Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, May 20, 2012

Buat Mu Palestin

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Suasana pada malam itu sungguh dingin. Angin yang menderu membuatkan seakan-akan flora kehijauan terliok lentok. Bahkan kuasa angin yang dirasakan luar biasa pada malam itu turut menghasilkan bunyi yang agak menyeramkan di kala angin itu menyapa atap rumah yang hanya diperbuat daripada zink itu…

Mungkin malam ini bumi akan dibasahi dengan rintik air hujan yang lebat, ya mungkin, menolog hati keciku….

Di suatu sudut kecil di dalam rumah yang sederhana besar itu,kelihatan Qarl sedang asyik dengan komputer ribanya.Minatnya yang mendalam terhadap dunia IT yang serba moden kini menyebabkan dia kurang untuk menghabiskan masanya di luar rumah setelah seharian belajar di universiti.Bukan seperti remaja-remaja yang sebaya dengannya.

Mungkin ini adalah masanya yang tepat untuk aku bertanya akan hal itu, ya, monolog hati kecilku…

"Qarl, kau tahu apa yang berlaku di Palestin sekarang ni,?" lalu aku bertanya.

Dengan wajah yang tidak dipalingkan kepada ku dan berserta bunyi berdehem yang keras, Qarl menarik nafas. Seolah-olah soalan itu benar-benar menganggu ketenangan yang bersamanya sebentar tadi…

"Kenapa kau tanya macam tu Aidil?" katanya.
Aku menarik nafas sebelum itu…

“Sebab aku mahu tahu apa pendapat kau tentang bumi Palestin kini… Kenapa bantuan kita semua sebagai orang Islam amat diperlukan buat mereka," soalan yang selama ini terpendam dibenakku akhirnya diluahkan.

Qarl terdiam sebentar seakan berfikir sejenak… Barangkali sedang cuba untuk menyusun ayat yang terbaik untuk diberikan kepadaku, ya mungkin, monologku….

“Pada ku, bumi Palestin kini tidak ubah seperti medan latihan buat tentera rejim zionis untuk mengasah bakat mereka dalam bertempur apabila berlaku peperangan di negara mereka kelak. Sungguh mereka lebih tegar untuk melihat kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dibiarkan menjadi yatim piatu sejak kecil lagi serta hak mereka untuk melangkah gagah seperti kanak-kanak di negara lain lain juga diragut tanpa belas kasihan,” panjang lebar penerangan Qarl dengan wajah yang berubah mendung serta suara yang bergetar.

Sungguh aku tidak menyangka Qarl juga begitu mendalami suasana yang sedang berlaku di bumi Palestin kini…

Dari jauh ku lihat Qarl mengalih pandangannya ke luar jendela lalu menanggalkan cermin matanya dan lantas meyapu air matanya yang sedari tadi cuba ditahan daripada mengalir…

Menangislah Qarl jika itu dapat mengurangkan beban yang kau rasa itu, monolog hati kecilku.
Kesedihan yang dirasai Qarl itu turut mendapat perhatian daripada langit Nya. Air hujan yang turun dengan lebatnya itu seakan-akan mengetahui akan lara Qarl sebentar tadi…

Lantas aku menuju ke bilik air untuk mengambil air wudhuk bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin di sana….

Dengan itu, ku harapkan dapat membantu mereka kerana begitu sulit dan sukar ku rasakan untuk membantu mereka secara fizikal…

Lantas diri ku diperhambakan kepada-Nya dengan harapan mudah-mudahan bumi Palestin akan kembali mendapatkan cahaya ketenangannya setelah dibiarkan lama berada dalam kegelapan yang ganas dan kejam.
Terimalah permohonan hamba Mu yang kerdil ini,Ya Allah…

Moga ada sinar cahaya terang buatmu Palestin, ya hanya buatmu.

Hak Cipta: Nur Hamizah Binti Najib

9 comments

May 20, 2012 at 9:06 PM

Moga-moga. =)

May 20, 2012 at 9:24 PM

kekadang bila hujan turun, bukan bermakna kemudaratan, tetapi memberi sinar sebahagian yang lain. dan dalam kispen ini, aku cuma berharap, kegelapan di bahagian sana, memberi ilmiah buat mata yang memadnang.

byk yg kita boleh belajar...

May 20, 2012 at 9:37 PM

terima kasih semua akan komen nya (:

May 20, 2012 at 9:49 PM

Biar hujan meruntuhkan langit
Dan tanah bumi Palestine
berlopak sana sini direjam peluru
Selamatkan sikecil
Selamatkan para remaja Palestine
Tanam di hati mereka
Bait2 AlQuran juzuk demi juzuk
membenteng hati dengan iman
dan semangat juang
yang menggentarkan
musuh laknatullah
Kita di sini di setiap sudut mesjid
Di setiap lorong dan daerah
teguhkan dgn jiwa AlQuran
Dari kejauhan doa yg tak putus
Kita kirimkan
Insya allah.
Islam akan MENANG.

May 20, 2012 at 10:10 PM

Dalam diam Qarl,dia juga ada pendapat yang bernas. Semoga sinar itu betul-betul ada. :)


suka komen mamawana atas ni. ^^

May 21, 2012 at 8:45 AM

abang bro touching baca citer ni...kemanusiaan tu untuk semua...terimakasih kerana citer ni...

May 21, 2012 at 12:37 PM

@ El Mariachi | jgn lah touching2 abg bro,hehe...thanks (:

@ Mamawana | bestnya kata-kata tu, (:

@ The PinPin | moga-moga ^^

May 22, 2012 at 12:44 PM

doa kekuatan umat islam. :)

May 22, 2012 at 11:27 PM

@ Khairul | betul 2 (:

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...