Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, May 17, 2012

Without Words

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Awak, tanpa kata, awak telah membuatkan saya jatuh hati pada awak. Mungkin tidak pada saat pertama kali kita bertemu. Yaa… saya pasti tentang itu. Hati saya pada orang lain saat kita berkenalan. Saya masih ingat lagi bagaimana kita berkenalan. Setiap ayat yang saya ucapkan pada awak, ayat yang awak ucapkan pada saya, pada kali pertama kita berkenalan, saya masih ingat. Minda saya tegar mengingati ayat-ayat yang terkeluar dari mulut kita berdua.

Awak, tanpa kata, awak sakitkan hati saya. Awak buat hati saya terluka tanpa sebab yang saya sendiri tidak ketahui. Setiap kali nampak awak dengan perempuan-perempuan, setiap kali itulah, hati saya sakit. Saya hairan ketika itu, kenapa hati saya sakit melihat situasi itu sedangkan saya pasti, saya tidak punya perasaan pada awak ketika itu.

Awak, tanpa kata, dengan layanan yang dingin, awak lukakan hati saya. Hati saya sakit tahu. Saya tahu, saya tidak layak untuk berbual dengan awak. Tidak layak untuk mengutarakan walaupun sepatah perkataan kepada awak. Saya sedar siapa saya. Tidak secantik perempuan-perempuan di samping awak.
Awak, tanpa kata, awak ignore saya setiap kali kita face to face. Mungkin ianya salah saya. Saya yang layan awak dengan dingin dulu. Saya yang ignore awak dulu. Then awak balas balik. Ah… maaf. Saya tidak berniat untuk bertindak sebegitu. 

Awak, tanpa kata, awak buatkan saya jatuh hati pada awak. Saya tahu awak dan saya dari dua dunia yang terlalu berbeza. Dunia awak bukan kesukaan saya dan dunia saya membosankan awak. Saya tidak tahu bila masa saya rasakan saya jatuh hati pada awak. Yang saya tahu, permulaan dari kita kenal, saya tidak suka awak. Entah mengapa. Mungkin disebabkan kisah-kisah tentang awak yang selalu seorang kawan saya ceritakan. Tentang roomatenya yang selalu bersama dengan awak. Yaa.. roommate kawan saya itu telah menjadi kekasih awak bukan? Akhirnya… mungkin mulut saya terlalu manis sehinggakan apa yang saya cakapkan pada awak, menjadi kenyataan. 

Yaa…saya masih ingat lagi tentang di mana saya menyebut nama roommate kawan saya itu, mengandaikan roommate kawan saya itu kekasih awak tetapi awak menidakkan. Dan sekali lagi, bila saya tanya awak beberapa minggu yang lepas, awak cakap awak dengan dia. Dia kekasih awak. Tahukah awak betapa hancur hati saya.

Yaa… saya sudah tahu hal itu. Andaian saya tidak pernah mengecewakan saya. Saya andaikan dia kekasih awak dan betullah. Tapi mengapa harus saya terluka dengan berita itu. Berita itu benar dari saat saya membuat andaian.

Dan kini, setiap kali terserempak dengan awak, hati saya sakit. Saya takut setiap kali berjalan-jalan di situ mahupun pergi kelas. Takut untuk terserempak dengan awak lagi. Saya ingat lagi, ketika saya dan awak dalam satu kumpulan perkhemahan, saya mahu saja menyambut huluran tangan awak, ketika kita mendaki bukit, tapi saya menolak. Mengatakan saya boleh naik dengan sendiri. Saya ego.

Dan kini, saya terserempak dengan awak lagi. Beberapa hari lepas, seperti biasa, hati saya sakit. Dan perasaan menyampah kembali muncul di hati saya. Saya harap rasa menyampah itu kekal bilamasa kita berjumpa lagi di masa akan datang. Yaa… awak tahun akhir sekarang dan saya masih lagi di sini, menghabiskan sisa setahun. Mungkin dengan aman tanpa kewujudan awak lagi. Mungkin. 

Saya menunggu hari itu. Hari di mana saya boleh berjalan dengan rasa tenang dan selesa tanpa mengharapkan akan terserempak dengan awak lagi kerana awak sudah tiada di situ. Dan mungkin hati saya tidak akan lagi berasa sakit. Mungkin. Saya harap.

Hanis memandang surat yang baru ditulisnya. Surat itu dimasukkan ke dalam sampul putih. Dia memandang kosong sampul itu. Berfikir mahu atau tidak dia menyerahkan surat itu. Lama dia berfikir. Terlalu. Akhirnya dia mengambil keputusan, mengumpal surat itu dan melemparkannya ke dalam tong sampah.

Hak Cipta: reenapple


4 comments

May 17, 2012 at 9:11 PM

sedih, bila segala rasa tak dapat diluahkan :/

Anonymous
May 17, 2012 at 9:46 PM

kalau aku , 'surat' itu akan aku bakarkan terus .

kurang2 segala rasa yang tertulis semoga nya lenyap bersama .


-HEROICzero

May 22, 2012 at 10:37 PM

bila hati ini bukan milik ku lagi..

aku jadi benci pada diri sendiri..

*Mengada-ngada di sini :p

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...