Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Iffah Afeefah. Show all posts
Showing posts with label Iffah Afeefah. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Ku Hanya Ingin Mencintai

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips



Safiya bangun dan terus mandi. Letih sangat badannya terasa. Semalam entah pukul berapa baru boleh dia melelapkan mata. Kusut memikirkan masalah keluarganya yang memaksa dia kahwin. Kahwin bukan masalahnya. Masalahnya, dia tak punya calon. Dia tak tahu kapankah dia akan jumpa calon yang mampu menggetar rasa di hatinya. Itu tak pernah terjadi. Jadi dia rimas dengan masalah itu.

Kalau boleh dia mahu lari jauh. Lari dari semua masalah yang membelenggu. Dia tahu lari dari masalah takkan dapat selesaikan apa-apa. Tapi dia mahu tenang. Itu misinya. Nasi lemak sebungkus dijamah. Terasa pasir. Sukar untuk dia cerna setiap butir peluh petani itu. Lantas dia menyudahkan suapan terakhir dan menutup semula bungkusan itu.

“Oit kenapa tak habis tu?” Tasnim mengerutkan keningnya. Gelengan saja yang mampu Safiya berikan.
“Piah oi, sejak bila kau reti membazir? Selalu kau yang berleter suruh aku makan habis. Nasi tu nangislah, apalah,” Tasnim memulangkan paku buah keras. Dia tak sedar sahabatnya sedikitpun tak mendengar tiap butir bicaranya.
“Piah!” Nada dikuatkan.
“Hah?” Safiah berpaling laju. Fikirannya serabut. Jiwanya rasa kosong. Ditenung wajah sahabatnya penuh tanda tanya.
“Kau kenapa?” Dia mengambil tempat. Safiya mengeluh.
“Tak ada apalah. Aku tengah fikir benda lain. Sorrylah, aku masuk dulu okey?” Dia membuka langkah. Tasnim yang masih tertanya-tanya dibiarkan di belakang. Dia benar-benar stress!

***

Pemandangan itu terlalu indah. Dia asyik sekali memandangnya. Hinggakan dia lupa yang mana realiti yang mana fantasi. Dedaunan yang gugur begitu menarik di matanya. 

“Kalaulah aku mampu menahan daun itu dari jatuh…” Bicaranya sendiri.
“Hidup ni jangan dibiasakan dengan kalau,” Suara garau menyapa gegendang telinga Safiya. Namun, tak pula dia berpaling. Dia membiarkan saja lelaki itu dengan kata-kata itu. Dia akui dalam diam. Betul apa yang dia sampaikan. Cuma Safiya masih terpesona dengan keindahan bumi korea. Ya, dia di situ. Dua hari dia menghabiskan duit ke sana. Bukan mimpi lagi. Tapi realiti.

“Awak, kenapa awak selalu sangat lepak sini?” Pertanyaan itu mengundang kemusykilan di hatI Safiya. 
“Mana awak tahu?” Dia mula risau dengan kehadiran ajnabi di sebelahnya. Dijarakkan sedikit jarak antara mereka.

“Dari semalam awak berdiri kat sini. Mula saya ingat awak nak terjun tasik ni,” Safiya ketawa.
“Merepek!” Lelaki itu ketawa juga.
“Dahlah, jangan melepak sini. Korea banyak lagi tempat best. Kalau nak saya boleh tunjukkan?” Pelawa lelaki itu. Safiya mengerutkan keningnya.

“Serius, saya dah lama di sini. Semalam saya melukis pemandangan. Tiba-tiba nampak awak berdiri. Maaf saya terlukis awak sekali,” Safiya ketawa. ‘Tak pasal aku jadi model!’ getus hatinya.

“Nak tengok? Esok saya bawakan. Oh ya, berapa lama kat sini?” Lelaki itu benar-benar menyenangkannya. Entah mengapa Safiya tak pula terganggu dengan orang asing di bumi asing.
“Lagi dua hari balik Malaysia balik. Awak buat apa kat sini?” Ringan mulutnya bertanya.
“Saya? Nampaknya awak berminat nak tahu pasal saya. Saya Azham. Lama dah duduk sini,” Safiya sesekali membetulkan tudungnya yang ditiup angin.

“Oh, dengan family?” Azham menggeleng.
“Tak. Sorang. Saya dulu macam awak,” Safiya membuat riak muka pelik. Pelbagai persoalan yang muncul dibenaknya.

“Tak, maksud saya, masa saya sampai ke sini macam awak. Termenung. Saya lari dari hakikat. Sampai sekarang begitu juga,” Safiya terkejut.
“Mana awak tahu?” 
“Saya macam awak sekarang. Banyak menung. Masalah yang saya tinggalkan di bumi sana masih berlegar-legar. Sampai sekarang masalah saya tak selesai,” Ketawanya kecil.

“Dah tahu tak selesai, kenapa tak balik Malaysia?” Safiya pula cuba mengorek rahsia di dalam hati lelaki itu. Entah mengapa ramah dia melayan. Sedikitpun tiada rasa takut dengan lelaki itu. Rasa selamat adalah.

