Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label reenapple. Show all posts
Showing posts with label reenapple. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Awak Cinta Saya Tak?

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


“Awak cinta saya tak?” soalan Hani petang itu benar-benar buat Hisyam kehairanan. Belum pernah Hani mengutarakan soalan sebegitu pada dirinya.

“Kenapa awak tanya?”
“Jawablah dulu,” Hani memujuk.
“Awak ni dah macam budak-budak tahu. Even awak dah boleh jadi mak budak.” Hisyam mencubit pipi isterinya.  Hani hanya tersengih.

“Alaaa…”
“Tak nak jawab soalan ini.”

Hani mencebik. Merajuk dengan Hisyam.

“Please….” Hani cuba memujuk lagi.
“Nope. I won’t answer it.” Hisyam masih dengan keputusannya. Hani menunjukkan muka seposen. Merajuk.

“Tak nak kawan dengan awak.” Hani bangun, Hisyam lantas merentap lengan isterinya.
“Duduk.” Hisyam memberi arahan. Hani mengikuti sahaja arahan suaminya. Hani masih merajuk. Langsung tidak memandang wajah si suami yang dicintainya.

“Awak kenapa? Kalau saya cakap saya cinta awak sekali pun, awak akan kata saya tipu awak lah, itulah,inilah.” Hisyam membebel. Hani memuncungkan bibirnya. Berkecil hati dengan ayat Hisyam.

“Saya dah lama tak dengar awak ucap ayat itu pada saya.” Benar, sudah lama Hani tidak mendengar Hisyam menyebut 3 perkataan itu pada dirinya. Semenjak mereka berkahwin sebulan yang lepas. Tiada lagi dia mendengar 3 perkataan itu. Saat, dia menjadi hak milik Hisyam yang sah.

Hisyam tersenyum mendengar jawapan isterinya. Benar, kalau difikirkan, sudah lama dia tidak menyebut perkataan itu pada si isteri. Tidak seperti zaman mereka bercinta dahulu. Setiap malam sebelum tidur, 3 perkataan itu akan diucapnya kepada Hani sebagai penamat kepada hari mereka. Dia tersenyum lagi mengingatkan ketika mereka bercinta. Rasa aneh pun ada, mengimbau kisah 2 insan yang berbeza minat dan peribadi.

Hani memandang Hisyam, menanti jawapan yang terkeluar dari mulut Hisyam. Lama dia menanti, Hisyam hanya tersenyum sahaja. Hani mengeluh. Akhirnya dia bangun sekali lagi, namun Hisyam menyuruhnya dia duduk kembali.

“Saya tak ucap tak bermaksud saya tak cinta kan?” Hisyam memandang Hani. Hani kembali memandang suaminya. Meminta penjelasan lanjut.

“Saya tahu awak hope saya akan still ucap ayat tu macam zaman kita bercinta, but keadaan sekarang dah berbeza, awak tahu kan?” Hisyam memandang Hani. Masih merajuk.

“Tapi, Diana dan suaminya still buat macam tu, even mereka dah berkahwin.” Hani teringat sahabat baiknya yang kahwin dahulu darinya.

Hisyam tersenyum. “Sejak bila awak suka saya jadi romantic ni? Dulu, masa bercinta, bukan kemain awak kata, tak suka saya jadi romantic, nanti akan ada perempuan lain yang ‘culik’ saya dari awak. Dan bila saya ucap kata-kata tu, awak sikit pun tak de bagi respon.” Hani memuncung bibirnya. Kecil hati dengan jawapan Hisyam.

Benar, dia langsung tak pernah beri respon setiap kali Hisyam mengucapkan 3 perkataan itu padanya. Baginya, masa bercinta, apa-apa boleh diucapkan, sebab itu dia simpan sahaja 3 perkataan itu untuk sang suami yang bakal menjadi raja yang sah di hatinya. Namun, dia sendiri tidak tahu, hubungan dia dan Hisyam akan berakhir ke alam perkahwinan. Hisyam raja yang sah di hatinya sekarang.

Tapi, setiap kali dia menyebut 3 perkataan itu kepada Hisyam selepas Hisyam menjadi suaminya, Hisyam hanya tersenyum sahaja. Tiada balasan. Itu yang dia berkecil hati. Seakan-akan dia sahaja yang membodohkan dirinya untuk ucapkan kata-kata itu pada sang suami.

“Tapi tu dulu… sekarang dah lain.” Hani membalas dengan lemah. Masih merajuk. Hisyam tersenyum.
“Apa yang lainnya?” Hisyam tahu apa yang Hani akan jawab selepas itu.
“Sekarang, awak dah jadi suami saya yang sah… jadi, saya boleh…”
“Ucapkan perkataan itu pada saya?” Hani mengangguk sambil mengukirkan senyuman.
“Awak ucap pada saya dah memandai. So, tak perlu lah saya nak membazirkan air liur saya nak ucap pada awak. Kita bertukar. Dulu saya yang selalu sebut pada awak, dan sekarang biar awak yang sebut pada saya, boleh?” Hisyam mengukirkan senyuman.

Satu tamparan hinggap di lengan si suami. Hisyam ketawa.

“Awak!” Marah Hani. Hisyam ketawa lagi.
“Meh sini,” Hisyam menyuruh Hani mendekatkan diri kepadanya.
“Kenapa?”soal Hani hairan.
“Ikut je.” Hani mendekatkan dirinya ke Hisyam.
CHUPP. Satu ciuman diberikan di bibir Hani. Hani tergaman. Lantas ditolak Hisyaml jauh darinya.

“Apa ni!” Hani melenting. Hisyam ketawa melihat reaksi isterinya.
“Saya tak ucap tak bermakna saya tak cinta tahu. Sometimes, actions speak louder than words. Dan itu tadi, bukti saya masih cintakan awak tahu.” Hisyam memegang erat tangan Hani. Hani tersenyum mendengar ayat Hisyam. Ah… Hisyam masih cintakannya.

“Dan, bibir awak, rasa macam coklat. Awak minum coklat tadi?” Hani mengangguk tersenyum.
“Ermmm… boleh buatkan saya kopi?” Hisyam memandang Hani. Hani mengangguk sebelum bangun.
“Saya cinta awak tahu.” Hani berbisik di telinga suaminya sebelum melangkah ke dapur. Hisyam tersenyum mendengarnya.

“I love you always.” Balas Hisyam setelah melihat kelibat Hani menghilang ke dapur. Hisyam tersenyum lagi.


Hak Cipta: reenapple

Sunday, June 24, 2012

Citarasa Cinta

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips



“I LOVE YOU!” Jerit seorang gadis. Lelaki yang baru sahaja cuba untuk melangkah pergi berpaling semula ke arah gadis yang menjerit tiga perkataan itu.Gadis itu memandang lelaki itu dengan debaran penuh di dada.
“I love you too” balas lelaki itu. Dan kedua-dua lelaki dan perempuan itu tersenyum sambil memegang tangan dengan erat dalam keadaan hujan yang renyai.

“WAHHHHHHHH…. Romantiknya!” Balqis menjerit sambil mengigit sudu aiskrim di tangannya. Dia tersenyum lagi. Scene yang baru ditonton tadi benar-benar buatkan dia teruja. Drama Korea terbaru yang ditontonya benar-benar buatkan dirinya jatuh cinta dengan watak lelaki drama tersebut. Ah… so sweet.

Zara menggelengkan kepalanya melihat gelagat sahabat baiknya sejak kecil. Faham benar kegilaan Balqis terhadap Korea. Dari drama sehinggalah kepada hiasan di bilik tidur, semuanya mahu kelihatan seperti Korea. Kadang-kadang dia juga jelak dengan kisah-kisah tentang artis Korea yang selalu Balqis ceritakan padanya. Dia tiada langsung minat terhadap Korea, melainkan Korea sebagai destinasi percutian. Itu yang dia suka.

“Kau ni kan, tak habis-habis dengan Korea. Tak boring ke?” Soal Zara sambil meletakkan kamera Nikon D3000 di atas meja sebelum melabuhkan punggung di sofa berhadapan televisyen. Dia baru sahaja pulang dari bercuti bersama teman-teman yang berkongsi minat yang sama dengannya, mengambil gambar. Kali ini destinasi mereka Cameron Highlands.
“Taklah. Kali ni ‘boyfriend’ aku berlakon. Lee minho…” ujar Balqis sambil menyuapkan kembali aiskrim perisa strawberry ke dalam mulutnya. Zara menggelengkan kepalanya sekali lagi. Langsung tidak memahami kegilaan Balqis terhadap lelaki yang bernama Lee minho. Kalau mahu dibandingkan dengan Chace Crawford, dia rasa Chace Crawford lagi kacak berbanding Lee minho.

