Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, May 2, 2012

Ambil Jantung Awak dan Simpan

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Semuanya nampak indah pada awal-awal cinta. Semua hubungan cinta termasuk yang ini. Antara dua orang budak lelaki dan perempuan yang baru tahu lihat dunia... yang baru terdedah dengan dunia luar... yang baru dengar dan tahu apa itu cinta. baru tahu apa itu janji manis. Tapi mungkin belum faham apa maksud cinta yang sebenarnya.

"Awak, awak, awak sayang saya?" tanya budak perempuan pada suatu hari.
"Mestilah sayang. kan saya ni boyfriend awak."
"Awak rasa, awak nak sayang saya sampai bila?"
"I will love you until my last breath, because i need you just like my heart needs a beat, sayang," kata budak lelaki sambil meramas-ramas tangan budak perempuan. Dicium-cium.

Hari berganti hari. Seorang ke sini, seorang ke sana untuk menyambung pelajaran. Budak dua orang yang baru tahu lihat dunia itu, semakin luas pemandangan terhadap dunia. Semakin banyak dapat dilihat dan dirasa. Semakin luas pemandangan maka semakin terhakis rasa "cinta" yang kononnya mereka sudah faham dan akan jaga sampai bila-bila. Cinta yang sebenarnya mereka sendiri belum faham maksud dan natijahnya.

Hari berganti hari lagi. Cinta makin lama makin susut dan surut mengikut paras air tasik. Air mata budak perempuan semakin lama semakin banyak tumpahnya seperti peningkatanparas air laut akibat dari pemanasan global, dek kepalsuan "kesetiaan" yang dijanji-janji dulu. Hubungan yang kononnya membahagia sehingga ke anak cucu, meranap hati mengoyak jiwa dan merosak mental.

"awak, boleh kita jadi macam dulu-dulu?" tanya si budak perempuan penuh harapan.
"takmaulah."
"kenapa?"
"awak pun tahu kan. saya selalu buat awak nangis, sakit je. saya takmaulah macam itu lagi."
"tapi, awak je yang boleh gembirakan saya."
"kalau ada jodoh, adalah."

Seringkali ayat ini digunapakai untuk melepas diri. Untuk melepas rasa setia. Untuk menukar arah ke perempuan-perempuan lain, termasuklah si budak lelaki, turut sama mengikut trend dengan menggunakan ayat-ayat ini dan dengan ayat ini si budak lelaki berjaya melepaskan diri dari budak perempuan, lalu menukar arah ke budak perempuan yang lain. yang lebih kurus tinggi. Yang lebih putih melepak. Yang lebih seksi bergaya. yang lebih segalanya. Sementara si budak perempuan terus setia di samping bertungkus-lumus meneruskan cita-cita bersama - menjadi pakar dalam bidang jantung.

"awak, awak kata awak taknak ada hubungan dengan siapa-siapa?" *diam membisu*
"tapi saya nampak awak in relationship dengan budak tu."
"tapi saya still sayang awak juga. cuma macam tak dulu-dulu lah."
"kalau awak sayang saya awak tinggalkan lah dia."
"tak boleh lah..."
"kenapa tak boleh? kenapa tinggalkan saya, boleh, tinggalkan dia tak boleh?"
"bosan lah cakap pasal ni. sudahlah!"

Si budak lelaki bangun dari kerusi restoran burger queen lalu melangkah keluar dari restoran. Si budak perempuan mengejarnya lalu mencapai tangan si budak lelaki sambil menangis-nangis.

"awak, awak tak ingat ke janji awak dulu?"
"janji apa?! awak ni. sudahlah. saya dah bosan."
"i will love you until my last breath, because i need you just like my heart needs a beat. awak kata ni dulu!"
"hati saya dah mati utuk awak! dah mati! jantung saya dah tak berdegup untuk awak! sekarang puas hati?"

Si budak perempuan melepaskan tangan si budak lelaki. Biar dia berlalu pergi untuk beberapa langkah dan secara tiba-tiba entah hantu mana yang datang merasuk, si budak perempuan menggila. Entah macam mana kedua tangannya menembusi dada si budak lelaki dari arah belakang. memancut-mancut darah ke manusia-manusia sekitar mereka yang hanya mampu melopong.

Seketul daging berotot yang kembang kecut kembang kecut berada dalam genggaman si budak perempuan. Darah merah terang memancut-mancut dari aorta lalu mengenai muka dan baju si budak perempuan. jantung. jantung itu masih berdegup lagi dengan air mata yang masih lekat pada pipi, si budak perempuan melutut lalu menyumbat jantung segar itu ke dalam sebiji botol berisi larutan jernih.

"awak kata awak akan sayangkan saya sehingga nafas terakhir awak kerana awak perlukan saya sebagaimana jantung awak memerlukan degupan. Jadi saya ambil jantung awak, simpan dia dalam larutan formaldehyde, dan lihat dia berdegup tiap-tiap hari untuk saya."


Hak Cipta: run aziluz

10 comments

Anonymous
May 2, 2012 at 9:27 PM

Ini sangat awesome !


hahahaha , nah ! jika kau tak mampu tunaikan janji kau , biar aku tolong .


-HEROICzero

May 2, 2012 at 9:44 PM

masa aku edit kispen ni... aku tersenyum...

wahai si penulis cerita di atas... terima kasih untuk kispen yg bernafas baru dari kamu. sgt3 bagus.. aku tak tahu macamana nak cakap... jelas dan terang untuk cerita.. dan paling penting.. keyakinan kispen kamu tampak jelas dalam setiap pengisian rangkap yg sedia ada...

May 2, 2012 at 9:48 PM

aaaaa.../akiu suka ending dia... thumbs up!!!

May 2, 2012 at 11:28 PM

nak komen apa ye...thumbs up jugaklah...

May 2, 2012 at 11:57 PM

pertama kali aku membaca genre romantik seram..@_@

May 3, 2012 at 7:30 AM

woohoo fiction ini sangat mengujakan aku. kalau aku mampu, aku nak ambil hati dia, aku nak letak dalam botol juga...melihat ia berhibernasi dalam botol..

May 3, 2012 at 12:28 PM

wohaaa!!..suka kispen ni!! sgt suka

CodeName_FBC
May 3, 2012 at 4:52 PM

waah seram citer ni...tp suka dgn mksud dia..huhuhu nice

May 4, 2012 at 5:19 PM

imaginasi yang termuntah dengan banyaknya. :)

May 7, 2012 at 12:34 AM

@Lady Windsor
kan? kan? kan? akupun tak tahu mcmana nak cakap... mcm versi sparrow.. tapi lebh berbentuk humor sinikal...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...