Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Musim 2. Show all posts
Showing posts with label Musim 2. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 3

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips

Susahnya aku nak pertahankan long distance relationship ini...Namun kalau hati tu dah setia memang tak ada apa halangannya...jarak?jauh?masa? Semua itu  tak menjadi bebanan pun pada orang yang asyik antara satu sama lain....Aku akui memang banyak dugaannya...sama macam yang aku hadapi sekarang..Aku terpaksa berkorban perasaan bila Yati sudah tidak mengutus surat padaku lagi...namun aku tetap setia dan entah sampai bila...Aku masih berharap Yati kembali ke pangkuanku seperti hari hari yang lalu...

Sudah lebih sebulan...akhirnya aku pasrah...Memang di hatiku masih mengingati Yati...namun aku kesepian tanpa surat surat Yati...sedangkan si cantik Farah pula sangat pandai mengambil hatiku...

"Mizi...rasanya dah sebulan awak berkeadaan begini...bolehkah awak ceritakan apa yang merunsingkan hati awak tu? awak tak mahu cari pengganti ke..."

"Wooohhoooo....tak boleh Farah...saya tak mahu awak salah sangka...saya dengan awak cuma kawan...saya tak pernah anggap awak yang seperti awak fikirkan tu..."

"Saya faham... saya gurau saja...tapi kalau betul pun apa salahnya kan..? Kita sama sama senasib...saya sunyi dan awak pun sepi...?"

"Mungkin betul saya sunyi dan sepi...tapi sepi itu sendiri sudah jadi teman pada saya sejak sebelum awak kenal saya lagi Farah...Cukuplah awak asyik melayan perasaan awak tu...Saya hargai awak sebagai sahabat...Jangan minta lebih dari itu kerana saya tak kan beri..."

"Kenapa hati awak ni keras sangat Mizi...?"

"Memang hati saya macam ni...Saya tak punya hati untuk orang lain...maaf Farah...jangan buat saya tak selesa berkawan dengan awak..."

"Ke awak tak mahu mengaku..?"

"Awak nak saya mengaku apa lagi Farah...maafkan saya... bolehkah awak terima kenyataan dan jangan lagi mengharapkan apa apa balasan dari saya..saya tak mahu cakap lagi...tolong fahami saya...perasaan awak tu tak ada salahnya...tapi saya tak pernah memikirkan untuk menerima sesiapa lagi dalam hati ini... "

"Mizi..."

"Sudahlah Farah...Saya tak mahu menghiris perasaan awak...tapi cuba terima kenyataan dan jangan lagi mengharapkan apa apa dari saya...saya tak pernah anggap awak lebih dari seorang sahabat..."

Farah terdiam dan mula tunduk...dia memang keterlaluan terhadap aku..dia memaksa sesuatu yang tak pernah ada di hati aku ...dia memaksa aku untuk menerima dirinya...sedangkan satu ikatan tak pernah bisa terjadi jika hanya bertepuk sebelah tangan... Farah meminta lebih dari ku...sedangkan dia tahu hati ku hanya pada Yati yang jauh di mata...Entah apa yang membuat Farah terlampau mendesak aku..Hinggakan dia tak peduli lagi samada dia di kata syok sendiri...

Dan aku mula menjauhkan diri dari Farah. Mungkin hanya di situ sahaja hubungan kami berdua. Sesuatu hubungan persahabatan yang jujur telah Farah calarkan dan tak mungkin lagi terjalin sekuat dahulu. kini kami hanya kawan sekelas yang cuma bertegur sapa atas dasar kawan sahaja.

Tuesday, November 13, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 2

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips

Kosong...aku rasa jiwaku kosong...Bahkan setiap hari penuh siksa aku menanti dan menanti... khabar berita dari Yati.Namun terisi juga segala kekosongan itu dengan hadirnya Farah.

"Yati...mampukah aku bertahan?mampukah aku merpertahankan kesetiaan dia padamu Yati?sedangkan sudah lama tak ku terima surat surat kau padaku...apa kau dah lupakah padaku Yati?

"Awak...awak tak pegi makan ke?"

"Kenapa Farah...awak nak belanja ke?"

"Dah beli pun...ni haaa...kuih ...kenapa awak suka duduk sorang sorang kat sini ?"tanya Farah kerana Mizi asyik menyendiri sahaja di bangku court basketball lapang yang sesekali susasana segar di tiup angin...

"Saya dapat ketenangan kat sini Farah..."sambil memandang pada Farah yang berdiri di hadapannya...Angin mengelus rambut ikal gadis itu menutupi dahinya dan sinaran matahari pula di lindungi oleh redup pepohon rhu yang tumbuh berdekatan...cuaca memang sedikit panas tapi agak nyaman...

"Apa yang berat sangat..sampai jiwa awak tak tenang?apa yang awak fikirkan Mizi?...girlfriend ke?"

"Saya memang dah biasa sorang sorang macam ni...keluarga saya selalu berpindah randah...saya tak ramai kawan...baik saya macam ni saja..."

"...dan awak takut nak rapat dengan seseorang...sebab takut berpisah kan?"

"Apa maksud awak cakap macam tu Farah..."