“Saya tunggu suri hati saya bawa saya balik. Tinggalkan kenangan dulu, bina masa depan. Sebab tu saya lebih suka duduk di tempat orang. Sebab tiada kenangan yang menyakitkan di sini. Awak pun rasa begitukan?” Azham membuang pandang ke air yang tenang. Berbeza pula dengan hatinya yang berkocak hebat. Ya, godaan rasa ingin menyintai kembali. Kali ini dengan gadis sebelahnya.

“Dah jumpa suri awak?” Safiya simpati.
“Dah…tapi…” 
“Tapi apa?” Rasa ingin tahunya membuak-buak.
“Tapi sudike awak jadi suri saya tu?” Terpana. Safiya memandang lelaki itu. Renungan mengharap pengertian. Namun, hanya senyuman yang dia dapat. Dan lama kelamaan dia pun senyum juga. Cinta mula tumbuh meliar dalam hatinya. Siapa Azham dan kenapa Azham? Dia tak dapat jawapan. Yang pasti dia telah jatuh cinta!



Hak Cipta: Iffah Afeefah

Thursday, April 26, 2012

Hanya Sebuah Puisi

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Lariannya makin laju. Letih diketepikan. Yang penting pensyarahnya dapat dikejar. Termengah-mengah Ain Soliha apabila sampai di tempat letak kereta. Nama pensyarah itu dilaung kuat sekali. Hampir semua orang di sekeliling memandang. Dia tak peduli. Semuanya berkata sendiri. mungkin mengata dia. Ain tak peduli semua tu.

“Encik Hakimi wait!!!” Hakimi terkejut. Wajahnya menyinga. Pantang sungguh dia diganggu di waktu begini.
“Awak ni tak reti hormat orang lain ke?” Pedas pertanyaan itu. Ain Soliha tergamam.
“Apa salah saya?” Nafasnya masih tak teratur. Letih dia berlari. Semata-mata nak tanya pasal assignment. Moodnya ke laut. Geram hatinya dengan lagak lelaki itu.

“Berani awak tanya? Awak dah lah perempuan. Buatlah cara macam perempuan. Terpekik terlolong macam puntianak. Saya dapat agak yang awak mesti tak ada pakwe lagi kan?” Sinis sungguh. Hakimi memandang atas bawah. Tudung melekat di kepala. Namun, tak menunjukkan perilaku yang baik. Dia berpaling semula ke keretanya. Malas melayan pelajarnya itu.

“Apa kaitan dengan Encik? Saya tak pernah menyusahkan orang pun. kalau saya salah saya minta maaf tapi tolong jangan cakap macam tu lagi…” 

Air mata berlinangan. Terasa sungguh hati kecilnya. Entah apa salahnya. Setiap perbuatan pasti mengundang kata-kata sinis dari lelaki itu. Lelaki yang dikagumi suatu ketika dulu berubah menjadi benci. Benci dengan sikap lelaki itu. Benci dengan segalanya. Hakimi termangu. Perempuan itu menangis. Gara-gara dia! Namun, egonya terlalu kukuh untuk dirobohkan hanya kerana air mata. Dia lantas menghidupkan enjin dan berlalu pergi. 

Sejak itu, Ain Soliha akan menjauhkan diri darinya. Pasti mengelak jika terserempak. Hakimi sedar kenyataan itu. Namun, dia masih keras hati. Dia tak salah. Pada pendapatnya perempuan itu patut diajar. Diajar untuk menjadi sopan santun dan menjadi ciri-ciri muslimah yang baik. Dia anti sungguh dengan perempuan sebegitu. Kisah lampau membuatkan dia menjadi begitu.

~~~~~~

“Kimi, kau tak boleh ikut sangat perasaan kau tu,” Faizal cuba menasihatinya.
“Aku tak boleh. Aku tak boleh berdepan dengan dia beb. Dia betul-betul macam Amylia. Kau tak faham perasaan aku ni,” Hakimi membuang pandang ke pemandangan Kota Raya yang sibuk.

“Aku faham. Tapi apa salah budak tu. Dia cuma jadi dirinya. Mungkin personaliti diorang sama. Dia bukan Amylia. Amy dah bahagia pun sekarang. Kau jangan hukum semua perempuan hanya sebab dia. Tak adil namanya tu,” Faizal menjadi geram. Kalau dia di tempat Hakimi pasti dia tak memilih untuk benci. Benci pada orang yang salah pula.

“Kau tak berada di tempat aku beb. Kau tak faham. Betapa seksanya aku bila dia buat aku macam tu. Aku macam orang bodoh. Datang meminang tapi ditolak mentah-mentah. Aku malu. Aku ingat dialah gadis yang akan membahagiakan aku…” Air mata pun bergenang. Faizal tergamam. Begitu sakit hati memikirkan kisah sahabatnya. Namun, dia tetap tak berpuas hati. Dia kasihan dengan orang yang tak ada kaitan langsung dengan kisah kecurangan Amylia. Tak semestinya semua perempuan sama. Faizal tahu dalam diam Hakimi meminati pelajarnya sendiri. dia tahu sangat hati lelaki itu. Tapi ego menghalang. Kisah lalu hanya alasan. Dia tahu dia perlu berbuat sesuatu. Dia tahu Ain Soliha mampu mengubah perspeksi sahabatnya tentang cinta. Dia mahu sahabatnya bangkit semula.

