"Wei bro, kalau
aku sendiri pun aku terajang hang sekali” dan itu tidak membantu. Mus jujur
dengan lafaznya barangkali, tapi masih tidak sedikitpun melegakan hati Tuah.
“Itu tindakan
spontan dude. Manalah aku tahu aku nak pegang tangan dia”
“Dan dia pun
spontan la piang hang kan” ya. Tak payah diingatpun, dia masih lagi terasa
pelempang Imah hari itu. Sedikit pun tak hilang rasa sakit itu biarpun merah
padam mukanya sudah pun pelahan-pelahan padam dari pandang. Tapi, marah kah
Tuah dengan dendam padam Imah atas hal itu? Bukan salah Imah pun kan?
'Ha’a, bukan
salah dia. Dia pun bukan sengaja aku rasa. Macam mana aku tak sengaja pegang
tangan dia. Mungkin aku perlu minta maaf lah kot kan Mus?”
***
“Eh, takkan aku
pulak nak minta maaf. Dia yang pegang tangan aku dulu. Aku bukan tak ada aurat
dan peraturan okay” marah Imah pada handphone nya. Ya, pada yang di talian.
Mardiah.
“La, ko tetap
salah kan pi tampar dia kan”
“Tak sengaja
sengaja kan?”
“Tapi tetap salah
kan?” dan kali ini diam. Imah ini nampak saja seperti diam, tapi dia sebenarnya
suka berbalah, terutama pada apa yang dia percaya betul.
“Tak. Tak salah”
ha, kan tengok. Melawan.
Mardiah tahu,
kalau dilayan sangat pun si Imah ni tak akan ada sudahnya. Imah sebagai Imah,
dia harus dilentur lembut dulu dan bukan ditebang keras ucapannya. Benang basah
pun kalau boleh dia nak tegakkan kalau dia percaya dia betul. Wei, kalau dah
benang basah tu benang basah la kan!
“Ok, why not you
are doing this just to calm thing down, and full stop.”
“But”
“Ya, ko tak
salah. Tapi tetap tak salah kalau ko minta maaf je, just tanya dia ok ke tidak?
Lagipun ko kan sekelas dengan dia, kang bermasam muka berdendam lagi apa
segala, kan susah”
Imah dah senyap.
Sekejap. Berfikir barangkali. Hatinya bukan keras mana sangat, Cuma bila amarah
itu menjadi ratu jiwa, pasti ada saja yang tak kena. Dulu selalu pesan orang
beristifar kalau kalut, tapi bila dah jadi hal pada diri sendiri, semua bisa
lupa segala.
“Anyway, hang pun
pernah cakap hang suka dia kan?”
***
“Dia kenal aku
ok”
“dah korang
sekelas, mestilah dia kenal. Tak ke ngok cakap dengan aku macam tuh”
“But, dia tahu
aku Tuan, i mean, Azizul yang bising. Jadi, dia ada tengok aku lah kan?”
“Dan dia pun ada
lempang hang kan?”
“That is another
story. Itu lepas aku buat silap. Aku kan gelabah. Anyway, my point is, dia
kenal aku dan barangkali dia sendiri pernah jeling-jeling aku kan?”
Mus tak jawab.
Mus pun tak mengangguk. Senyap. Barangkali menghadam kata Tuah.
“Mana tau aku ada
can lagi” dan waktu itu handphone dia berbunyi. Menjeling sekejap, dan kemudian
biarkan saja. Nombor tak kenal sms, maknanya tak penting. Orang tengah sibuk
hal hati, dia nak sms nak bunyi apa segala.
“Ko mintak maaf
je lah bro. Kendian baru tau ada can ke tak ada can”
Maaf? Hmm. Kena
tunggu minggu depan la nampaknya. Cuti belajar baru habis seminggu, ada lagi
seminggu. Tapi, tak ada belajar apanya, sebab seminggu pun sakit di pipi tak
hilang, mana nak mengadap buku lagi.
Trut Trut, Trut
Trut!
Message lagi.
Aiseh.
***
Pagi ini, cuaca
kembali panas. Mungkin semalam hujan dah turun habis di sekeliling kampus
buatkan hari ini tak ada baki titisannya untuk sejukkan cuaca. Dalam kelas tadi
pun masih terasa panasnya bahang hari, bertambah bahang hangat bilamana orang
yang dinanti Tuah tadi sedikit pun tak pandang. Masuk kelas terus duduk di
hadapan dan pandang hadapan tanpa toleh. Terasa dua jam kelas hari ini terlalu
lama untuk sebuah penantian. Lagi-lagilah kalut bila minda hanya fikirkan apa
yang nak disebut ucap dan laku karang-karang nanti.
“Ok kelas, jumpa
lagi lusa. Assalamualaikum” oh, dah habis. Cepat. Kelas dah habis!
***
Ah cepat. Beg dah
kemas tadi lagi. Langkah terus dibuka, dan biar segera terus hilang dari kelas
ni. Imah langkah lebih deras dari selalu. Nak deras lagi boleh tak!!!