“Kau tak nak join ke? Mehla, teman aku. Mana tahu, nanti kau boleh terminat dengan drama Korea ni?” Balqis cuba memujuk. Dia tahu sahabatnya tidak berapa gemar dengan artis Korea. Zara Qistina yang dikenali lebih menggemari artis Hollywood dari Korea. Mungkin Zara tidak terlalu menunjukkan ketaksubannya terhadap artis Hollywood, tapi Balqis tahu, Korea bukan citarasa Zara.
“Err… tak nak la aku. Setakat tengok tu boleh but nak minat-minat ni, wuuuu… sorry. Aku tak nak curang dengan Chace Crawford aku,” ujar Zara tersenyum sebelum bangun dan melangkah ke biliknya tidak jauh dari ruang tamu itu.

Balqis hanya tersenyum mendengar jawapan Zara. Dia kembali melekapkan matanya ke arah skrin televisyen. Lee MinHo sudah kembali!

***
Balqis mengukirkan senyuman kepada Zara apabila melihat kelibat gadis itu memasuki ruang dapur. Hari ini gilirannya menyediakan sarapan pagi. Zara membalas senyuman Balqis.

“Makaroni goreng? Nampak best je. Terima kasih,” ujar Zara sambil menyuapkan macaroni goreng ke dalam mulutnya. Dia benar-benar lapar. Terlalu.

“Err… Zara, aku nak tanya kau something?” Soalan yang keluar dari mulut Balqis membuatkan Zara memandang teman serumahnya itu.

“Err… siapa lelaki dalam kamera kau tu?” Zara tersedak mendengar soalan Balqis. Dia mencapai milo di sebelahnya, menghirupnya sebelum mengurut dadanya. Balqis masih memandang Zara dengan senyuman. Tentu ada sesuatu tentang lelaki dalam kamera Zara. Dari sudut posisi gambar itu, sepertinya Zara mengambil gambar lelaki itu secara curi-curi. Bukan satu gambar lelaki itu tapi banyak.

“Kau usik kamera aku eh?” Soal Zara dengan niat untuk berdolak dalih. Malas sebenarnya nak menceritakan tentang lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa matanya tidak lekang dari memandang lelaki itu di Cameron Highlands. 

“Saja la tu nak tukaar topic. Selama ni aku usik, mana pernah kau marah. Ada la tu… ce cite pasal lelaki tu,” ujar Balqis sambil memandang Zaara. Dia memang mahu mengetahui siapa jejaka kacak yang Zara Farhana mengambil gambarnya secara curi-curi.

“Err… aku pun tak tahu. Aku just suka tengok muka dia je. Itu je. Tak ada apa-apa maksud pun,” ujar Zara. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mengambil gambar lelaki itu. Yang dia tahu, hatinya berdebar bila lelaki itu berada di hadapannya.

“From the first time kau nampak dia?” Soal Balqis lagi. Zara mengangguk.
“OMG!!!!! Zara Farhana dah jatuh cinta! Akhirnya… aku happy gila mendengar tu. Ah… aku kena telefon Mama kau ni. Bagitahu berita gembira ni!” Ujar Balqis sebelum meninggalkan Zara keseorangan di meja makan.

Zara melopongkan mulut mendengar ayat balqis. Dia sudah jatuh cinta kah? Dia mahu menghalang Balqis, namun belum sempat dia bersuara, kedengaran suara Balqis sedang bercakap dengan Mamanya. Zara menarik nafas. Sudah pasti Mama akan menelefonnya sebentar lagi. Zara menarik nafas. 

***
“Weh, bukan ke tu lelaki yang ada dalam kamera kau hari tu? Seriouslly, dia more handsome kalau tengok kat luar. Ada iras cam pelakon Korea gitu.” Zara menunjukkan reaksi jengkel mendengar ayat Balqis. Tak habis-habis dengan Korea. Jelak tahu.

“Kau ni, ada pulak nak samakan dia dengan lelaki Korea. Dia melayu la. Muslim. And he’s not from Korea. Aku dengar dia cakap melayu hari tu…” Zara bersuara sambil matanya masih memandang lelaki di hadapannya, beberapa inci sahaja dari tempat dia berdiri. 

“Yeela…” Balqis akur. “… tapi kulit dia cerah macam pelakon Korea, senyuman dia tu macam salah seorang watak lelaki yang aku pernah tengok. Apa cerita dia entah… haaa! Secret Garden! Kau pernah tengok kan drama tu?” Balqis memandang kawannya.

“Kau ni… tak habis-habis dengan Korea kan?” Zara menggelengkan kepalanya.

Balqis tersenyum mendengar ayat Zara. Itu minatnya, tidak boleh diubah. Dia memandang Zara yang sedang memerhatikan lelaki itu. “Apa kata kau pergi usha dia, cakap kau nak berkenalan dengannya, okey tak?” Balqis memberi cadangan.

“Ish… gila ke kau? Nak aku jadi perempuan gedik? Ah… tak nak la aku!” Zara menolak. Gila mahu dirinya memulakan perkenalan dengan lelaki itu. Lelaki yang dia tidak tahu namanya. Entah-entah dah kahwin.
“Why not? Ini alaf baru tahu. Dah tak pakai dah lelaki should make first move. Kalau kau mahu dia, baik kau mulakan langkah kalau tak, kau duduk sini tengok je, dia kena rembat oleh orang lain.”

Zara menelan air liur. Mahu atau tidak? Balqis kemudian menolak dirinya ke arah lelaki itu. Ah… lelaki kini berada di hadapannya. 2 langkah lagi dia akan berdiri di sebelah lelaki. Dia menoleh ke belakang, Balqis sedang memberi sokongan kepadanya. Zara menarik nafas. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah lelaki itu. Dia memandang lelaki itu yang khusyuk membelek baju.

“Hi!” Zara memulakan langkahnya. Lelaki itu menoleh. Jantung Zara berdegup kencang. Dia gementar apabila lelaki itu mengukirkan senyuman. Senyumannya seperti Kim Joo Won dalam drama Korea : Secret garden. Ah… kali ini dia terpaksa akui kata-kata Balqis. Lelaki di hadapannya ada iras pelakon Korea itu. 

“Hi!” Lelaki itu membalas. “Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Soal lelaki itu lagi. Hairan dengan gelagat gadis comel di hadapannya. Dia memerhatikan gadis itu. Ada reaksi gemuruh di wajahnya. Lelaki itu tersenyum lagi. Akhirnya dia ingat di mana dia pernah lihat wajah gadis ini. Di Cameron Highlands. Gadis yang sengaja menangkap gambarnya secara curi-curi.

“Saya… saya…” Zahra gugup. Lelaki itu masih memandangnya, menanti ayat yang seterusnya keluar dari mulutnya. “… errr… boleh saya nak berkenalan dengan awak?” Akhirnya! Zara menarik nafas yang panjang sebelum memandang lelaki di hadapannya. Lelaki itu mengukirkan senyuman. Zara tidak mengerti senyuman itu!

*** 
Zara mengeluh. Dia mahu menangis. Pintu biliknya terbuka, Balqis melangkah masuk. Balqis mengambil tempat di sebelahnya. Zara mengukirkan senyuman kelat. Dia mahu menangis.

“Weh kau ni, jangan la nangis. Normallah tu. At least kau ada kekuatan tahu. Aku bangga dapat kawan macam kau,” Balqis cuba memujuk Zara. Dia tahu Zara kecewa dengan kejadian tadi. 

Zara memandang Balqis. Ah… dia malu mengingatkan kejadian tadi. Lelaki itu rupa-rupanya sudah mempunyai kekasih. Ah… dia malu! Di saat lelaki itu cuba untuk menjawab pertanyaanya, muncul seorang gadis di sebelahnya. Memegang erat tangan lelaki itu. Ah… tika itulah Zara kecewa. Teramat. Mujur lelaki itu pandai berlakon mengatakan dia ingatkan Zara pekerja di kedai itu, rupanya tidak. Zara mengeluh lagi.
Balqis mengosok-gosok belakang Zara, cuba memberinya semangat. Zara mengeluh lagi. Dia benar-benar kecewa.