~~~~~~

Ain Soliha terpegun memandang puisi itu. Baginya begitu indah. Terlalu dalam maknanya. Nama pena penulis itu hanya -his- membuatkan dia makin teruja mengenali si penulis. Lama dia merenung puisi itu. Ain membaca satu persatu. Cuba menghayati setiap bait kata milik si penulis. Jiwanya terusik yang pastinya.

Rasa ini
Berlegar-legar
Penuh selirat
Mencengkam dada

Rasa ini
Melelahkan diri
Menuntas jiwa
Melepas lara

Rasa ini
Takkan berhenti
Masih segar
Mendiam raga

Air mata menitis. Jiwa penulis seakan dia fahami. Lantas dia menyalin semula puisi di blog itu. Suka dia membacanya berulang kali. Rasa ini seakan sama. Sama dengan rasa yang si penulis rasa. Rasa ini sungguh aneh. Ain terbuai rasa dalam diam. Dia sedar yang dia sedang menyintai sesuatu yang mustahil baginya. Dia mencintai orang yang dia benci. Serabut otak memikirkan rasa yang menjerat jiwa. Dia menangis semahu-mahunya. Dia menangis kerana dia terlanjur mencintai pensyarah yang dibenci. Dia kini benci dengan diri sendiri.

~~~~~~

Dia membisu. Lama. Entah mengapa hatinya kacau bilau jadinya. Memang ini pernah menjadi harapannya dulu. Namun, ia amat mustahil untuk digapai. Dia memandang lelaki di sebelahnya. Hakimi!~

“Kenapa pandang macam tu?” Hakimi tak betah diperhatikan begitu. Entah mengapa dia terjerat dengan mainan jiwa sendiri.
“Kenapa saya? Kenapa awak pilih saya?” Ain cuba memahami situasi mereka kini. Dia bingung sebenarnya.

“Saya tak tahu. Hati saya membisikkan nama awak setiap masa. Sejak saya mengajar awak lagi. Saya cuba tolak hakikat tu dengan kenangan silam. Tapi tak boleh. Jadi inilah hasilnya,” Hakimi akui. Dia kalah. Kalah dengan perasaan sendiri. Kini, dia dan Ain sah menjadi suami isteri. Ain Soliha menyatakan dia menerima hanya kerana tak mahu keluarganya kecewa. Walau dia gembira tapi dia tak mahu menunjukkan. Dia masih ada harga diri.

“Senang awak kan. Bila awak benci, awak herdik saya. Marah depan orang ramai. Bila awak suka, awak terus pinang tanpa tanya saya dulu. Awak ingat saya ni apa?” Ain melampias amarahnya.

“Saya minta maaf. Tapi saya serius sukakan awak. Saya akan cuba sayang awak. Cuba belajar mencintai awak pula,” Ain terkedu.

“Awak…senangnya lelaki melafazkan cinta kan? Awak, saya minta maaf. Hati saya tak boleh dipaksa. Saya dah mula suka seseorang. Walaupun kita dah sah suami isteri, saya harap awak faham,” Ain sengaja mengatakan itu. Bukan dia mahu jadi isteri yang zalim. Tapi perasaannya berbaur. Rindu kepada si penulis mengganggu rasa cinta dalam diam terhadap Hakimi. Dia buntu.

“Apa? Kenapa awak terima? Sampai hati awak menduakan suami awak pada hari pertama kita sah nikah?” Hakimi kecewa. Jelas air matanya bergenang. Luluh hati mendengar kata cinta isteri terhadap orang lain.

“Saya minta maaf. Tapi saya sukakan hasil tulisan dia. Puisi tu menghantui saya. Saya terima awak tapi saya tak dapat lari dari mengimbau puisi itu sentiasa,” Hakimi terduduk.

“Puisi apa yang berhantu sangat tu? Sampai awak tegar begini?” Ain menggeleng. Dia tahu dia salah. Tapi hatinya tak tentu. Di sini cinta. Di sana sayang. Mustahil dia akan lupakan bait puisi itu.

“Puisi itu indah. Simple tapi bermakna. Setiap kali saya baca, saya rasa dekat dengan si penulis. Dengan tajuk, ‘Rasa Ini’ sudah bisa membuat saya membuai rasa misteri…”

“Wait, apa tajuk puisi tu?”
“Rasa ini. Why?” Ain berkerut. Lebih-lebih lagi lelaki di depannya ketawa berdekah-dekah. Hakimi mengalirkan air mata gembira. Gembira cintanya disambut hanya kerana sebuah puisi.

“Sayang, thank you very much. Saya tahu awak memang sayangkan saya. Just admit it,” Hakimi terus memeluknya. Ain Soliha terpinga-pinga. Namun, setelah Hakimi menyebut satu persatu bait puisi itu. Barulah dia faham. –his- dan Hakimi orang yang sama. Dia jatuh cinta dua kali pada orang yang sama. Ain malu. Malu dengan luahan sendiri.

