Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, April 19, 2012

Gadis Tudung Labuh

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


"Siapa nama dia mak?" tanya Iskandar kepada Mak Mah. Sudah dua minggu Mak Mah membicarakan tentang seorang gadis yang tampaknya terlalu sempurna di mata Mak Mah. "baru sekarang Is nak tanya nama dia?" Mak Mah pandang tepat ke arah mata Iskandar."tanya nama je" balas Iskandar ringkas. Mak Mah meneruskan mencuci pinggan mangkuk. Soalan Iskandar dibiarkan tanya jawapan. "haihh Puan Sharifah Salmah Binti Syed Ridzwan kenapa soalan tidak berjawab?" Iskandar mengusik Mak Mah. Mak Mah geli hati dengan cara Iskandar menyebut namanya. "nama dia Maya." jawab Mak Mah ringkas. Iskandar senyum. "errr Mayas?" Iskandar berpura-pura tidak mendengar. "tak baik ejek nama orang tau" Mak Mah menegur anak terunanya.

"Is gurau je la. Dia orang mana?"
"Aik! Dua minggu yang mak bercerita kat Is tu rasanya mak dah cerita semua pasal dia."
"ye ke? Masa mak bercerita tu bukan masa telinga Is nak mendengar. Yelah, mak cerita masa Is tengah hisap rokok. Masa Is tengah ngadap laptop. Mana nak dengar"
"nak tak mak kenalkan Is dengan dia?"
"mak tak yah susah-susah. Tahulah Is cari isteri. Zarina hari tu mak tak berkenan ke?"
"Zarina tu Is nak jadikan isteri?"
"tak la. Kami baru kenal."


Iskandar tahu kenapa Mak Mah bertanya soalan itu. Zarina memang bukan pilihan keluarganya. Dan tujuan Iskandar mengajak Zarina ke rumah keluarganya memang untuk memperkenalkan dengan ahli keluarganya dan seterusnya menilai Zarina. Ternyata terserlah sekali sikap Zarina. Zarina yang lebih suka bersantai di depan TV, berat tulang untuk membuat kerja dapur, tak pandai melayan orang tua. Lebih-lebih lagi penampilan Zarina yang amat terdedah itu. Semua itu yang menjadikan keluarganya kurang bersetuju dengan hubungan Iskandar dan Zarina. Iskandar bangkit dan meninggalkan Mak Mah. Mak Mah hanya mampu mengeleng kepala. Mak Mah hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Iskandar memandu tanpa arah tujuan. Fikirannya melayang. Memang logik seorang ibu risaukan siapa teman hidup anaknya. Iskandar tidak pernah menafikan semua itu. Iskandar memperlahankan keretanya kerana ada seorang gadis memberi isyarat tangan supaya dia memberhentikan kereta. Iskandar memberhentikan kereta dan menurunkan cermin keretanya. "ni apa bala pulak ni?" Iskandar mengomel. Gadis bertudung labuh, berbaju kurung dan berkulit kemerahan. Mungkin sebab cuaca panas. Gadis itu memberi salam. Iskandar terlopong. Dadanya berdebar secara tiba-tiba.

"Err... Encik, saya nak minta tolong."
Gadis itu menghulurkan sehelai kertas kecil yang bertulis alamat kepada Iskandar. Iskandar mengosok-gosok matanya. Alamat yang tertera adalah alamat rumahnya. Iskandar berlagak tenang.
"Encik tahu tak mana alamat rumah ni? Saya tak biasa dengan jalan kat sini."
"Eh, awak tahan kereta saya sebab nak tanya alamat ni ke?"
"Eh, ye lah. Encik ingat saya nak merompak Encik ke?"

Wah, bukan main lagi jawapan dia.
"bukan apa cik adik. Sekarang ni macam-macam jenis orang ada. Dan cik tak takut eh saya ni orang jahat sebenarnya"
"errr..encik tahu ke alamat ni?"
"call la orang yang cik nak jumpa tu. Takpun tengok la GPS"

Iskandar memang sengaja mengusik gadis itu.
"erm.masalahnya handphone saya dah habis bateri. Dan saya tak ingat nombor telefon makcik tu"
Timbul rasa simpati di hati Iskandar. Makcik yang dimaksudkan gadis ini pasti mak. Bisik hati Iskandar.
"ermmm. Ok. Awak buat u-turn. Ikut je signboard. Masuk simpang sebelah kanan. Ikut je jalan lurus. Pastu apalagi carilah nombor rumah makcik awak tu."
Gadis itu tersenyum. Iskandar terkedu. Alahai manisnya senyuman dia.
"terima kasih encik. Hanya Allah yang dapat membalas budi encik. Kalau macam tu saya gerak dulu la. Assalammualaikum."

Iskandar hanya mengangguk dan menjawab salam di dalam hati. Kereta Kelisa milik gadis itu bergerak perlahan. Iskandar mengekori dari belakang. Niatnya untuk keluar memandu tanpa arah dia lupakan. Naluri ingin tahu siapakah gerangan gadis itu mengatasi segalanya. Mungkin gadis ini Maya yang mak selalu ceritakan. Iskandar mencongak sendiri.