Beberapa tahun berlalu,
“Seriouslly babe, bila aku pandang 2 3 kali laki kau, ada iras Chace Crawford kau pun ada jugak,” ujar Balqis sambil memerhatikan Amran, suami Zara dari jauh. Zara yang berada di sebelahnya hanya tersenyum. Dia tahu itu. Selama 2 bulan dia berkahwin, hanya Amran sahaja yang dia pandang. Berkali-kali dipandang, dia tidak pernah jemu. Betul kata Balqis, ada iras Chace Crawford bila dipandang berkali-kali.

“Kan? Sebab tu aku setuju nak kahwin dengan dia. Dia ada iras Chace Crawford masa Mama tunjuk gambar dia kat aku,” balas Zara. Dia teringatkan cadangan Mamanya yang mahu dia berkenalan dengan Amran, anak kawannya. Zara hanya turuti sahaja bagi mengubati lukanya akibat kecewa dengan lelaki yang dia jumpa di Cameron Highlands hari itu.

Balqis ketawa mendengar ayat Zara. “Hurm… Korea memang bukan jiwa kau. Even aku lagi suka mamat yang kau usha hari tu. Serius, dia macam pelakon Korea tahu.” 

“YEela… tapi kau pun bukannya kahwin dengan pelakon Korea juga kan? Kau still pilih Daniel yang keturunan Melayu kan?” Balqis tersenyum mengangguk.

“Yaaa… but still, Daniel kulit macam pelakon Korea. So aku assume anak aku nanti putih macam dia. Dan Daniel kalau dia senyum, buat aku teringat pelakon Korea tahu. Heee.. Kau jangan bagitahu lelaki aku tahu.” Zara dan Balqis ketawa. Kebahagian milik mereka berdua mengikut citarasa masing-masing.

Hak Cipta: reenapple

Tuesday, June 19, 2012

Obsessi

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

“If only looking at you will kill you, dah lama aku buat kat kau.” Arisya merenung tajam lelaki yang duduk tidak jauh di hadapannya. Ah… menyampahnya dia terhadap lelaki yang dikenalinya sebagai Amir. Terlalu annoying mungkin dengan lelaki nama Amir itu.

“Sya!” Sergahan Aida benar-benar mengugat jantung Arisya. 
“Eeeeiiii… kau ni. Nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu. Sengal kau ni.” Marah Arisya pada Aida. Aida hanya tersengih mendengar bebelan kawannya.

“Aku perasan dari jauh, kau tengah renung Amir itu. Why? Kau rasa nak bunuh dia?” usik Aida. Arisya tersenyum. Tangannya kembali melekat di keyboard laptopnya. Malas untuk melayan Aida.

Aida tersenyum melihat gelagat Arisya. Dia tahu betapa Arisya itu tidak menyukai Amir. Atas sebab mengapa, dia tidak tahu. Dia pernah juga tanya Arisya, hundreds of time rasanya, mengapa Arisya itu terlalu menyampah dengan Amir. Dari namanya, gerak gerinya, dan semua yang berkaitan dengan Amir, Arisya turut menyampah.

“Dia dah ada depan kau, boleh lah kau terus pergi bunuh dia sekarang. Tak apa, aku jadi saksi kepuasan kau. Aku tahu kau dah lama punya keinginan nak bunuh Amir tu.” Arisya mencebik. Dia jelak dengan nama itu.
“Malas aku, nanti tak pepasal aku dihadapkan ke mahkamah di atas kesalahan membunuh seseorang yang aku tak suka.” Arisya membalas dengan selamba. Aida tersenyum.

Arisya melirikkan lagi ke arah Amir. Ah, rasa menyampah itu makin membuak-buak dalam dirinya. Ah… kalaulah dengan melihat Amir itu mampu membunuhnya, sudah lama dia lakukannya. Ah… rasanya, kalau Amir lenyap dari dunia ini, rasanya hatinya akan tenang. Hidupnya akan tenang. Masa silamnya akan tenang dan aman tanpa kehadiran lelaki bernama Amir itu.

Dia tidak tahu mengapa dirinya yang harus menjadi mangsa kepada kisah-kisah lelaki yang bernama Amir itu. Dari semester 1 lagi seingatnya. Dari saat dia mengenali kawannya, Marina. Marina selalu ceritakan tentang Amir itu setiap kali mereka terserempak. Well, sebenarnya, Marina cuma ceritakan bagaimana dia berkecil hati dengan bekas roomatenya yang kini kekasih Amir. Bagaimana Marina dan bekas roomatenya pernah bergaduh disebabkan bekas roommate Marina menyangkakan Marina pernah punya perasaan pada Amir. Ya… ketika itu, bekas roommate Marina punya perasaan pada Amir itu. Dari situlah dia mengetahui tentang Amir walaupun dia tidak pernah melihat wajah Amir. Dan tanpa disangka, rupa-rupanya Amir yang selalu diceritakan itu adalah lelaki yang sama kelas dengannya ketika semester pertama. Ah… kebetulan betul. Dari situ dia mengenali Amir.

Pernah juga dia terserempak Amir dengan bekas roommate Marina ketika semester 1 di kafe. Banyak kali juga. Andaian Arisya ketika, roommate Marina dan Amir itu ada hubungan in a relationship berdasarkan kisah-kisah tentang Amir yang didengarnya dari Marina, Namun, ketika disoal kepada Amir ketika hujung semester pertama, Amir mengatakan dia tiada awek di university ini. Entah, Arisya ketika itu bukannya kisah pun tentang hal Amir. Dia bukannya suka jaga tepi kain orang pun.

Dan dia juga tidak tahu tahu takdirkah atau kebetulan. Sem 2, 3, 4 dan 5, dia punya kokurikulum yang sama dengan Amir. Mengapa? Nasib baik dia dan Amir tidak berada dalam group yang sama. Amir group A, dia group B. Jadi, dia boleh mengelak dari bertemu Amir. Tapi Arisya lupa, dia dan Amir coursemate. Fakulti sama. Dan setiap kali bertemu dengan Marina, atau seorang lagi kawannya, sah-sah kisah tentang Amir akan dibangkitkan. Ah… tak ada manusia lain kah?

Masih lagi dia ingat, ketika perkhemahan kokurikulum ketika semester 3, dia dan Amir ditakdirkan satu kumpulan. Hah, tika itu, mahu saja dia meminta ditukarkan kepada kumpulan perkhemahan lain. Fikirannya ketika itu, kenapa Amir tidak satu kumpulan dengan roommate Marina. Yaa… roommate Marina itu satu kelas kokurikulum yang sama dengannya. Ah… dia tahan saja bila melihat Amir dengan roommate Marina itu selalu bersama-sama ketika waktu perkhemahan. Yaa… dia masih ingat lagi tentang kisah-kisah tentang Amir yang pernah disampaikan oleh Marina. Oh, ketika itu juga dia mengetahui Amir dan roommate Marina berpacaran. Mungkin baru sahaja declare mungkin. Entah, Arisya malas untuk ambil tahu. Dia tidak berminat.

Dan semester 4, entah bagaimana dia menjadi AJK bawahan Amir yang ketika itu menjadi pengarah projek untuk satu program anjuran university. Ah… dia berjumpa lagi dengan Amir. Kali ini lagi teruk. Entah mengapa, dari program itu, dia akhirnya dapat menyedari Amir punya Dark Side. Perkataan DISASTER yang disebut oleh Amir itu masih kekal dalam ingatannya sampai saat ini.

Dan sangkaanya, jika dia tidak berjumpa dengan Marina atau kawannya, dia tidak perlu lagi mendengar kisah tentang Amir lagi, namun ia masih berterusan. Selepas program itu, dia masih lagi diperdengarkan kisah-kisah tentang Amir. Seperti biasa, ia adalah negative. Ah… dia selalu sahaja diperdengarkan kisah tentang Amir. Dan semuanya negative. 