“Imah,” dan kali
ini folder kelas dikepit jemarinya di tarik. Ah, dia lagi. Kaki tarik ke apa
nih!
“Imah, maaf” dan
imah diam. Nak lari pun tak guna dah, si pengejar dah di depan mata. Budak ni memang
gila, Imah bergegas rasanya dah cukup laju tadi, tapi masih dapat tangkap.
Gila!
“Tak, saya tak
gila. Saya Cuma hilang pertimbangan” Gila la tuh.
“Maksud saya hari
tu. Hilang pertimbangan hari tu. Maaf” dan kali ini baru Tuah berdiri betul.
Dah hilang lelah nafasnya tadi barangkali. Dan kali ini baru berdiri
betul-betul menghadap Imah. Dan semua yang lain dah hilang. Dah seperti
tinggalkan dua insan ini. Dan jadi sunyi. Seperti dibuang dari dunia yang
realiti dan hanya tinggalkan mereka berdua. Dua. Dalam satu dunia. Barangkali.
“Maaf” sepatah,
selepas lama Tuah mendiam diri sambil melihat Imah yang tunduk, dan
menkuis-kuis hujung folder kerja yang ditarik ke kepitannya semula. Ah, seperti
pandang selalu, dan pandangan ini yang Tuah suka. Paling suka.
“Maaf untuk hari
itu. Betul-betul maaf” sekali lagi ucap Tuah. Imah masih senyap. Dan Tuah makin
kaku. Tak cukup tatabahasa lagi untuk diucap. Ah gila. Bila dah nak masuk bab
hati semua bisa mati. Tapi, dah masuk ke belum ni bab hati?
“Belum. Maksud
saya belum cukup” pendek, tapi tegas. Dan Imah turun balik pada pandang
lantainya. Ah, dia sendiri tidak tahu mahu berucap apa barangkali.
“Maafkan saya
Imah. That was an accident. Saya tak berniat nak pegang tangan awak”
“Tapi awak dah
pegang kan?”
“Dan awak sendiri
dah lempang saya kan?” dan kali ini Imah terangkat mukanya sekejap, dan tertawa
manis halus. Ah, lesung pipit tu pun nak keluar macam tak nak keluar. Ah, gila.
Ini yang menggilakan seorang lelaki barangkali. Atau, setan dah datang
bertenggok dekat pipi dia dah, tu sebab Tuah dah nampak semua manis dah
menggoda. Gila!
“Saya maafkan”
dan lega. Itu sudah cukup buat Tuah tersenyum kembali. Ah, senyum sikit pun dah
cukup banyak buat waktu ini.
“Tapi saya betul
sukakan awak Imah” spontan.
“Stop!” ah, marah
balik?
“Saya baru
maafkan awak, tapi belum terima awak” dan kali ini senyum tadi hilang. Imah
kembali tegas.
“Belum terima
bermaksud belum menolak sama kan?” dan Imah terdiam. Hilang kosa kata sekejap,
dan merah padam mukanya. Ah, hal hati mana boleh berkata ‘never’, kerana kita
tidak pernah tahu kan.
Waktu itu wajah
Imah sudah sedikit bangkit. Matanya sudah berani mencari sudut lain dari hanya
tegak mengadap lantai. Tapi memandang Tuah betul-betul memang bukan kerja dia.
Dan seketika masa menjadi terlalu lama antara mereka. Masa juga berhenti
sejenak memandang mereka barangkali.
“Kita kawan?”
lontar Tuah. Dan wajah imah berpaling memandang Tuah. Dia senyum, dan kemudian
angguk, pelahan. Dan terus melangkah pergi.
Dan waktu itu
dunia kembali berbunyi, bising. Dan Manusia berkeliaran mula kelihatan, kerana
Imah dah mula hilang dalam kebanyakan.
Tuah? Masih di
tempat sama. Dan tersenyum. Kali ini manis. Lebih manis dari senyum Imah yang
akhir tadi. Ya, lebih manis dari itu.
Trut Trut! Trut
Trut!
Ah, message lagi.
Memang selalu anti kemuncak macam ni ya, ada bunyi-bunyi handphone segala?
“Ah, no tak kenal
ni lagi” dan click buka.
[Mana ada orang
yang reply sms orang yang dia suka dengan ‘siapa nih?’. Tak cukup suka la kot?
– Kawan Awak]
“Siapa nih?”
berkerut. Dahi. Kemudian senyum. Kali ini lagi manis. Dan nampak gigi. Yang ini
baru macam orang gila. Gila!
[END]
***
{BEGIN SUBPLOT}
Lepas mandi, Tuah kembali ke
handphone yang berbunyi tadi. Waktu itu Mus dah balik. Duduk lama-lama pun
bukan dia nak hidang makan minum untuk si Mus tuh. Rumah bujang kan?
Peti Pesanan. Buka. Baca.
[Sorry]
“Sapa pulak nih? No 011 ni
mana aku ada” dan laju ibu jari berlari pada papan keyboard untuk menjawab
[siapa nih?] dan sent.
No tak kenal ni jangan
dilayan sangat, kat?
{END SUBPLOT}