“Awak ni kan…” Satu ciuman hinggap di pipinya. Ain tersipu. Hakimi bahagia. Cintanya berbalas. Puisi itu sebenarnya memang ditujukan untuk Ain. Semakin dia lari dari rasa itu, makin dekat rasa itu mendatang. Akhirnya, dia mengaku. Dia juga mempunyai rasa yang sama. Setelah jiwa dipermainkan wanita bernama Amylia. Dia berjaya membuka hati untuk orang lain pula. 

Hak Cipta: Iffah Afeefah

Tuesday, February 28, 2012

I Love You Cikgu

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Iffah Afeefah


Malam ini sunyi rasa. Tangan masih mengetuk keyboard netbook. Jarinya tak pernah letih. Entah kenapa jari laju menari di atas huruf-huruf yang sentiasa setia di situ. Kedengaran pintu ditolak perlahan.

"Oi, laju menaip. Tak nak tidur ke?" Terperanjat Aimie. Dia memberikan senyuman kepada Suhaily. Teman serumahnya.

"Belum mengantuk. Jari ringan nak menaip hari ni. Baru balik? Cik abang mana?" Suhaily sengih.

"Dia yang hantar tadi. Baru je," Aimie tersenyum tumpang bahagia.

"Dah pergi tidurlah. Lewatkan ni? Sibuk berjalan," Aimie membebel. Lagak seorang kakak. Tugasnya sebagai guru tak menghalang minatnya mengarang. Cerita pendek sentiasa dekat di hatinya.

xxxxx

"Cikgu, nah surat untuk cikgu," Terkejut dengan sergahan itu Aimie segera berpaling. Boboi aka Khairul sedang tersengih-sengih.

"Eh Khairul, kamu tak ada kelas ke?" Geram Aimie melihat kanak-kanak itu. Umur 12 tahun tapi macam orang dewasa.

"Ada. Tapi saya pergi toilet tadi. Dah jumpa cikgu kat sini," Masih tersengih.

"Dah pergi masuk kelas. Oh ya, siapa bagi surat ni? Kamu?" Boboi segera menggeleng.

"Ada abang tu yang bagi. Dia suruh sampaikan je," Aimie berkerut.

"Tak apalah, nanti cikgu check. Kamu pergi kelas cepat," Boboi terus berlari ke arah kelasnya.

xxxxx

Hai cikgu!
Ops lupa. Assalamualaikum cikgu Aimie.
Kekok pulak tulis surat macam ni.
Yelah zaman sekarang orang guna MukaBuku.
Tapi sebab cikgu tak nak approve friends kat MukaBuku terpaksa saya guna cara kuno ni.
Harap cikgu tak kisah.
Hehe cikgu busy eh?
Tengah mengajar?
Saya nak kawan dengan cikgu je.
Maaf saya kalau ganggu.
Esok nantikan surat dari saya lagi ya.
Selamat berkenalan cikgu Aimie.

Ps: I love you, cikgu!

Aimie terkedu. Tulisan begitu kemas. Tak kan budak-budak yang menulisnya. Siap ada ungkapan cinta. Memang sangat berani.

"Mie, tak ada kelas? Pukul 9.10 dah ni," Ustazah Sunah menegur.

"Eh ada-ada. Lupa pulak saya ustazah," Kelam kabut Aimie melipat semula surat cinta itu. Ustazah Sunah hanya menggeleng.

xxxxx

"Elly, awak nak keluar ke?" Aimie menegur Suhaily yang baru selesai mandi.

"Er aah. Nak keluar. Barang kahwin tak cukup lagi. Kenapa?" Suhaily pelik.

"Ni bungkuskan saya makanan. Lapar. Malas pulak nak keluar hujung minggu macam ni,"

"Oh okey je. Tapi lambat sikit. Nanti awak mesejlah nak makan apa. Jangan menghadap benda tu je," Suhaily memuncungkan mulut ke arah netbook teman serumahnya. Aimie ketawa.

"Ala macam tak biasa,"

"Dah biasalah saya tegur. Keluarlah cuci mata. Tengok dunia luar. Mana tahu ada yang melekat," Aimie menelan air liur. Inilah bab paling dia tak suka. Lelaki, cinta, kahwin.

"Dia dah mula dah," Aimie lari masuk ke dapur. Suhaily menggelengkan kepala. Gelagat teman serumahnya memang betul-betul memeningkan.

xxxxx

Tangannya laju menaip url mukabuku. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan yang menulis surat cinta dua hari lepas. Semalam puas dia menanti. Namun, boboi tak muncul membawa warkah untukya. Sungguh misteri.

"Aku terpengaruh dengan surat cinta tu kenapa? Adoi!" Keluhnya.

"Mencintai aku dengan seadanya, mencintai aku bukan kerana rupa, dalam waktu sedu, dalam waktu hiba, ku harapkan dia rela..." Ringtone memanggil Aimie mengangkat segera.

"Hello assalamualaikum," Aimie malas sungguh nak melihat nama yang tertera. Sudah menjadi tabiatnya.

"Waalaikumsalam. Cikgu ni boboi," Aimie terkedu.

"Boboi? Boboi mana pulak," Blur.

"Boboi anak murid kesayangan cikgulah," Ketawa berdekah-dekah. Aimie mula sedar. Inilah boboi satu dalam seribu tu.

