Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, April 4, 2012

Mimpi

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips




Dia,telah lama meninggalkan dunia ini.Meninggalkan anak-anaknya yang telah besar. Meninggalkan cucu-cucunya yang telah menjadi teman bergurau senda telah datang berjumpaku… melalui mimpi.

Gurauan apakah ini?? Atau ada petunjuk di sebalik mimpi ini?
Ahh.. air mata mengalir saat cerita ini ditulis.
Di dalam mimpi itu suasananya berbeza.
Di dunia nyata, dia bukan pergi kerana kembali kepada pencipta-Nya sebaliknya melarikan diri kerana perbalahan dalam keluarga. Kehilangan satu cincin telah membawa kepada perbalahan keluarga. Keluarga yang dulunya rapat kini saling bertelagah. Lalu dia membawa diri sehingga satu hari kami berkumpul kembali. 
Mereka sedang leka membeli di sebuah pasaraya. Aku duduk termanggu keseorangan membuat keputusan untuk mencari ahli keluarga yang lain. Tiba-tiba terlihat satu bayangan. Satu wajah. Wajah yang amat aku kenali. Ianya sekali imbas laluku buat keputusan untuk berpaling ke arah wanita tua itu. Ku ekorinya dan mencuri-curi wajahnya. Mataku membesar. Ya Allah, aku kenal wajah ini. Aku senyum kepadanya tapi tidak diendahkan. Mungkin aku kelihatan seperti orang asing baginya atau aku memang orang asing baginya. Aku lari dan terus berlari. Mencari ahli keluargaku yang lain. Ternyata ianya bukan bayanganku sahaja. Mereka juga melihat wajah yang sama.

Kami mengekori wanita tua itu. Bagi mengenali dirinya yang sebenar. Memberitahunya wajahnya persis seseorang di dalam keluarga kami. Wanita itu menafikannya. Tetapi lain yang dirasa oleh hatiku ini. Itu memang dia, hatiku memberitahu. Lantas aku mendesak. Gugur air mata ini kegembiraan apabila akhirnya wanita itu mengakui bahawa dialah ahli keluarga kami yang menghilangkan diri itu. Katanya dia tidak sanggup melihat keluarganya berpecah lantas mengambil keputusan menghilangkan diri.

Terkedu. Kami semua terkedu.Ahli keluargaku yang lain memujuknya agar kembali ke rumah. Tetapi dia enggan. Akhirnya kami mengakui kesalahan kami dan meminta maaf antara satu sama lain. Dari selalu bercerita tentang kekurangan masing-masing kami menutup kekurangan itu. Kami merendahkan hati kami. Wanita tua itu tersenyum tetapi masih enggan mengikut kami balik. Tetapi dia mengalah apabila kami berkata bahawa kami semua berkumpul hari ini. Dari anak-anaknya sehingga kepada cucu-cucunya, semua sekali berada di sana. Gembira bukan kepalang lagi hati kami.

Kami dalam perjalanan untuk pulang ke rumah apabila mataku terbuka dan aku mulai kembali sedar ke alam nyata.

Lantas persoalan yang timbul di benak fikiranku ialah…
Adakah ini mainan tidur?? Atau ada pesanan di sebalik mimpi ini??
Dan cincin itu?? 
Milik siapa??
Akhir sekali…
Kenapa aku??

6 comments

April 5, 2012 at 1:26 AM

dua tiga kali juga aku baca cerita ini..
suatu ikatan kekeluargaan yang tersirat dalam sebuah penceritaan yang agak berat..
mungkin aku hanya dapat tangkap sebahagian saja daripada cerita ni..
dan cincin itu apa tandanya?

April 5, 2012 at 2:47 AM

aku kira cincin yg dia maksudkan seumpama pilihan. she's the choosen one... barangkali.

April 5, 2012 at 5:12 AM

er... suatu misteri yang belum diselesaikan.. =)

April 5, 2012 at 4:23 PM

ohh maaf.agak blurr di sini.

April 5, 2012 at 4:31 PM

aku juga seperti APi, samaada ada yang aku tidak nampak atau aku yang tidak membacanya dengan jelas. sedikit sulit ya. maaf. :)

April 7, 2012 at 2:52 PM

Meremang sikit bulu roma baca ni.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...