"Sama macam awak saya pun baru berpindah kat sini...cuma saya mahu menggembirakan hati saya dan tak mahu ingat perkara yang tak menggembirakan hati saya..."

"Senyumlah sikit Mizi...awak asyik bermuram sahaja..apa tak ada apa yang boleh menggembirakan hati awak ke?"

"Ada...tapi...ahhh...lupakan saja..."

"Lupakan saja...tapi boleh kah awak lupakan?"




"Cantik lukisan ni Mizi...perempuan ni pun cantik..."puji Farah pada lukisan Mizi yang tergantung di bilik lukisan...

"Masa ujian hari tu...saya lukis lukisan potret...lepas tu cikgu nak gambar tu buat hiasan dalam bilik lukisan ni..."

"Apa lagi keistimewaan awak yang awak rahsiakan Mizi"

"Rahsia...?"

"Awak pandai simpan rahsia awak Mizi...walau saya dah bukakan jalan bagi awak luahkan apa yang tersirat...tapi awak masih melipat kemas rahsia awak tu..."

"Awak masuk Kelab Seni Kreatif ni sebab nak tahu rahsia saya ke?...pandai ker awak melukis...hehehhe?"

"Awak jangan pandang sebelah mata kat saya Mizi...saya dapat A1 dalam sabjek lukisan..."

"Kalau macam tu...TRIAL SRP ni kita tengok siapa lagi HEBAT!!!"

"Itu takder hal Mizi...jangan cakap saya tak pernah warning awak...hahahhaha"


*******************************************

Tuesday, November 6, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 1

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips
Agak lama juga selepas aku bertemu dengan Yati. Masa berlalu terlalu pantas. Yati yang belajar disekolah asrama telah mendapat tawaran masuk ke MRSM setelah mendapat keputusan cemerlang. Sedangkan aku hanya belajar di sekolah biasa.Surat surat dari Yati sudah tidak aku terima sekerap dulu. Mungkin Yati sibuk dengan tanggungjawabnya sepagai pelajar yang aktif dan penuh dedikasi.

Sedangkan aku hanya bertemankan kesepian dan ternanti nanti akan kehadiran surat dari Yati...Hari demi hari...Minggu demi minggu...Bulan berganti bulan...Apa yang akan terjadi kalau berterusan begini?


Hari berganti hari...minggu berganti minggu...Aku masih menanti surat surat dari Yati...Namun tak kunjung tiba mungkin Yati di landa kesibukan dan tanggungjawapnya sebagai pelajar...Ke mana sahaja aku pergi dibawanya surat surat Yati...gambar Yati...Di kala sendiri aku membaca kembali surat surat tersebut...Aku selalu menyendiri...termenung ...Rakan rakan memang sudah faham sikap aku..dan tak pernah mempersoalkan apa yang aku lakukan...

"Takder orang duduk sini?"

"Takder..."

"Boleh saya duduk sini..."

"Duduklah.."

Itu sahaja perkenalan antara aku dan budak baru yang masuk ke kelas 3 Teknik 2...Setelah diperkenalkan tadi oleh guru puan Fauziah...Nama budak baru itu ialah Farah Nadia Begum Binti Mohammad... Dan oleh kerana aku duduk dihadapan dan tiada siapa yang mahu duduk sedekat itu dengan meja guru maka tempat di sebelahku memang kosong...

"Orang kata awak suka termenung...kenapa?"

"Eehhh..awak dah siasat pasal saya pulak ke?"

"Ye saya dah siasat pasal awak sebab saya duduk sebelah awak...awak seorang pendiam,tak banyak cakap,awak pandai dalam matapelajaran Lukisan dan English...awak juga selalu dapat markah tertinggi dalam sejarah dan geografi..."

"Wahhhh...awak boleh jadi detektif kalau macam ni...apa lagi yang awak tahu?'

"Ini surat siapa?"

"Sibuklah!!!bagi balik surat tu Farah...!!!"

"Surat girlfriend ye?"

"Maaf...surat ni terjatuh masa awak bangun ambk beg tadi...saya tak baca pon..."

"Aahhh..sudahlah..."

"Mizi..saya minta maaf...saya cuma bergurau saja"

******************************************

"Awak nak apa lagi Farah?Awak nak malukan pulak saya kat kantin ni...depan semua orang?"

"Maaflah Mizie...awak tahu tak awak sudah banyak bercakap hari ni sebab saya usik awak..."

"Hemmmm...Okey saya pun minta maaf sebab keterlaluan tadi...Harap awak hormat pada barang barang kepunyaan saya..Okey"

"Okey...lain kali saya tak sibuk lagi...hahahha.."

Manis juga gadis yang benama Farah itu pada pandanganku...Iyalah bukankah dia keturunan anak mami Penang...Hidung mancung,kulit putih bersih,matanya bulat bercahaya... Rambutnya panjang dan ikal berombak ombak...

"Aduhhhh...kenapa aku ni...tetapkan lah hati aku...aku hanya ada Yati dalam hidupku...tapi kenapa dia sudah lama tak mengirim surat buat aku?Yati..Kau bagaikan ombak...aku bagaikan pantai dan dia bagaikan karang di lautan sepi... "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...