"Lah, boboi kelas 6 Cerdas tu kan? Kenapa call cikgu ni?" Boboi mengekek ketawa. Boboi panggilan secara tak sengaja sejak menonton maharajalawak. Bermula dengan gurauan akhirnya melekat panggilan Boboi untuk anak muridnya.

"Abang tu pesan kat cikgu. Dia tak ada kat sini. Minggu depan dia bagi surat lagi,"

"Abang mana Khairul? Surat apa pulak?" Sengaja dia pura-pura tak ingat. Malu sekiranya 'abang' itu tahu hal sebenarnya.

"Abang yang bagi surat tulah. Cikgu, saya nak datang rumah cikgu boleh?" Tekak terasa berpasir.

"Ai kamu nak datang buat apa? Cikgu tak ada kat rumah,"

"Tipu. Saya nampak kereta cikgu," Mati aku!

"Cikgu keluar dengan kereta kawan. Okeylah boboi. Kita jumpa kat sekolah je ye. Bye," Panggilan segera dimatikan. Risau kantoi dengan anak murid sendiri.

"Siapa gerangan 'abang' tu," Teringat surat yang misteri. Aimie segera melihat MukaBuku untuk mencari siapakah lelaki yang bergelar 'abang'.

xxxxx

"Tahniah, awak sangat cantik," Mereka berpelukan.

"Apa pulak? Saya biasa je. Ni mak andam yang mekapkan. Ikutkan hati tak nak letak apa-apa," Tangan sibuk mengelap muka. Tak selesa dengan tepekan yang pelik di muka.

"Tak sangka awak kahwin jugak akhirnya," Aimie tersengih mendengar. Siapa sangka lelaki misteri itu berjaya mencuri hatinya dengan hanya sekeping surat.

"Elly, awak dah makan belum? Suami mana?" Aimie terlupa menjemput rakan serumahnya satu ketika dulu untuk makan.

"Ada tu tengah borak dengan your hubby. Siapa sangka rupanya jodoh awak dengan dia. Saya tumpang gembira,"

"Cinta tak kenal siapa Elly. Cinta hadir tanpa saya duga. Ingatkan saya akan menjadi penghuni setia rumah sewa kita tu," Keduanya ketawa.

"Eh borak apa ni? Jomlah makan," Suami Elly mencelah. Pantas Uzair mencapai tangan isterinya. Aimie tersenyum malu. Uzair yang sebenarnya guru sekolah itu. Tak sangka sebenarnya cinta mereka bertaut atas pertolongan kanak-kanak berumur 10 tahun.

"Ala, saja nak borak dengan pengantin. Jom Uzair, Aimie. Makan sekali,"

"Tak apalah. Kenyang lagi ni," Uzair menolak sopan.

"Ala, dia kenyang tengok muka isteri dia. Jangan ganggulah yang," Usikan Wan berjaya buat Uzair dan Aimie tersipu malu.

Xxxxx
Aimie letih. Sudah seminggu mereka bergelar suami isteri. Namun baru semalam dia dan Uzair mengemas rumah baru. Uzair sememangnya sudah membeli rumah. Hanya tinggal dihuni bersama suri bertuah. Dialah suri itu. Aimie terpandangkan satu kertas kecil di meja kerja suaminya.

“Eh nota apa ni? Tadi macam tak ada,” Omel sendirian.

“Hah?” Mulut ternganga dan segera mengukir senyuman.

Abang keluar kejap.
Ps: I love you, cikgu

Aimie tersenyum sendirian.

xxxxx

Inbox MukaBuku

Sender: Khairul

Amboi cikgu! Sejak berduet dengan abang. Lupa terus adik boboi.

Reply:

Eh mana ada lupa boboi. Awakkan anak murid cikgu dunia akhirat. Terima kasih boboi. =)

Reply:
Ada. Yalah saya jugak yang keseorangan.

Reply:
Adik cikgu ada. Nak? Kecik-kecik dah gatal Khairul ni=P

Reply:
Belajar dari abang Uzairlah. Nak-nak!

Reply:
Oh ikut perangai 'abang' ye. Nanti dah besar baru fikir ye Khairul.

Reply:
Merajuk. Cikgu pun dah kahwin. Tinggallah saya je yang bujang.

Reply:
Eh budak. Awak tu darjah 6 baru. UPSR pun tak lepas lagi. T_T

Reply:
Kalau saya dah besar cikgu nak kahwin dengan saya tak?

"Apa bendalah anak murid aku sorang ni. Bahaya-bahaya," Aimie mengomel sendiri.

Reply:
Cikgu mestilah tak boleh kahwin dengan awak. Cikgukan dah kahwin =P

"Mie, dah masak belum? Abang dah lapar ni," Uzair separa menjerit dari ruang tamu.

"Baik!" Segera dia mengelik butang pangkah. Risau suaminya terbaca. Nanti lain pula ceritanya.

xxxxx

"Ya Allah panjangkanlah jodoh kami agar kami dapat bersama mengecap nikmat dunia dan mengejar cintamu hingga ke akhirat sana," Uzair menamatkan doa. Aimie tersenyum. Solat berjemaah menenangkan jiwa mereka. Terima kasih ya Tuhan.