Ah… Arisya penat. Otaknya sudah tidak mampu untuk menghadam kisah tentang Amir. Sampaikan satu saat, dia rasa, dia obsess dengan lelaki bernama Amir itu. Pernah satu saat itu, dia rasakan dia mungkin sebenarnya sudah jatuh cinta dengan lelaki bernama Amir. Ah… gilakah ini. Jatuh cinta dengan lelaki yang bukan tastenya. Jatuh cinta dengan lelaki yang dia selalu diperdengarkan kisah-kisah tentang lelaki itu.
Dan sekarang, setiap kali dia nampak Amir dari jauh, dia mahu larikan diri. Entah, bilamasa lihat Amir, dengar tentang Amir, semualah tentang Amir buatkan dia rasa jengkel. Terlampau. Mungkin dia lukakan Amir dengan perangainya yang pretending tidak mengenali Amir ketika mereka face to face, tapi itu sebenarnya lagi baik. Banyak juga dia terasa dengan Amir. Ah… kalau mahu diceritakan tentang itu, rasanya, satu cerpen ini tidak mencukupi. Mungkin harus cipta satu novel.

“Ke sebab kau ada hati dengan dia? Sebab itu kau tak nak bunuh dia. Ce citer. Jangan risau. Aku tak bagitahu sesiapa.” Usik Aida lagi. 

Arisya menoleh. Lamunanya terhenti. Imbasan-imbasan tentang Amir bermain dalam kepalanya. Arisya menarik nafas.

“Ha’ah…. Aku ada hati dengan dia. Kau tak tahu ke? Dah lama aku ada hati dengan dia, kalau ikut hati aku yang jahat iini, dah lama aku nak confess feeling aku kat dia. Tapi aku tahu dia akan reject aku. Yeela… aku mana cantik kalau nak dibandingkan dengan aweknya.” Aida ketawa mendengar ayat Arisya.
“Kau ni sengal la. Macam lah aku tak tahu kau tu. Bila tak suka seseorang dari awal, jangan harap akan suka sampai bebila kan?” Aida faham perangai kawannya itu. Arisya tersenyum.
“Kau tak pernah dengar ke, benci terlampau, akan buatkan rasa benci itu bertukar menjadi rasa cinta tahu.” Arisya berkata dengan selamba. Aida ketawa lagi.
“Yeela... kalau kau nak ada hati dengan seseorang pun, please pick someone else. Amir tu tak sesuai dengan kau.”
“Asal pulak?” Arisya hairan.
“Yeela… dengan kisah-kisah tentang dia yang aku pernah dengar, dia tak sesuai dengan kau. Kau dan dia dari dunia yang berbeza. Korang tak layak antara satu sama lain.” Arisya mengangguuk tanda faham. Dia tahu itu. Dia dan Amir itu dua dunia yang berbeza. 
“Dahlah, jom pergi kelas. Sat lagi lambat lak.” Arisya mengangguk sambil menutup laptopnya. Aida keluar dari libraru dahulu meninggalkan Arisya keseorangan. Dia pandang lagi Amir itu, ah, hatinya kecewa memandang Amir. Terlalu.

Arisya mengeluh. Betullah, kalau dia bagitahu kawannya yang dia sebenarnya sudah jatuh cinta dengan Amir itu, tak akan pernah ada orang percaya. Amir itu bukan citarasanya. Dia tidak menyukai Amir. Itu yang kawan-kawannya tahu. Rasa menyampah terhadap lelaki itu tidak mampu membuatkan kawan-kawannya percaya, dia sebenarnya sudah jatuh hati dengan Amir. Ah… takdirkah ini.

“Aku harap aku tak pernah kenal kau. Tak pernah tahu tentang kau.” Arisya berkata sendirian sebelum berjalan keluar dari library itu.

#sekarang boleh kata ini kisah benar. =D

Hak Cipta: reenapple

Monday, June 11, 2012

Cermin

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Dia memandang wajah di hadapannya. Dari atas sampai bawah. Wajah di hadapannya turut memandangnya. Dia mengeluh. Akhirnya, dia melarikan diri dari cermin di hadapannya. Entah mengapa dia benci cermin itu. Terlalu.

“Kau tak cantik. Jangan harap akan ada lelaki yang mahu kat kau.” Ayat itu masih terngiang-ngiang di fikirannya. Setiap kali dia menghadap cermin, setiap kali itulah ayat itu akan berputar di mindanya. Ya… ayat itu menyakitkan dirinya. Dari mana muncul ayat itu, dia tak tahu. Yang pastinya, ayat itu akan keluar di fikirannya setiap kali dia berhadapan dengan cermin. 

Cermin itu menakutkan dirinya. Dia benci dirinya. Dia benci dirinya. Terlalu. Sebab itu, tidak pernah sekalipun dia punya gambar-gambar tentang dirinya. Dia benci melihat dirinya. Entah… dirinya tidak cantik sepertimana kawan-kawannya. 

“Kau tak cantik. Jangan harap akan ada lelaki yang mahu kat kau.” Ayat itu masih lagi kedengaran. Dia menutup telinganya. Tak mahu mendengar ayat itu. Ayat yang diucapkan oleh bekas teman lelakinya. Ayat yang diucapkan kepadanya setahun yang lepas. Yaaa… ditinggalkan dengan kata-kata hinaan sudah cukup membuatkan hatinya berada dalam keadaan terluka. Mungkin dia sudah mampu untuk melupakan bekas kekasih durjanannya, namun ayat terakhir itu masih terlekat di mindanya. 

Dia memandang cermin itu lagi. “Kau tak cantik. Kau hodoh. Jangan harap akan ada orang suka pada kau.” Ayat itu masih kedengaran lagi. Akhirnya dia mengenggam tangannya sekuat-kuat yang mungkin lalu dihalakan ke arah cermin itu.

PANGGG… bunyi kaca berderaian. Dia tersenyum. Senyumannnya seperti seorang gila. Dia puas. Terlalu. Dia tidak lagi menghiraukan titisan darah yang mengalir di tangannya. Mungkin sakit, tapi tidak sesakit hatinya mendengar ayat itu. Ayat yang mengatakan dirinya hodoh. 

“Sekarang tengok, siapa yang hodoh, kau atau aku?” Dia tersenyum. Puas. Cermin itu sudah retak. Kelihatan darah di retakan itu. Dia tersenyum.


Hak Cipta: reenapple

Friday, June 1, 2012

Keep Believing

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
“Amani harus teruskan percaya tahu.” Umi memegang pipi aku sambil mencium lembut dahi aku. Aku suka diperlakukan sebegitu oleh Umi. Bau wangi rambut Umi itu menusuk lembut ke rongga hidung aku. Bau tangannya yang harum itu menyenangkan aku. Ah… aku suka semuanya berkaitan dengan Umi. Umi segala-galanya bagi aku. Aku hidup untuk Umi dan Umi hidup untuk aku.

Aku tersenyum sambil mengingatkan kata-kata itu 20 tahun yang lalu. Aku yang ketika itu berusia 9 tahun, mana mungkin akan faham apa yang dikatakan oleh Umi ketika itu. Yang aku ingat, Umi pernah menceritakan tentang ‘prince charming’. Dalam fikiran aku ketika itu, ‘Prince Charming’ itu seperti dalam cerita Cinderella, mahupun kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih. Umi cakap setiap manusia dalam dunia ni, Allah sudah menetapkan pasangan masing-masing sejak dalam kandungan ibu lagi. Setiap orang ada pasangan masing-masing. Jadi aku harus percaya bahawasanya aku juga akan punya pasangan aku. Akan berkahwin suatu hari nanti. Akan bertemu lelaki baik suatu hari nanti yang akan jaga aku dengan penuh kasih sayang sebagaimana Umi kasihkan aku. Itu yang Umi mahu aku percaya. Terus percaya bahawasanya akan ada seorang manusia di muka bumi ini, diciptakan untuk aku.

Dan aku tertanya-tanya kisah Umi dan Abah. Umi merupakan isteri kedua Abah. Aku lagi rapat dengan Umi dari Abah. Mungkin sebab, Abah jarang sekali melawat kami berdua. Dan bila Abah datang melawat, aku lagi suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan sepermainan dari duduk bermanja dengan Abah. Yaa… aku tidak pernah bermanja dengan Abah. Entah mengapa, aku tidak pernah menyenangi Abah dari kecil. Even ia sebelum aku mengetahui siapa sebenarnya Umi bagi Abah.