Iskandar memperlahankan keretanya apabila kereta Kelisa gadis itu memasuki perkarangan rumahnya. Iskandar memakir kereta dihadapan rumah jirannya. Gadis itu sedang mengeluarkan sesuatu dari keretanya. Mak menyambut kedatangannya dengan senyuman mesra. Gadis itu menyalami tangan mak. Dan mereka masuk ke dalam rumah. Apabila yakin mereka sudah masuk, Iskandar bercadang untuk masuk ke rumah. Diketuknya pintu beberapa kali. Kedengaran suara mak mengarahkan gadis itu membuka pintu. Iskandar senyum nakal.

"errr.. Encik? Errr.. Encik cari siapa?" gadis itu sedikit terkejut. Iskandar hanya tersenyum. Berlagak tenang.
"saya nak cari Puan Sharifah Salmah binti Syed Ridzwan"
"errr..sekejap ya" lembut suaranya walaupun dia kelihatan gugup. Mungkin tak menyangka lelaki yang membantunya berada dihadapannya sekali lagi. Gadis itu keluar bersama mak Mah. Mak Mah hanya tersenyum. Tangan mak Mah hinggap ke cuping telinga Iskandar dan di piatnya manja. Gadis itu terpinga-pinga.
"isk mak ni. Buat malu je piat telinga Is depan orang"
"habis tu siapa suruh main-main. Mak dah agak muslihat Is tu. Hanya Is seorang je panggil nama mak macam tu"

Gadis itu hanya membisu melihat kemesraan Iskandar dan Mak Mah.

"Is, inilah Maya yang mak cakap tu." Mak Mah memperkenalkan Maya kepada Iskandar. Iskandar senyum. Mak Mah kehairanan. Dan Maya masih membisu. "Maya, mari ikut makcik ke dapur. Anak teruna makcik ni tak berapa betul sikit hari ni" Mak Mah menarik tangan Maya. Iskandar masih tersenyum.

Iskandar melangkah ke dapur. Maya sedang sibuk mengacau sesuatu di dalam periuk. Kelibat Mak Mah tak kelihatan. Iskandar berdehem. Maya menoleh sekilas. Tidak mempedulikan Iskandar. Iskandar menghampiri Maya. "boleh kacau?" bisik Iskandar lembut tepat ke telinga Maya yang ditutupi tudung labuh itu. Maya menghulur senduk kepada Iskandar. Terpinga-pinga Iskandar di buatnya.
"Awak kacau la dulu. Nak sangat kacau kan? Saya nak solat kejap." Dia ni sengaja lurus bendul ke memang nak kenakan aku? Iskandar mengomel sendiri. Mahu tak mahu, Iskandar turuti juga.
"aik! Sejak bila anak teruna ni pegang senduk?" Mak Mah mengusik Iskandar. "Sejak mak teringin nak bermenantukan orang tu la. Mak sambunglah kacau ni. Is nak naik atas" Mak Mah geli hati melihat lagak Iskandar menuturkan ayat nak bermenantukan itu.

Iskandar baring dibiliknya. Rasa seperti mimpi, kerana gadis yang meminta bantuannya di tepi jalan rupanya gadis yang mak selalu ceritakan. Ternyata gadis itu punya tarikan tersendiri. Ada pesona walaupun bertudung labuh.  Tak pernah lagi Iskandar tertarik dengan gadis sebegitu. Tak pernah lagi Iskandar berpatah balik ke rumah kalau dia memang bercadang untuk keluar. Tapi hari ini berubah sama sekali. Pertama kali memandang wajah Maya yang merona kemerahan menahan keretanya buat dada Iskandar berdegup kencang. Sekalipun Maya menuju ke tempat lain dan bukan ke alamat rumahnya, Iskandar pasti akan mengekori Maya juga. Itu pasti. Lelaki kalau sudah jatuh cinta, semuanya terasa adil dan tiada yang mustahil. Cinta memang membuat perhitungan menjadi kacau. Alahai Maya.. Kacau tu bukan aku nak mengacau dalam periuk tu Maya oiii.. Iskandar tersenyum sendiri mengenang momen singkat itu.

10 comments

CodeName_FBC
April 19, 2012 at 11:49 AM

awww....comelnye cerita ni..tp ada mkne tersirat..

April 19, 2012 at 1:58 PM

aaaa... comel.. comel.. heheh

April 19, 2012 at 1:59 PM

aaaa... comel.. comel.. heheh

April 19, 2012 at 4:07 PM

anak mak... memang manis :D

April 19, 2012 at 4:17 PM

hehehe..sweet je..


tu la...dulu dokjual mahal sangat..sekarang da angau...hehehe


bila dorang nak kawen??? :)

Anonymous
April 19, 2012 at 4:39 PM

ah seronok gini . tak payah bersusah mencari jodoh . terus sampai rumah . ahahaha !

-HEROICzero

April 19, 2012 at 9:15 PM

wah.. bestnya cerita ni... mesti senyuman maya ada tarikan kan..kan.. klu tak,tak kan la is sanggup patah balik.. harap2 ada sambungan..

April 20, 2012 at 10:40 AM

aku terbayangkan is yang nakal...

tang 'kacau'tu aku dah agak dah... hahahahaha....

ps: isteri yg senang dibentuk...

April 20, 2012 at 10:41 AM

@Anonymous
Hero...
amboi... gelak besar nampak....

April 21, 2012 at 10:59 PM

manis!!!!!!! senyum lebar ni.. terima kasih KA :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...