"Abang nak baca Quran kejap. Mie nak baca sekali?" Uzair kekok.

"Kejap lagi. Abang bacalah dulu," Aimie ternampak nota kecil di atas meja solek. Uzair sedang khusyuk membaca al Quran. Segera dia mencapai nota itu. Pelik.

Jom solat.
Ps: Cikgu Uzair sayang cikgu Aimie sangat-sangat=)

Aimie tersenyum membaca nota cinta itu. Sudah menjadi tabiat suaminya. Suka menulis pesan dan kata-kata cinta dalam kertas. Sebab suaminya memang pemalu. Malu untuk luahkan rasa secara bersemuka. Aimie bersyukur. Walaupun pelik ia tetap romantik.

"Terima kasih boboi. Tanpa kamu, cikgu takkan bahagia sebegini," Aimie melafazkan dalam hati. Setelah itu, dia mencapai al-Quran. Malam itu dipenuhi suara merdu pasangan bahagia.


Thursday, February 23, 2012

I Hate Love Story

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Iffah Afeefah


“Wei, korang ni asyik lepak dalam bilik je. Tak bosan ke?” Meera melihat ke luar tingkap.
“Tak,” Hampir serentak keduanya menjawab. Meera mendengus geram. Dia kebosanan.
“Jomlah keluar. Tengok wayang ke apa ke,” Dia berusaha lagi.
“Tak naklah. Kitorang dah melekat tengok Secret Garden ni,” Z menjawab. Nama sebenarnya Zahirah.
“Ala Z. Aku tak layan cerita cinta bagai. Bosan tau,” Meera geram. Lantas dia bersiap. Dia nekad keluar sendirian. Z dan Wani terus leka dengan cerita itu.

***

“Lep kau ada mana?” Haire memerhati sekeliling.
“Alamak Ri. Aku ada kerja tetiba. Kena fly kelantan,” Alif ujar dengan nada bersalah.
“Tak apalah. Aku dah ada kat sini. Tahulah aku nak buat apa,”
“Sorry Ri. Aku balik kita outing sama. Janji!” Alif memutuskan talian. Tergesa-gesa bunyinya. Haire mengeluh.
“Apa aku nak buat ni?” Dia terus mendapatkan kerusi. Letih pula berdiri.
“Eh saya punya tempat ni,”
“Alamak, saya dah duduk. Nak buat macam mana?” Haire sengih.
“Bangun jelah balik. Lagipun saya perempuan,” Haire tersenyum. Dia terus bangun.
“Ambillah. Saya bukan apa, cuma tak suka bergaduh dengan orang perempuan. Tak berbaloi,” Sinis berkata.
“Apa awak kata?” Geramnya memuncak.
“Haire, saya Haire,” Sengaja dia memperkenalkan diri.
“Tak ada hati nak berkenalan dengan lelaki macam ni. Sakit hati!” Dia segera bangun.
“Eh tadi kata nak duduk cik…” Haire memintas.
“Asyikin. Puan Asyikin,” Dia berlalu. Haire tersenyum penuh makna. Langkah Asyikin diperhatikan. Hati terasa sesuatu. Tak pernah berdebar sebegini laju. Dia mengekori perempuan itu seharian.

***

“Rimas!” Meera membentak.
“Eh kenapa kau ni?”
“Rimas dengan mamat sekor tu. Kelmarin asyik ikut aku. Sampai aku layan wayang pun dia ikut. Hari ni dia sibuk kat kampus kita,”
“Eh dia ada kat kampus? Dia siapa?” Wani pelik.
“Entah. Selama ni tak pernah nampak pun,” Meera menjawab.
“Kalau tak suka kau ignore je. Biasalah buaya,” Z mencelah.
“Masalahnya aku dah tipu dia. Tapi dia tetap ikut aku,”
“Tipu apa?” Wani bertanya.
“Aku kata nama aku Asyikin. Puan Asyikin,” Ketawa serentak.
“Kau ni betullah. Kalau dia nak berkenalan pun apa salahnya,”
“Z, aku tak teringin mamat macam tu. Lagipun tak minat cinta-cinta ni,” Meera mengeluh.
“Ala kau jangan cakap je. Tup tup esok memang betul kau jadi puan. Puan Meera Asyikin. Baru kau tahu langit tinggi rendah,” Z bercakap ala ahli falsafah pula. Meera ketawa.
“Mustahil okey,” Wani hanya tersenyum. Mungkin betul kata Z tu.

***

“Ira, meh tolong abang,”
“Kenapa?” Meera melaung saja. Malas rasanya nak bangun.
“Ala, Ayin menangis. Nak susu agaknya,” Haire berjalan ke depan.
“Buatkan je susu botol untuk dia,”
“Amboi, anak kita mana boleh minum susu tepung ni. Sakit perut dia nanti,” Haire tak mahu mengalah. Meera masih leka.
“Ira! Cepatlah. Kesian Ayin,” Meera menekan button pause.
“Ira tengah tengok cerita ni. Alahai anak mama ni,” Ayin bertukar tangan.
“Cerita apa Ira tengok tu? Sampai tak nak berganjak. Dua jam dah abang balik tau,”
“Eh dah lama rupanya abang balik,” Sengih.
“Ira mana nak sedar. Duduk tengok cerita korea 24 jam,” Nada rajuk.