Dari cerita Mak Su, adik Umi, Abah berkahwin dengan Umi disebabkan rasa simpati. Abah berkahwin dengan Umi hanya disebabkan rasa simpati. Aku rasa sebab itu Umi menjadi isteri kedua Abah. Mak Su ceritakan lagi, Abah berkenalan dengan Umi lagi awal sebelum Abah berkenalan dan berkahwin dengan isteri pertamanya. Tapi disebabkan kisah apa entah, mereka berdua ‘loss contact’. Aku pernah juga tanyakan Abah tentang itu. Dan jawapan Abah sama dengan apa yang diceritakan oleh Mak Su. Ah… hati aku sakit mendengar pengakuan dari Abah.

Dan mereka bertemu kembali ketika Umi ketika itu berusia hampir mencecah 40 tahun. Dan ketika itu Abah punya masalah dengan isteri pertamanya. Dan begitulah kisahnya. Mak Su juga ceritakan, Umi sebenarnya tidak boleh mengandung. Dan entah bagaimana, ditakdirkan kuasa Allah, Umi dapat aku. Dan jadilah aku, satu-satunya permata hati Umi. 

Bayangkan bagaimana perasaan aku ketika itu. Aku yang ketika itu berusia 18 tahun yang sudah tentunya tahu yang mana betul yang mana salah. Barulah aku faham mengapa Abah tidak pernah ada untuk aku. Tidak pernah ada ketika guru meminta untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa aku. Tidak pernah ada ketika aku meminta sesuatu darinya. Abah tidak pernah dapat memberikan apa yang aku mahukan. Tidak walau sekalipun. Pada mulanya, aku ingatkan mungkin disebabkan kawalan isteri pertama Abah terhadapnya. Dan sekarang, barulah aku tahu hal yang sebenar.

Mengapa adik beradik tiri aku dengan mudahnya dapat apa yang pernah aku idamkan suatu ketika dulu. Yaa… dalam kepala otak aku, kasih sayang abah terhadap aku tidak sama dengan kasih sayang terhadap anak isteri pertamanya. Abah pilih kasih. Itu yang aku tetapkan dalam minda aku. Dan ia berkekalan sehingga sekarang. Walaupun Umi dan Abah sudah bercerai.

Selepas penceraian itu, cuma sekali setahun sahaja aku bertemu Abah. Semasa hari raya. Itupun Umi yang memaksa aku. Jika diikutkan hati aku, malas sahaja aku bersalaman dengan Abah. Meminta ampun kepadanya sedangkan yang bersalah adalah Abah bukan aku. Tapi Umi kata, jangan pernah menyimpan dendam pada Abah. Tanpa Abah, aku tak mungkin akan ada di dunia ini. Umi mahu aku tanamkan itu dalam minda aku.

Dan sekarang, aku tertanya-tanya, haruskah aku terus percaya yang suatu hari nanti akan munculnya ‘Prince Charming seperti yang pernah diceritakan oleh Umi pada aku? Aku pernah kecewa dengan kisah cinta. Pernah kecewa dengan rasa cinta. Haruskah aku teruskan percaya lagi? Haruskah aku keep believing? 

Pernah juga Umi merajuk dengan aku bilamasa aku mengatakan padanya yang aku tak nak kahwin. Lelaki menakutkan aku. Aku tak mahu punya komitmen lebih dari seorang kawan dengan lelaki. Umi faham itu. Dia tahu, aku tahu tentang kisahnya dengan Abah. Mungkin aku takut aku mungkin akan berjumpa dengan lelaki seperti Abah. Atau menamatkan zaman bujang aku seperti Umi.

Aku memujuk Umi. Memujuk ayat yang sama pernah Umi lontarkan pada aku. Kalau ada jodoh, adalah bagi aku menamatkan zaman bujang aku. Namun Umi masih tidak mahu termakan pujukan aku. Akhirnya aku berjanji dengannya, aku akan berkahwin juga suatu hari nanti. Umi tersenyum mendengar ayat aku itu sambil mencium dahi aku lembut. Mengusap-ngusap pipi aku dengan lembut sepertimana dia selalu lakukan pada aku ketika kecil. Namun, Umi tidak tahu, di sudut hati aku. Aku mahu kahwin selepas kematian Abah. Itu yang aku tanamkan dalam diri aku. 

Aku mahu kahwin selepas kematian Abah. Yaa.. aku kejam bukan? Aku tak mahu Umi dituduh sebagai perempuan yang suka gunakan duit Abah lagi. Umi tidak pernah meminta duit dari Abah semenjak mereka bercerai. Walaupun aku dapat melanjutkan pelajaran ke university tempatan, Umi tidak meminta dari Abah. Umi tahu kemampuan Abah dan masalah Abah dengan keluarganya. Mujurlah, aku peroleh biasiswa untuk menampung kehidupan aku ketika belajar. Sekurang-kurangnya aku tidak meminta duit dari Umi. Umi punya pendapatan dari menjahit baju, dengan duit sewa rumah-rumah milik arwah datuk yang diwariskan kepadanya, aku rasa itu cukup untuk aku dan Umi menampun kehidupan tanpa bantuan Abah. Abah hanya sekali-sekala menghulurkan duit kepada aku. Itupun bilamasa dia ada duit lebih. Aku faham situasi Abah. Aku sudah tidak menyalahkannya.

Abah mana pernah penduli apa yang Umi rasa. Sebab itu, aku tidak pernah punya rasa sayang terhadap Abah. Namun aku masih hormatkan Abah lagi. Itu yang Umi mahu aku lakukan. Hormat Abah. Walaupun Umi dan Abah sudai tiada ikatan, Abah tetap Abah aku. Dalam tubuh aku, mengalir darahnya. Sungguh, aku malu bergelar anak kepada Abah. Aku mengharap nama akhir aku tidak sama dengan adik beradik tiri aku. Kejam bukan aku?

Aku mengesat air mata seusai membaca Yassin di pusara Umi. Aku membuang rumput-rumput liar di kubur Umi. Aku memandang kosong kubur yang ditandakan dengan nisan berwarna putih itu. Sudah 2 tahun Umi kembali menemui pencipta-NYA. Aku mengusap-ngusap ukiran nama yang tertera di batu nisan itu.

“Amani.” Suara seorang lelaki menyapa aku. Aku menoleh. Arman, suami aku sedang berdiri sambil tersenyum memandang aku. Lelaki yang aku nikahi 3 tahun lepas. Yaa… aku kahwin akhirnya. Memenuhi hasrat terakhir Umi. Berkahwin dengan pilihan Umi. Dalam hati aku, aku rasakan tidak perlunya seorang lelaki dalam hidup aku. Umi mampu hidup tanpa Abah, masakan aku tidak boleh menjadi seperti Umi. Namun Umi pujuk aku terima Arman. Kenali Arman. Katanya, Arman bukan seperti Abah. Umi tahu, aku risau jika Arman itu seperti Abah. Seperti lelaki yang aku pernah berpacaran suatu ketika dulu. Akhirnya, aku turutkan sahaja kemahuan Umi.

“Jom balik.” Arman menghulurkan tangannya pada aku. Aku bangun dan menyambutnya dengan senyuman. Arman memegang erat tangan aku. Aku teringat kata-kata Umi, “Harus sentiasa percaya ia ada dalam apa jua perkara.”

Hak Cipta: reenapple

Wednesday, May 30, 2012

Kisah Di Waktu Tak Hujan

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Kesinambungan dari Kisah Di Waktu Hujan


Ada 1 hari tue.. masa kat bus stop, aku terpandangkan girl yang sama aku jumpa ari tue dalam hujan. Sekarang nie, dia duduk sambil duk baca nota kot??? Aku tak tahu tapi yang pasti kat tangan dia ada sekeping kertas. Dia khusyuk gila duk baca. Sampai tak sedar orang duk lalu lalang depan dia ataupun orang duduk sebelah dia. Haa… time tue dah tak hujan dah. 

Outfit dia hari tue adalah baju kurung kuning bercorak bunga putih dan bertudung putih. Pergh.. memang khusyuk gila dia. Maybe dia ada kuiz kot esok??? Atau dia memang rajin??? Haa… Dia still sorang-sorang lagi. Aku tengok orang lain semua sibuk berborak-borak dengan kawan-kawan diorang. Siap gelak macam bus stop tue mak datok dia yang punya. Tapi girl tue still sorang-sorang… agaknya dia tak sama kelas dengan kawan dia kot??

