti hari hari yang
lalu...
Sudah lebih sebulan...akhirnya aku
pasrah...Memang di hatiku masih mengingati Yati...namun aku kesepian
tanpa surat surat Yati...sedangkan si cantik Farah pula sangat pandai mengambil
hatiku...
"Mizi...rasanya dah sebulan awak berkeadaan
begini...bolehkah awak ceritakan apa yang merunsingkan hati awak tu?
awak tak mahu cari pengganti ke..."
"Wooohhoooo....tak
boleh Farah...saya tak mahu awak salah sangka...saya dengan awak cuma
kawan...saya tak pernah anggap awak yang seperti awak fikirkan tu..."
"Saya
faham... saya gurau saja...tapi kalau betul pun apa salahnya kan..? Kita sama sama senasib...saya sunyi dan awak pun sepi...?"
"Mungkin betul saya sunyi dan sepi...tapi sepi itu sendiri sudah jadi teman pada saya sejak sebelum awak kenal saya lagi Farah...Cukuplah awak asyik melayan perasaan awak tu...Saya hargai awak sebagai sahabat...Jangan minta lebih dari itu kerana saya tak kan beri..."
"Kenapa hati awak ni keras sangat Mizi...?"
"Memang hati saya macam ni...Saya tak punya hati untuk orang lain...maaf Farah...jangan buat saya tak selesa berkawan dengan awak..."
"Ke awak tak mahu mengaku..?"
"Awak
nak saya mengaku apa lagi Farah...maafkan saya... bolehkah awak terima
kenyataan dan jangan lagi mengharapkan apa apa balasan dari saya..saya
tak mahu cakap lagi...tolong fahami saya...perasaan awak tu tak ada
salahnya...tapi saya tak pernah memikirkan untuk menerima sesiapa lagi
dalam hati ini... "
"Mizi..."
"Sudahlah Farah...Saya tak mahu menghiris perasaan awak...tapi cuba terima kenyataan dan jangan lagi mengharapkan apa apa dari saya...saya tak pernah anggap awak lebih dari seorang sahabat..."
Farah
terdiam dan mula tunduk...dia memang keterlaluan terhadap aku..dia
memaksa sesuatu yang tak pernah ada di hati aku ...dia memaksa aku untuk
menerima dirinya...sedangkan satu ikatan tak pernah bisa terjadi jika
hanya bertepuk sebelah tangan... Farah meminta lebih dari
ku...sedangkan dia tahu hati ku hanya pada Yati yang jauh di
mata...Entah apa yang membuat Farah terlampau mendesak aku..Hinggakan
dia tak peduli lagi samada dia di kata syok sendiri...
Dan
aku mula menjauhkan diri dari Farah. Mungkin hanya di situ sahaja
hubungan kami berdua. Sesuatu hubungan persahabatan yang jujur telah Farah
calarkan dan tak mungkin lagi terjalin sekuat dahulu. kini kami
hanya kawan sekelas yang cuma bertegur sapa atas dasar kawan sahaja.
10 comments
pilihlah yang mencintaimu sepenuh hati, dan jangan mati hanya pada yang tidak sudi.
ah.
bukan aku lemparkan ini pada mizi, semata, tapi juga pada Farah.
Hidup harus menghargai kewujudan diri, baru sang hidupan lain menghargai hidupnya kita; dan baru hidup ini ada tujuan kewujudannya.
kan?
berkaitan penulisan.
tulisan anda berbunyi retro dan mewujudkan suasana 70-an yang hidup.
bagus untuk itu.
cuma, sesekali terasa siri ini kurang 'sharp'.
dan kita challenge Tn Esmeth untuk buat yang lebih baik untuk episod berikut.
retro pun boleh gemapk kan?
kenapa lelaki ni sgt berterus terang?perempuan mana yg sanggup terima ayat2 camtu?isy...tegas sgt mampu buat perempuan nangis...
suka Mizi dengan sikap berterus terangnya. pahit bagi yg menerima.
Mizi memang setia orangnya. :)
Tq for comment AJ Nismihan...memang komen saudara lah yang saya tunggu tunggu...memang nak buat gempak punya semua kisah true story ni...tapi bila dah true memang takleh tulis semua....kakaka..tq baca
puteri jalanan...kalau awak sudah boleh nangis...awak boleh rasa isishati Farah...sori..kebenaran tu pahit...Mizi cuba menolak semua tu yang pelan pelan memakan kesetiaan dia...
Khairul Antasha - percayalah Mizi tak pernah berniat nak melukakan...sedang dirinya pun terluka...
Mizi ni bakpe nak jual mahal sangat. Kekeke. Tidaklah, kalau nak menolak, boleh cara baik kan.
Sini Farah, sini kat abang. Atotototo~
-HZ-
HZ - mizi tu bukan matured lagi pun retro ni baru form 4 hahaha...tq baca
ah.. rasa nak jatuh cintalah dgn Mizi hehe...
sis NA - ada apa dengan Mizi..hahaha...