Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, April 19, 2012

Peluh Berbatu-Batu #Episod 1

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips

"Jangan kata sembarangan kerana ia boleh mengundang perselisihan" kata nenek.

Itulah ucapan yg terlintas difikiran Yahya ketika Dieyla bertanya mengenangi penampilannya hari ini, (Yahya meletak jari jemarinya di dagu) urm... Dieyla, aku nak cakap tapi keberatan, tapi takut lagi orang lain cakap, kau derita.

IIIIIIIIIIiiiiiiiiiiiiiisssssssshhhhhhhhhhhhhhhh............ Yahya nie buat orang pening la... (berjalan terkedek-kedek dengan pantas menghampiri telinga Yahya) Cakap jela... kemudian berundur beberapa langkah mengorak langkah manis, meng-kiutkan diri menyeru Yahya berkata-kata.

Yahya tergelak (dengan tiba-tiba) lalu mengangkat tabek hormat dan berkata "you are the best, bak pujuk memujuk memang nombor satu, tapi malangnya hari ini teknik tu tak berapa nak jadi la, sebab hari ini memang kau lain sangat, apa-apa hal kau esok lusa tulat dan hari-hari seterusnya sila-silalah dressup macam hari-hari sebelum ini dan bukan macam hari ini"

Dieyla memuncungkan mulutnya dan berkata "tapi... Yahya belum..." 
"Shh... sudah jangan cakap apa-apa, tolonglah dengar, aku merayu" Yahya mencelah.


KEESOKKAN HARINYA
ketika Dieyla membuka lokernya, terdapat sepucuk surat, dibelek-belek sambil berfikir "Entah siapa yang tulis surat ini, secret admire ke? hee~"

"Eh Yahya!" disambungnya selepas tertera nama Yahya sekecil-kecil tulisan di penjuru surat, Dieyla membuka sampul surat...

Kepada Dieyla,
semestinya kau tertanya-tanya tentang hal tempoh hari, aku sebenarnya terpegun dan telah jatuh hati pada kau Dieyla, tapi aku tahu kau Cuma anggap aku sebagai teman, sebab itu aku tak dapat nak jawab soalan kau pada tempoh hari. Aku harap kita masih lagi berkawan macam biasa.

***

Dieyla melihat ke kanan dan ke kiri kemudian menyimpan semula surat ke dalam loker, dia teruskan perjalanannya ke dewan kuliah.

Tibanya langkahan memasuki dewan kuliah, Dieyla terkaku seketika. Di depan matanya melihat Yahya sedang tunduk melihat sesuatu, Dieyla segera mencari tempat duduk yg berjauhan dari Yahya (selalunya mereka sering duduk bersama).

‘Zeez! What So Serious! This Is Ridiculous’ 
Kedengaran bunyi mesej di dewan kuliah, ramai orang melihat ke arah bunyi itu. Bunyi itu daripada orang sebelah Dieyla, Dieyla mula cemas takut2 Yahya melihatnya di situ.

Seketika kemudian, lecturer masuk dan semua orang bertukar focus mereka ke whiteboard. ‘Huh!’ Dieyla bernafas lega. ‘…! ..!’(vibrate) Dieyla membuka mesej, “Dieyla, tak datang kuliah ke? Lecturer dah masuk” Dieyla menjadi cemas, tidak tahu hendak berbuat apa, ‘…! ..!’(vibrate) mesej dari Yahya lagi, “Tak ada kredit ke?” Dieyla bercakap di dalam hatinya, “Ada, tapi aku nak cakap apa dengan kau? Aku datang tapi aku tak nak duduk sebelah kau? ” ‘…! ..!’(vibrate) mesej dari Maxis, ”RM0.00. 012-3456789 telah Berjaya berkongsi RM5 ”

Dieyla semakin tidak senang duduk, “Apa aku nak buat ini?”

Tiba-tiba lecturer bersuara, “Baiklah hari ini saya nak lihat siapa yang hadir, bila saya sebut nama sila angkat tangan... Ahmad Faizal... Aqilah...Baizatul”

Dihati kecil Dieyla, “Kenapa pula hari nak lihat kehadiran?” 
“Cherry Leong... Delima”
“Owh tidak nama aku sudah dekat..."
"Dhary Lim... Dibha A/P Mutu”
“Owh apa harus aku lakukan sekarang?" 
"Dieyl…”


Hak Cipta Syed Muhammad
http://www.facebook.com/adaptablesyed


2 comments

April 20, 2012 at 9:21 AM

aaa...sambung lagi..lama2 nanti Dieyla jatuh cinta jugak kat Yahya

April 20, 2012 at 10:45 AM

eah... asal yahya tu? kenapa diela? bukan tadi macam diela daha masuk kuliah ke? aik....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...