Dan entah macam mana… aku nampak lelaki ari tue. Berjalan ke arah girl tue. But girl tue memang tak sedar la sebab dia khusyuk membaca nota kat tangan dia. Kat tangan lelaki tue ada 1 beg kertas. Aku tak tahu apa isi kandungan beg tue. Dan lelaki itu berjalan dengan penuh senyuman ke arah girl tue dan berhenti depan girl tue.

Dan entah macam mana girl tue yang khusyuk tunduk sambil baca nota dia, mengankat kepalanya dan terus memandang siapa yang berdiri depan dia. Aku rasa maybe girl tue daa sedar kot yang ada orang berdiri depan dia. Dan lelaki itu sambil tersenyum lebar bertanya kat girl tue “Awak ingat saya lagi tak?”. Dan sebelum sempat girl tue menjawab, lelaki tue dah duduk sebelah girl tue. Aku rasa girl tue tergaman kot dengan tindakan outrageous lelaki tu. 

Girl tue diam je sambil pandang sekejap lelaki tue before sambung balik baca nota kat tangan dia. Dan lelaki itu terus bertanya lagi kat dia “Awak baca apa? Rajinnya.” Girl tue pandang dia sambil senyum. Aku rasa mesti dalam hati girl tue cakap, “Eh, mamat nie sibuk je, suka hati la.”

Then entah, aku nampak lelaki itu bangun semula dan berdiri depan girl tue. Dan dia hulurkan beg kertas yang ada kat tangan dia kepada girl tue. Girl tue pun pandang semula kat lelaki tue. Mesti dalam hati tue, girl tue cakap, “Eh, apa kes mamat nie? Gila ke apa?”. Lelaki tue pun, macam daa syak yang girl tue akan fikir yang bukan-bukan, terus dia kata, “Awak, saya tahu hari nie hari jadi awak.” Girl tue pun terus menjawab, “Eh, awak nie salah orang ke?”

Aku tengok lelaki tue cool giler je. Senyum je dia before dia berkata, “Tak. Saya tahu hari nie hari jadi awak. Jangan risau. Saya tak de niat lain. Saya just nak bagi awak hadiah yang tak seberapa nie. Dalam nie (sambil memuncungkan mulutnya ke arah paper bag yang dia pegang) ada 1 nota. Nota yang cerita everything. Bagaimana saya jumpa awak. Tahu pasal awak dan so on la.”

Aku tengok orang-orang yang ada kat bus stop tue pun daa pandang semacam kat arah lelaki tue dan girl tue. Girl tue still pandang lelaki tue. Lelaki tue senyum je. Dan entah macam mana, lelaki tue letakkan paper bag tue sebelah girl tue. Girl tue just pandang je paper bag sebelah dia.

Dan lelaki tue terus cakap lagi, “Harap awak sudi terima hadiah nie. Jangan risau. Masih ada banyak masa lagi nak explain semua ni” Lelaki tue kembali senyum kat girl tue. Girl tue aku rasa daa terkedu kot. Haha. Pastue, lelaki tue sambung lagi before dia blah dari bus stop tue, “Saya rasa kita akan jumpa lagi.” Lelaki tue pun blah. Girl tue just pandang je lelaki tue blah, melintas jalan dan naik bas kat seberang sana.

Dan aku dengar ada orang menjerit.. err bukan jerit la cakap… “Wahhh.. romantic giler.” Aku tengok muka girl tue daa merah. Malu kot diperlakukan sebegitu kat orang ramai. Dan bus datang. Aku tengok girl tue pandang paper bag tue, memikirkan dia nak ambik ke tak. So lepas beberapa saat, dia pun bangun. At first aku ingat dia nak tinggalkan paper bag tue kat situ. Tapi tak. Aku nampak tangan kanan dia mencapai paper bag tue dan berjalan menaiki bus sebelum bus terus beredar dari situ.

Dan dari kejauhan, bus kat seberang sana still ada lagi. Tak bergerak lagi. Dan entah macam mana aku ternampak lelaki tue duduk kat bahagian tingkap dan pandang bus stop arah sini sambil tersenyum. Agaknya dia daa tahu yang girl tue akan ambil hadiah tue. kan kan kan??? 

~THE END ~

Hak Cipta: reenapple

Thursday, May 17, 2012

Without Words

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Awak, tanpa kata, awak telah membuatkan saya jatuh hati pada awak. Mungkin tidak pada saat pertama kali kita bertemu. Yaa… saya pasti tentang itu. Hati saya pada orang lain saat kita berkenalan. Saya masih ingat lagi bagaimana kita berkenalan. Setiap ayat yang saya ucapkan pada awak, ayat yang awak ucapkan pada saya, pada kali pertama kita berkenalan, saya masih ingat. Minda saya tegar mengingati ayat-ayat yang terkeluar dari mulut kita berdua.

Awak, tanpa kata, awak sakitkan hati saya. Awak buat hati saya terluka tanpa sebab yang saya sendiri tidak ketahui. Setiap kali nampak awak dengan perempuan-perempuan, setiap kali itulah, hati saya sakit. Saya hairan ketika itu, kenapa hati saya sakit melihat situasi itu sedangkan saya pasti, saya tidak punya perasaan pada awak ketika itu.

Awak, tanpa kata, dengan layanan yang dingin, awak lukakan hati saya. Hati saya sakit tahu. Saya tahu, saya tidak layak untuk berbual dengan awak. Tidak layak untuk mengutarakan walaupun sepatah perkataan kepada awak. Saya sedar siapa saya. Tidak secantik perempuan-perempuan di samping awak.
Awak, tanpa kata, awak ignore saya setiap kali kita face to face. Mungkin ianya salah saya. Saya yang layan awak dengan dingin dulu. Saya yang ignore awak dulu. Then awak balas balik. Ah… maaf. Saya tidak berniat untuk bertindak sebegitu. 

Awak, tanpa kata, awak buatkan saya jatuh hati pada awak. Saya tahu awak dan saya dari dua dunia yang terlalu berbeza. Dunia awak bukan kesukaan saya dan dunia saya membosankan awak. Saya tidak tahu bila masa saya rasakan saya jatuh hati pada awak. Yang saya tahu, permulaan dari kita kenal, saya tidak suka awak. Entah mengapa. Mungkin disebabkan kisah-kisah tentang awak yang selalu seorang kawan saya ceritakan. Tentang roomatenya yang selalu bersama dengan awak. Yaa.. roommate kawan saya itu telah menjadi kekasih awak bukan? Akhirnya… mungkin mulut saya terlalu manis sehinggakan apa yang saya cakapkan pada awak, menjadi kenyataan. 

Yaa…saya masih ingat lagi tentang di mana saya menyebut nama roommate kawan saya itu, mengandaikan roommate kawan saya itu kekasih awak tetapi awak menidakkan. Dan sekali lagi, bila saya tanya awak beberapa minggu yang lepas, awak cakap awak dengan dia. Dia kekasih awak. Tahukah awak betapa hancur hati saya.

Yaa… saya sudah tahu hal itu. Andaian saya tidak pernah mengecewakan saya. Saya andaikan dia kekasih awak dan betullah. Tapi mengapa harus saya terluka dengan berita itu. Berita itu benar dari saat saya membuat andaian.

Dan kini, setiap kali terserempak dengan awak, hati saya sakit. Saya takut setiap kali berjalan-jalan di situ mahupun pergi kelas. Takut untuk terserempak dengan awak lagi. Saya ingat lagi, ketika saya dan awak dalam satu kumpulan perkhemahan, saya mahu saja menyambut huluran tangan awak, ketika kita mendaki bukit, tapi saya menolak. Mengatakan saya boleh naik dengan sendiri. Saya ego.

Dan kini, saya terserempak dengan awak lagi. Beberapa hari lepas, seperti biasa, hati saya sakit. Dan perasaan menyampah kembali muncul di hati saya. Saya harap rasa menyampah itu kekal bilamasa kita berjumpa lagi di masa akan datang. Yaa… awak tahun akhir sekarang dan saya masih lagi di sini, menghabiskan sisa setahun. Mungkin dengan aman tanpa kewujudan awak lagi. Mungkin. 

Saya menunggu hari itu. Hari di mana saya boleh berjalan dengan rasa tenang dan selesa tanpa mengharapkan akan terserempak dengan awak lagi kerana awak sudah tiada di situ. Dan mungkin hati saya tidak akan lagi berasa sakit. Mungkin. Saya harap.

