Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, May 10, 2012

Kispen Tema Mei 2012

4:38:00 PM | Best Blogger Tips
-[KISPEN TEMA: BERMULA 14HB - 20HB MAY 2012]-

Kispen TEMA? Akan datang...
Semua para penulis kami diwajibkan menulis kispen atau apa jua bentuk penceritaan diterima walaupun berbentuk doodles atau kisah sinikal berdasarkan apa yang mereka faham tentang gambar di atas. Dan mana-mana bloggers yang ingin mengambil bahagian amat digalakkan yang kelak akan bernaung di bawah label Guest Writer.

CARA nak buat kispennya cenggana? Mudah...
Garapkan seberapa ringkas kispen berdasarkan apa yang korang faham pasal gambar ni. Duduk kedai kopi sambil sembang pasal Palestin pun ok wat... Kispen berfakta? Ok... Imaginasi adalah satu perjudian minda. 

Kispen Guest Writer tu nanti UP hari apa ya...? Simple...
Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad @ 9 pm...(Tertakluk kepada jumlah kispen yang kami terima. Jika tidak Sabtu dan Ahad adalah siaran tetapnya.)

JOM hantar karya. Kispen ini akan bersiaran di label 'KISPEN TEMA'

ps: Apa? Tak faham? Ok... Tampak jelas aku kekurangan idea kerana aku tidak menyertakan Kispen contoh dengan baik. Pape hal kalau nak faham lagi. sila tanya EL MARIACHI... di facebook atau di kotak komen.

-----Kispen Contoh berdasarkan gambar di atas-----------------------------------------------

Cikgu Halimah merenung Azri yang tunduk usai loceng sekolah berbunyi. "Hah, kamu Azri, tanak balik ke? Tu ayah kamu dah tunggu dah tu...?"

"Cikgu, kalau kita belajar pandai-pandai boleh tolong orang kan cikgu...?"
"Mestilah... Dah besar nanti, Azri nak jadi apa?" Azri hanya diam sambil menunjukkan gambar yang diambilnya dari kedai mamak awal pagi tadi; derma untuk kanak-kanak Palestin. Dimasukkan 50sen duit belanjanya makan tengahari kerana dia sedih, dia masih punya ibu, ayah dan masih mampu pergi sekolah. 

"Tadi pagi, saya nampak tabung derma duit untuk orang Palestin. Palestin tu apa cikgu? Kenapa saya tengok, dalam gambar tu ada budak-budak pegang pistol? Ada baby kena tembak, ada balut kat kepala? Mak dorang tak marah ke main pistol. Kan salah? Kitakan kecil lagi?" Azri bercakap dan bercakap tak henti-henti. Cikgu Halimah kebuntuan idea untuk menjawab semua petah katanya.

"Dah, kesat air mata kamu. Cikgu tahu kamu masih kecil lagi. Palestin tu adalah satu negara yang telah lama merdeka - tetapi masih lagi diceroboh oleh rakyat negara Jiran dengan sesuka hati..." Halimah lihat Azri masih lagi binggung. 

"Janganlah sedih, sebetulnya tuhan dan sediakan setiap manusia itu bahagian masing-masing... Satu aja soalan cikgu buat kamu... Bila dah besar nanti Azri nak jadi apa?"

Azri menggeleng. Dilihatnya ayahnya masih tersenyum tunggu di basikal tua sambil menghisap rokok daun. Berlari Azri mendapatkan ayahnya. Dipertengahan jalan, dia memandang Cikgu Halimah sambil tersenyum dan berkata...

"Saya tak tahu saya nak jadi apa...! Janji kerja saya tu boleh tolong Palestin yang dah merdeka tu dari terus dibuli orang jahat. Satu hari nanti, saya akan beritahu cikgu saya nak jadi apa... Saya janji cikgu. Terima kasih cikgu sebab ajar saya ilmu baru hari ini. Semoga Allah swt limpahkan dan permudahkan urusan cikgu dunia akhirat.

Cikgu Halimah tersenyum. Inilah kali pertama dia mendapat pujian sebegini hebat dari kanak-kanak yang hanya berusia 9 tahun. Dan subjek Bahasa English adalah kegemaran Azri. Satu bahasa dunia yang mesti dimiliki selain mengagungkan bahasa ibundanya; Bahasa Malaysia.

"Aaarghhh, budak ni tertinggal buku dia rupanya..." Halimah tidak pernah lupa. Dipeluknya kemas-kemas nota Azri.

Palestin tu apa? Kenapa dalam gambar tu banyak budak-budak kecil aku darah sana sini, mati tepi jalan dan kotor? Aku mesti tanya Cikgu Halimah. Dia baik. Dia cantik. Aku suka dia... - Petikan catatan Azri di dalam buku nota yang tetinggal


Lebih kurang 9 tahun kemudian...
Hari ini seperti biasa, setiap pagi dia akan membuka email. Halimah terkejut dia mendapat email dari seseorang. 

Buat Cikguku Sayang...
Alhamdulillah, saya harap cikgu masih kenal saya. Nama saya Azri bin Abdullah. Anak murid yang pernah mendengar cerita tentang negara Palestin yang merdeka 9 tahun lalu, Cikgu pernah soal saya, bila dah besar nanti saya nak jadi apakan? Saya berhutang jawapan dengan cikgu. Saya nak jadi Doktor. Saya tak pasti sama ada peranan saya mampu memerdekakan rakyat Palestin keseluruhannya - tetapi cukuplah saya mulakan diri saya dengan membantu kanak-kanak yang tidak berdosa, agar mereka dapat hidup lebih lama dari sebelumnya, dapat membesar dan berlawan sehabis baik untuk tanah air mereka. 

Anak muridmu yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di Mesir dalam Jurusan Perubatan. Terima kasih cikgu dan Selamat Hari Guru...

ps: Cikgu mesti nak tahukan kenapa saya pilih Mesir? Satu ja jawapan saya... Mesir adalah jiran kepada Palestin. Setiap hari, tatkala azan bergema, semangat saya untuk belajar memuncak... Bila lihat langit Mesir, saya berdoa satu hari nanti, saya berdiri sambil memandang langit indah di bumi Palestin. Assalamualaikum...
------------Okey melampau panjang. Sila marah aku------------------------------

ps: memandangkan akunya kispen contoh agak panjang. makanya aku tak payah joinlah kan...? kah kah kah.... siapa undi saya tak payah buat kispen lagi sila kata 'ya'

8 comments

May 2, 2012 at 9:24 PM

hemmmm...anyhow di ucapkan selamat berkarya ye semua....good luck!

May 2, 2012 at 10:00 PM

aku undi.. heheheeh.

May 2, 2012 at 10:11 PM

tq reen..mesti meletops kispen tu...

May 2, 2012 at 11:12 PM

aaaa... dah salah faham.. aku undi Ya untuk bidadari syurga.. jejjejejje.

aku tak dapat idea untuk hal3 sebegini.,.. kena banyak buat kajian ni.. (=.=!)

May 2, 2012 at 11:22 PM

@reenapple
hahaha... lega aku tgk ada undi ya... *senyum 1*

May 3, 2012 at 12:17 AM

aku undi tidak.. muahahahah. sila buat juga!!

*er.. aku tak brani janji nak buat sebab kemarau panjang sgt hehehe..

May 3, 2012 at 12:32 AM

sis NA kalau kemarau idea try dengar lagu MAHER ZAIN - Palestine Tomorrow Will Be Free

May 3, 2012 at 1:16 AM

aha.. tq abg bro.

aku dah teringat sesuatu.. :)

mungkin saja aku boleh tulisnya nanti.. hopefully :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...