“Ala mana ada 24 jam. Nak solat, masak, kemas rumah lagi, jaga Ayin,” Leternya.
“Abang tahu. Tapi kalau dah anak nangis tak perasan. Susahlah macam ni sayang oi,” Haire geram.
“Okey, nanti Ira letak buaian Ayin kat sebelah. Senang nak dengar,” Ketawa Meera.
“Abang serius ni,” Meera mengangkat keningnya.
“Apa pulak abang ni? Apa salahnya nak tengok cerita?”
“Abang tak kata salah. Tapi dah terlebih fanatik pun susah jugak. Kesian abang tengok Ayin ni,” Haire meraup wajahnya. Sesal kemudian memang tak berguna.
“Abang, Ira jaga dia. Ira tak lupa tanggungjawab pun. Cuma tadi part best. Tu sayang nak pause,”
“Memanglah cerita cinta best. Lagi-lagi korea ni. Tapi ingat, awak bukan anak dara lagi. Awak ada suami, anak. Jangan terlalu seronok tengok sampai anak lapar pun tak nak peduli. Abang suka jugak cerita korea. Cuma nak awak beringat,” Ceramah bermula.
“Habis siapa yang pujuk Ira sukakan cerita cinta? Siapa yang asyik ajak tengok masa memula kahwin dulu? Siapa???” Meera terus berlalu dan mengunci bilik.

***

Buat isteriku yang sedang merajuk,
Sayangku Meera, surat ini bukanlah bertujuan untuk mengeruhkan keadaan. Sayang, sebagai suami abang rasa tak salah kalau abang tegur kesalahan sayang kan? Tapi abang jugak minta maaf sebab puncanya dari abang. Abang salah.

Mula-mula abang bagi hantaran cd korea. Abang ingat lagi 5 drama sekaligus. Family abang geleng kepala je masa abang berkeras suruh letak kat dulang hantaran. Kesian sayang malu dengan tetamu yang datang. Sebab tak pernah dibuat orang.

Lepas kita sah suami isteri abang paksa sayang tengok cerita cinta sampai tengah malam. Walaupun abang tahu Ira tengah mengantuk sangat masa tu. Abang jugak beli TV LCD dan Astro Beyond sebab Channel lebih banyak dari biasa.

Abang kadang biarkan sayang tertidur kat sofa sebab nak tunggu ending cerita cinta tu. Maafkan abang sayang. Memang salah abang. Ira, jangan merajuk lama-lama abang rinduuuu…

Yang menanti di luar pintu,
Suamimu tercinta

Meera tertawa senang. Segera pintu dibuka. Bahagia milik mereka selamanya. Benarlah kata orang kalau benci jangan melampau nanti akhirnya jatuh suka. Meera yang dahulunya selalu mengatakan "I hate love story" bertukar kepada Meera yang fanatik dengan love story.

Sunday, December 18, 2011

Cinta Tersimpul Rapi

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Deruman kereta kedengaran dari luar rumah. Suamiku telah pulang dan aku masih kaku di tepi tangga. Sungguh peristiwa malam itutakkan dapat aku lupakan. Aku takut. Tapi aku berdiri tanpa berbuat apa-apa. Aku pasti suamiku akan membelasahku lagi. Seperti semalam. Ya, semalam yang perit. Hanya Allah S.W.T yang tahu betapa deritanya.

Gedegang!!!!

Bunyi pintu dihempas. Aku melihat suamiku dengan mata yang kabur dek air mata yang telah bertakung. Hanya menanti masa untuk meletus. Aku memandangnya dengan sayu. Hatiku berbisik. Tidakkah suamiku lupa tentang peristiwa mengaibkan semalam? Kenapa pandangannya begitu.

Suamiku pandang semula. Matanya redup. Mata itulah menarik hatiku mendekati dan menerima dia pada malam pernikahan. Mata redup bak Zul Huzaimy membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama kepada bakal suamiku. Sudah tuga bulan kami melayari bahtera perkahwinan. Hidup kami sederhana. Kami bahagia. Mungkin aku sahaja yang bahagia kalau bahagia pasti peristiwa semalam tak berlaku lagi. Sungguh aku malu dan takut.

“Aaa.. bang…” tegurku kerana terlalu lama sang pemilik mata redup memerhatikan aku. Aku takut.

Seakan suamiku tersedar dari lamunan. Sungguh aku hairan. Dia terus berlari mendapatkan tubuhku yang kecil molek ini. Lantas didakapnya dengan penuh rasa sayang. Aku sukakan pelukan sebegini. Aku menangis teresak di dadanya. Suamiku yang aku cintai walaupun bukan pilihanku sejak awal lagi.