Hanis memandang surat yang baru ditulisnya. Surat itu dimasukkan ke dalam sampul putih. Dia memandang kosong sampul itu. Berfikir mahu atau tidak dia menyerahkan surat itu. Lama dia berfikir. Terlalu. Akhirnya dia mengambil keputusan, mengumpal surat itu dan melemparkannya ke dalam tong sampah.

Hak Cipta: reenapple


Saturday, May 12, 2012

Simpan Perasaan #Akhir

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Simpan Perasaan [ 1 | 2 | 3 | Akhir ]
-------------------------------------

“So project dah siap 85%,” Haikal berkata sambil memandang Ika dan Sal. 
“Ha’ah… aku rasa maybe dalam 2 month or earlier than that, kita boleh set the date for the opening,” Ika berkata. Kak Sal di kanan Haikal hanya mencatat apa yang ditulis. Mereka berbincang di restoran tempat mereka menginap. Dengan kertas-kertas yang berlambak di atas meja, pelayan datang menbawakan makanan yang dipesan. Kak Sal dan Ika menyusun kertas-kertas yang berselerak di atas meja untuk memudahkan pelayan itu meletakkan makanan.

“ Thank you,” Kata Ika dan Haikal kepada pelayan tersebut. 
“So, aku rasa kita dah boleh balik esok tak pun lusa,” Ika memberi cadangan. 
“Asal awal sangat?” Haikal menyoal. 
“Ha’ah la, asal awal sangat. Belum puas lagi jalan-jalan kat sini,” Kak Sal berkata.
“Dah, main reason datang sini dah tercapai so balik lah,” Ika berkata kepada Kak Sal. Haikal tersenyum. Kak Sal membuat muka merajuk. 

“Stay la untuk 2 3 hari lagi kalau korang nak jalan-jalan kat sini,” Haikal memberi cadangan. 
“Wahh.. So siapa yang nak bayar additional expense untuk tambahan hari tu? Mintak expense datang sini just for 3 days. Besides, kitaorang tak dela bawak banyak sangat duit belanja. Duit penginapan untuk hari tambahan tu, siapa nak bayar?,” Ika berkata. Ah… senang-senang je Haikal beri cadangan. 

“Tak apalah, yang tambahan 2 hari tu aku belanja la,” Haikal berkata. 
“Yeay… biar betul Encik Haikal? Nak belanja yang expense penginapan kita orang?” Kak Sal bertanya tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Haikal mengangguk. Kak Sal tersenyum. “Terbaik lah Encik Haikal,” Kak Sal memuji. 

Ika hanya memandang Kak Sal dengan pandangan tidak puas hati. Dia tidak sanggup menghabiskan masa lagi dengan Haikal. Tidak selesa. 3 hari pun dia cuba bersabar dengan ketidakselesaan itu. Dan dia guna ‘aku’ ‘kau’ dengan Haikal even dia tahu Haikal itu bosnya. Tapi entah, sukar dia mengubah panggilan itu. Kak Sal hanya tersenyum kepada Ika. Dia tahu Ika ingin pulang cepat. Dia tahu Ika berasa tidak selesa bila berhadapan dengan Haikal. 

“Petang ni eh Ika?” Kak Sal mengajak Ika keluar bershopping. Ika tersenyum. Haikal pandang Kak Sal sambil berkata, 

“Kalau I nak join boleh tak?”.
Ika berasa hairan dengan permintaan Haikal. Gila ke apa mamat ni nak ikut orang perempuan pergi shopping? 

“Boleh-boleh je Encik Haikal,” Kak Sal berkata sambil tersenyum ke arah bosnya
“Kau gila ke apa nak ikut orang perempuan pergi shopping?” Ika berkata kepada Haikal. Kak Sal terkejut dengan pertanyaan Ika. 

“Ika,” Kak Sal menegur. 
“Asal pulak? Aku selalu je teman mama aku pergi shopping. Besides, mama aku pesan banyak gila barang,” Haikal berkata sambil memandang Ika. Ah… Ika benci pandangan itu. 

“Fine, if you said so,”Ika menjawab pendek. Ah… dia berharap Haikal tidak sertai mereka. 
“Good, pukul 2 eh. Lepas Zohor,” Haikal membuat keputusan. Eh, mamat ni. Sesuka hati je buat keputusan. Ika mengomen dalam hatinya.

“Okey. Kau bawak kereta kau. Kak Sal dengan aku naik kereta aku nanti,” Ika membuat keputusan.
“Asal pulak?” Haikal bertanya lagi. 
“Yeela, kereta aku bukannya kereta mewah macam kau,” Ika berkata. 
“Asal lak? Aku baru terfikir nak naik kereta kau. Atau pun kita pergi dengan kereta aku kalau kau cakap macam tu,” Haikal berkata. 

“Kau memang sengaja kan?” Ika melontarkan ketidapuasan hatinya. Haikal memandangnya lagi. Kak Sal memandang Ika, risau jika Ika melontakan kemarahan terhadap bosnya.

“Sengaja apa?” Haikal menyoal. 
“Kalau kau rasa aku perendahkan kau, tak! Aku tak de niat pun macam tu. And then aku cuma nak berbaik je dengan kau. Dan aku tak kisah kereta siapa yang kita nak naik nanti. Sama ada kereta kau atau kereta aku. Aku okey je. Got it?” Haikal berkata dengan tegas. 

“Fine, sorry,” Ika meminta maaf. 

Kak Sal di hadapannya hanya tersenyum. Pandai juga Encik Haikal mengawal Ika. Desinya dalam hati.
“Haikal!” Satu suara perempuan kedengaran memanggil Haikal. Ketiga-tiga mereka memandang perempuan itu. 

“Mimi,” Haikal dan Ika berkata ambil memandang antara satu sama lain. Kak Sal hanya tersenyum. Mungkin itu kawan mereka di zaman U. 

“Kamu berdua buat apa kat sini? Honeymoon eh?” Mimi bertanya dengan penuh girang. Kak Sal hanya tersenyum dengan pertanyaan Mimi. 

“Honeymoon kepala otak kau,” Ika berkata dengan kasar. Haikal hanya memandang Ika sambil tersenyum. 
“Geez.. Ika. Kau tak pernah berubah. Lama tak nampak you, Haikal,” Mimi berkata sambil memandang Haikal dengan penuh senyuman. Ika menunjukkan reaksi annoying. Haikal pandang Ika sambil tersenyum. 

“Tak adalah, kita orang ada kerja kat sini. Ini Saliza, secretary I,” Haikal perkenalkan Kak Sal kepada Mimi. Kak Sal dan Mimi bersalaman. “And Ika?” Mimi menyoal.

“Aku kerja dengan dia,” Ika berkata pendek. 
“Wah, what a really really coincidence,” Mimi berkata dengan penuh keriangan. 
“Dan kau buat apa kat sini? Honeymoon eh?” Ika memulangkan balik soalan kepada Mimi. Mimi tergelak dengan soalan Ika. Haikal dan Kak Sal hanya memandang Ika. 

“Well, itulah yang sebenarnya. Aku datang honeymoon. Actually nak blah dah. Tak tahu lak korang ada kat sini, kalau tak, boleh buat reunion,” Mimi menjawab dengan panjang lebar.

“What? You dah kahwin?”Haikal bertanya dengan rasa terperanjat. 
“Err… I lupa nak ajak korang berdua. Loss contact,” Mimi memberi alasan. 

Haikal tersenyum, “It’s okey, I’m happy for you.” Mimi tersenyum. 

“Perkenalkan ni Zakuan, husband I,” Mimi perkenalkan lelaki yang baru tiba. Haikal dan Zakuan bersalaman. “So, you bila pulak? You dah tak jumpa Miera ke after that?” Mimi bertanya Haikal. Haikal tersentap. Dia pandang Ika tapi Ika hanya pandangnya dengan reaksi kosong. Kak Sal pandang bosnya dengan perasaan ingin tahu. 

“Ish you ni,” Haikal menegur Mimi. 
“Opss, tersasul. Sorry,” Mimi berkata. Haikal tersenyum. 
“Eh, okey lah. I pun dah terlambat. See you again. Nanti nak jamu nasi minyak jemput eh. Bye Ika,” Mimi berkata sebelum beredar dengan suaminya.

“Mesti kau frust kan,” Ika kembali bersuara sambil mengecilkan matanya setelah melihat kelibat Mimi jauh. Kak Sal pandang Ika. 

