Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, May 13, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 10

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]


"Aku nampak makwe yang ko nak usha tu tadi"jawab housemate aku.
"Owh ye ke,die sorang je ke?"tanya aku.
"Tak la,dia ngan membe2 dia pastu ada laki"balas housemate aku.
"Hah laki??,owh okok"aku terperanjat tapi cuba sembunyikan.

Pada sebelah malam aku online seperti biasa. Laman sesawang Mark Zuckerberg menjadi pilihan,mana ada orang main friendster lagi sekarang ni. Aku memerhati penuh teliti setiap kawan aku yang online. Aku mencari-cari nama Nikita Willy,namun masih belum kelihatan. mungkin menonton televisyen agaknya. Setengah jam kemudian, orang yang ditunggu-tunggu akhirnya online. Aku terus membuka langkah yang seterusnya.

"hai awak,ingat saya lagi tak?"
"hai,mestilah ingat,da banyak kali jumpa awak,hihihi"
"hehehe,awak da makan da?"
"da makan da,beli makanan dekat pasar malam tadi,wink"
"eh pasar petang la awak,kan awak pegi petang..:p"
"hahaha,kelakar la awak ni,ye la saya pegi pasar petang,awak tak pegi?"
"tak pegi la awak,sebab awak tak ajak saya..:p"
"hahaha,ngade la awak ni..:p"
"hehehe,awak pegi dengan bf awak tadi ek?huhuhu"
"eh tak la awak,saya pegi dengan member dan classmate saya,ada-ada je la awak ni..:p"
"owh ye ke,ingatkan pegi dengan bf awak tadi,hehehe"
"hahaha,apalah awak ni,saya tak ada bf la awak,single lagi,hihihi"
"la ye ke,hahahhaa...:p"

Aku dan Nikita Willy asyik berbalas chat dan kejadian ini berlarutan hingga larut malam. Pelbagai perkara yang dibincangkan,dari perkara remeh,perkara besar,perkara aneh, perkara serius dan pelbagai. Semua ini hanya lebih mengeratkan perhubungan aku dan jugak Nikita Willy. Terasa seperti diri aku semakin memahami dirinya dan harapnya begitulah jugak di pihak sebelah sana. Saling faham memahami diantara satu sama lain.

Perbualan di ruangan chat facebook terhenti di saat Nikita Willy meminta izin untuk mengundur diri kerana sedar akan kelas pagi keesokan harinya. Aku sempat bertanya kelasnya di tingkat berapa. Agak menghampakan kerana tidak sama level dengan kelas aku,tapi tidak mengapa. Satu pintu yang tertutup akan membuka satu pintu yang lain, kalau berkehendakkan sesuatu,haruslah berusaha untuk mendapatkannya,tidak kisah lah sesukar manapon.

Pagi esoknya aku bangun lebih awal dari biasa. Bangun dengan senyum meleret-leret sampai ke telinga. Kudi sempat memerli aku dengan mengatakan yang aku sedang angau. Angau ke,tungau ke ,langau ke,itu bukan persoalan,yang penting sekarang ini ialah aku ingin melakukan sesuatu yang istimewa pada Nikita Willy. Aku merancang ingin memberi "suprise" kepadanya. Tapi tidak la sampai datang dengan menaiki helikopter seperti yang pernah dilakukan oleh seorg anak VIP kepada seorang artis popular satu masa dulu, itu poyo namanya.

Ketika aku sedang bersiap-siap, aku menerima sekeping sms dari gadis berjilbab. Pendek saja sms nya tapi telah merosakkan segala perancangan aku pada pagi itu.

"Kelas pagi ni cancel,lec m.c"

Terasa sebak jugak di hati tatkala membaca mesej itu. Aku sudah terbayang akan aksi aku singgah di 7 eleven, membeli beberapa keping coklat yang menjadi kegemaran nikita willy,kemudian pergi ke kelas,dan habis saja kelas,terus meluru ke kelas Nikita Willy,duduk terpacak di hadapan kelas dia sambil menunggu dia keluar dan bila tiba saatnya,akan aku hulurkan coklat itu kepadanya,dan dia akan menerimanya,di saat aku menghulurkan coklat itu,tangan saling bersentuhan dan masing-masing mula tersipu malu. Arghhh semua itu telah dipunahkan oleh mesej dari gadis berjilbab tadi.

Aku melihat jam baru pukul 8 lebih. Aku melihat Kudi sudah bangun,lapar katanya. Aku menceritakan segala perancangan aku tadi kepada kudi. Kudi mendengar dengan penuh kusyuk. kepakaran kudi di dalam hal-hal sebegini sememangnya diperakui,malah ada beberapa aspek di mana Kudi lebih pakar jika dibandingkan dengan Dr. HM Tuah,namun disebabkan Kudi tidak membukukan segala hipotesis dan hasil kajiannya berkaitan cinta,maka nama Kudi tidak semegah Dr. HM Tuah.

"Arghh,kalau ko gentle,ko pergi je pul time dia habis kelas kejap lagi,bagi coklat tu"cabar kudi.
"ko biar betul,malaslah aku"balas aku.
"kalau nak malas-malas,sampai sudah la every weekend ko lepak kat umah je"tajam dari kudi.

Aku tersentak dengan ayat tajam dari kudi itu. Tiba-tiba, peribahasa kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya berlegar-legar difikiranku. Semakin lama,semakin kuat pula. Betul jugak apa yang Kudi cakap itu. Selama ini,aku tidak pernah bersungguh di dalam hal-hal sebegini,jadi mana mungkin aku akan dapat hasilnya. Setelah berkerut dahi untuk beberapa ketika,akhirnya aku membuat keputusan. Aku mencapai kunci motor dan helmet apolloku. Motor di"start"kan dan gear dimasukkan. Dari kejauhan,aku mula nampak kedai serbaneka yang dibuka 24 jam itu.


Hak Cipta: pepol
- Bersambung pada minggu depan -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...