“Maafkan Jiha, bang,” suaraku kelam dek esakanku yang kuat. Aku menangis lagi. terasa tubuhku ditolak kedepan dengan perlahan. Saat itu mata kami bertentangan. Debar di dada makin terasa. Aku hairan dengan perubahan ini. Sebelum ini belum pernah dia memelukku bersendirian. Selalu hanya lakonan semata. untuk mengaburkan mata-mata yang memandang. keluarga yang prihatin dan jiran tetangga yang sentiasa menjadi SPY.

“Abang yang patut minta maaf pada Jiha, Jiha isteri yang baik. Abang yang…” aku mendiamkan suamiku. Jari ini kuletak di bibirnya. Aku hanya menggeleng. Jika ini takdirnya, aku terima dan redha Tuhanku. Pelukan itu kembali bertaut sehingga fajar terbit esok hari. Bahagia milik kami.

Aku terjaga. Aku tidur berbantalkan lengan suamiku. Aku sangat gembira. Inilah saat-saat yang ku tunggu-tunggu. Bukan wang dan emas yang menjadi utama tapi kasih suci dari suami tercinta. Benarlah kata orang cinta boleh dipupuk. Aku tersenyum bahagia.

Aku menyiapkan sarapan istimewa kerana kami akhirnya bergelar suami isteri dalam istilah sebenar. Sebagai isteri aku mula sedar tanggungjawab yang perlu aku laksanakan. Aku teringat ceramah Ustaz Kazim Elias tentang kelebihan bagi isteri yang taat suami. "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, dan menjaga kemaluannya drpd melakukan perkara yg haram dan toat pula ia pada suaminya, maka akan dipersilakan ia masuk ke syurga dari mana mana pintu yang ia kehendaki"- HR Ahmad dan Thabrani. Aku bukanlah hamba yang jahil namun bukan pula yang warak. Jadi segala ilmu yang aku dapat, aku jadikan pedoman hidup.

Suamiku tiba. Tubuhku ditarik dan dipeluk dari belakang. Aku suka. Aku bahagia. Tipulah kalau aku kata tidak. Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku hairan. Kenapa tiba-tiba suamiku berubah laku? Sungguh aku tak mengerti. 

Aku berpaling kepadanya. Riak wajahnya berubah. Aku tarik tangan suamiku ke ruang tamu. Kami perlu berbincang. Itulah yang perlu kami buat ketika ini. Wajahnya masam mencuka. Aku tak faham reaksi suamiku itu. Namun, aku kuatkan semangat. Cerita kelmarin aku rungkaikan satu persatu. Dia mula tak senang duduk. Aku nampak segalanya. Aku sebagai isteri ada hak. Aku bukan hamba abdi yang tak ada hak langsung. Sebagai wanita islam aku perlu bangkitkan diri dari tersu dibelenggu dengan beribu persoalan. 

“Jiha nak abang berterus terang dengan Jiha. Kenapa malam itu abang mencabul hak Jiha. Kenapa abang tak minta dengan elok? Kenapa abang???” Aku mula menangis. Terasa begitu rendah martabatku sebagai isteri.

“Jiha, maafkanlah abang…” kata-kata suamiku terhenti. Aku mendongak. Linangan air mata tak mampu aku hentikan. Hilang segala ego yang ada pada diri. Kali ini aku lemah di hadapannya. 

Pagi damai itu menjadi saksi. Segala telah terungkai. Aku kini dapat senyum dengan tenang. Hatiku jauh lebih bahagia. Rahimku telah terisi. Hampir enam bulan sahaja lagi akan ku bergelar seorang ummi kepada anakku. Aku sungguh bersyukur.

Diariku yang disayangi,
Aku terkejut sebentar tadi. Rasa mahu melompat. Aku dilamar oleh suamiku sendiri. cintanya yang ku damba telahpun menjadi milikku. Aku bersyukur sangat. Rupanya sebelum malam itu suamiku terlihat aku berbual dengan rakan sekerjaku dengan mesra. Kemudian timbullah gossip yang tak enak didengar. Rakan sekerjaku pula pernah meminati aku sebelum ini. Hati siapa yang mampu menahan gelora amarah jika isteri sendiri curang. Malam itu aku telah menjadi mangsa amarahnya. Dalam terang aku dinodai seorang lelaki yang amat ku cintai. Seorang lelaki yang bergelar suami. Namun, aku redha. Aku tak pula menyimpan dendam bahkan aku menganggap segala yang terjadi ini hikmah dan rahmat ALLAH S.W.T. kepada keluarga kami. Insyaallah, benih halal ini akan menjadi anak yang soleh kelak. Aku gembira tak terkata. Buat suami, sambutlah kasihku ini kerana kasihku padamu takkan pernah luput dan cintaku kepada tetap utuh bersandarkan agamaku. Salam sayang diari. Aku mahu melelapkan mata. Suamiku telah lama berdengkur menantiku berada disisinya. Good night!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...