“Maksud kau?” Haikal hairan dengan pertanyaan Ika. 
“Yeela, kau kan dulu ada scandalous relationship dengan Mimi. Eh ke Mimi yang frust dengan kau? Then Miera si awek kau tu macam mana eh?” Ika berkata dengan nada sinis sambil memeluk tubuhnya. Kak Sal yang sedang menghirup minuman terhenti, memandang Ika dengan perasaan yang ingin tahu. 

“Mimi just kawan aku je okey. And Miera dengan aku dah tak ada apa-apa. Kitaorang stay kawan,” Haikal memberitahu hal sebenar. Ika tersenyum sinis sebelum menghirup minuman di hadapannya. 

“Yeah… right. Oh, lupa kau kan ramai awek masa kat U dulu,” Ika berkata dengan nada sinis. Haikal memandang Ika dengan pandangan yang tajam. 

“Kau jeles ke apa?” Haikal menyoal Ika dengan rasa membara. Entah mengapa dia tetiba rasa bengang dengan ayat Ika tadi. 

“Why should I?”Ika menyoal dengan rasa jengkel. 
“So, kau nak tuduh aku ni playboy. Kau nak cakap aku ni just layan perempuan cantik je? Is that what you mean Cik Sofia Zulaikha?” Haikal menyoal dengan nada yang tegas. 

“Oh… kau yang cakap. Aku tak cakap pape pun,” Ika berkata lagi. Haikal menarik nafas dalam-dalam. 
Kak Sal yang memerhatikan dari tadi bersuara, “Ika.”Ika pandang Kak Sal. 

“So, itu yang kau assume pasal aku selama ini?”Haikal menyoal lagi. 
“Yaish… kau yang kata. Bukan aku yang cakap,” Ika bengang dengan Haikal. Apa kena mamat ni. Desis hati Ika. 

“So, kau jeles la selama ni?” Haikal menyoal lagi. 
“For what? Aku tak ada hak nak rasa jeles dengan kau. And it’s not my business anyway,” Ika berkata dengan nada angkuh. 

“Err… korang, Sal rasa,” Kak Sal bersuara. 
“Sal jangan masuk campur. Biarkan kami selesaikan masalah ni. Sal just jadi saksi,” Haikal berkata dengan nada tegas. 

Kak Sal hanya mengangguk sambil memandang Ika dan Haikal bersilih ganti. Dia tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh dua orang di hadapannya. Kak Sal lihat muka Ika tegang. Menahan rasa marah.

“Bangang,” Ika bersuara perlahan. Haikal masih memandang Ika. 
“Asal kau dingin dengan aku?”Haikal menyoal dengan tenang. Jika diikut perasaan lelakinya, mahu saja dia tinggikan suara dengan Ika, tapi memandangkan mereka berada di tempat awam, Haikal menahan rasa marahnya.

“Dingin? Maksud kau?” Ika bertanya. Hairan dengan soalan Haikal. 
“Yaa.. Dingin,. Kau dingin dengan aku since zaman U lagi. Should I know what is wrong with you?” Haikal berkata dengan nada tenang lagi. 

“Ah… kau sedar hal tu,” Ika berkata pendek. 
“Of course I am,” Haikal menyampuk. “May I know why?”Haikal menyoal lagi.
“Kau memang nak tahu ke?”Ika menyoal Haikal kembali. 

Haikal menganggukkan kepalanya. 
Ika terdiam. Terfikir mahu atau tidak meluahkan rasa tidak puas hati yang disimpan selama 4 tahun di U. 

“Boleh aku tahu kenapa?” Haikal menyoal lagi. 
“Fine, dah kau dingin dengan aku, aku pun buat la macam tu,” Ika berkata setelah mendiamkan diri. “Bila?” Haikal menyoal lagi. 

“Everytime. Everytime kau nampak aku. Kau ignore aku. Bila kau dengan perempuan cantik, kau focus kat dia. Kau ignore aku everytime bila kau dengan perempuan cantik. Aku tahu kau nak cakap aku jelez but aku tak. Just aku tersentap dengan kau yang hanya akan tegur aku bila kau sorang-sorang. Bila dengan perempuan cantik, kau ignore aku. Got it?” Ika meluahkan rasa ketidakpuasan hati yang disimpan. Haikal tersenyum. 

“Aku tak pernah ignore kau. Aku pandang kau. Aku tahu kau tahu aku pandang kau tapi kau buat donno je. So sekarang kau nak cakap ni salah siapa?” Haikal berkata. Cuba memberi penjelasan. 
Kak Sal yang berada di kanan Haikal hanya mendiamkan diri. Mengikuti perbualan mereka.

“Fine, mungkin aku ada salah juga. Tapi, kau buat donno jugak dengan aku. That’s why aku dah makin fed up,” Haikal berkata lagi. 

“Geez… kau nak kata ni salah aku la? Fine, kau fed up, aku pun fed up,” Ika berkata dengan nada jengkel. 
“Kau jelez kan? Aku tahu kau jelez. Seriously,”Haikal berkata lagi.
“Jealous? Why would I…” Ika tidak sempat mengahabiskan ayatnya. 
“Kalau kau tak jelez, asal kau terasa bila aku tak tegur kau? “Haikal menyampuk ayat Ika. Ika menelan air liur. 

“Asal kau dingin sangat dengan aku kalau kau tak terasa dengan aku?” Haikal menyoal lagi. Ika kembali menelan air liurnya lagi.. Memikirkan ayat yang sesuai untuk dilontarkan. Dia tak nak mengaku kalah.

“Aku tak suka kau. That’s why aku dingin dengan kau. Since first time kita kenal,” Ika berkata benar. Kak Sal hanya pandang Ika yang hampir merah mukanya. 

“Why?” Haikal menyoal lagi. “Asal kau tak suka aku? Apa yang aku dah buat sampai macam ni sekali kau buat aku?”

“Aku tak tahu. It’s just aku memang tak suka kau first time aku nampak aku. That’s it,” Ika berhenti bercakap mengharapkan Haikal akan mengubah topic perbualan mereka. 

“Really? Kalau aku beritahu kau yang aku dah suka kau from the first time aku nampak kau, would you believe that?” Haikal berkata sambil tersenyum. 

Kak Sal yang sedang mengikuti perbualan mereka terkejut dengan pengakuan bosnya. Ika hanya pandang Haikal dengan senyuman sinis.

“Aku tahu kau nak cakap yang aku tipu. But that’s the truth. Aku selalu pandang kau everytime kita terserempak dengan harapan kau akan pandang aku balik. Aku tahu kau nampak aku, but yet, kau buat donno je, kau tahu tak perasaan aku macam mana?” Haikal meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

“Kau tahu, kau boleh cakap apa-apa je, tapi aku takkan percaya. Not even a word. Dengan kau punya taste, aku bukan taste kau. Dan kau bukan taste aku,” Ika memandang Haikal.

Kak Sal pandang Ika. Haikal tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan supaya Ika akan percaya dengan pengakuannya.

“Kau nak suruh aku buat apa so that kau akan percaya dengan kata-kata aku?” Haikal menyoal lagi. 
“Tak payah buat apa-apa. Aku takkan percaya walau sedikitpun,” Ika berkata dengan sinis. Haikal menghembuskan nafasnya. Tidak tahu bagaimana untuk membuatkan Ika mempercayai kata-katanya.

“Would you look me into the eye?” Haikal meminta. 
“Asal pula aku nak pandang mata kau?” Marah Ika. 

Ika hanya menurutinya. Ditenungnya mata Haikal dengan senyuman sinis, dalam dan lama. Dia tahu Haikal berbohong. Dia boleh mengesan sama ada seseorang itu menipunya atau tidak hanya melalui anak mata sahaja. Kak Sal hanya memerhatikan apa yang Ika buat. Memerhatikan Ika memandang Haikal. Mungkin cuba mencari keikhlasan di wajah Haikal.

Dengan senyuman sinis yang hampir pudar, Ika bersuara, “Kau biar betul?” 
Haikal memandang Ika dengan penuh senyuman. Ah… Haikal betul maksudkan apa yang dikatakannya. Dan di saat itu, entah mengapa Ika berasa malu. Malu dengan apa yang dikatakannya. Kak Sal hanya memandangnya dengan penuh senyuman.


-Tamat-

Hak Cipta: reenapple

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...